Friday, November 6, 2015

Ugama Adalah Kesatuan Manusia



Ugama Adalah Kesatuan Manusia

Shaykh (Ubayd Allah as-Sindi) berkata: Al-Quran yang agung sama sekali tidak menujukan perintah suruh atau  tegah berbentuk individu. Malah perintahnya berbentuk kumpulan, sama ada peringkat awal iaitu kumpulan di rumah-rumah, atau kumpulan yang sederhana seperti peringkat kampung atau negeri atau kumpulan yang tinggi iaitu peringkat antarabangsa.
Dalam Al-Quran ada menyebut perkumpulan yang mereka tujukan pada peringkat awal. Kemudian di sebut individu yang terangkum di dalamnya sahaja. Maksud utama dalam Al-Quran ialah kumpulan; sama ada kumpulan itu kecil, sederhana atau besar. Al-Quran tidak ditujukan kepada individu, dan tidak tidak berbentuk individu sama sekali. Maka perkahwinan di syariatkan oleh semua anutan dan ahli agama.
Kedua, Al-Quran hendaklah diterjemahkan ke dalam semua bahasa di dunia ini, seperti jalan Abu Hanifah ra. Maksud terjemah di sini ialah mengubah pemikiran dengan cara yang dapat difahami maksud atau tujuan Al-Quran. Maka roh pengajaran Al-Quran itulah yang wajib diambil dan ditukar dengan fikiran bahasa yang diterjemahkan Al-Quran itu. Bukannya maksud terjemahan itu dengan menukar bahasa atau balik bahasa sahaja.
Semua  agama adalah tempat lahir hikmah amaliyah sedangkan Al-Quran al-hakim sebagai hakim atau pembuat keputusan ke atas semua agama. Oleh itu Al-Quran pasti sebagai tempat lahir hikmat amaliyah dengan sempurnanya.
Maulana Ubayd Allah berkata: Apabila kamu membaca kitab-kitab fiqh, adakah kamu dapati penyatuan, gabungan seperti kamu mambaca Al-Quran yang agung? Aku menjawab kepadanya dengan mengatakan: Tidak! Aku tidak dapati. Kemudian beliau berkata; “ Kerana itulah agama tidak boleh didapati melainkan dalam Al-Quran. Agama itu bergabung, bermuafakat dan bersatu”. Syakh berkata, kami berpendapat, apabila seseorang faham Al-Quran yang agung, dia dapat ilham daripada Allah ta ala dan dia termasuk ke dalam golongan mufahamun.
(di petik sebahagian dari tafsr al hakm jilid 8).
                                               
Terdapat dalam Al-Quran, terdapat banyak kebaikan dan terdapat juga syariat, peraturan dan undang-undang. Demikian juga terdapat dalam sunnah, tetapi perbezaan dalam Al-Quran dan paling banyak dan biasa di dapati ialah kebaikan shariat amat sedikit; tetapi dalam sunnah Nabi saw, shariat paling banyak dan biasa di dapati; manakala kebaikan paling sedikit. Boleh dikatakan hadis-hadis Nabi saw seluruhnya adalah shariat atau peraturan untuk orang Arab sahaja dan terikat dengan Arab mengikut tabiat dan pemikiran Arab. Apabila mereka melihat kebaikan yang umum dalam Al-Quran, mereka tidak faham maksudnya, melainkan yang terikat yang menepati dengan tabiat mereka sahaja. Yang muqayyad (terikat) berbanding dengan yang mutlak. Beginilah pemikiran para fuqaha Arab pada keseluruhannya. Sebab bagi turun ayat-ayat Al-Quran dalam tafsir semuanya lahir dari pemikiran itu.
orang bukan Arab, pandangan mereka yang pertama dalam Al-Quran itu ialah kepada segala bentuk kebaikan. Apabila mereka melihat adat kaum mereka menepati dengan kebaikan itu, mereka terus mengikutinya.
Berhubung dengan shariat, mereka melihat kepada shariat itu. Jika shariat itu datang daripada Nabi saw daripada sudut kenabian yang umum, mereka mengikutinya tanpa sebarang perbezaan; tetapi jika shariat itu dilihat daripada sudut hikmah dan keputusan yang dibuat antara dua yang bertelagah, mereka meninggalkan agama dan tidak mengikuti agama. Lalu mereka menuduh orang bukan Arab sudah kufur dan berbagai-bagai tuduhan buruk kerana orang Arab telah meletakkan perkara-perkara khusus bagi orang Arab itu,seperti adat orang Arab dan lain-lain kepada masyarakat dunia secara umum. Dengan cara ini mereka dapat menguasai masyarakat bukan Arab di dunia ini.
Maulana Ubayd Allah berkata, Nabi saw tidak mentafsirkan Al-Quran yang agung, melainkan secara umum dan mengikut kaedah-kaedah umum sahaja.
Maulana Ubayd Allah berkata. Al-Quran yang agung diturunkan melalui bahasa Arab sedangkan agama (al-din) merangkumi seluruh penduduk dunia, Arab, ajam, orang pendalaman, orang bandar yang tamadun,  khusus berpengetahuan tinggi dan orang ramai yang tidak berpengetahuan. Ini dua kias yang bertentangan.
Ubayd Allah berkata: dalam masalah ini ada dua perkara. Pertama memberi pengajaran bahasa Arab kepada semua penduduk dunia, sama dengan jalan Imam Al-Shafie ra; seperti dalam al-Risalah, cara ini tidak mungkin terlaksana, melainkan dengan syarat ada sebuah kerajaan orang
Islam berbangsa Arab yang menguasai dunia keseluruhannya supaya senang memberi pengajaran seperti bahasa Inggeris sekarang. Jika tidak demikian, maka sudah tentu matlamat ini tidak tercapai; tetapi kerajaan Islam Arab sudah tiada.
Ubayd Allah berkata, harus diingat shariat terikat dengan Arab manakala hikmah tidak terikat dengan mana-mana bahasa dan bangsa, malah hikah itu bebas.
Mengajar berfikir melalui kaedah nahu dan saraf itu terikat dengan bahasa Arab; tetapi jika belajar berfikir melalui logik (mantiq) adalah bebas atau tidak terikat dengan mana-mana pihak. Itulah sebabnya orang Arab tidak bersetuju dan benci ilmu mantiq. Dengan ilmu mantiq menjadikan sama sahaja antara Arab dan ajam; sedangkan Arab mahu supaya mereka lebih terkehadapan berbanding bangsa-bangsa lain dan kuasa pemerintahan milik mereka.
(dipetik sebahagian dari tafs al hakm-pengenalan jilid 8)

No comments:

Post a Comment