Sunday, September 20, 2015

50 troli di samak




Akhbar Sinar harian 7 Sept memaparkan berita yang menjadi bahan ketawa setaraf dengan pesta raja lawak berhubung dengan troli yang di samak oleh pihak yang berkenaan yang dikatakan tempat rujuk perkara-perkara yang berkait dengan agama Islam tetapi apa yang berlaku mereka telah meletakkan melebehi daripada yang sepatutnya gara-gara seekor anak anjing. Umat islam telah meletakkan anjing itu sebagai seolah-olah seperti hantu yang mengusiknya.
Dizaman nabi anjing di guna untuk berburu.
Sifat anjing boleh dimanafaat apabila diberi perhatian bilangan anjing yang kecil tetapi bila ia ramai menjadi sekumpulan yang besar, ia menjadi ganas sebagai makhluk perosak dan nabi pernah menyarankan supaya anjing dibunuh. Perintah itu di lihat sifat perosaknya kerana ramai dan tidak tidak terkawal dan apabila jumlah mereka tidak ramai nabi melarang daripada membunuh.
Hadis nabi , malaikat rahmat tidak masuk ke rumah apabila ada gambar ada orang berjunub dan ada anjing.
Maksud malikat rahmat itu ialah kunjungan kawan-kawan teman tidak gemar berkunjung apabila ada ketiga-tiga itu.
Hadis nabi, kepada bekas-bekas makan dan minum yang dijilat anjing hendaklah membasuh tujuh kali termasuk air tanah.
Untuk penjimatan air membasuh kesan lendir daripada jilatan anjing mengguna bahan-bahan mudah seperti tanah adalah wajar untuk zaman manusia yang tiada sabun.
Ada pihak yang mengatakan sentuhan anjing dibolehkan apabila kering sama kering sebenarnya tanggapan oleh hukama fukaha yang tidak muhakik.
Umat Ashabul kahfi di dalam gua bersama anjing.
Anjing adalah satu binatang yang mempunyai deria bau yang tajam. Ia dimanafaaatkan oleh manusia dimana-mana sahaja diguna untuk memburu, mengesan dadah, penjenayah amat banyak berguna untuk membantu pihak polis.
Apabila seseorang itu terjerumus ke dalam kejahilan itu lalu gambaran azab di dunia dan di akhirat merka dalam keadaan buta.
Pengertian azab yang pedih ialah jahil apabila sesuatu kaum berada dalam kejahilan maka kaum itu sudah hilang serinya untuk dicontohi, mereka sudah hilang pedoman daripada kitab Allah.
Mereka menyangjung ulama-ulama yang jahil yang menyekat umat Islam daripada mengkaji Al-Quran kerana ditakuti bercahnggah dengan agama warisan nenek moyang mereka. Ajaran mereka memadai dengan membaca sekadar membetul sebutan dan memperindahkan lagu serta hafal tanpa niat untuk mengambol faham dan berpandukannya.
Saranan seperti itu adalah untuk melalaikan umat manusia daripada ... matlamat Al-Quran diturunkan untuk memerintah bumi.
Mereka mengambil tafsir Al-Qran sebagai ruhban dengan berbekalkan bahasa Arab dan fiqah.
Oleh Hasan Muahamad, kg tok ku

No comments:

Post a Comment