Tuesday, November 24, 2015

Al-Quran menghuraikan kehendak fitrah insaniyah.

 
Pada diri seseorang supaya manusia kembali kepada fitrahnya semulajadi apabila diterjemah kepada sesama manusia maka lahirlah adil dan ihsan.
Itulah tuntutan ugama daripada Adam, Idris, Nuh sehingga kepada Nabi Muhammad  saw. Khutbah jumaat selalu mengulang2 perintah Allah , adil dan ihsan. Hakikat itu diterima oleh semua golongan manusia melainkan golongan yang cacat fitrah dan mereka yang salah pengenalan mengenai agama. Mereka terdinding daripada adat resam yang salah pengenalan, mereka semata2 melihat pada cara dan resam yang berakar umbi dalam masyarakat mereka. Mereka jadikan perjuangan semata2 untuk kepentingan puak sehingga hilang prinsip dan matlamat ugamanya sendiri.
Mereka mendakwa tidak masuk syurga melainkan hanya puak mereka sahaja . dakwaan ini menjadi pegangan kaum yahudi dan nasara pada zaman Nabi Muhammad  saw tetapi hari ini dakwaan yang sama menjadi pegangan orang Islam  .pada umumnya mereka dikuasai oleh orang2 yang mendakwa dirinya ustaz dan ulama yang diupah oleh orang2 yang berjuang membela puak mereka menjadikan agama sebagai industri perniagaan untuk membuat harta dan agama sebagai alat untuk kepentingan poket dan perut secara individu.
Lebih mengukuhkan pendirian mereka dengan tertubuhnya Jakim  yang mempromosi halal telah menjadikan semua kepada haram mutlak daripada yang tidak mutlak. Mereka tidak dapat membezakan haram millah dan haram muslihat . seluruh tumpuan Jakim  hanya kepada kain tudung, arak anjing dan babi.
Apakah dengan terlaksananya ke empat2 perkara ini maka sempurnalah Islam  sebagai kebangkitan Nabi Muhammad  saw?
Apakah dengan keempat2 perkara itu sebagai asas kepada perpaduan dan daulah islamiyah?
Pada pendapat saya ia adalah  jauh daripada matlamat kerana islamisasi yang di perkenalkan tidak berdasarkan pada Al-Quran . mereka meletakkan fiqah lebih mutlak daripada Al-Quran.
Sepertimana kamu bani Israil apabila diperintah mencari lembu mereka mempersoalkan dengan bermacam2 persoalan yang detail sehingga daripada perintah yang mudah akhirnya menjadi payah. Demikianlah tumpuan Jakim  terhadap kain tudung, arak, babi dan anjing menyebabkan mereka hilang tumpuan matlamat quran diturunkan. Jakim  sudah tidak relevan. Jakim  bukan penyelesaian masalah.
Jakim  adalah satu perhimpunan ruhban (iaitu mereka menumpu kerluan peribadai semata2 tanpa apa2 ajenda politik dan ekonomi masyarakat) yang cuba menonjolkan dirinya sebagai pembimbing tetapi bertindak seperti tikus memabaiki labu.
Mereka mempersia-siakan kuasa yang dianugerahkan oleh Allah  dan tidak menuju kepada matlamat Islam  sebagai khalifah yang diukur kepada kepentingan semua  manusia.
Contoahnya Nabi Muhammad  berdakwah menerusi kuasa pemerintah membentang gagasan keadilan dan kasih sayang dalam kehidupan secara mudah manusia dapat mengecapi, memahami dan menerima Islam  secara prinsip dalam kehidupan . maka wajarlah badan seperti Jakim  membuat persediaan ke arah itu sebelum suara2 resah dan tidak puas hati akan kedengaran.
Apabila ada pandangan supaya Jakim  dibubarkan , terdengarlah di sana-sini bantahan kerana bercanggah dengan sifat syirik dan taklid mereka kepada ulama.
Firman Allah :
Mereka jadikan ulama fiqh dan ulama tasauf itu tuhan selain daripada Allah .
Akhbar ulama fiqh-rohban(ulama tasauf)
Mereka mentafsirkan syirik hanya kepada orang2 bodoh  yang memuja keramat dan kubur tetapi mereka menyembunyikan syirik mereka yang mendewa ahli ilmu dan orang2 yang berkuasa.
Tafsir ayat tadi, kata ibni Abbas, mereka tidak sembah ulama tetapi mereka telan kata2 ulama tanpa menilainya dengan Al Quran. Manusia tidak syirik kepada sifat Allah  yang menjadikan langit dan bumi tetapi mereka syirik kepada kalam Allah  dan meletakan kata2 manusia setaraf dengan kalam Allah  dan tidak boleh dipertikaikan.
Mereka bercakap bagi pihak Allah  tetapi membelakangkan kitab Allah .
Saya berseru kepada penghuni2 Jakim  dan sekutu2nya supaya kembali kepada Al Quran dan sunah nabi. Janganlah kamu melangkau batas dengan mengukur Islam  itu dari sudut urusan peribadi semata2 kerana Al Quran adalah untuk semua manusia.  Juga begitu tidak menonjol kepada ukhwah islam sebagai panduan hidup kepaada semua dan membentang gagasan keadilan, kasih sayang sesama manusia dalam kehidupan
Al Quran tidak harus dibaca balik bahasa semata2 kerana berlaku banyak penyelewengan yang mengambil petikan daripada Al Quran untuk mengukuhkan hujah kepada individu penulis dan ahli politik.
Musabaqah Al Quran lebih setengah abad hanya berhenti setakat lagu, taranum dan tajwid tanpa apa2 peningkatan dan telah di sembunyikan matlamat Al Quran diturunkan. Keadaan statik ini menunjukkan pimpinan Jakim  beku terhadap Al Quran walau pun mereka mengada-adakan slogan pencetus perpaduan dan sebagainya. Ia adalah slogan kosong.
oleh hasan muhamad



No comments:

Post a Comment