Friday, December 18, 2015

Wahdatul wujud




Ibnu arabi telah menjelaskan falsafah ketuhanan wahdatul wujud yang menjadi pegangan dikalangan penganut hindu pada masa itu.
Pendekatan itu yang mempunyai persamaan asal dengan penganut Hindu untuk menarik minat penganut-penganut hindu kepada Islam.
Perbahasan diluar kotak syariat ini telah menimbulkan salah faham yang tidak sewajarnya berlaku perbahasan dengan berhukum dengan kaedah ketuhanan seperti mana berlaku terhadap mansur Husin al-halaj.
Undang-undang jenayah tidak mengambil salah apabila menghadapi masalah mental.
Hukum mati pada halaj adalah tidak menepati kebenaran semata-mata diukur pada syariat kerana di saat beliau mendakwa anAllah  di lengan bajunya bersatu dengan Allah  di saat beliau tidak sedar beliau berada di alam nyata telah menyatakan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Wujud yang satu adalah Allah  dan segala yang wujud seluruh alam adalah bayangan daripada wujud yang satu.
Dalam bayangan wujud diperingkat ibadat yang penuh dengan percampuran, ada pihak yang keliru dan tidak dapat membeza antara percampuran roh-roh makhluk yang lahir dibawah wujud yang satu lalu mereka mendakwa percampuran wujud yang satu.
Daripada dakwaan yang keliru ini mereka menghukum salah terhadap halaj.
Misalnya, dalam khayalan seorang miskin ia mahukan sebuah rumah sepuluh tingkat tetapi ia hanya menterjemah khayalannya kepada sebuah lukisan di atas kerta.
Apabila seorang kaya berkhayal dengan khayalan yang sama dengan orang miskin tadi, ia dapat menterjemah khayalannya dan mampu membina rumah sepuluh tingkat dengan hartanya.
Demikianlah Allah  yang maha kaya, khayalannya menjadi kenyataan secara menyeluruh dan lengkap, misalnya kita harus membeza antara pelakun drama, pengarah, manusrip dan penulis skrip.
Orang ramai hanya melihat pelakon sahaja sedangkan mereka tidak tahu siapa pengarahnya yang mengambil peranan dibelakang tabir, apa skripnya dan siapa penulis skrip itu.
Semua barisan pelakon, pengarah dan menuskrip adalah tidak wujud tanpa penulis skrip itu. Mereka-mereka itu semua adalah lahir daripada khayalan penulis. Inilah perbezaan antara wujud dan wujud yang satu.

Oleh hasan bin muhamad , kg tok ku, kedai lalat.

No comments:

Post a Comment