Friday, December 4, 2015

Fiqh Zaman Awal Tidak Sesuai Dengan Zaman Ini.



Shaykh berkata, mula-mula kami akan menerangkan mengenai semua mazhab termasuklah mazhab Abu anifah.
Air terdapat di lautan, sungai, perigi, parit, dalam bekas-bekas menyimpan air dan lain-lain lagi. Air di setiap tempat itu berbeza. Air laut jernih dan masin, berbeza dari air sungai yang hampir sama dengan air perigi. Air parit tidak sama dengan air dalam bekas menyimpan air. Walau di mana sekalipun air itu, air itu tetap air. Jika anda katakan air itu tidak berubah dan tidak perlu dipindahkan, maka terserlahlah kebodohan anda. Jika anda katakan air yang dipindah tidak mengalami perubahan atau air tidak perlu dipindah, itu juga menanda kejahilan anda, kerana manusia tidak boleh hidup tanpa air.
Secara ringkasnya, air amat penting dalam kehidupan manusia dalam semua keadaan. Maka air dipindahkan ke dalam tali air dan parit, bekas-bekas menyimpan air dan sebagainya. Setelah anda faham contoh ini, bandingkan air sebagai bahan asas yang telah sekata dalam kalangan manusia  Arab dan ʿAjam dengan rasanya yang berbeza kerana perpindahan itu. Itulah mazhab. 
Perubahan pada mazhab tidak dapat dielakkan. Bagi masyarakat Arab bentuk atau rupa mazhabnya berbeza daripada mazhab masyarakat bukan- Arab. Bagi masyarakat Eropah lain pula rupanya. Perbezaan ini mengikut keperluan dan kesesuaian di sesuatu tempat.

Fiqh Zaman Awal Tidak Sesuai Dengan Zaman Ini.
Jika dikatakan Al-Quran ini boleh diamalkan sekarang seperti yang diamalkan pada zaman Nabi (S.A.W.) dalam masyarakat  Arab, maka pendapat itu terlalu bodoh. Tiada ahli akal yang berpendapat demikian. Oleh kerana para ulama dan ahli tafsir tidak faham, maka kaki mereka tergelincir. Fiqh yang digunakan sejak zaman awal dahulu didapati tidak sesuai dengan zaman ini walau dalam apa bidang sekalipun.
                   
(dipetik dari tafsr al hakm surah al takwir)



Perpindahan Ilmu Islam Sejak Awal Hingga Peperangan Dunia Kedua.
Shaykh berkata, mula-mula ilmu ini lahir di Madinah, kemudian berpindah ke Damshik, kemudian ke Sepanyol, kemudian ke Baghdad, kemudian ke Bukhara, kemudian ke Gazni dan kemudian ke Delhi. Maka Delhi menjadi perbendaharaan ilmu sebelum perang dunia ke-dua.

(dipetik dari tafsr al hakm surah al takwir)



Dua Golongan Manusia Dalam Bidang Ilmu.
Shaykh berkata, dalam bidang ilmu, manusia terbahagi kepada dua golongan. Satu golongan mendapat kasyaf melalui batin hati (al-sir) kerana bersahabat dengan para nabi dan orang ṣufi. Mereka bukan ukamaʾ, tetapi mereka mempunyai pengenalan yang tidak membolehkan mereka melakukan ‘istinbat dan ‘takhrij. Kedua,  golongan ahli fikir yang dapat mengenali semua perkara yang sentiasa berubah dan peristiwa harian melalui akal mereka yang suci. Kemudian terbuka kepada mereka ilmu daripada aẓirat al-quds melalui persahabatan mereka dengan guru-guru ṣufi. Merekalah orang yang kamil.
Shaykh berkata, Muammad Qasim Al-Nanutawi adalah seorang yang bijaksana, mengetahui segala rahsia melalui kasyaf, pemikiran dan pemerhatian. Shaykh al-Hindi juga seorang yang bijaksana, mempunyai semangat perubahan besar (revolusi), mahir dalam ilmu ‘takhrij dan ijtihad berdasarkan prinsip. Semoga Allah meredai mereka.

 

(dipetik dari tafsr al hakm surah al takwir)

-oleh hasan muhamad.

No comments:

Post a Comment