Imam Ghazali
menggambarkan azab kubur dengan tiga peringkat,
beliau berkata: “Perbandingan berita-berita hadis ini mengandungi zahir
yang sahih dan rahsianya yang tersembunyi, tetapi amat jelas di sisi orang yang
berakal, sesiapa yang tidak didedahkan
hakikatnya, tidak sepatutnya menentang perkara zahir, kerana darjah keimanan
yang paling rendah ialah menerima dan mengakui.
Jika anda berkata, anda melihat orang kafir di dalam kubur secara teliti
dan tidak terdapat sedikitpun perkara itu, maka bagaimanakah anda mengakui
perkara yang bertentangan dengan kenyataan?”
“Ada tiga peringkat
untuk anda mengakui perkara seperti ini.
Pertama, yang paling baik, jelas dan selamat ialah anda mengakui perkara
itu ada tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar anda, kerana mata kasar
anda tidak sesuai untuk melihat perkara di alam malakut. Setiap perkara akhirat termasuk dalam alam
malakut. Para sahabat percaya bahawa
mereka didatangi Jibril walaupun mereka tidak dapat melihatnya dan mereka
percaya Nabi s.a.w. melihatnya. Jika
anda tidak beriman dengan perkara ini, anda perlu mengesahkan keimanan anda
terhadap malaikat. Jika anda beriman
kepadanya dan mengakui Nabi s.a.w. melihat perkara yang tidak dilihat oleh
umatnya, bagaimanakah anda menolak perkara yang berlaku kepada mayat? Maka ular yang memagut dalam kubur bukannya
ular di alam ini, tetapi ular lain yang diketahui melalui pancaindera lain.”
“Kedua, perhatikan
peristiwa dalam mimpi. Seorang dipagut
ular dan dia terasa sakit, dia bertempik dan badanya berpeluh dan
terperanjat. Peristiwa itu berlaku pada
dirinya seperti dia dalam keadaan sedar.
Pada zahirnya dia diam dan tiada ular yang memagutnya. Dia merasa sakit tetapi anda tidak
melihatnya. Tiada perbezaan antara
kesakitan kerana dipagut ular khayalan atau dipatut ular sebenar.”
“ketiga, anda tahu ular
tidak boleh menyakitkan, tetapi yang menyakitkan ialah kesan racun ular, racun ular tidak menyakitkan. Jika kesan yang seperti itu terdapat pada
perkara bukan racun, maka kesakitannya juga sama, keazaban jenis ini diperkenalkan berdasarkan
sebab-sebab biasa. Tidak mungkin diperkenalkan keseronokan hubunngan seks
melainkan melalui sebabnya. Maka hasil
sebab terjadi walaupun tidak terdapat rupa sebab. Hasil sebab itulah yang dikehendaki,bukan
zatnya. Sifat yang membinasa berubah
menjadi benda yang membinasa, menyakitkan dan memedihkan jiwa selepas
mati, kesan kesakitannya seperti kesan
pagutan ular yang tidak wujud.” Inilah
pendapat Imam Ghazali.
(dipetik dari ikhtisar hujatullah al balighah juzuk
satu)
No comments:
Post a Comment