Tuesday, October 20, 2015

Kehidupan Di akhirat Menyempurnakan Kehidupan Di dunia.



Kehidupan Di akhirat Menyempurnakan Kehidupan Di dunia.
Shaykh menegaskan bahawa al-Imam Shah Wali Allah Al-Dihlawi menyatakan kehidupan di akhirat hanya untuk menyempurnakan kehidupan di dunia dan bukan satu permulaan kehidupan.
Semua pembalasan di atas perbuatan bukannya terdapat di akhirat sahaja, malah pembalasan itu bermula semenjak mengerjakan perbuatan itu sama ada baik atau jahat. Selain daripada itu azab dan nikmat terbahagi kepada empat bahagian.
i.                 Azab dan nikmat yang berkaitan dengan spesies insan.[1]
ii.             Azab dan nikmat yang berkaitan dengan al-Malaʾ al-aʿla.[2]
iii.         Azab dan nikmat yang berkaitan dengan tabiat individu.[3]
iv.          Azab dan nikmat mengikut shariʿat nabi.[4]
Maksud hari kiamat ialah hari yang berlaku perubahan besar terhadap semua jenis nauʿ. Kemudian dibentangkan kepada mereka syurga dan neraka.

Hakikat Syurga Dan Neraka.
Sesungguhnya, hakikat syurga ialah perasaan suka dan gembira. Manakala hakikat neraka ialah perasaan sedih, susah dan tertekan yang amat sangat. Walaupun kedua-duanya dinisbahkan kepada manusia secara khayalan dan waham, tetapi kedua-duanya tetap ada di tempatnya secara hakiki. Jika tiada syurga dan neraka, sudah tentu tidak berlaku dan tiada kesan di hati manusia. Syurga diibaratkan dengan istilah ‘jannah’ yang bererti kebun atau taman supaya semua peringkat manusia dapat memahami mengikut firah dan ilmu dalam diri mereka sebelum mereka belajar ilmu-ilmu lain, kerana mereka dapat merasa tenang dengan menikmati keindahan alam semula jadi dari pelbagai tumbuhan hijau, kebun buah-buahan. Tiada perkara lain yang menyakitkan seperti api. Manusia tidak merasa takut seperti takut kepada api. Maka Allah tujukan kata-kata kepada manusia secara umum dan khusus. Orang awam memahami secara zahir, manakala orang yang khusus memahami secara hikmah melalui pandangan mata hati. Secara ringkasnya, tiada kata-kata untuk dilafazkan melainkan dua perkataan itu untuk menggambarkan kegembiraan dan kesakitan. Maha suci Engkau, tiada ilmu bagi kami melainkan apa yang Engkau telah ajarkan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia dan Bijaksana.

Dipetik dari tafsir al hakm karangan wan abdullah bin wan musa.


[1] Pertama, pembalasan mengikut kehendak gambaran spesies, sebagaimana binatang ternakan memakan rumput, binatang buas memakan daging, maka sihatlah campuran badan kedua-duanya. Apabila binatang ternakan memakan daging dan binatang buas memakan rumput, rosaklah campuran badan kedua-duanya. Demikian juga manusia, apabila banyak melakukan perbuatan di mana roh perbuatannya khusuk kepada Tuhan dan amalan-amalan yang membawa kepada kesucian, tolak ansur, keadilan, maka baiklah keadaan campuran sifat malaikatnya. Apabila dia melakukan amalan-amalan di mana roh amalan itu bertentangan dengan perkara-perkara ini, maka rosaklah keadaan campuran sifat malaikatnya. Jika seseorang menemui ajalnya, nescaya dia akan merasa tiada kesesuaian dan kegelisahan sebagaimana seorang merasa kesakitan kerana terbakar.
[2] Cara kedua pembalasan daripada sudut al-Malaʾ al-aʿlā, sebagaimana diantara kita mempunyai keupayaan berfikir yang tersimpan di dalam otak. Dengan keupayaan itu dia dapat merasa apa yang terkena tapak kakinya termasuklah bara api atau air batu. Begitu juga terhadap gambaran spesies manusia yang tergambar di alam malakut (alam al-mithāl) sebagai khadam dari kalangan malaikat kepada manusia di mana Allāh mengadakan malaikat itu sebagai bantuan terhadap spesies manusia, kerana spesies manusia tidak akan menjadi baik melainkan dengan adanya mereka (malaikat) sebagaimana seseorang dari kalangan kita tidak akan menjadi baik melainakn dengan keupayaan befikir. Setiap perbuatan individu manusia yang boleh menyelamatkan daripada azab, keluar daripada malaikat-malaikat itu pancaran cahaya kegembiraan dan keseronokan. Setiap kali seseorang melakukan perbuatan yang membinasakan, keluar daripada malaikat itu pancaran cahaya yang mengelisahkan dan menakutkan. Pancaran cahaya itu menusuk ke dalam jiwa individu ini dan menyebabkan dia melahirkan kegembiraan atau ketakutan.
[3] Cara ketiga ialah pembalasan mengikut kehendak tabiat yang ditetapkan ke atas mereka, sebagaimana ahli nujum mengetahui bahawa semua bintang, apabila dia bertawajuh kepda bintang, sudah pasti dia dapat melahirkan kesan-kesan kerohanian yang bercampur dengan kekuatan bintang-bintang yang tergambar di sebahagian juzuk orbit bintang. Apabila keupayaan bintang itu berpindah ke bumi melalui hukum pemindahan falakiayah, saya maksudkan kesan bulan, nescaya perasaan hati mereka berubah mengikut rohaniah itu.
[4] Pembalasan cara keempat, apabila nabi dibangkit dalam kalangan manusia dan Allah menghendaki dengan perutusannya sebagai kasih sayang terhadap mereka dan mendektkan mereka kepada kebaikan dan mewajibkan mereka taat kepadanya. Oleh itu ilmu yang diwahyukan kepadanya menjadi suatu ketetapan berupa dan berbentuk dan bercampur dengan hemah dan doa nabi dan keputusan Allah taala memberi pertoloongan kepadanya.
  Pembalasan cara pertama dan kedua adalah suatu bentuk fitrah yang mana Allah semulajadikan dengan manusia, dan kamu tidak akan dapati sekali-kali fitrah Allah itu bertukar dan itu tidak didapati melainkan pada prinsip kebajikan dan dosa yang menyeluruh, tidka termasuk cabangan dan batasannya. Fitrah inilah agama yang tidak berbeza kerana berlainan zaman dan semua nabi sekata di atas fitrah ini sebagaimana Allah taala berfirman, yang bermaksud: Dan sesungguhnya ini agama kamu, agama yang satu (Quran: 23: 52).
  Pembalasan mengikut cara ketiga didapati berlainan kerana berlainan masa, dan pembalasan ini menyebabkan Allah taala mengutus para nabi dan rasul.
   Pembalasan mengikut cara keempat, tidak berlaku melainkan setelah diutus para nabi, kesamaran pun hilang dan seruan sudah dipastikan, sebagaimana maksud firman Tuhan: “Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul”. (Quran: 17: 15). (ujjat Allāh al-Bālighah, jilid 1, bab ‘³¯Á°JpÛ¯ ivnlFÛ¯ ¤°ZFׯ ²°±’, ms. 24).

No comments:

Post a Comment