Monday, March 16, 2015

(IS) dan falsafah jihad




1.   Tanggapan tentang jihad ada berbagai-bagai. Pada umumnya di kaitkan dengan jihad atas nama Islam.
2.   Perkara yang sunat dan fardhu tidak wajar dikaitkan dengan jihad kerana hukum yang mewajibkan supaya berjihad jika mengelakkan dari melakukannya maka ia termasuk di kalangan orang-orang yang engkar perintah atau kafir.
3.   Di utuskan rasul untuk memberi hidayah dan din ul haq untuk menzahirkan kebenaran di atas semua agama. Hidayah, di suruh supaya berlemah lembut untuk memberi kefahaman tentang kesan daripada kerja-kerja baik dan memahami akibat dari kerja-kerja jahat semasa hayat manusia mendapat  ganjaran dan pembalasan daripada Allah samada di dunia ataupun di akhirat.
4.   Dalam menterjemahan prinsip hidayah dalam kontek hari ini ialah membentang hikmah ajaran al Quran sebagai jalan penyelesaian masalah dan matlamatnya untuk mewujudkan keadilan dan ihsan di kalangan manusia sejagat dan dapat menzahirkan kebenaran yang mengatasi seluruh teori dan pegagan yang ada pada hari ini.
5.   Yang kedua, din nul haq iaitu ugama yang benar. Ugama dan keadilan yang sebenar yang berkait dengan hukum-hukum zahir seperti hudud dan takzir atau denda ,hukum dera dan hukum denda untuk menghalang daripada manusia yang melakukan kezaliman
6.   Pelaku zalim itu samada individu atau berkumpulan atau dilakukan oleh sesuatu pemerintah sesebuah negara  maka pelaku zalim itu wajib di ambil tindakan dan jihad terhadap mereka.
7.   Engkar hidayah yang telah di sampaikan kepadanya dinamakan munafik. Engkar din nul haq dari sudut pelaksanaan untuk mewujudkan keadilan dan ihsan itu dinamakan kafir. Wajib berjihad ke atas mereka.
8.   Islam telah membuktikan menerusi kuasa penakhluk  untuk membina adil dan ihsan  setelah manusia dapat menilai bahawa Islam adalah satu kuasa penakhluk untuk membebas daripada cengkaman kezaliman dan penghalang kepada matlamat itu, adalah wajib jihad.
9.    Ibarat sakit kata doktor, seketul daging yang dihinggapi penyakit jika dibiarkan boleh membawa maut , membuang yang rosak adalah wajib. maka demikian jugak kalau seorang yang jahat boleh merosakkan satu kampung. Demikian juga kumpulan perosak masyarakat jika dibiarkan akan menuntut sesuatu  kerajaan. Sedikit petikan dari mukadimah takwil Quran haji nik mohd saleh bin haji wan musa dalam tafsr al hakm(boleh dirujuk di perpustakaan uiam hanya dgn permintaan penyelidikan tesus sahaja).
 Haḍrat ujjat al-Islām al-Shāh Walī Allāh al-Dihlawī menerangkan falsafah jihad ini seperti berikut: (Juzuk 2, ms. 170).
“Maka kasih sayang yang penuh dan sempurna dinisbah kepada umat manusia hanya menunjukkan mereka oleh Tuhan kepada sifat ihsan dan supaya menghalang golongan-golongan zalim dari melakukan kezaliman dan supaya memperbaiki tamadun mereka, pentadbiran rumah tangga mereka dan siasah negara mereka. Maka negara-negara yang binasa iaitu yang dikuasai oleh jiwa yang bengis dan bagi mereka suatu halangan yang amat kuat, halnya seperti bahagian reput pada badan manusia, tidak boleh sihat melainkan dengan membuangnya. Dan tabib yang mahu memperbaiki bahan-bahan tenaga di dalam manusia dan menyelaraskan tabiat kejadiannya mengakui mesti dibuangkan sesuatu bahagian yang merosakkan itu, kerana kejahatan yang sedikit jika membawa kepada kebaikan yang banyak, maka hukumnya wajiblah dilakukan kejahatan itu”.[1]
Seterusnya Shāh Walī Allāh berkata:
“Dan untuk anda suatu pengajaran dengan kaum Quraish dan mereka yang berhampiran dengan mereka dari bangsa ʿArab, mereka itu adalah sejauh-jauh makhluk Allāh dari sifat ihsan dan sehabis-habis zalim manusia menindas mereka yang lemah, dan sering berlaku dalam kalangan mereka pembunuhan yang dahsyat dan saling menawan antara setengah mereka dengan yang lain dan kebanyakan mereka tidak mempunyai perhatian yang halus dalam menegakkan sesuatu hujah dan mempunyai pemikiran yang teratur dalam menyusun dalil. Maka Nabi Muammad (S.A.W.) telah berjihad terhadap mereka dan membunuh antara mereka yang mana lebih dahsyat perbuatannya, lebih dahsyat kebuasannya hingga lahirlah hukum Allāh, dan terikutlah mereka kepadanya, maka jadilah mereka selepas daripada itu orang yang bersifat kasih sayang kepada makhluk Allāh dan tersusunlah dengan baik urusan kehidupan mereka. Dengan sebab itu jika tiada dalam syariat hukum membenarkan jihad terhadap mereka itu, tentulah tidak akan tercipta kasih sayang di dalam hak kehidupan mereka”.
Dari huraian tentang falsafah jihad oleh Shāh Walī Allāh itu dapat disimpulkan bahawa pendapat para ʿulamāʾ Islām pada zaman ini telah terpesong, dan mereka cuba menghidupkan semangat kesamian ke dalam pengajaran Islām. Maka hilanglah semangat ihsan yang dituntut oleh Al-Qurʾān. Mereka harus sedar kesalahan yang mereka dukung. Umat Islām mempunyai falsafah hidup yang maha agung. Mereka tidak sepatutnya menjadi alat kepada golongan feudal dan golongan pemodal yang menindas manusia lemah di atas nama agama. Perkara itu berlaku kerana tiada semangat ihsan dalam jiwa mereka.
Semangat ihsan dalam masyarakat melalui jihad adalah untuk menegakkan hidayah dan dīn al-aq. Pengajaran ini terdapat dalam semua kitab Ilahi dan semua nabi telah sekata mengajar demikian.
Sri Kerishanji telah mengarahkan Arjuna supaya berjihad menentang golongan yang zalim untuk menyelamatkan manusia dari penindasan.[2]  Pengajaran ini telah berubah setelah Maha Tama Buddha wafat, sehingga difahamkan jihad menyakitkan, khususnya manusia. Mereka tidak dapat membezakan antara tindakan yang menyakitkan dan tindakan yang berakhlak. Maka pengikut Buddha yang terpesong dari pengajaran agamanya telah hilang dasar hidup yang sesuai dengan fiṭrah dan ihsan. Kemudian Mahatma Ghandi mencipta ajaran “Ahinsa” (tiada kekerasan) yang tidak terbatas. Mereka menganggap inilah pengajaran yang paling berakhlak dan sopan untuk kehidupan manusia di dunia; tetapi kini terbukti betapa lemahnya pengajaran yang tidak berpandukan pengajaran nabi-nabi seperti yang terdapat dalam Bahguat Gitta itu. Akibatnya negara India ditimpa pelbagai masalah yang berpanjangan seperti kemiskinan, kebuluran, buta huruf dan sebagainya.
Demikian juga umat-umat lain, khususnya umat Islām perlu sedar dengan hakikat ini. Sifat taat dan setia adalah dua asas untuk menjunjung perintah Allāh dalam Al-Qurʾān. Pelaksanaan dīn al-aq dibandingkan dengan pagar yang menjaga tanaman, dan hidayah dibandingkan dengan pokok yang akan ditanam. Adalah mustahil pokok itu sempat tumbuh dengan subur jika tidak terlebih dahulu didirikan pagar untuk menyelamatkan pokok itu dari bencana yang akan menimpanya.(nik mohd saleh wan musa dalam al mukadimah).
Oleh hasan bin muhamad....


[1] Imām Shāh Walī Allāh, ujjat Allāh al-Bālighah, juzuk 2, m.s. 170.
[2] Bahguat Gitta (kitab Agama Hindu), m.s. 52, edisi bahasa Hindustani.

No comments:

Post a Comment