Thursday, November 5, 2015

kiamat



Pendahuluan

       Surah ini menerangkan maksud kiamat mengikut pemikiran golongan ahli sains semula jadi. Mereka mempunyai suatu kaedah iaitu setiap sesuatu yang datang dari tempatnya pasti kembali ke tempatnya dan sebahagian dari juzuk bahan-bahan hilang sebagaimana dapat dilihat pada sebahagian masa di sisi mereka itu tidak dikira benar.

Sesuatu Itu Hanya Bertukar Bentuk Atau Rupa.
       Sesuatu itu hanya bertukar rupa kepada rupa lain yang tidak boleh diragukan. Kadang-kadang, kehilangan satu juzuk daripadanya tidak benar di sisi mereka. Kemudian bahan itu akan pasti kembali semula ke tempatnya. Di sisi mereka, tidak mungkin sesuatu itu terpisah dari tempatnya tanpa sebarang paksaan. Jika segala bentuk paksaan telah hilang, bahan itu akan kembali ke tempatnya yang asal. Di sisi mereka bahan dan rupa berbeza, tetapi pasti terdapat penyesuain antara kedua-duanya.
       Apabila rupa sesuatu itu bergabung dengan bahan, jika rupa itu berpisah daripada bahan, maka rupa itu kembali kepada sumber kelahirannya, dan rupa bahan itu kembali kepada sumber asal bahan. Itulah perkara wajib yang semula jadi pada semua kejadian. Pendapat ini diambil daripada pakar mereka yang lalu seperti tokoh-tokoh atau imām mereka.
       Ramai tokoh kebelakangan dari kalangan mereka telah lupa tentang masalah ini. Pada asalnya, ilmu hikmah mereka tidak bercanggah dengan pengajaran para nabi. Para nabi hanya membincangkan  keadaan masyarakat manusia. Mereka tidak mahu membincangkan masalah bersifat semula jadi secara habis-habisan, melainkan sekadar yang diperlukan oleh masyarakat manusia mengikut fiṭrahnya.
       Orang yang menumpu untuk menyempurnakan tabiatnya tidak bercanggah dengan jalan pengajaran para nabi, tetapi perubahan besar berlaku dalam pentadbiran dan politik di mana akhirnya mereka dikuasai oleh satu kumpulan yang tiada nisbah dengan hikmah dan ilmu para nabi. Mereka adalah orang yang amat berhajat, mempunyai tenaga yang kuat, dianiayai dan ditindas, sedangkan orang zalim terdiri daripada orang kaya; manakala orang yang lemah pula bersifat bebal. Maka orang zalim menguasai mereka yang lemah.

Ilmu Hikmah Tidak Berfungsi Tanpa Tokoh-tokohnya.
       Dalam perubahan yang besar itu, banyak ilmu hikmah yang termasuk ke dalamnya tidak lagi berfungsi selama tidak terdapat di sisi para tokohnya. Berdasarkan jalan ini rosaklah falsafah ketuhanan mengikut prinsipnya; dan hikmah semula jadi mengikut prinsipnya sekali-kali tidak bercanggah dengan pengajaran para nabi. Malah mereka adalah ukamāʾ yang berkhidmat kepada pengajaran itu.
Golongan Bukan-ukamāʾ Memusnahkan Pelbagai Ilmu.
       Berhubung dengan perubahan besar dalam politik dan ekonomi, golongan bukan-ukamāʾ telah memasuki golongan ukamāʾ. Maka golongan yang bukan-ukamāʾ ini memusnahkan pelbagai ilmu. Para pengikut ilmu itu menganggap pada asalnya ilmu itu bercanggah dengan pengajaran para nabi. Maka berlaku pertentangan dan percanggahan yang teruk dalam semua golongan. Pada masa itu kebenaran pun tersembunyi.

ikmah Imām Walī Allāh.
       Antara ikmah Imām Walī Allāh yang khusus dan pasti ialah menghapuskan keraguan dan waham itu, menyusun pengajaran yang mudah yang boleh dipastikan dengan kemesraan dan kesepakatan. Beliau menamakannya ilmu penyesuaian (tatbiq). Untuk para pengikut Imam Wali Allah yang menyempurnakan ilmu penyesuaian, bimbingannya diakui baik setelah direnung dan difikirkan menegnainya oleh orang yang arif, kerana banyak orang pada peringkat awal meninggalkannya untuk orang yang kemudian.
       Di sisi kami, surah al-Inshiqāq memberi mereka faham tentang kiamat  mengikut sistem oleh hukamāʾ sains semula jadi. Maka pada langit terdapat rupa dan bahan yang khusus yang boleh bergabung secara paksaan dan hikmah yang ditetapkan masa.
       Apabila asalnya telah tamat, wajiblah dikembalikan rupa langit ke sumber rupa, manakala bahan pula dikembalikan ke sumber bahan-bahan itu. Inilah yang dikatakan terbelah atau ‘inshiqāq’. Demikian juga terdapat kesan di bumi.
(dipetik dari tafsir al hakm pendahuluan surah al-Inshiqāq)

Ulasan mukadimah surah tentang kiamat
Kiamat pada pandangan umum hanya khusus kepada kiamat kubra semata-mata sedanagkan kiamat-kiamat kecil yang berlaku di dunia seolah2 tidak ada kesinambungan dalam kehidupan manusia.
Kiamat yang diperlihatkan kepadda nabi dalam peristiwa mikrajberupa perempuan tuan sebagai petunjuk bahawa kiamat telah hampir berlaku apabila bangkit nabi Muhammad saw.
Peristiwa kiamat yang ditunjukkan dan petunjuk itu ialah kejatuhan dan kehancuran peemrintahan kerjaaan2 besar pada zaman itu iaitu Rom dan Parsi. Maka hancur segala pendewaan dan pengaggungan manusia kepada manusia yang berkuasa serta hancur sistem kekufuran mereka maka lahirlah sistem keadilan sebanar serta mengaggungkan yang maha kuasa dan lahirlah suasana keadilan yang sebenar yang berpanjangan dari generasi ke generasi. Itulah gambaran syuga di dunia. Janji Allah kepada mereka2 yang beriman telah berlaku di dunia lagi.
Kiamat yang bererti hari berdiri kepada pihak yang menang dan hancur di pihak yang kalah.
Iktibar hari ini, berdirinya bangsa Yahudi di satu pihak yang menang di tengah2 perpecahan bangsa Arab yang lemah. Demikianlah di negara kita berdirinya bangsa Cina di atas perpecahan dan kelemahan bangsa Melayu adalah satu kiamat.
Apa-apa pengertian di dalam Quran, apa yang disebut secara zahir dapat di fahami oleh umum tetapi pada hakikat disebaliknya memerlukan kefahaman jalan hikmat seperti mana syurga, neraka, hari kiamat dan akhirat adalah sesuatu yang berlaku di dalam kehidupan di dunia lagi, berlaku pada setiap masa dalam kehidupan.
Sekiranya diambil faham kiamat kubara semata2 malaikat Israfil yang berperanan tentang kiamat, hari ini tiada apa2 tugas.
Harus ingat kepada setiap manusai bahawa setiap perbuatan perlu mengambil kira kesan masa depaan kepada bangsa dan generasi mereka samada ke arah yang sesuai dengn fitrah insaniyah atau sebaliknaya akan berdepan dengan kegagalan dan kehancuran.
Oleh hasan muhamad.kg tok ku.

No comments:

Post a Comment