Tuesday, October 20, 2015

Masalah pengangguran




Dalam ruang dialog seorang wakil umno menyentuh persoalan pengangguran. Katanya penganggur itu tidak sanggup mengambil risiko untuk mengambil peluang pekerjaan dan perniagaan menyebabkan peluang itu diambil oleh pendatang asing.
Sebelum kita menghukum sesuatu pihak, seorang pengganggur berada dalam kelompok mayarakat dan kelaurga dan tertakhluk kepada kotak pemikiran mereka, dan mereka tidak mampu menjelajah mencari peluang itu sekiranya mereka kurang pengetahuan dan kebiasaan dalam bidadng itu.
Ada pun pendatang asing dapat menyelinap di setiap penjuru baik di bandar atau luar bandar .
Mereka itu tidak datang secara individu. Mereka itu ada orang tengah yang bertindak sebagai pengurus dan mencari peluang-peluang baru.
Mereka bertindak secara berkumpulan, mereka berkongsi rumah dan berkongsi dapur dan segala-gala di permudahkan diatas semangat kerjasama.
Golongan penganggur lebih-lebih lagi yang terkebawah meemerlukan pegurusan untuk menyesuaikan dengan sesuatu keadaan yang baru.
Seperti felda yang terdiri daripada golongan yang terkebawah dapat membuat kejayaan ataupun berjaya hasil daripada peserta dan pengurusan daii pada pihak kerajaan . kalau dahulu orang-orang miskin dan penggangur di syorkan supaya menyertai rancangan felda tetapi hari ini apakah syor terkini untuk mereka yang miskin dan pengganggur.
Maka wajarlah felda kedua di wujudkan dalam bentuk keperluan terkini. Kalau felda terbina di atas aset memiliki tanah tetapi hari ini tanah sudah berkurang . wajarlah felda kedua di tumpukan kepada keperluan harian dan sara diri iaitu perkongsian antara modal dan tenaga. Disatu pihak menyediakan prasarana dan bahan mentah dan disatu pihak menyumbang tenaga mereka membuat mengguna dan menjaual.
Pengganggur2 dan mereka yang tiada tempat bergantung perlu dididik semangat saling membantu dan saling tolonga menolong di penemaptan sementara sebagai pra pekerjaan.
Berasaskan keperluan sara diri mereka boleh membuat apa saja kerja dan banyak peluang untuk dibuat termasuk produk2 luar negara yang boleh diguna pakai.
Bermula daripada sara diri kepada pasaran dan kepada rangkaian, tidak sama dengan keadaaan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) terpaksa melalui terlalu banyak cabaran yang sukar untuk maju dan perlu mendapat restu daripada pasaran arus perdana sebelum membuat sesuatu.
Ada pihak yang merunggut kenapa di pasar2 terdapat benda2 yang mudah dihasilkan seperti halia, kunyit dan ssrai dan lain2 hampir keseeluruhan daripada indonisia, thailand dan cina dan kenapa penduduk tempatan tidak mengusahakannya.
Kaedah peniaga2 besar, mereka sudah mengikat bahan, bekalan, perjanjian, mengadakan ikatan perniagaan dengan pembekal luar negara dan pembekal2 khas tempatan.
Ada pun pengusaha2 kecil yang tidak stabil pengeluarannya dan tidak terikat dengan pasaran arus perdana menjadi mangsa apbila keadaan pengeluaran tempatan yang berlebihan akan terjadilah lambakan di pasaran yang tidak mempunyai rangkaian pengedaran yang yang menyeluruh menyebabkan kerugin dan tidak mendorong pengeluaran tempatan menumpu kepada usaha pengeluaran yang tersusun.
Oleh hasan muhamad kg tok ku

No comments:

Post a Comment