Sunday, May 1, 2016

Hakikat Islam


Hakikat Islam itu ialah suatu peraturan yang berdasarkan fitrah manusia yang semulajadi. Kalimah fitrah
yang semulajadi ini perlu diingati bahawa kemahuan setiap orang kepada Islam itu samalah seperti
kemahuan kepada makanan dan minuman yang menjadi sebab hidup mereka. Peraturan hidup yang
dinamakan Islam ini telah dinamakan dalam Al-Quran dengan nama ‘al-din’ sebagaimana Allah taala
berfirman, yang bermaksud: “Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam”. (Al-Quran: 3: 19).
Agama Islam ini telah ditetapkan oleh Tuhan untuk manusia sebelum daripada dijadikan tujuh petala langit
dan bumi; dan inilah agama yang sebenar di sisiNya. Dengan sebab itu Allah berfirman, yang bermaksud:
“Sesiapa yang mencari satu agama lain daripada Islam, maka tidak akan diterima daripadanya; sedangkan
dia di akhirat seorang daripada mereka yang rugi”. (Al-Quran: 3: 85).
Apabila Allah taala mencipta adam dan Hawa dan keturunannya di dunia, maka pengetahuan
yang dikurniakan kepada mereka pada masa itu sebagai sedutan daripada Islam mengikut kadar yang dapat
diterima dan diamalkan dengan kelayakan yang ada pada mereka, hingga tibalah zaman Idris (A.S.) Maka
kelayakan bagi menerima ilmu daripada sedutan pengajaran agama Islam itu telah bertambah luas. Maka
timbullah pada zaman itu beberapa percubaan yang memastikan peraturan yang lebih tinggi daripada
zaman adam (A.S.). Perkembangan ini bukanlah pada agama Islam tetapi pada kebudayaan dalam jiwa
masyarakat mereka sahaja.
Walaupun pada zaman Idris (A.S.) itu manusia sudah mulai mengkaji dan menyiasat ilmu bintang,
ilmu falak dan sebagainya, tetapi daripada segi ilmu kemasyarakatan mereka masih mentah, tidak begitu
matang hingga ternyata pada satu peringkat iaitu pada zaman Nuh  (A.S.). Inilah zaman yang boleh
disifatkan permulaan membuka sejarah yang luas dalam pelbagai ilmu yang disedut dari pengajaran Islam.
Dengan sebab itu Nuh  (A.S.) dilantik sebagai rasul pertama di bumi ini. Adapun adam dan Idris (A.S.)
tidak lebih daripada menjadi nabi sahaja.
Allah taala, dalam Al-Quran, telah menjadikan zaman Nuh  (A.S.) sebagai zaman permulaan
sejarah perkembangan Islam yang menjadi asas bagi kebudayaan yang selepas mereka, sebagaimana Allah
befirman yang bermaksud: “Ia telah terangkan bagi kamu dari agama, apa yang Ia wajibkan dia kepada
Nuh , dan yang Kami wahyukan kepadamu, dan apa yang Kami wajibkan dia keapda Ibrahim dan Musa dan
Isa ; bahawa hendaklah kamu dirikan agama dengan tetap dan janganlah kamu bercerai berai padanya”. (Al-
Quran: 42: 13). Ayat ini menunjukkan bahawa dari kemajuan yang tercapai pada zaman Nuh  (A.S.) hingga
kepada perkembangan pada zaman Ibrahim, Musa, Isa  (A.S.) adalah dalam salasilah agama Islam yang
satu. Maka manusia perlu mengikuti pesanan Allah kepada Muhammad  (S.A.W.) supaya roh Islam yang
satu yang terbentuk dalam beberapa kebudayaan itu hendaklah ditegakkan dan janganlah diasingkan. –
(Jemaah Wali Allah, Kota Bharu, Kelantan, 3 Mei 1970).

Wednesday, April 27, 2016

Hikmat mikraj nabi saw yang sepatutnya difahamkan

Hikmat mikraj nabi saw yang sepatutnya difahamkan

Sekarang akan dibincangkan sepuluh hukum untuk menegakkan keamanan antarabangsa di bumi ini dan mengiktiraf taraf yang sama antara bangsa-bangsa yang gagah dan bangsa-bangsa yang lemah dan menjaga hak kemerdekaan, berjimat cermat dan sama rata dalam siasah dalam kalangan mereka. Allāh berfirman:

1.“Dan telah dihukumkan oleh Tuhan engkau bahawa janganlah kamu sembah selain daripadaNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu berkasih sayang, sekiranya telah sampai umurnya tua, seorang atau kedua-duanya, maka janganlah engkau berkata dengan perkataan yang kasar dan janganlah engkau menyakitkan hati kedua-duanya, hendaklah engkau berkata dengan perkataan yang mulia. (Al-Qurʾān: 17: 23).

Dan hendaklah rendahkan bagi kedua-duanya tanda kehinaan daripada kasih sayang, dan hendaklah berdoa: “Wahai Tuhanku, kasih sayanglah kepada kedua-duanya seperti kasih sayang kedua-duanya kepadaku dan membela kedua-duanya pada masa aku kanak-kanak. (Al-Qurʾān: 17: 24).

Sebenarnya Tuhan kamu Maha Mengetahui apa-apa yang tersimpan di dalam hati kamu jika kamu orang yang beramal salih, maka Allah bersedia mengampun mereka yang taat dibawah hukumNya”. (Al-Qurʾān: 17: 25).
Tujuan hukum yang pertama ini supaya mengesakan ibadat kepada Allāh dan berkhidmat kepada dua ibu bapa.

2. “Hendaklah berikan hak pertalian yang dekat dan orang yang kesusahan dan orang yang berhajat; janganlah engkau melebihkan belanja yang lebih daripada hajat. (Al-Qurʾān: 17: 26).

Bahawasanya mereka yang melebihkan belanja daripada hajat itu bersaudara dengan syaitan dan ialah mereka yang amat kufur kepada Tuhannya”. (Al-Qurʾān: 17: 27).
Tujuan hukum yang kedua ini ialah untuk menegakkan semangat pergaulan dan perhubungan manusia sebangsa.

Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. (Al-Qurʾān: 17: 28).

3. “Dan janganlah engkau jadikan tangan engkau dibelenggu ke tengkuk engkau dan jangan pula engkau lepaskan dia selepas-lepas, sebab itu jadilah engkau dicerca dan dihina”. (Al-Qurʾān: 17: 29).
Tujuan hukum ketiga ialah supaya manusia berjimat cermat dengan baik dalam pergaulan, kerana dalam dunia ini terdapat dua golongan manusia iaitu golongan kaya dan golongan miskin.

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. (Al-Qurʾān: 17: 30).

4. “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan harta benda kamu itu, Kami akan memberi rezeki mereka dan kamu, bahawa membunuh mereka adalah satu kesalahan yang amat besar”. (Al-Qurʾān: 17: 31).
Tujuan hukum keempat ialah supaya penduduk dan anak-anak diberi pendidikan dalam pelbagai bidang mengikut kelayakan masing-masing.

5. “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat”. (Al-Qurʾān: 17: 32).
Tujuan hukum kelima ialah untuk menjaga kehormatan golongan wanita dalam masyarakat.

6. “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allāh membunuhnya dengan tidak sebenar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia mendapat sepenuh-penuh pertolongan”. (Al-Qurʾān: 17: 33).
Hukum yang keenam ini menerangkan undang-undang untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan setiap individu dalam pergaulan hidup mereka.

7. Dan janganlah kamu mengganggu harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia baligh; dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Qurʾān: 17: 34).
Tujuan hukum ketujuh ialah untuk memelihara harta anak yatim piatu yang lemah.

8. “Dan hendaklah sempurnakan sukatan jika kamu penyukat dan timbangkanlah dengan neraca yang betul, itulah sebaik-baik dan seelok-elok jalan”. (Al-Qurʾān: 17: 35).
Tujuan hukum kelapan ialah supaya manusia menyempurnakan hak yang sama atau adil dalam pergaulan dan menegakkan semangat kasih sayang.

9. “Dan janganlah kamu buat-buat pandai pada apa yang yang kamu tidak mengerti dengan sebenarnya, kerana telinga, mata, hati semuanya akan ditanya”. (Al-Qurʾān: 17: 36).
Ayat ini sama seperti yang diwahyukan kepada Mūsā. Tambahan pada ayat ini ialah firman Allāh:

Dan janganlah kamu buat-buat pandai pada apa yang yang kamu tidak mengerti dengan sebenarnya, (Al-Qurʾān: 17: 36).
Inilah asas yang terdapat pada sharīʿat Al-Qurʾān dan sebagai jalan penafian ke atas perkara-perkara khurafat dan penyelewengan terhadap sifat-sifat kemanusiaan dan menyeru untuk memastikan kebenaran. Dengan ini umat Islam dengan ilmu mereka dapat mendahului kaum-kaum lain. Jika mereka tertinggal, mereka akan mengalami kemunduran.
Tujuan hukum yang kesembilan ialah untuk mengajar adab sopan kepada setiap orang ahli ilmu atau pemimpin bangsa supaya tutur kata dan gerak gerinya tidak terkeluar daripada pengetahuannya.

10. “Dan janganlah kamu berjalan di bumi ini dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya kamu tidak boleh memecahkan bumi dan kamu tidak akan dapat menyamai setinggi bukit”. (Al-Qurʾān: 17: 37).
Ayat ini sebagai tambahan kepada hukum Taurāt, kerana berjalan dengan berlagak sombong termasuk dalam menyombong diri dan menafikan hak yang sama yang menjadi tabii manusia. Jika manusia bercita-cita mahu menyatukan umat manusia supaya berada di atas satu matlamat yang sama, maka kewajipan mereka ialah memberi hak yang sama tanpa membezakan antara kaum dan suku kaum. Menyekat dan melarang dari berlagak sombong itu boleh membawa kepada persamaan dengan seluruh umat di dunia.
Sesiapa yang menempatkan dirinya sama dengan manusia lain, tiada keutamaan dari mereka melainkan sifat adil dan ihsan (al-taqwa) dan menghapuskan kezaliman; sudah tentu ia dapat menyatukan manusia di atas landasan yang sama. Tanpa cara yang dibentangkan itu tidak mungkin dapat menyatukan manusia seluruh dunia. Inilah maksud firman Allāh:

Sesungguhnya  Al-Qurʾān ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (Al-Qurʾān: 17: 9).
Tujuan hukum kesepuluh ialah untuk mengajar adab kepada setiap manusia supaya tidak bersikap sombong atau besar diri dalam pergaulan dengan saudaranya.
Demikian sepuluh hukum dasar yang ditetapkan oleh Allāh taʾālā pada malam miʿraj untuk dijadikan asas pergaulan antarabangsa seperti Hindu, Majusi, Yahudi, Naṣārā dan lain-lain di dunia ini; juga menegakkan sebuah perlembagaan antarabangsa untuk menjaga keamanan dan hak yang adil dari kalangan semua bangsa.
Maka kehendak agama Islām ialah menyelamatkan kehidupan manusia dan menyemaikan perasaan kasih mesra dan saling bekerjasama dalam jiwa setiap manusia dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada golongan lelaki dan perempuan di bawah undang-undang pergaulan itu dan menyempurnakan hak setiap individu dengan sepenuhnya.

Stretegi
Perkara kedua yang diputuskan pada malam Miʿrāj itu ialah menubuhkan suatu perlembagaan baharu untuk melatih pasukan persekutuan keamanaan antarabangsa untuk menegakkan undang-undang yang tersebut dalam pergaulan antarabangsa dan mengawal semua bangsa yang bekerjasama di bawah undang-undang itu supaya tidak melanggar batasan-batasannya.
Semua cendekiawan yang bijaksana dahulu dan sekarang bersetuju bahawa kejayaan sesuatu bangsa memerlukan tiga perkara. Pertama, tujuan yang baik. Kedua, peraturan yang baik. Ketiga, semangat perpaduan yang teguh. Tujuan yang baik dan peraturan yang baik sudah diterangkan dalam perkara pertama. Sekarang akan diterangkan perkara ketiga iaitu semangat perpaduan yang teguh.
Semangat perpaduan yang teguh disertai dengan pendidikan dalam pelbagai bidang mengikut kelayakan semulajadi setiap manusia adalah asas yang kukuh untuk membangunkan sesebuah negara.
Falsafah pendidikan dalam millah Ṣābiīn mengikut keperluan kebangsaan sahaja, tetapi apabila muncul millah Ḥanīfī, yang menyatukan semua bangsa di bumi ini, maka falsafah pendidikan dalam millah Ṣābiīn perlu diubah supaya lebih luas dan sesuai dengan semua kaum.
Maka hukum-hukum dan prinsip yang lebih luas itu disampaikan oleh Allāh melalui Nabi Muḥammad (S.A.W.) pada malam Miʿrāj, iaitu supaya mengadakan satu peraturan baharu untuk mendidik manusia. Peraturan itu dinamakan ṣolāt (perhubungan kasih sayang) atau sembahyang.
Dalam diri manusia terdapat perasaan yang dinamakan “Ev´¯QÛ¯ ECLÝ” atau cinta yang sejati. Perasaan cinta ini tertumpu ke dua tempat. Pertama, cinta yang tertumpu kepada Allāh. Kedua, cinta yang tertumpu kepada bangsa sendiri. Allāh taʿālā berfirman; maksudnya:

“Dibalakan ke atas mereka yang memutuskan pertalian cinta kepada Allāh dan cinta kepada bangsa”. (Al-Qurʾān: 3: 112).
Mereka yang memutuskan pertalian cinta antara manusia tersebut akan ditimpa bala dan kehinaan di mana mereka berada. Maka mereka hendaklah bergantung kepada tali Allāh dan tali perhubungan di antara manusia.
Kecenderungan hati setiap manusia sebagai tempat pergantungan cintanya yang pertama dinamakan ibadat (memperhambakan diri kepada Tuhan); manakala kecenderungan hati ke tempat pergantungan cinta yang kedua dinamakan ṣolāt atau perhubungan kasih mesra atau sembahyang.
Bagi orang awam, perhubungan kasih mesra hanya di antara saudara dalam keluarga dan waris sahaja, tetapi bagi para nabi dan ḥukamāʾ, perhubungan kasih mesra ialah memupuk persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan semua manusia daripada semua bangsa di dunia ini. Perhubungan kasih mesra itulah sebagai asas penegakkan semua kemajuan dan kebahagiaan semua bangsa di dunia ini. Maka Allāh taʿālā amat mengambil berat dengan sumpah setia setiap roh manusia supaya mereka berperasaan dengan kasih mesra tersebut. Kemudian dibangkitkan pula Nabi Muḥammad (S.A.W.) untuk memberi peringatan tentang sumpah setia dan perjanjian itu kepada setiap manusia dengan diberikan kitab yang menerangkan undang-undang perjanjian itu. Allāh taʿālā berfirman; maksudnya:

“Dan hendaklah kamu sempurnakan perjanjian Allāh, manakala kamu telah berjanji. Dan janganlah kamu batalkan sumpah kamu itu kemudian daripada ditetapkan; sesungguhnya telah kamu jadikan Allāh itu penjaga di atas kamu, bahawa Allāh amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Qurʾān: 16: 91).
Allāh berfirman lagi; maksudnya:

“Mereka yang membatalkan perjanjian Allāh kemudian daripada meneguhkannya serta memutuskan perhubungan yang Allāh hukumkan supaya dihubungkan kasih sayang di antara manusia itu dan membuat kacau bilau di bumi ini, sebenarnya ialah mereka yang mendapat kerugian”. (Al-Qurʾān: 2: 27).
Pada zaman Nabi (S.A.W.) telah ramai orang yang memeluk agama Islām. Maka ramailah yang mendapat pendidikan daripada baginda. Maka baginda pun mengatur tugas mereka berkhidmat kepada agama dan bangsa. Ada kumpulan yang terlibat dalam sistem pendidikan, ada yang ditugaskan dalam perniagaan dan tidak ketinggalan juga kumpulan yang ditugaskan dalam ketenteraan. Setiap kumpulan diberikan tugas yang khusus.
Secara ringkasnya, tidak diragukan lagi bahawa Miʿrāj Nabi (S.A.W.) telah membuka satu lembaran sejarah baharu dan amat besar di alam manusia dengan tujuan mentadbir, mengurus dan mendidik manusia seperti yang diberikan oleh Allāh taʿālā kepada Nabi Muḥammad (S.A.W.) pada malam itu.
Manusia dikehendaki mengambil pesanan Allāh ini dan contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muḥammad (S.A.W.). Inilah contoh yang dicari-cari oleh semua bangsa di dunia. Maka manusia digesa segera mengamalkannya. Mereka dikehendaki berkorban jiwa dan harta untuk menegakkannya. Inilah agama Islām yang maha suci, maha tinggi dan maha besar yang dipilih oleh Allāh taʿālā kepada kita supaya kita hidup dan mati di atasnya. Allāh taʿālā berfirman; maksudnya:

“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allāh yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang yang menyekutukan Allāh”. (Qurʾān: 6: 79).
Maka Allāh mengatakan Dia membeli diri orang beriman dengan pembalasan syurga atau kebahagiaan dengan memiliki negara. Dalam ayat yang lain Allāh menyatakan bahawa Dia akan mengazab orang yang syirik, murtad dan dijajah di dalam neraka; kerana bangsa yang dijajah tidak boleh mengadakan sebarang kebaikan untuk faedah bangsanya. Akhlak mereka rosak. Mereka syirik, mereka mendewakan pemimpin, mengampu orang besar dan takut menyatakan kebenaran.
Islām ditegakkan di atas dasar tauhid dan menjauhkan syirik yang berlawanan dengannya. Tauhid diamalkan dengan menegakkan persatuan umat, membangunkan satu ideologi dan sebuah negara yang merdeka, berdikari, bebas daripada sikap hamba dan diperalatkan oleh negara kuasa besar. Islām mencela syirik yang diamalkan oleh manusia kerana syirik menjadi sebab utama kejatuhan Islām pada zaman sekarang.
Hakikat memberi peringatan (inzar) ialah seruan sebenar bahawa Islām ditegakkan di atas jihad atau revolusi atau perubahan besar yang menyeluruh melalui perjuangan yang memerlukan pengorbanan jiwa dan harta. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Al-Qurʾān dengan banyak dan telah dipraktikkan oleh Nabi Muḥammad (S.A.W.). Hakikat jihad yang dianjurkan dalam Islām ialah supaya menegakkan sebuah negara dan telah diulangkan lagi oleh Abū Bakar al-Siddīq setelah beliau dipilih sebagai khalifah pertama. Beliau menyeru supaya umat Islām terus berjihad untuk melaksanakan keadilan sosial supaya senang beribadat.
Manusia mengenali kezaliman dan mereka mengumpul segala sebab keduniaan untuk mereka, dan mereka tidak mengharapkan kebaikan, mereka melihat keadilan orang yang benar dan mereka berada dalam keadaan yang sukar. Tetapi mereka dilihat sebagai manusia yang paling mulia dan orang ramai mengharapkan kebaikan daripada mereka. Perbezaan di dunia ini adalah perkara semulajadi. Kemudian perbezaan ini bertambah di akhirat. Orang yang bertakwa akan pergi ke Ḥaẓīrat al-quds dan syurga. Sebaliknya orang fasik dihumban ke dalam neraka. Perkara ini tiada apa-apa melainkan untuk melahirkan perbezaan mengikut undang-undang negeri setempat. Kepada maksud ini diisyaratkan pada ayat 21:

Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain dan sesungguhnya akhirat itu lebih tinggi tingkat perbezaannya dan lebih besar kkeutamaannya. (Al-Qurʾān: 17: 21).
Titik tumpuan semua pandangan itu ialah bahawa Allāh itu Esa dan tiada sekutu bagiNya, yang menegakkan langit dan bumi dan menegakkan sifat kemanusiaan. Apabila seseorang tidak lupa dari pengenalan itu dan mahu menambah pada pengenalannya, dia akan selamat di akhirat. Jika tidak sedemikian, maka tidak berguna kepadanya sesuatu. Kepada maksud ini terdapat isyarat pada firman Tuhan;

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allāh, kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan. (Al-Qurʾān: 17: 22).
Sekarang kami kembarkan sepuluh hukum dalam Taurāt seperti yang tersebut dalam nas Taurāt.
i). Jangan ada padamu Allāh lain di hadapanKu.
ii). Jangan menyebut nama Tuhan-mu dengan sembarangan.
iii). Ingatlah dan sucikanlah hari Sabtu sebagai hari minggu.
iv). Hormatilah ayahmu dan ibumu.
v). Jangan kamu membunuh.
vi). Jangan berzina.
vii). Jangan mencuri.
viii). Jangan mengucap saksi dusta tentang sesamamu.
ix). Jangan mengintai rumah kawan kamu.
x). Jangan kamu rindu kepada isteri kawan kamu dan jangan kamu rindu kepada hambanya dan jangan kamu mahu lembu jantan orang lain atau keldainya atau sesuatu dari harta kawan baik kamu.

Oleh haji nik mohd salleh wan musa

Tuesday, April 26, 2016

AKIDAH

AKIDAH

Ketahuilah bahawa akidah orang-orang  miskin itu berbeza bila dibandingkan dengan akidah orang-orang kaya. Begitulah juga seterusnya akidah bagi orang-orang dari  golongan kelas menengah.

Akidah itu adalah 'pegangan hati'. Itulah maksud akidah yang sebenar2nya.

Orang-orang miskin lebih mudah bertukar-tukar pendapat sesama mereka. Mereka sama-sama membincangkan soal susah-senang hidup tanpa ada apa-apa rasa dengki atau irihati kerana sememangnya mereka sama-sama tak punya apa-apa.Mereka membincangkan tentang kehidupan yang lebih  bersifat ihsan, lebih adil.

Sesama mereka pula lebih banyak bertolak ansur. Saling tolong menolong. Mempunyai sikap berkasih sayang antara satu sama lain. Lebih jujur dan saling memahami isi hati masing-masing. Semangat bergotong royong menjadi adat dan budaya mereka.

Lain halnya pula dengan golongan dari kelas  pertengahan. Golongan ini dinamakan atau digelar sebagai golongan 'serba salah'.

Sikap yang ada pada orang-orang miskin tadi tiada pada mereka.

Walaupun mereka kelihatan mewah atau lebih baik dari segi kedudukan akan tetapi mereka sebenarnya terbelenggu dengan hutang yang tak kunjung padam. Mereka mengambil kira segala-galanya. Dengan kata lain mereka ini manis di muka sahaja.

Golongan yang satu lagi iaitu golongan yang menjadi impian semua manusia duniawi adalah golongan orang-orang yang kaya.

Hidup penuh kemewahan dan kesenangan. Tidak dikelilingi dengan hutang tapi jauh sekali untuk memberi sumbangan jika tiada apa-apa keuntungan. Apa yang dihajatkan dalam bentuk material pasti tercapai.

Akan tetapi mereka ini dselubungi pula oleh perasaan sombong, tidak pernah rasa cukup,   dengki serta  tamak dan yang paling dahsyat adalah khianat.

Mereka hanya bergaul sesama mereka dan mengambil sikap berhati-hati walaupun sesama golongan mereka yang mempunyai kedudukkan.  Mereka ini adalah pengira untung.

Ulardalamsemak.

Monday, April 25, 2016

TUJUAN AL-QURʾĀN DITURUNKAN

TUJUAN AL-QURʾĀN DITURUNKAN
Tujuan Al-Qurʾān diturunkan adalah.  sama dengan tujuan Nabi Muhammad (S.A.W.) diutuskan. Dua tujuan ini merupakan satu gambaran yang sama dalam satu rangkaian yang dimaksudkan oleh Allāh (S.W.T.) untuk manusia di dunia ini, kerana Al-Qurʾān dan Nabi Muhammad (S.A.W.) merupakan satu gambaran. Maka dikatakan dengan jelas oleh semua orang bahawa Al-Qurʾān itulah mukjizat yang terbesar yang ditinggalkan olehnya. Sumber mukjizat yang agung ini sentiasa dikaji, ditafsirkan dan dikhitab dengan pelbagai cara dan kemahuan; walaupun kadang-kadang terkeluar dari maksud atau tujuan yang dikehendaki oleh Al-Qurʾān dan Nabi Muhammad (S.A.W.) sendiri.
Al-Qurʾān yang merupakan sumber pemikiran ini sentiasa disebut sebagai kitab suci, dengan maksud adakah Allāh berikan ke tangan Muhammad (S.A.W.) untuk dikatakan besar dan suci, atau untuk dilagukan atau diberkatkan sebagai tangkal azimat atau dibaca untuk mendapat pahala sahaja? Adakah Al-Qurʾān ini merupakan satu pengajaran atau suatu ideologi yang amat tinggi hingga tidak dapat diamalkan?
Orang Islām sering menyalahkan Al-Qurʾān dengan alasan bahawa Al-Qurʾān hanya satu teori dan tidak dapat diamalkan, dan itulah sebabnya Islām tidak lebih daripada agama ibadat semata-mata. Kalau ada ibadat haji, maka ibadat itu sudah lapuk, tidak berjiwa dan lebih merupakan ibadat tradisi sahaja. Adakah dakwaan-dakwaan begini terutamanya oleh golongan Orientalis barat bahawa Islām adalah agama teori semata-mata

untuk menjadikan sifat kesamian (ruhbaniah) itu benar?
Kita selalu disuakan dengan dakwaan yang demikian kerana kita tidak pernah cuba mengkaji secara mendalam falsafah sejarah perkembangan Islām dengan melihat kepada amali oleh Nabi Muhammad (S.A.W.) dan para khalifah al-rāshidīn. Jika kita tidak melihat falsafah sejarah Islām berdasarkan ayat-ayat Al-Qurʾān, maka sering menjadi hilang arah dan kecoh dan sesat dalam memahami untuk apa Al-Qurʾān dan Nabi Muhammad (S.A.W.) itu diturunkan ke dunia sehingga menjadi rahmat kepada seluruh alam.
Itulah sebabnya, selalu ditegaskan orang bahawa Al-Qurʾān mengandungi segala-galanya. Jika orang berbicara tentang naik ke bulan, kita mengatakan perkara itu tersebut dalam Al-Qurʾān. Jika orang berbicara tentang kajihayat atau biologi, maka dikatakan ada dalam Al-Qurʾān. Begitulah seterusnya, sehingga seolah-olah Allāh menurunkan Al-Qurʾān untuk mengajar manusia menanam, mengajar manusia mengilang, mengajar manusia beristeri, mengajar manusia berniaga dan sebagainya. Adakah masalah-masalah yang kecil seperti ini yang dimaksudkan oleh Al-Qurʾān dan atas hal-hal yang seumpama ini Muhammad (S.A.W.) diutuskan?
Allāh menyebut dalam Al-Qurʾān:

Allāh menjanjikan kepada orang beriman di antara kamu dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa mereka akan menjadi khalifah di bumi sebagaimana orang terdahulu menjadi khalifah, dan Allāh menetapkan agama yang disukaiNya untuk mereka; dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan; mereka menyembah Aku dan tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu. Sesiapa yang ingkar sesudah itu, maka mereka itu adalah orang yang fasik. (Al-Qurʾān: 24: 55).
Dalam ayat di atas, Allāh memberi jaminan sebagai satu perjanjian kepada umat Islām, iaitu pemerintahan. Untuk memahami lebih lanjut, kita rumuskan begini. Allah menuntut supaya umat Islām menegakkan:
Pemerintahan.
Agama
Keadilan masyarakat
Ibadat.
Maksud pemerintahan itu ialah negara. Umat Islām mesti mempunyai negara sebagai pusat mengamalkan hukum-hukum Allāh, kerana umat Islām tidak dapat membuat apa-apa, walaupun mereka berteriak dan melaung sebelum mereka dapat memegang tampuk pemerintahan. Keadaan ini kita dapat lihat dalam sejarah perjuangan Rasūl Allāh (S.A.W.) pada zaman beliau berada di Mekah, suatu kebaikan Islam pun tidak dapat diadakan, tidak dapat diamalkan keadilan, dan perkembangan Islām sendiri dilaksanakan secara teori sahaja; sehinggalah Rasūl Allāh (S.A.W.) bertapak di Madīnah; iaitu baginda mempunyai negara dan memegang kuasa pemerintahan. Dengan ini kita dapat saksikan bagaimana keadilan sosial yang dilkasanakannya hingga ke zaman-zaman khalifah al-rāshidīn selepasnya.
Apabila orang bertanya Rasūl Allāh (S.A.W.), apakah pelaksanaan yang baik untuk umat Islām untuk membawanya ke syurga; lalu beliau membaca Al-Qurʾān, surah al-Ṣaff ayat 4:

Sesungguhnya Allāh mengasihi orang yang berperang pada jalanNya, berbaris-baris seolah-olah mereka itu satu binaan yang tersusun. (Al-Qurʾān: 61: 4).
Perjuangan untuk mendapat negara atau kekuasaan adalah satu perjuangan yang hebat. Perjuangan inilah yang membuktikan suatu keutuhan iman orang beriman yang sejati, kerana hanya dengan adanya negara atau pusat pemerintahan, umat Islām dapat mengamalkan hukum-hukum yang termaktub dalam Al-Qurʾān. Maksud ayat ini ialah umat Islām hendaklah memasuki tentera sama ada secara terbuka atau menjadi perisik dengan tujuan menegakkan negara Islām.
Setelah umat Islām mempunyai negara, maka dapatlah agama, iaitu jalan kehidupan yang murni, jalan tamadun dapat ditentukan batas-batasnya dan agama itu hanya Islām yang telah diakui Allāh, iaitu agama yang dibangunkan di atas fiṭrah manusia, jalan pimpinan untuk kebajikan umat ini setelah ada negara. Rasūl Allāh (S.A.W.) dapat memberi pimpinan kepada dunia Rom Timur dan Parsi setelah beliau mempunyai negara, dan setelah mempunyai agama, maka ketakutan dapat dihapuskan dan di sini keadilan sosial dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Setelah keadilan sosial dapat diwujudkan, maka untuk mendirikan ibadat tidak terhalang lagi.
Dalam surah al-Nūr, ayat 55, ternyata Allāh menyebut bahawa negara itu di tempat pertama, kerana sebelum mempunyai pusat kekuatan dan kekuasaan, tidak mungkin sama sekali hukum Allāh dapat dilaksanakan. Bagaimanakah kita ingin menjalankan hukum-hukum Islām, jika kita masih di bawah kekuasaan pemerintahan yang bukan Islām atau di bawah orang yang tidak yakin dengan keadilan hukum-hukum Islām.
Maka, ternyata kepada kita, bahawa tujuan utama Al-Qurʾān ini diturunkan ialah untuk menegakkan pemerintahan di bumi. Kekuasaan itu wajib dipegang, dan ini memerlukan perjuangan yang berterusan. Untuk menegakkan pemerintahan inilah Allāh telah membeli manusia dan orang beriman untuk tujuan perjuangan sucinya itu dalam surah al-Taubah, ayat 111:

Sesungguhnya Allāh telah membeli diri orang beriman bersama-sama hartanya; bahawa untuk mereka ialah syurga, iaitu mereka yang berperang di jalan Allāh, membunuh atau dibunuh orang; sebenarnya itulah janji Allāh atasnya yang termaktub dalam Taurāt, Injīl dan Al-Qurʾān. Sesiapa lebih menunaikan janjinya daripada Allāh, hendaklah kamu beri khabar gembira dengan setia yang kami bersetia dengannya. Demikian itulah kemenangan yang besar. (Al-Qurʾān: 9: 111).
Hakikat ini terlalu pahit, tetapi inilah tujuan Al-Qurʾān diturunkan dan Muhammad (S.A.W.) diutuskan untuk manusia. Jika negara dapat diwujudkan, maka keperluan sebuah negara dapat difikirkan oleh para pentadbirnya yang disebut uli al-amr. Maksud uli al-amr ini ialah badan presidium yang terdiri daripada para ḥukamāʾ, pentadbir-pentadbir dan tokoh-tokoh perancangan negara sebagaimana yang pernah diamalkan oleh Rasūl Allāh (S.A.W.). Maka dengan sendirinya segala ilmu yang diperlukan untuk menegakkan atau melengkapkan negara hendaklah dipelajari, contohnya ilmu pertanian, perindustrian, sains dan teknologi dan ilmu-ilmu lain. Ilmu-ilmu ini tidak tersebut dalam Al-Qurʾān secara terperinci selain daripada memberi galakan untuk mempelajarinya demi kepentingan negara Islām itu.
Allāh membawa pelbagai kisah dalam kitab suci Al-Qurʾān. Semua kisah itu berhubung dengan pemerintahan. Contohnya, kisah Nabi Yūsuf (A.S.) yang bermula dengan kegagalan Nabi Nūḥ (A.S.). Kemudian pentadbiran yang bijaksana daripada Nabi Ibrāhīm (A.S.) yang menempatkan dua orang puteranya di tempat yang berlainan; Isḥāq di tepi laut tengah dan Ismāʿīl di tepi laut Merah, iaitu dua tempat pertemuan dari tiga buah benua, dengan cita-cita, apabila keturunannya berkembang dan memegang tampuk pemerintahan, keturunan Ismāʿīl dan Isḥāq akan bersatu di bawah satu millah, iaitu millah Ḥanīfī. Kisah ini dilanjutkan dengan perjuangan Mūsā (A.S.) yang kemudiannya mati bersama-sama umatnya, kerana umatnya itu tidak sanggup mendirikan negara di Palestin yang dikuasai oleh kaum ʿAmaliqah. Dan Allāh menceritakan kejayaan Dāʾwūd (A.S.) atas pemerintahan yang dimaksudkan. Demikian juga hingga ke kisah-kisah falsafah negara itu sampai kepada Iskandar Dhulqarnain yang diberi cabaran ke atas sikap penghuni gua yang melarikan diri dari kekuatan raja yang zalim.
Allāh memberi telalu banyak penilaian dengan akal kita, betapa pentingnya sebuah negara diwujudkan dalam tangan orang yang berjuang di jalan Allāh. Maka atas tujuan seperti itulah Al-Qurʾān diturunkan dan Muhammad (S.A.W.) diutuskan kepada manusia, kerana Al-Qurʾān adalah jalan petunjuk untuk manusia menjalankan hukum-hukum yang adil dan saksama. Namun demikian, keadilan dan kesaksamaan itu hanya dapat dilaksanakan setelah umat Islām mempunyai pemerintahan atau negara sendiri. Tanpa negara, cita-cita Islam adalah sama seperti burung yang pandai bercakap.
Dalam keadaan dunia sekarang ini, oleh kerana orang Islām sendiri sudah tidak yakin dengan agama (ideologi) Islām sebagai agama yang dapat menegakkan pemerintahan, maka umat Islām yang beriman hendaklah mencapainya dengan bersungguh-sungguh. Keadaan dunia yang sudah bertukar corak dalam semua perasaan (zouq) manusia, perlu dikaji dengan teliti. Umat Islām yang tulen hendaklah mengingati apa yang telah diamanahkan Allāh dalam surah al-Anfāl, pada ayat 15, 16 dan 17 yang mengatakan bahawa orang beriman dilarang berundur dalam perjuangan suci ini walaupun seorang diri; kerana perjuangan ini adalah sebagai suatu ujian Allāh, dan Allāh memberi pertolongan untuk tujuan tersebut, walaupun tidak dapat dilihat semasa hayatnya. Contoh ini dapat dilihat dalam peperangan Badar.
Kemenangan umat Islām dalam peperangan Badar telah menimbulkan kekuatan pada asas terbentuknya negara Islām di Madīnah, dan membuktikan dengan jelas bahawa jihad itu pendahuluan dan kemudian diikuti dengan pemerintahan, dan akhirnya dapatlah dilaksanakan fiqh dengan sempurna. Itulah sebabnya Shāh Walī Allāh al-Dihlawī dalam kitab Ḥujjat Allāh Al-Bālighah menyebut bahawa Al-Qurʾān adalah permulaan revolusi. Al-Qurʾān itu perjuangan revolusi, dan beliau sendiri menjadi korban revolusi dalam perjuangannya menentang penceroboh luar dan dalam negerinya. Jalan Shāh Walī Allāh dalam memahami surah al-Muddasthir adalah seorang revolusioner Islām yang terulung memahami pelopor revolusi Islām dari Nabi Muhammad (S.A.W.).
Hakikat inzar itulah revolusi mengikut pendapat Shāh Walī Allāh. Ayat (2) dalam surah al-Muddasthir: “ÀQߤ°Õ q×”, adalah inzar atau memberi peringatan bahawa imperialis Rom Timur dan Parsi mahu menelan ʿArab, dan mereka hendaklah menyucikan diri daripada syirik iaitu seperti berpecah belah dan mengampu orang besar yang menjajah. Mereka hendaklah bertauhid, maksudnya bersatu di bawah satu bendera, iaitu Islām untuk menegakkan perjuangan secara revolusi fizikal dan mental. Hakikat inilah dijadikan asas bahawa Islām adalah revolusi dan bertujuan untuk menegakkan pemerintahan kerajaan atau negara seperti yang tersebut di atas dan amat tepat dengan kedudukan umat Islām pada zaman kita sekarang yang dihimpit oleh imperialis dari barat dan timur.
Masa untuk kita memahami falsafah Al-Qurʾān dalam teori dan amalinya sudah tepat. Umat Islām pada zaman kita sekarang lebih merupakan hamba kepada negara-negara imperialis dunia. Kita tidak dapat menyatakan kekuatan kita kerana kita menggantungkan sesuatu keperluan kita kepada orang lain. Kita memahami Al-Qurʾān hanya secara ibadat dan khasiat-khasiat yang diperolehi apabila membacanya sahaja. Sedangkan pada zaman sahabat, Al-Qurʾān diajar secara amali. Para sahabat mengajarnya secara berperingkat-peringkat. Mereka mempelajari sepuluh ayat dengan kemahiran tentang inti hakikat, kemudian mereka mengamalkan dalam perjuangan. Kemudian mereka mempelajari sepuluh ayat yang lain. Contohnya, ʿAbd Allāh bin ʿUmar al-Khaṭṭāb mempelajari satu surah al-Baqarah selama lapan tahun. Ibn ʿUmar bukan belajar membaca Al-Qurʾān, tetapi beliau mempelajari bagaimana mengamalkan sesuatu mengikut pengajaran Al-Qurʾān.
Cita-cita Al-Qurʾān ialah menegakkan pemerintahan Islām yang menyeluruh di muka bumi; kerana dengan adanya negara demikian, semua dapat dilaksanakan; sehingga Allāh mengatakan Dia telah membeli diri orang beriman, untuk pembalasan syurga iaitu kebahagiaan dengan mempunyai negara. Dalam ayat yang lain Allāh akan mengazabkan orang yang syirik dan murtad dalam neraka, iaitu mereka dijajah; kerana bangsa yang dijajah tidak boleh menjalankan sesuatu kebaikan untuk faedah bangsanya. Akhlak mereka akan rosak. Mereka syirik, mereka mengampu orang besar. Mereka mendewa-dewakan pemimpin dan tidak berani menyatakan kebenaran.
Tunjang Islām ditegakkan di atas tauhid dan menjauhkan lawan tauhid iaitu syirik; untuk menegakkan persatuan umat, menegakkan satu ideologi, menegakkan sebuah negara yang merdeka, negara yang berdikari, membebaskan dirinya daripada sikap menurut dan menjadi kuda tunggangan oleh negara yang dianggap besar. Amalan syirik seperti ini dicela oleh Islām. Inilah punca sebenar kejatuhan Islām pada zaman kita ini.
Hakikat inzar itulah seruan sebenar bahawa Islām adalah ditegakkan di atas jihad atau revolusi, iaitu perubahan yang ditegakkan di atas perjuangan jiwa dan harta. Al-Qurʾān telah menyatakan ini dengan amat banyak dan telah diamalkan oleh Nabi Muhammad (S.A.W.). Hakikat jihad atau revolusi dalam Islām yang dianjurkan olehnya supaya wajib menegakkan negara, dan diulang lagi oleh Abū Bakar al-Siddīq ketika beliau dipilih sebagai khalifah pertama. Beliau menyeru supaya umat Islām terus berjihad, menegakkan pemerintahan untuk melaksanakan agama, keadilan sosial dan untuk senang beribadat.
Dengan kenyataan ini, maka teranglah bahawa tujuan diturunkan Al-Qurʾān dan diutuskan Nabi Muhammad (S.A.W.) ialah untuk mendirikan negara, dan untuk tujuan itu dengan sendirinya semua keperluan lain tertakluk di bawahnya. (Hj. Nik Mohd Salleh Musa – Kota Bharu, Kelantan, 1970).

Sunday, April 24, 2016

AGAMA LANGIT

AGAMA LANGIT

Perkataan 'agama langit' sudah tidak asing bagi kita semua. Ianya bermaksud agama Islam yg benar datang dari Allah swt.

Selain dari agama langit semuanya dikira terbatal kerana ianya dikatakan tidak datang dari Allah swt. Fahaman seperti ini seolah2 memisahkan agama  dari elemen tradisi/budaya manusia dlm kehidupan duniawi.

Adakah fahaman ini benar?

Sebenarnya pengaruh bumi/dunia ini amat besar dlm penurunan wahyu/quran. Wahyu Allah swt kpd Nabi saw itu mengandungi juga elemen-elemen bumi. Sebagai contoh, pengaruh bumi Arab di dlm Quran seperti gambaran syurga didalam Quran sebagai 'kebun' (jannah) di mana sungai mengalir deras di bawahnya (QS 2:25, 3:15, 4:13,10:9), di mana laki-laki boleh menikmati isteri-isteri yang suci (azwaj mutahharah; QS 2:25, 3:15, 4: 57), di mana laki-laki muda yang kacak seperti mutiara yang tersembunyi (ghilman ka’annahum lu’lu’ maknun; QS 52:24) menjadi pelayan.

Bagi masyarakat padang pasir pula, jika disebut 'kebun' merupakan puncak kenikmatan yang bukan main. Ini memperlihatkan bahwa apa yang disebut agama langit tidak boleh dipisahkan dari konteks bumi. Langit dan bumi saling berhubungan.

Jika pun kita terima bahwa wahyu(quran) benar-benar berasal sepenuhnya dari langit, tetapi amat jelas urusannya tidaklah berhenti di sana. Setelah wahyu 'turun' dari langit, dimulailah proses berikutnya yang jauh lebih penting, iaitu penafsiran manusia utk dilaksanakan dibumi atas wahyu tersebut.

Sebagaiman pernah dikatakan oleh Ali ibn Abi Talib, khalifah keempat yang dikenal sebagai cendekiawan itu, wahyu yang dicatit dalam buku yang disebut 'mushaf' (codex) tidak boleh berbicara sendiri (la yanthiq). Supaya wahyu dapat berbunyi, perlu orang-orang yang menafsirkannya(para Rasul/Nabi); perlu masyarakat penafsir. Orang-orang itu jelas ada di bumi, bukan di langit. Penafsiran juga jelas bersifat utk org2 dibumi dan bukan dilangit.

Untuk itu renunglah ayat 30 di dalam surah Ar-Rum.

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚفِطْرَتَ الَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚلَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ الَّهِ ۚذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,

Saturday, April 23, 2016

Bakpo Umat Islam Terbelakang, dan Bakpo Umat Lain Maju...

Ni dalam versi bahasa kelate...����
'Bakpo dunia Islam terkebelakang'

Bakpo Umat Islam Terbelakang, dan Bakpo Umat Lain Maju...

Dulu pernah ada org hantar surat kpd majalah al-manar di mesir tanya soalae di atas. Salah seorg sidang redaksi Al-Manar pun jawab. Masa tu bbetulan dia baru balik bercuti dari Andalusia (spain). Spain dulu, lebihkure 7 abad, duk bawah kuasa Islam (711-1492), lepahtu direbut semula oleh ore Kristian Europe. Berdasarkan pengalaman dia selama berada di Spain, dia berpendapat begini.

1. Bangsa2 non-Muslim maju sbb mereka tetap berpegang pada tradisi keagamaan mereka sendiri.
Contoh: Jepun dan Eropah.

2. Bangsa2 itu maju sbb kerja keras untuk kemajuan, terutama dlm bidang ilmu pengetahuan.

Jadi, dia(majalah al-manar) kata, ore Islam pun sama, kalu nak maju kena ada 2 kkaro tu dan buang 3 kkaro.

3 kkaro tu, ialah:

1. Pesimis
2. Rendah diri
3. Mudah putus asa

Bhg penutup dlm jawapan itu dia petik ayat 69 surah Al-Ankabut.

Perkataan jihad dlm ayat tu dia kata bukan jihad berperang tapi jihad kerja keras dan sedia melakukan pengorbanan.

Kata dia lagi, kemajuan itu mesti mari sekali dgn tradisi (jenih tradisi rajing kijo) bukan nya tradisi berehi duk ssajo..hehe.

Kalu nak baca buku2 meme banyak ada jual bab2 bakpo Islam mundur. Contoh, buku 'Why are Jews so powerful and Muslim so powerless?'.

Dlm buku tu kata, jumlah bangsa Yahudi di seluruh dunia loni 14 juta. Sementara jumlah umat Islam adalah 1.4 billion. Tapi hok Islam tu ramai sajo..spt buih di lautan... prestasi dlm bidang ilmu pengetahuan dan ekonomi 'out'!!

Selama 105 tahun sejarah hadiah Nobel, 3 ore jah hok muslim menang...selebihnya nyor tae ko Yahudi belako.

Ingat sekali meme terkilan jugok sebab masa kegemilangan Islam dulu, ore Islam merupakan pusat pembangunan ilmu pengetahuan.

Jadi, kena pakak jihad (kerja keras dan sanggup berkorban) utk kejar hok ketinggalan ni terutama dlm bidang ilmu pengetahuan. Kerana itulah saja jalan kemajuan bagi dunia Islam masa depan.

admin

Takut Mati

Takut Mati

Kematian begitu menakutkan. Tetapi tidak ada ketakutan akan kematian pada binatang (apakah dugaan ini benar?).

Manusia menyedari bahwa dirinya hidup dalam 'frame' yang disebut waktu.
Oleh karena waktu memiliki batasan maka kewujudan manusia juga ada batasnya atau limit.

Tetapi, kegelisahan manusia pada kematian tidak begitu nampak dalam kehidupan moden sekarang ini. Mungkinkah kerana dgn kecanggihan perawatan kesihatan pada masa ini telah tersedia dgn cukup baik. Mereka berfantasi dgn menganggap masalah kematian boleh diatasi atau dilanjutkan lagi dlm tempoh masa yg tertentu.

Begitu juga dgn tanah perkuburan. Orang tidak lagi takut seperti masa dahulu kerana telah dihias indah seolah-olah seperti taman tempat istirehat.

Adakah situasi begini membawa keburukan atau sebaliknya, saya tidak pasti.

Apa pun, sebenarnya dunia ini merupakan jambatan bagi hari akhirat. Keimanan serta kebaikan sekarang jua yg akan kita tuai nanti. Kehidupan yg lebih baik disini seperti kecanggihan ilmu perubatan yg boleh mengurangkan wabak penyakit dlm membantu masyarakat utk hidup dgn lebih berbahagia dan lain2 lagi itu akan menjadi refleksi di alam akhirat jua.
Kematian sebenarnya bukan pengakhiran bagi manusia. Dia hanya mengakhiri tubuh manusia, tetapi bukah roh dan jiwanya. Sebab roh adalah abadi.

Oleh itu hal terbaik yang dapat dilakukan adalah memanfaatkan dengan semaksima mungkin kehidupan yang berlangsung dalam waktu yang pendek ini: making the best out of a short life.

Kesedaran seperti ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab yang besar untuk berbuat kebaikan yang maksima atas dasar kemanusiaan. Lakukanlah tindakan kemanusiaan dengan 'passion', ghairah yang begitu besar. Inilah cara menghadapi kematian yang sebenar.

Jika tidak, apa yang terjadi adalah ketakutan akan kematian yang destructive yg boleh melumpuhkan manusia, dan membuatnya dirundung malang secara tidak berkeputusan!!!

admin.