Pendahuluan
Shaykh berkata, Imām Shāh Walī Allāh telah
mensabitkan kewujudan manusia sebagai wujud yang berasingan seperti wujud kullī secara semula jadi pada zahir. Di dalam Al-Budūr
al-Bāzighah, Imām Shāh Walī Allāh
menyatakan, maksudnya: “Ketahuilah bahawa tabiat nauʿ manusia itu ialah wajib bersama-sama mahu setiap
individunya berfikir, suka dan semua ketetapan yang pasti yang mana kewujudan
tabiat nauʿ manusia itu tunggal”.[1]
Individu hanya sebagai bayangan kepadanya seperti kami telah sebut dalam
tafsiran ayat berikut:
Dan takutlah kepada Allāh yang
kamu berminta-mintaan denganNya peliharalah hubungan keluarga. (al-Nisāʾ:
1).
Manusia Bahagia Apabila
Segala Keperluannya Dipenuhi.
Manusia mendapat kebahagiaan apabila segala
keperluannya dapat dipenuhi. Jika keperluan manusia tidak dapat dipenuhi,
manusia akan menerima kecelakaan. Setiap manusia tidak mungkin hidup secara
seorang diri. Mereka mempunyai persamaan dalam urusan seharian. Inilah asas
kemajuan dan kekuatan manusia.
Dengan sebab itu persamaan dalam sesuatu, sama ada
dalam muamalah, pertukaran dan penggantian pada harta, jualbeli; atau nisbah
pada bangsa yang mana satu kaum tidak lebih mulia daripada kaum yang lain, atau
jenis ini tidak lebih mulia daripada jenis itu, atau setengah agama tidak lebih
mulia daripada agama yang lain, atau mazhab ini tidak lebih mulia daripada
mazhab itu perlu dikekalkan. Keadaan melebih-lebihkan satu daripada yang lain
merupakan pelbagai kecurangan atau ‘taṭfīf’ dalam muamalah dalam
kalangan manusia dan tidak diharuskan di sisi syarak.
Kecurangan
dalam Timbangan, Sukatan, Pemerintahan Dan Agama.
Shaykh berkata, pertama, kecurangan dalam timbangan
dan sukatan. Kedua, kecurangan dalam
pemerintahan. Sebuah kerajaan dapat ditegakkan dan maju ke satu tahap yang
dapat menyatu padukan pelbagai kaum dan bangsa serta mencapai kemuncak
kekuatannya, selagi kerajaan itu tegak di atas asas-asas persamaan dalam
kalangan bangsa. Tetapi awas, jika sikap mementingkan satu golongan tertentu
meresap ke dalam pentadbiran, maka pada waktu itu kekuatan mulai merosot.
Akhirnya kerajaan akan turut terhapus seperti maksud firmanNya:
“Dan
janganlah kamu seperti perempuan yang merombak benangnya menjadi lepas sesudah
dipintal teguh; kamu jadikan sumpahmu menjadi tipuan di antara kamu supaya
menjadi satu umat lebih banyak daripada umat yang lain. Hanya Allāh
menguji kamu dengan itu; dan tentu Ia akan terangkan kepada kamu pada hari
Kiamat apa yang kamu perselisihkan”.[2]
Ketiga, melebih-lebihkan satu agama (sharīʿat) daripada agama (sharīʿat) lain. Ini satu kesilapan yang ketara kerana agama
hanya satu iaitu peraturan nauʿ insan yang
tersimpan dalam diri manusia.[3]
Shaykh
berkata, pengajaran siasah Adam (A.S.) adalah untuk peringkat keluarga, manakala
pengajaran siasah kenegaraan Mūsā (A.S.)
adalah untuk peringkat negara, kerana Mūsā (A.S.)
berjuang untuk membebaskan Banī Isrāʾīl dari
penindasan Firʿaūn. Semua sharīʿat selepas Ibrāhīm (A.S.) mengikuti sharīʿat Ibrāhīm dan sharīʿat Ismāʿīl
(A.S.), termasuklah sharīʿat Yahudi dan Naṣārā. Umat
sebelum Ibrāhīm (A.S.) berpegang dengan sharīʿat Nūḥ (A.S.). Nabi Muḥammad (S.A.W.) datang untuk melengkapkan pengajaran
siasah kenegaraan dan menyempurnakannya. Allāh
berfirman:
Allāh telah menerangkan
kepada kamu - di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya - apa
yang telah diperintahkanNya kepada Nūḥ, dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muḥammad), dan yang telah Kami perintahkan kepada Ibrāhīm dan Mūsā serta ʿĪsā, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah
kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang musyrik
(untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allāh
memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama
tauhid itu, dan memberi petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang kembali
kepadaNya. (Quran: 42: 13)
Ayat (Al-Qurʾān: 42:13) membuktikan bahawa Al-Qurʾān merupakan inti pengajaran para nabi yang lalu dari Nūḥ (A.S.) hingga Nabi Muḥammad (S.A.W.). Maksud
agama ialah undang-undang fiṭrah.
Bolehkah dianggap bahawa kemanusiaan pada seseorang
itu lebih daripada kemanusiaan pada seorang yang lain? Tidak! tanggapan
demikian datang daripada syaitan.
Shaykh berkata, banyak ulama kita yang ditimpa bala
dengan tanggapan gelap seperti ini. Mereka mengatakan Taurat dan Injīl
yang ada sekarang semuanya salah.
Yang betul hanya Al-Qurʾān. Sebenarnya Taurat dan Injīl yang ada sekarang memang dari yang asal tetapi kerana
terdapat pada setengah-setengah bahagiannya bercampur aduk dengan yang bukan
asal dan kelemahan penterjemahnya, maka sukar untuk membezakan daripada yang
asal, melainkan orang yang benar-benar mendalami ilmu dapat mengenalinya. Para
ahli ilmu dalam bidang hikmah mengatakan bahawa semua kitab itu masih terpakai
hingga sekarang. Demikian juga dengan kitab suci Hindu dan Parsi dan lain-lain,
jika ditinjau daripada sudut hikmah kita dapat meletakkan sesuatu di tempatnya.
Maka tidak timbul pertelingkahan dalam kalangan ahli agama, malah semuanya berada
di atas satu landasan dan tidak perlu melebih-lebihkan satu daripada yang lain.
Shaykh berkata, Bible di sisi umat Yahudi dan
Naṣārā, dan Taurat
dapat diletakkan dalam peringkat yang sama dengan kitab Muwaṭṭaʾ karya Imām Mālik.
Kemudian empat kitab Injīl menyamai empat kitab sahih iaitu Bukhārī, Muslim,
Termidhī dan Abū
Dāʾwūd.
Keempat,
kecurangan dalam kalangan empat mazhab. Pengikut mazhab Shāfiʿī
meletakkan kelebihan hanya terdapat pada mazhabnya. Dan mereka menganggap
pengikut mazhab lain tidak benar. Demikian juga tanggapan pengikut satu mazhab
terhadap mazhab lain. Masalah ini telah menular ke semua peringkat umat Islam
sekarang dan perlu dihapuskan oleh pemimpin kerana Allāh tidak
ingin dibiarkan begitu sahaja.
Inilah pelbagai bentuk kezaliman yang sentiasa
berlawanan dengan kebahagiaan manusia.
Rencana
dipetik dari tafs al hakm pendahuluan surah al mutaffiffin karangan wan
abdullah bin wan musa.
[1] You should know that the nature of human spesies
requires that all human individuals should possess specific attributes such as
the power of speech and the gift of laughter. Certainly, these attributes are
unique to man and endure in every human individual. If you can accept without
question that there is a continued existence for that which perished in the
dimension of finite time (zaman), an existence continuing in the
dimension of transcendental time (dahr), then [you will understand how]
man’s essential nature may survive even after it has perished. (Al-Budūr
al-Bāzighah, pp.
23-24).
[2] Quran: 16: 92.
[3] Allāh taʿālā
berfirman, maksudnya: “Allāh mensyariatkan untuk kamu agama, apa yang Dia telah
berpesan kepada Nūḥ, dan yang telah Kami wahyukan kepada kamu dan apa
yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrāhīm dan Mūsā dan ʿIsā supaya mereka menegakkan agama, dan janganlah kamu
berpecah-belah padanya (Al-Qurʾān: 42: 13).
Allāh berfirman lagi, maksudnya: “Sesungguhnya agama ini agama kamu, agama
yang tunggal dan Aku adalah Tuhan kamu; hendaklah kamu bertakwa kepadaKu. Lalu
mereka pecahkan urusan mereka dalam kalangan mereka beberapa golongan; dan
setiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka”. (Al-Qurʾān: 23: 52, 53). Maksudnya, millah Islām ialah
millah kamu dan maksud “lalu mereka pecahkan urusan mereka” mereka di sini
bermaksud golongan musyrik, Yahudi, Naṣārā
memecahkan urusan agama kepada beberapa golongan atau millah.
Allāh
berfirman: “Bagi setiap umat daripada kamu, Kami jadikan sharīʿat dan manahij”. (Al-Qurʾān: 5: 48).Ibn ʿAbbās berkata bahawa maksudnya jalan dan sunnah. [Maksud
jalan ialah sharīʿat dan maksud manahij ialah sunnah. Pelaksanaan sharīʿat mengikut peraturan hidup sesuatu kaum], di mana Allāh
berfirman: “Bagi setiap umat Kami telah jadikan untuk mereka sharīʿat yang mereka beramal dengannya. (Al-Qurʾān: 22: 67). Maksudnya, ialah sharīʿat yang mereka amalkan dengannya. Ketahuilah bahawa asal
agama itu satu. Para nabi (A.S.) sekata tentangnya. Hanya terdapat perbezaan
pada sharīʿat dan manahij. (Ḥujjat
Allāh al-Bālighah, jilid 1,
bab ‘EhnFNÝ
Ká°rpÛ¯ä Ϧ¯RVÛ¯ä Pº¯ä sçPÛ¯ oƧ ৠà°v± ²°±’,
ms. 86).
No comments:
Post a Comment