Tuesday, August 11, 2015

Keadilan dan tolak ansur




       Perintah supaya sembahyang, bersuci, wuḍuʾ, mandi dan tayamum adalah rupanya. Maknanya, apa yang terdapat pada ayat 6, mulai:

tetapi ia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya atas kamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Qurʾan: 5: 6).
Maksud pemberishan di sini ialah menyerupai malaikat Ḥaẓīrat al-Quds dan mendapat sifat tolak ansur atau samahah.[1] Jika seseorang mengabaikan matlamat ini, dia seolah-olah menyalahi perintah Allah secara sembunyi seperti yang tersebut pada ayat (Qurʾan: 2: 284) yang lalu. Allah berfirman:

dan menyempurnakan nikmatNya. (Al-Qurʾan: 5: 6).  
Maksudnya, Allah melantik kamu menjadi pemerintah untuk menegakkan keadilan[2] dan takwa. Perintah mereka bersuci semasa sembahyang untuk mencapai tujuan yang bermaksud bertakwa kepada Allah kerana Allah mengetahui isi hati kamu. Huraiannya terdapat dalam ayat:

Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu jadi manusia yang lurus kerana Allah, menjadi saksi dengan adil; dan janganlah kebencian kamu atas satu kaum, menyebabkan kamu tidak adil. Berlakulah adil kerana itu lebih hampir kepada takwa; dan takutlah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah amat Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Qurʾan: 5: 8).
Inilah huraian maksud takwa dan itulah matlamat diturunkan Al- Qurʾan. Maka dengan perintah supaya menyempurnakan tujuan pada awal surah ini, sempurnalah peningkatan secara beransur-ansur dalam semua urusan kehidupan termasuk makan dan minum yang sentiasa terikat kepada peraturan halal dan haram dalam pengagungan syiar-syiar agama Allah dan tersusunlah wuḍuʾ dengannya.



[1] Keadaan sebenar samahah (sifat tolak ansur) diterangkan seperti berikut. Jiwa tidak terlekat ukiran dan tidak tunduk kepada dorongan sifat haiwan, tidak terjejas oleh bahaya kekotoran sifat haiwan. Apabila jiwa terlibat dalam urusan kehidupan, rindu kepada perempuan, mengejar pelbagai kelazatan dan keenakan makanan, dia berusaha keras mendapatkannya sehingga berjaya. Demikian juga apabila jiwa bakhil, marah, ia pasti tenggelam seketika dalam keadaan itu tanpa mengalihkan tumpuannya kepada perkara lain. Apabila seorang yang ada sifat samahah ini bebas dari kesempitan hidup di atas, perasaannya seolah-olah tidak pernah mengalami keadaan itu. Jika jiwanya sebaliknya ia akan sebati dengan keadaan itu seperti terbentuk ukiran cincin pada lilin.
         Apabila ia mati dan bebas dari kegelapan yang bertimbun tambah, jiwanya kembali kepada keadaan asal. Ia dapati semua perkara dunia sesuai dengan sifat malaikat. Jiwanya tenang dan memuaskan. (ujjat Allah al-Balighah, jilid I, bab ‘Evß°HÛ¯ EjçRcÛ¯ ovXL´ °ãvÛ¯ ϸRç æFÛ¯ ÜuÆí¯ ²°±’, ms. 54).
[2] Keempat, adil, suatu sifat yang sebati dalam jiwa yang akan melahirkan tindakan-tindakan yang boleh menegakkan sistem pemerintahan negara dan kelompok dengan mudah, di mana jiwa menjadi seperti tabiat semula jadi dengan tindakan-tindakan itu. Rahsia adil, bahawa para malaikat dan jiwa-jiwa yang bebas daripada ikatan jasmani telah tercetak padanya kehendak Allah pada penciptaan alam, termasuklah memperbaiki sistem hidup bermasyarakat dan sebagainya di mana keredaan jiwanya tertumpu kepada perkara-perkara yang sesuai dengan sistem itu, dan inilah tabiat roh yang bebas. (ujjat Allah al-Balighah, jilid I, babEvß°HÛ¯ EjçRcÛ¯ ovXL´ °ãvÛ¯ ϸRç æFÛ¯ ÜuÆí¯ ²°±’, ms. 54).
Shaykh berkata, inilah matlamat yang paling tinggi. Tiga sifat yang sebelumnya iaitu suci, patuh kepada kebenaran dan samahah, adalah sebagai persediaan kepada sifat adil. Dan sifat adil inilah yang paling agung berbanding dengan tiga sifat yang awal. Pada hakikatnya tiga sifat yang awal adalah sebagai alat untuk mendapatkan darjah adil sahaja. Dan inilah matlamatnya sebagaimana Allah berfirman, yang bermaksud: “Dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah kamu menghukum dengan adil”. (Al-Qurʾan: 4: 58).

No comments:

Post a Comment