Monday, March 9, 2015

Pengertian syirik mengikut takwilan tafs al hakm


(petikan dari tafsr al hakm- oleh haji nik abdullah wan musa)


Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain melainkan nama-nama yang kamu dan nenek moyang kamu menamakannya. Allāh sekali-kali tidak menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka. (Al-Qurʾān: 53: 23).
        Mereka lakukan semua itu tanpa ilmu dan pengenalan. Mereka menamakan semua benda itu secara andaian – bukan secara yang sebenar. Dan mereka jadikan andaian-andaian itu seolah-olah mereka membahagi-bahagikan semua kejadian daripada Tuhan mereka.

Pengertian Syirik Secara Umum.
        Di sini kami mempunyai kefahaman yang khusus yang kami ingin menyebutnya. Pengertian syirik secara umum merangkumi semua kaum termasuklah umat Yahudi, Naṣārā dan semua agama Ṣābiʾah. Mengapakah istilah syirik itu dikhususkan seperti nama bagi satu golongan orang ʿArab dan agama mereka. Sebahagian perkara pula menjadi samar kepada agama Ahli Kitab, manakala sebahagian lagi menjadi samar kepada agama Ṣābiʾah. Tidak ada satu golongan pun yang bebas dari syirik. Yang jelasnya, meletakkan orang ʿArab dengan nama orang musyrik terkeluar dari yang sebenar. Inilah kepastian yang kami nampak. 
        Jika setiap kaum diilhamkan dengan syirik, walaupun mereka melakukan syirik, tetapi mereka ingkar perbuatan syirik itu dinisbahkan kepada mereka. Mereka menyamakan syirik mereka dengan tauhid, seolah-olah mereka tidak menerima nama syirik ini diletakkan kepada mereka.
        Manakala orang musyrik dari keturunan Ismāʿīl sebelum kedatangan ʿAmr bin Al-Luhayy, mereka semua seolah-olah orang yang bertauhid yang mengikuti agama Ibrāhīm dan Ismāʿīl yang mengakui tiada Tuhan melainkan Allāh yang Esa dan tiada sekutu bagiNya.[1] Setelah ʿAmr bin Al-Luhayy datang, mereka menambah satu pendapat iaitu “melainkan syirik bagiMu. Kamu memilikinya dan apa yang Dia milik. Tiada sekutu yang menentang Eangkau. Perkara ini tidak mungkin berlaku. Adapun kamu sendiri, kamu jadikan amalan-amalan kamu yang kecil itu sebagai sekutu bagiMu, sedangkan Kamu memiliki mereka dan Kamu memiliki setiap perkara yang mereka miliki”.[2] Dengan jalan inilah mereka mengharuskan diri mereka berakidah dengan syirik.
        Oleh kerana mereka menafikan penggunaan kalimah-kalimah itu, maka mereka dinamakan orang musyrik (musyrikin) dalam Al-Qurʾān. Golongan musyrik menjadikan syirik kecil kepada Tuhan yang Besar dan mereka mengadakan batasan antara syirik kecil dan Tuhan.
        Apabila urusan pembahagian ini sampai ke tahap ini dilakukan oleh sekutu dan telah melampau batasan itu, tidak ada yang berkuasa ke atasnya melainkan Tuhan.
        Sesiapa yang membuat pembahagian ini dan dia jadikan malaikat itu, anak perempuan Tuhan, tindakan ini terkeluar dari fiṭrah dan terkeluar dari kehendak semulajadi akal manusia.
        Di sini terdapat dua perkara. Satu perkara lebih utama dari yang satu lagi. Fiṭrah manusia membuat keputusan bahawa yang paling utama itu hendaklah dinisbahkan kepada Allāh.

Boleh dirujuk di perpustakaan uiam dengan permintaan kajian.


[1] Keturunan Ismāʿīl telah mewarisi jalan yang jelas daripada bapa mereka Ismāʿīl dan mereka berpegang dengan sharīʿat itu sehingga datang ʿAmr Ibn Luhayy yang memasukkan ke dalam jalan itu beberapa pendapatnya yang tidak bernilai menyebabkan dia sesat dan menyesatkan. Dan beliau telah mensharīʿat kan penyembahan berhala, membebaskan unta-unta dan mencarikkan telinga. Di sanalah agama telah rosak dan bercampurlah yang baik dan yang rosak. Kejahilan, syirik dan kufur menguasai mereka. Allāh mengutus penghulu kita Muammad (S.A.W.) memperbetulkan keherotan mereka dan memperbaiki kerosakan mereka. Oleh sebab itu Nabi (S.A.W.) melihat dalam sharīʿat mereka. Apa yang terdapat dalam sharīʿat itu yang menepati dengan jalan Ismāʿīl atau menepati syiar-syiar Allāh, dikekalkan. Sebarang penyelewengan atau kerosakan yang terdapat dalam sharīʿat mereka atau syiar-syiar syirik dan kufur dibatalkan dan menggalakkan supaya dihapuskan. (ujjat Allāh al-Bālighah, jilid I, bab ‘, ms. 124). 
[2] Orang musyrik mengucap talbiah dengan lafaz-lafaz ini, iaitu: Kami terima seruan Kamu, tiada kongsi dengan-Mu melainkan kongsi untuk Kamu, Kamu memilikinya apa yang ia milik”. [Shaykh berkata, inilah antara perkara yang dimasukkan oleh falsafah ābiʾah dari Irān ke dalam masyarakat ʿArab, yang mana dahulunya mereka itu adalah pengikut millah anīfī]. Oleh sebab itu mereka menghina diri di sisinya dengan sehina-hina dan mereka berurusan dengannya sebagaimana hamba berurusan dengan Allah. (ujjat Allāh al-Bālighah, jilid I, bab , ms. 61).

No comments:

Post a Comment