Dan ia tidak memperkatakan
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3). Segala yang diperkatakannya itu
tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.(4). (Al-Qurʾān: 53: 3,4).
Satu Peringatan
Di sini, ramai ahli tafsir mutakhir telah sesat di
mana mereka mentafsirkan semua percakapan Nabi (S.A.W.) adalah wahyu. Kesamaran
ahli tafsir tentang martabat kewalian yang besar, yang mana tempat fananya dari
wujud, tidak sempurna dan kekal dengan wujud rohani.
Maka tidak lahir daripada jisimnya suatu
pergerakan melainkan pergerakan itu suatu urusan rohani, tidak secara khayalan
dan pemikiran yang dinisbahkan kepada jisim. Orang yang mahu memahami perkara
itu, hendaklah membaca kitab Futuḥ al-Ghaib
oleh Shaykh ʿAbd
al-Qādir al-Jailānī . Beliau berkata: “Aku
tidak makan dan aku tidak minum, sehingga dikatakan kepadaku makanlah dan
minumlah”. Kiaskanlah dengannya semua perubahan lain.
Tokoh-tokoh agung yang mendapat martabat
wali besar dinamakan ibdāl . Itulah peringkat tertinggi
bagi manusia. Kemudian ada beberapa peringkat ibdāl, di mana
pangkat ketua mereka itu tidak dapat difahami oleh pemikiran orang ramai.
Golongan mutakhir menyamakan martabat
kenabian dengan martabat ibdāl,[1] kerana mereka mengetahui sedikit ilmu hakikat melalui
pakar ilmu hakikat yang mendalam. Ramai
dalam kalangan orang ramai yang membincang hakikat dan menyebarkan
kitab-kitab yang besar yang mana mereka ini tidak lebih dari golongan mubtadik.[2] Orang yang tidak mengetahui ilmu itu tertipu oleh
tokoh-tokoh yang tidak mempunyai kedudukan yang tinggi dalam ilmu hakikat.
Kesilapan mereka itu dimaafkan.
Al-Imām Walī Allāh al-Dihlawī telah
menetapkan bahawa sumber kenabian berbeza dari sumber kewalian, tetapi dari
jenis yang sama. Para walī adalah dari golongan siddīq dan ḥukamāʾ sahaja.
Apabila kita menerima ilmu kenabian dengan perantaraan seorang ḥukamāʾ, kita
tidak jatuh ke dalam kesamaran dan keadaan seperti itu.
Dan ia tidak memperkatakan
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (Al-Qurʾān: 53: 3).
Tidak ada bagi nabi melainkan pada masa Al-Qurʾān diwahyukan. Adapun pada masa-masa lain beliau adalah
manusia biasa seperti saudara-saudaranya dan para sahabatnya. Jika orang ramai
merujuk kitab ʿAbaqāt
dengan sempurna, nescaya terbuka kepadanya perbezaan antara nabi dan ḥukamāʾ.
Satu Kesilapan Besar
Mereka yang menyamakan martabat nabi dengan martabat
ibdāl menumpu kepada ilmu ḥadīth.
Mereka mengesahkan setiap ḥadīth
yang diriwayatkan daripada para walī dan ḥadīth-ḥadīth itu
dinisbahkan kepada Nabi (S.A.W.) oleh mereka yang tidak mengetahui perbezaan
antara sumber kewalian dan sumber kenabian. Sesungguhnya telah masyhur dari
kalangan ahli ḥadīth
yang kami tidak lihat orang ṣāliḥ sedikitpun yang lebih berbohong daripada mereka dalam
bidang ḥadīth.
Kata-kata ini disalin daripada Muslim
dalam Ṣaḥīḥnya,
riwayat daripada Yaḥyā bin Saʿīd Al-Qattān,
kemudian dihuraikan oleh Muslim. Beliau berkata: “Pembohongan berlaku melalui
percakapan mereka, dan mereka tidak berpegang dengan pembohongan, mereka tidak
memperbanyakan riwayat ḥadīth dan
mereka tidak berpegang dengan kitab Jalaluddīn al-Sayūṭī dan Al-Muttaqā,
malah mereka berpegang dengan kitab Al-Hafiz Ibn Hajar dan berpegang dengan
kitab gurunya dari ʿIrāq dan
kepada pengarang kitab Majma al-Dhawaʾid ; semua kitab
itu menjauhkan orang ramai dari pangkat kenabian ke pangkat kewalian.
Shaykh berkata, jika ḥadīth-ḥadīth itu
berada dalam kumpulan orang Islām yang khusus, mereka bercakap dalam kalangan mereka,
percakapan mereka tidak menzahirkan kesan yang membahayakan; tetapi jika ḥadīth-ḥadīth itu
sampai kepada golongan yang bukan-Islām, kamu
dapat lihat perkara itu merosakkan pengajaran Islām dan
kamu dapati perkara itu meragukan seperti kesamaran dalam kitab Injīl dan Taurāt. Oleh sebab itu, menjadi kewajipan orang yang
mempunyai kefahaman supaya tidak menerima ḥadīth
melainkan daripada para ḥukamāʾ, dan
tidak berpegang dengan kitab-kitab ḥadīth
melainkan enam kitab ḥadīth,
iaitu Muwaṭṭāʾ, Bukhārī dan
Muslim dalam peringkat pertama;[3] kemudian Abū Dāʾwūd, Termidhī dan Al-Nasāʾī
dalam peringkat kedua.[4] Dirinya tidak mahu mengambil ḥadīth
selain daripada usul kitab ḥadīth
ini. Kenyataan ini tidak bererti menerima setiap riwayat dari enam kitab ḥadīth
ini; malah semua sanad disusun menjadi tiga martabat. Pertama, hadis mutawatir
yang sedikit. Kedua, ḥadīth mustafidh
yang banyak. Ketiga, ḥadīth gharib,
termasuklah ḥadīth ṣaḥīḥ dan ḥadīth ḥasan. Maka janganlah kamu menumpu kepada ḥadīth
peringkat ketiga melainkan ḥadīth
peringkat ketiga ini dipegang oleh Ḥakīm; kerana orang ramai lalai apabila mereka melihat ḥadīth
yang dinisbahkan kepada ususl-usul ini mereka terus menerimanya sekalipun
diterangkan bahawa ḥadīth itu
lemah. Mereka tidak menerima kesulitan kerana bertolak ansur dengan
sanad-sanad. Mereka tidak mengharuskan kitab-kitab itu kepada kepada orang
ramai. Orang ramai haram mengikuti mereka. Manakala Ḥakīm tidak menerima ḥadīth
melainkan dari usul-usul itu sahaja dan beliau tidak menerima melainkan ḥadīth mustafidh.
Apabila beliau perhatikan ḥadīth gharib,
beliau lebih dahulu merujuk kepada Al-Qurʾān yang umum. Adakah Al-Qurʾān yang umum itu boleh menyokong ḥadīth gharib.
Mereka melihat kepada ahli kabinet negara umat Islām,
adakah mereka sanggup menerimanya. Setelah kedua-duanya berpuashati, mereka
menerima ḥadīth-ḥadīth gharib
yang ṣaḥīḥ dan ḥasan. Adapun ḥadīth
yang sudah dinaskan lemah atau telah diisyaratkan lemah, mereka menolaknya,
melainkan jika mereka berpegang dengan pendapat mereka yang sama dengan ḥadīth
lemah itu.
Orang yang bodoh memahami bahawa Ḥakīm menerima ḥadīth
lemah dan mereka mahu mengikuti Ḥakīm dalam masalah ini. Bagaimanakah kaitan mereka dengan
Ḥakīm?
Satu Fasal
Jika Islām datang
daripada Allāh untuk memimpin manusia dan membangun semua anutan,
maka perhubungan Islām dengan Al-Qurʾān adalah amat pasti. Manakala ḥadīth
diterima secara contoh atau secara berpegang kepada fikiran. Al-Qurʾān telah menyerahkan urusan kepada fikiran dan pendapat
kita. Fikiran kita bertepatan dengan ḥadīth.
Jika maksud Islām ialah membangun agama kepada kaum ʿArab
dan ʿAjam
yang di sekitarnya, bukan kepada semua manusia; maka sudah pasti lebih
diutamakan berpegang dengan ḥadīth
daripada berpegang dengan Al-Qurʾān.[5] Tamat fasal.
[1]
Shaykh berkata, dalam istilah ṣūfī, lelaki yang bijaksana dinamakan ibdāl.
Martabat nabi lebih tinggi daripada martabat ibdāl. Ibdāl ini telah tetap melalui kasyaf
dan rohani dan tidak ditetapkan melalui Al-Qurʾān dan ḥadīth
ṣaḥīḥ di sisi pakar imam ḥadīth. Malah mereka hanya isyaratkan
seperti yang disebut oleh Shaykh ʿAbd al-Qādir al-Jailānī dalam Futuḥ
Ghaib dan disebut oleh Shāh Walī Allāh
al-Dihlawī.
[2]
Mubtadik ialah orang yang menjadikan sesuatu yang tidak mendatangkan
kebaikan kepada masyarakat.
[3] Secara kajian, peringkat pertama hanya ditetapkan
kepada tiga kitab iaitu Muwaṭṭāʾ, Ṣaḥīḥ Bukhārī dan
Ṣaḥīḥ Muslim. Imām Shāfiʿī berkata
bahawa kitab yang paling sah selain daripada kitab Allāh ialah Muwaṭṭāʾ Imām Mālik, dan
ahli-ahli ḥadīth
telah sekata berpendapat bahawa semua ḥadīth
dalam Muwaṭṭāʾ
adalah ṣaḥīḥ berdasarkan pendapat Imām Mālik dan
mereka yang sama dengannya. Adapun dua kitab ṣaḥīḥ [Ṣaḥīḥ Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim] telah sekata oleh
para ahli ḥadīth
bahawa semua ḥadīth
dalam kedua-duanya adalah dari kalangan ḥadīth muttasil
yang marfuk dan tetap ṣaḥīḥ
dan kedua-duanya mutawatir sampai kepada pengarang-pengarangnya; dan
setiap mereka yang memandang rendah urusan kedua-duanya dikira mubtadik
yang tidak mengikuti jalan orang beriman. (Ḥujjat
Allāh al-Bālighah, jilid I, bab , ms. 133).
[4]
Peringkat kedua ialah kitab-kitab yang tidak sampai ke tahap Muwaṭṭāʾ
dan dua kitab ṣaḥīḥ, tetapi kitab-kitab itu
berada selepasnya, di mana pengarangnya terkenal dengan sifat lebih dipercayai,
adil, hafal dan melaut dalam pelbagai ilmu ḥadīth.
Dalam kitab mereka ini, mereka tidak reda dengan sikap bermudah-mudah tentang
apa yang mereka tetapkan sebagai syarat-syarat ke atas diri mereka. Maka
kitab-kitab mereka diterima oleh orang selepas mereka dan ahli-ahli ḥadīth, dan ahli perundangan Islām mengambil berat dengan kitab-kitab
mereka generasi demi generasi dan telah masyhur dalam kalangan manusia, dan
kaum telah berpegang dengan kitab-kitab itu untuk menerangkan kalimah-kalimah
yang ganjil dan mengkaji periwayat-periwayat dan menghasilkan kefahamannya. Di
atas ḥadīth-ḥadīth
itulah terbina kebanyakan ilmu; seperti Sunan Abū Dāʾwūd,
Jamiʿ Al-Termidhī dan Mujtaban al-Nasāʾī.
(Ḥujjat
Allāh al-Bālighah, jilid I, bab , ms. 134). Sila
rujuk bab yang sama untuk keterangan kitab-kitab hadis peringkat ketiga,
keempat dan kelima.
[5]
Kami hanya memanjangkan perbahasan ini oleh guru
kami Mawlānā Muḥammad Qāsim di
Deoband daripada guru kami Shaykh al-Hind, yang mana mereka adalah ḥukamāʾ atau
orang yang menerima daripada ḥukamāʾ pada
masa itu.
Di sisi kami, ilmu ḥadīth
adalah satu bidang ilmu. Kemudian guru kami Shaykh al-Hind meninggalkan
Deoband. Beliau diganti oleh muridnya Anwār Shāh.
Kefahaman Anwār Shāh sama dengan kefahaman Imām Sayūṭī. Mereka
yang belajar daripadanya menjadi fuqahāʾ Ḥanafī yang
muhakik, sedangkan mereka lemah dalam bidang ḥadīth dan
menyakitkan kita.
Sekarang urusan ini kembali
kepada Shaykh Ḥusīn Aḥmad yang tidak mampu memperbaiki kerosakan oleh Anwār Shāh,
melainkan dengan mengambil masa selama dua puluh tahun.
Shaykh Anwār Shāh adalah
seorang alim yang zahid dan seorang imām dalam
ilmu balaghah. Ilmunya merangkumi usul yang difikirkan dan semua ḥadīth
sama ada ḥadīth ṣaḥīḥ atau ḥadīth
lemah. Kemuncak cita-citanya ialah melahirkan pelbagai jalan bagi mazhab Abū Ḥanīfah dan menjawab mereka yang mengkritik mazhab Ḥanafī dari
kalangan orang dahulu dan orang semasa. Dalam bidang itu beliau adalah seorang
tokoh dalam mazhab Ḥanafī. Beliau
seorang yang bertakwa. Beliau mengajar orang ramai bahawa setiap percakapan
Nabi (S.A.W.) adalah wahyu. Manakala Imām Walī Allāh telah menerangkan dengan jelas dalam kitab Fatḥ Al- Raḥmān bahawa
kata-kata nabi tidak lebih daripada Al-Qurʾān.
No comments:
Post a Comment