Sunday, November 15, 2015

Keadaan Manusia Sentiasa Meningkat.



       Demikianlah Allah memberitahu bahawa manusia sentiasa meningkat seperti ‘al-shafaq pada awal malam, di mana cahayanya nampak sedikit. Kemudian apabila bulan mengambang cahayanya bertambah dan lebih terang daripada cahaya ‘al-shafaq. Setelah bulan jatuh, matahari pun naik, maka cahaya bulan bertambah. Demikian juga manusia yang sentiasa meningkat, tidak kekal dalam satu keadaan sehingga dia meningkat ke belakang syurga.[1] Perkara ini semuanya jelas seperti boleh dikesan dengan pancaindera sebagaimana kamu melihat alam semesta.
       Kemudian, apabila keadaan manusia ini sama seperti keadaan alam ini, Allah berfirman:

“Sesungguhnya kamu akan melalui selapis sesudah selapis”. (Al-Quran: 84: 19).
       Maksudnya, demikianlah Allah ciptakan manusia dari satu peringkat ke satu peringkat hingga tiada penyudahnya.
(dipetik sebahagian dari tafs al hakm surah al insyiqat)



“Bahkan orang kafir itu mendustakan; (22). Padahal Allah lebih mengetahui apa-apa yang mereka kumpulkan”.(23). (Al-Quran: 84: 22, 23).
       Maksudnya, mereka mengumpulkan keingkaran dan penolakan dalam hati mereka. Di sini terdapat isyarat bahawa peningkatan manusia tiada penghujungnya. Tidak tamat disyurga sahaja. Malah dia terus kepada tajalli nama dan sifat Allah seperti yang diisyaratkan oleh orang sufi, tetapi shariat tidak menyebut lebih daripada syurga dan neraka, kerana shariat tidak taklifkan peringkat ini kepada orang ramai secara menyeluruh. Al-Quran tidak pernah membentangkan lebih daripada itu melainkan secara isyarat, supaya manusia sedar kejadiannya tidak terhenti di syurga dan neraka sahaja. Tambahan pula, manusia tidak boleh meningkat ke peringkat yang lebih tinggi daripada syurga melalui jasad, tetapi melalui roh sahaja.
       Darjah itu diperolehi selepas mati jika dia tetap di atas tuntutan shariat yang tersebut. Darjah ini sama dengan farū kifayah sahaja. Peringkat ini telah diusahakan oleh orang ūfi di dunia ini. Maka setiap orang tidak dituntut mempelajari ilmu taawūf, malah kepada ahli-ahlinya sahaja. Ayat yang sama dengan ayat ini ialah ayat dalam surah al-Tin di mana Allah taala berfirman:
“Melainkan orang yang beriman dan beramal baik, maka mereka ini akan mendapat ganjaran yang tidak putus”. (Al-Quran: 95: 6).
       Pada hakikatnya, keadaan ayat ini hanya dibincangkan oleh para ukama, kerana mereka membahaskan perkara-perkara rohani. Maka berlakulah pertelingkahan di antara golongan mutakallimin dan golongan hukama dalam masalah kebangkitan selepas mati.
       Para ukama berkata bahawa kebangkitan selepas mati berlaku pada roh sahaja, manakala golongan mutakallimin mengatakan kebangkitan itu dengan jasad. Maka berlaku kafir mengkafir antara dua golongan ini; sedangkan dua golongan ini telah salah faham kerana tidak memahami maksud kedua-dua pihak. Sedangkan maksud para ukama bahawa kebangkitan rohani selepas syurga, kerana mereka hanya membincang perkara rohani. Golongan mutakallimin hanya membincang perkara semasa. Maka tidak ada perkhilafan di antara dua golongan ini, malah setiap golongan berada di atas pendapat masing-masing.
       Sekarang kami bincang awal surah ini.
(dipetik sebahagian dari tafs al hakm surah al insyiqat)

Ulasan penulis
Pada manusia ada tiga sendi iaitu, pertama, badan. Yang kedua roh badan, dinamakan nasamah dan yang ketiga roh illahi ataupun dinamakan nafsnatiqah.
Apabila manusia mati, terpisahlah badan dari kedua-dua roh iut.
Tetapi nasamah masih berfungsi, masih ada dan berkongsi sebagai seorang manusia dan masih kekal sifat-sifat manusia seperti keinginan dari serta kesan amalan di dunia dia malikat di nasamah samada dosa ataupun kebajikan berfungsi sebagai badan kepada roh natiqah.
Setelah dosanya dibersihkan dalam neraka, segala fungsi nasamahnya masih kekal bersama keinginan sebagai seorang manusia dan dapat menikmati di syurga.
Memenuhi segala impian yang tidak dapat dikecapi semasa hayat. Dengan lain perkataan syurga adalah sambungan nikmat dunia yang tidak boleh digambarkan di dalam syurga untuk tempoh masa yang panjang sehingga akhirnya syurga tidak lagi diperlukan.
Ulama mutakhalimin berpendapat penghuni syurga dan neraka itu kekal selama-lamanya. Adakah kekal mutlak itu sama dengan kekal Allah?
Persoalan ini timbul semasa pemerintahan khalifah makmun lagi.
Keadaaan manusia di dunia, tuntutan fizikal dan nafsu adalah tuntutan pertama. Apabila manusia dalam keadaan lapar dan dahaga, ia akan menjadi lemah segala-gala. Akalnya tidak dapat memberi tumpuan kepada yang lain.
Keadaan demikian menjadi terbalik apabila ia di syurga. Segala tuntutan nafsu ditentukan oleh sifat malakiyah. Kekuatan malakiyah telah menjadi kian beransur kuat dan tuntutan nafsu yang masih ada pada nasamah kian menjadi semakin lemah.
Akhirnya malakiyah menguasai nasamah sepenuhnya dan nasamah kini berada dalam keadaan semakin lemah. Segala keperluan nafsu di syurga bukanlah sesuatu yang mutlak bagi penghuni shurga.
Manusia ketika itu tidak makan, tidak lapar, tidak minum, tidak dahaga. Demikianlah juga keperluan sekian menjadi pudar dan bukan menjadi satu keperluan manusia yang telah dikuasai oleh sifat malakiyah yang tidak perlu kepada makan dan minum dalam keadaan nasamah yang semakin pudar keinginannya.
Akhirnya terpisahlah antara dua roh nasamah dan natiqah atau dengan lain perkataan, kematian yang kedua akan berlaku. Asal roh pulang ke roh, asal tanah pulang ke tanah.

Oleh hasan muhamad, kg tok ku.


[1] Kemudian yang terakhir ialah melihat Tuan sekalian manusia dan zahirlah penguasaan tajallī Allāh di dalam syurga. Selepas itu terdapat sesuatu yang aku diam mengenainya dan aku tidak mahu menyebut kerana mengikuti Nabi (S.A.W.) (ujjat Allāh al-Bālighah, jilid 1, bab ‘EçRVLÛ¯ Ϭ°×uÛ¯ À¯R§ sÝ ®Ä RÙ¿ ²°±’, ms. 38).

No comments:

Post a Comment