Sunday, October 4, 2015

Pengertian syurga dan neraka




Kebanyakan ulama tafsir cuma memberi gambaran syurga dan neraka yang akan berlaku di akhirat atau selepas mati sahaja.
Mereka tidak mengambil kira syurga dan neraka di dunia yang menjadi matlamat al-Quran  supaya manusia beramal dengan Quran . Naitjahnya wujud suasana syurga di dunia. Demikianlah sebaliknya jika yang bercanggah dengan al-Quran .
Suasana syurga di dunia ialah adalah matlamat manusia dijadikan untuk mengimarahkan bumi dan melahirkan suasana adil serta kasih sayang sesama manusia, melahirkan suasana adil, kasih sayang, hidup saling membantu, merdeka, selamat dari penjajahan dengan semangat setiakawan, itulah  syurga yang dimaksudkan oleh al-Quran  bermula daripada di dunia dan dapat diwarisi oleh generasi-genarasi akan datang serta kemakmuran yang berekekalan.
Al-Quran  sebut dunia maziratul akhirah. Dunia tempat bercucuk tanam dan akhirat adalah tempat menuai. Pengertiannya, hasil dairpada usaha untuk meletakkan masa depan dan generasi akan datang terselamat daripada bentuk penindasan dan kezaliman sebagai matlamat akhir dalam ajenda mereka itulah yang di maksudkan dengan akhirat tempat menuai dan gambaran kejayaaan itu terhasilah syurga di akhirat.
Lihatlah akhirat dan jangan kamu lupa bahagian kamu di dunia. Maksud bahagian kamu di dunia ialah segala nikmat yang Allah kurnia seperti harta, kuasa, segala ilmu pegentahuan diguna untuk menjaya matlamat akhir hingga akhirat.
mereka yang berjaya di dunia ialah berjaya mewujudkankan suasana syurgta dan faedah daripada segala usaha dapat dinikmati oleh keseluruhan manusia termasuk dengan keluarga (mereka yang sealiran dalam perjuangan), orang miskin, anak yatim (iaitu mereka yang tiada tempat bergantung)
Tetapi apa yang berlaku hari ini hanya satu tanggapan untuk peribadi semata-mata untuk mencapai kesenangan dan kejayaan yang boleh diwarisi oleh anak cucunya sahaja tanpa bersama-sama di nikmati dan diwarisi oleh keluarga yang lain, puak yang lain, bangsa yang lain dan manusia yang lain.
Mereka mengambil ilmu berkesan dalam kotak yang tidak bersambung kepada matlamat perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kasih sayang selama mana adil dan ihsan.
Setiapa perancangan dan hala tuju di ukur dengan fitrah insaniyah (adil dan Ihsan). Itulah gambaran syurga bermula di dunia.
Sebagai hamba Allah di bumi perlu mempunyai nawaitu (niat) sebagai matlamat dalam perjuangan. Hadis nabi, segala perbuatan di sertai niat.
Sejauh mana pencapaian pada zahirnya adalah ketentuan Allah kepada hambanya, tetapi terus berusaha  walaupun tidak terhasil dan tidak mendapat sokongan daripada manusia dia tetap berusaha dan tidak berputus asa dan tetap berasad atas asas-asas ke arah matlamat dan persediaan untuk di sambung perjuagan oleh generasi kemudian adalah dikira berjaya di sisi Allah.
Sebaliknya neraka bermula dengna perpecahan dan kezaliman atau yang bercanggah dengan fitrah insaniyah.
Mereka telah memadam kepada asas-asas yang menyeru kepada yang menuju kepada perpaduan dan keadilan, mereka mencipta perpecahan dari setiap sudut.
Mereka mencipta Islamisasi yang di ukur dari kaca mata mazhab sehingga tidak mampu duduk semeja sesama Islam. Sepatutunya Islamisasi di ukur dengan Quran  yang mempunyai saiz untuk seluruh umat manusia.
Tetapi oleh kerana para ilmuan hari ini tidak memahami jalan hikmat yang ada di dalam al-Quran  dan jika diambil faham mengikut jalan hikmat akan terkena batang hidung sendiri. Sebab itu mereka tidak sanggup menerima pihak yang berhujah dengan al-Quran .
Kata ustaz Kazim Ilias, mereka jangan berhujah dengan al-Quran . Sekiranya mereka mahu berhujah dengan al-Quran  hendaklah masuk Islam.
Sebaliknya jika ada yang berhujah dengan ayat Allah mereka akan mempersoalkan adakah mereka itu Islam liberal, Islam syiah, qudiani, pluralisma dan lain-lain.
Mereka itdak sedar al-Quran  untuk semua manusia tanpa syarat samada milah hanifi atau pun milah sabie. Setiap umat semuanya ada rasul. Ayat-ayat Allah itu apa yang di langgit atau dibumi.
Sudahkan para ustaz-ustaz itu mengkaji isi kitab kitab yang dianuti oleh agama-agama besar hari ini seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha. Semuanya mempunyai sepuluh hukum fitrah yang sama dan al-Quran  diturunkan untuk menyeru kepada ahli kitab supaya bekerjasama pada kalimah yang sama. Antara mereka berhujah, kononnya kitab-kitab itu bercampur aduk dan ada tambahan.
Sebenarnya keaslian pada kitab-kitab itu masih ada jika diperlihatkan sebab itu Allah menyeru kepada nabi muhamad supaya bekerjasama pada persamaan yang ada. Kalau langsung tiak ada persamaan kenapa Allah turunkan al-Quran  supaya menyeru kepada kerjasama dan keadaan itu. Allah mengetahui bahawa kitab itu sudah terubah. Adakah para ustaz menyangka Allah tidak tahu kitab-kitab itu sudah terubah.
Seperti mana Allah tahu kitab-kitab hadis yang bercampur aduk dengna segala pengubahan tetapi masih ada sunah nabi. Adakah para ustaz-ustaz mahu menolak semua hadis yang sudah bercampur aduk itu sama seperti yang berlaku ubahan dan bercampur aduk  yang terdapat di dalam kitab-kitab yahdui, nasara, hindu dan budha.
Mereka mahu memonopolikan nama ilmu Allah dan memenopolikan syurga Allah sama seperti yahudi di zaman nabi yang mendakwa puaknya saja yang layak masuk syurga dan semua yang lain kekal di dalam neraka.
Islam hari ini mesti membebas diri daripada penjajahan mental oleh para ustaz cari makan yang berpegang dengan sumber zanni, pada mereka terdapat sesuatu yang kebal daripada dosa kerana setiap langkah mereka pergi kemasjid akan berguguran segala dosa-dosanya dan jika mereka merasa masih ada dosa mereka pergi ke Mekah berulangkali dan mereka merasa sungguh suci dan sempurna serta membawa balik uniform seragam arab bertenggek di atas kepalanya.
Kita nak amalan kemuncak, maka kepada semua orang Islam yang berkemampuan yang berulang alik ke Mekah samada haji atau umrah yang mencecah perbelanjaan sebanyak hampir 60 billion setiap tahun.
Oleh hasan bin muhamad kg tok ku.

No comments:

Post a Comment