Thursday, December 24, 2015

IKS berada dalam keadaan jalan sukar.




Ada IKS  yang berjaya mengadakan produk-produk bermutu dan pernah mendapat anugerah tetapi kenapa produk mereka tidak ada di pasaran.
Seumpama jaguh kampung yang berkokok dalam persekitaran yang terhad untuk berkembang dalam negara tidak maju. Mereka terpaksa bersaing sesama sendiri dan kuasa-kuasa ekonomi besar yang mempunyai segala kelengkapan.
Kaum cina yang menguasai pasaran perniagaan mereka sentiasa menyekat kerana bimbang empayar perniagaan mereka akan terhakis . itulah dunia perniagaan yang mempunyai sejarah peperangan semata-mata untuk mempertahan dan memperluaskan empayar perniagaan.
Rakyat terdidik dengan iklan yang menyeluruh di akhbar dan media eletronik, mereka sebenarnya bukan menilai barang tetapi membeli jenama yang diiklan dan barang-barang itu mudah didapati di kedai-kedai kecil dan dipasaraya.  barang IKS  tiada dipasaraya, barang IKS  tanpa iklan dan tidak terdapat dikedai-kedai kecil dan pasaraya, Cuma kalau ada dipasar-pasar minggu dan penghuni pasar minggu sahaja berpeluang mendapatnya. Itu pun setelah berfikir panjang.
Kedai-kedai kecil bimbang untuk stok barang-barang IKS  kerana tidak yakin apabila berdepan dengan selera pembeli yang tertelan dengan jenama dan iklan. Sokongan kerajaan yang memberi mereka geran adalah satu langkah sementara sekadar dapat mengelak daripada tekanan hutang kearah maju. IKS  mencecah lebih setengah abad tetapi dia masih ditakuk lama dan pemimpin bercakap perkara yang sama.
Sepatutnya kerajaan dapat mengubah sikap pengguna memudahkan untuk mendapat barang dikedai-kedai yang menyeluruh tetapi harus difikirkan, kelompok manakah yang menjadi sasaran sebagai pengguna kepada sasaran asas .
Membina segolongan elit pengguna bagi produk peringkat awal sebagai asas sokongan adalah perlu dalam bentuk satu ikatan perkongsian.
Kerjasama bersama koperasi-koperasi pengguna yang aktif atau yang paling asas di serap kepada kumpulan penempatan sementara yang membuat, mengguna dan menjual dalam bentuk perkongsian antara modal dan tenaga.
Golongan miskin dan penggangur tanpa modal dan prasarana tenaga mereka tidak berfungsi.
Tenaga yang ada pada penganggur-penganggur adalah aset kepada masyarakat dan negara. Perkongsian ialah untuk menggerakkan tenaga mereka di ajak bersama-sama dalam perkongisan dan kehidupan atau semangat saling bantu-membantu dan tolong-menolong.

Hasan muhamad.

No comments:

Post a Comment