Friday, November 6, 2015

Tajuk: kejadian adam tidak sama tidak seperti cerita yahudi Pendahuluan surah al-naba’(perkhabaran)


  
       Shaykh berkata, sesuatu peristiwa besar yang melampaui batasan nauʿ insan dikatakan al-Nabaʾ mengikut istilah Al-Qurʾan. Masalah ini boleh dibuktikan kebenarannya dengan merujuk kepada firman Allah taʿala:
Wahai manusia! bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada satu jiwa. (Al-Qurʾan: 4: 1).
       Maksud kalimah ‘³Pº¯ä Uhß’ ‘nafsuwahidah’ ialah Adam. Inilah pentafsiran oleh kebanyakan ulama tafsir. Maksud sebenar kalimah ‘ ³Pº¯ä Uhß’ ‘nafsuwahidah’ dengan erti Adam dapat ditentukan dengan merujuk kepada semua tajalli Allah yang berbeza disebabkan keadaan tempat yang berbeza seperti di alam syahadah dan ʿalam al-mithal. Tajalli Allah itu pula sesuai dengan persediaan sesuatu perkara. Tempat (mautin) pertama digelar adir Awwal.[1] Jika dilihat kepada proses kejadian oleh Allah, proses itu bermula di peringkat ʿalam al-mithal ke bawah. Kemudian keluar dari adir Awwal itu adir thani atau tempat keluar yang kedua. Tempat keluar yang kedua inilah yang dikatakan tempat kelahiran yang kedua atau dinamakan tajalli di atas ʿarash. Manakala tajalli yang di bawahnya digelar tajalli yang tegak di atas insan al-mithali atau imam al-nauʿ bagi spesies manusia.[2]
       Maka perlu diketahui bahawa tajalli  yang dahulu dengan tajalli yang menghubunginya adalah sebagai persediaan. Maka tergambarlah imam al-nauʿ di tempat wujud berupa Adam di alam jasmani. Jadi Adam itu wujud di ʿalam al-mithal sebagai gambaran bagi imam al-nau’ insan. Setelah ia lahir di alam jasmani, ia berupa dengan bentuk Adam. Maka Adam itu bukan nama bagi badannya, tetapi nama bagi imam al-nauʿ insan, kerana manusia daripada segi nauʿ adalah sama sahaja; tetapi apabila turun ke alam jasmani Adam itu merupakan bapa kepada suku kaum tertentu.
       Maka ada banyak Adam mengikut kajian oleh ulama yang mengikuti jalan Shah Wali Allah, bukannya seorang Adam yang tertentu seperti yang lazim diketahui. Sebenarnya Adam yang dimaksudkan di sini ialah bapa bagi kaum tertentu, iaitu manusia yang mula-mula wujud dalam suatu kaum yang telah mencapai darjah manusia. Maka Adam ini menjadi persediaan bagi kelahiran Hawa yang menggambarkan nauʿ insan pada darjah yang kedua. Inilah maksud firman Allah:
“Dan Ia jadikan daripadanya pasangannya”. (Al-Qurʾan: 4:1).
       Sebahagian dari para ulama menganggap Hawa keluar daripada Adam. Anggapan itu memang benar kerana terdapat bukti-bukti adith yang mengatakan demikian. Akan tetapi cuba kita fikirkan. Anak-anak bukanlah ciptaan daripada ibu dan bapanya, malah ibu dan bapa adalah sebagai persediaan untuk kelahiran anak-anak sahaja.
       Kemudian Allah berfirman seterusnya:
“dan Ia bangkitkan daripada mereka berdua lelaki yang banyak dan perempuan”. (Al-Qurʾan: 4: 1).
“hendaklah kamu bertakwa kepada Allah yang mana kamu disoal dengannya dan dengan arham”. (Al-Qurʾan: 4: 1).
       Kita hendaklah bertakwa kepada Allah dan kepada al-aram. Ini bererti manusia perlu menempuh dua perkara dalam peningkatan hidup yang sentiasa berubah. Pertama, manusia dapat berdamping kepada Allah dengan perantaraan ananiyyah[3] pada manusia yang terpantul sebagai rupa tajalli. Perdampingan ini tercapai melalui kesedaran manusia terhadap Allah.
       Kedua, berkait dengan al-aram atau kerabat atau persaudaraan. Manusia mempunyai kecenderungan hakiki sesama sendiri. Ini tabiat semula jadi manusia, walau apa kaum atau bangsa sekalipun dari jenis manusia. Rasa kasih sayang dan perhubungan ini tetap ada dalam kalangan manusia. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah:
“Apa yang diperintah oleh Allah supaya dihubungkan”. (Al-Qurʾan: 2: 27).
       Anak-anak berasal daripada ibu dan bapa. Mereka menepati Adam dan Hawa yang mendiami sebuah rumah. Kemudian mereka tersebar menjadi beberapa buah rumah dengan melahirkan keturunan yang ramai. Kawasan yang didiami manusia semakin luas. Maka kita bertanggungjawab menghubungkan semua al-aram pada peringkat nauʿ insan. Perhubungan pertama adalah pada peringkat individu.
       Sekarang anda tahu bahawa falsafah kemasyarakatan Eropah menghapuskan kekeluargaan yang berasaskan rumahtangga yang dinisbahkan kepada al-aram. Ini satu kelemahan dalam falsafah mereka. Falsafah Barat tidak menentukan kekeluargaan sebagai satu peraturan yang pasti. Anak-anak perlukan bapa dan ibu semasa mereka masih kecil sahaja. Setelah mereka dewasa bapa dan ibu tidak diperlukan lagi. Apabila ibu dan bapa sudah tua, mereka mungkin dihantar ke rumah kebajikan orang tua. Anak-anak mereka tidak menjaga mereka. Demikian juga dengan al-aram. Mereka tidak menyemaikan semangat kasih sayang kepada semua rumpun bangsa di dunia ini. Inilah falsafah hidup masyarakat Barat. Mana-mana kaum yang menerima falsafah ini adalah sama dengan mereka.
       Falsafah yang diajarkan Al-Qurʾan menghendaki supaya semua manusia mengasihi nauʿ insan. Huraian ini terdapat dalam tafsiran ayat:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan dan menolong keluarga yang hampir”. (Al-Qurʾan: 16: 90).
       Sila anda rujuk di sana.


[1] ...and the first emanation (adir Awwal)... Al-Khair al-Kathir, pp. 37.   And look at the saying of Shaikh adr-ud-Din who says, that according to the investigators there is none here save God and the Universe, and the Universe is not something additional to the realities known to God primarily, characterised by the existence secondarily. At some other place he had said that the First Emanation (adir Awwal) according to us is the Self-unfolding Being originated after the type of the existing things, which is common to the Sublime Pen (Qalam Aʿla) called by the speculative thinkers as the First Intellect, and to the whole of the universe. (ʿAbaqat, ʿAbaqa 21, pp. 68).
The unity (Wadat) is the Great Name (Ism A’am) of God. According to the investigators, it is the first emanation (adir Awwal). In their opinion, there is no real difference but simply a relative one between the first emanation and its origin (Madar). The Oneness is a descent of the Divinity in the plane of knowledge; and it (oneness) is the root of all the Divine and worldly names and the descents of the Divinity.  (ʿAbaqat, ʿAbaqa 43, pp. 111).
[2] The name of that Tajalli is the Great man (Insan Kabir, Imam Nau’ Insani, humanity) and it (This Tajalli) is the theatre of manifestation (Mahar) for the training of the human species. It is represented for regulating the general plan (in details) that decends from the Tajalli standing over the Throne according to what suits this species in particular. It requires the survival of every individual for some time and his extinction after some time. Thus, God according to this Great Tajalli (Insan Kabir) requires the death of this servant. (‘Abaqat, ‘Abaqa 3, pp. 149).
[3] Ananiyyah merupakan titik pusat yang tulen pada manusia. Setiap perbuatan yang tidak sampai kepada ananiah tidak akan mencapai maksud, dan perbuatan itu tidak dikira. Ananiah adalah keakuan. Ananiyyah merupakan tempat tajalli Allah.

No comments:

Post a Comment