Sunday, March 22, 2015

IS dan falsafah jihad (2)


 
  
1.      Mereka yang bukan islam bekerjasama demi untuk membenteraskan kezaliman dikalangan masyarakta itu dikatogerikan zimmi. Mereka2 ini berhak mendapat hak yang sama seperti mana orang islam di dunia dan di akhirat itu adalah kerja Allah. Mereka tidak kafir sebenarnya. Tetapi ulama menamakan kafir kerana tidak sehaluan dengan mereka. Tetapi dinamakan kafir dhimmi kerana atas sebab politik penyebaran fahaman syariat.
2.       Pada mereka ada cahaya iman dan taklif Allah untuk mewujudkan masyarakat manusia berada dalam keadaan adil dan ihsan untuk memenuhi tuntutan agama yang satu dan syariat yang berbeza dan hasil daripada  seruan kerjasama Islam atau prinsip yang sama, dinnul haq atau kebenaran yang sebenar tersebar ke seluruh pelusuk muka bumi. Firman allah dalam surah 3 ayat 64, Katalah: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada kalimah yang adil antara kami dan kamu, iaitu janganlah kita menyembah melainkan Allāh, dan janganlah kita menyengutukan sesuatu dengan Dia, dan janganlah sebahagian daripada kita jadikan sebahagian sebagai tuhan-tuhan selain dari Allāh. (Al-Qurʾān: 3: 64).
3.       Makna Kalimah yang sama itu termasuk dalam din nul haq. Kebenaran yang sebenar.
4.      Dan kepada mereka yang terlibat dengan kerjasama itu Allah menjanjikan , ganjaran baik.
5.      Pada mereka yang tidak memberi kerjasama untuk membenteras kezaliman adalah kafir harbi (yang menentang kebenaran fitrah diri masing2) dan  yang diambil cukai jizyah keatas mereka.
6.      Pada hari ini pada pendapat saya, pihak-pihak yang tidak bekerjasama untuk menentang kezaliman dan membina keadilan untuk semua wajar dikenakan cukai khas.
7.      Pengantut-penganut islam bukan semuanya cinta kepada keadilan dan ihsan sesama manusia walaupun mereka itu sembahyang , puasa, haji, tetapi kesan daripada ibadat mereka tidak mempunyai roh ihsan pada umum hari ini, setengah daripada umat islam tidak dapat menjadi contoh bekerjasama untuk membenteras kezaliman dan  membangun keadilan islam yang mereka amalkan terhenti setakat ibadat zahir semata-mata, mereka itu islam minAllah tetapi pada hakikatnya kafir minanas.

(jihad nafsu)
8.      Menjadi tanggunjawab setiap orang mukmin menjaga keselamatan negara sejak daripada zaman nabi kepada sahabat  tetapi pada hari ini, undang-undang negara telah meletakkan ndividu-individu yang berjawatan anggota keselamatan sahaja dibenarkan bertindak kepada   pelaku jenayah atau perosak negara.
9.      Kerja-kerja membenteras perosak masyarakat kadang-kadang berdepan dengan risiko dan tuntutan nafsu membisikkan kepada mereka supaya  mengelak daripada masalah atau mencuri tulang atau kecuaian akhirnya mengagal tugas-tugas jihad mereka, itulah nafsu yang wajib di jihad.
10.  Menerima dan diberi tugas tetapi engkar ataupun mengkhianati tugas yang dipertanggungjawabkan diistilah oleh agama ialah kafir.
11.  Kadang-kadang jihad nafsu ditafsir dengan berbagai cara antaranya berjihad dengan mata mengantuk untuk bangun sembahyang malam, berjihad daripada melihat wanita cantik, berjihad menutup muka, berjihad menutup rambut,bilal-bilal masjid berjihad mengganggu orang tidur, berjihad menanam padi berjihad menuntut ilmu tanpa membezakan antara ilmu kemahiran dan ataupun ilmu kemanusiaan dan berjihad sekadar mempertahankan diri dari diserang dan tidak menyerang atau pun menakhluk.

(IS)
12.  Is secara mendadak mahu menukar struktur pemerintahan yang ada tanpa memberi penjelasan halatuju yang sesuai dengan fitrah kemanusiaan sekadar menunjukkan al quran yang belum di perjelaskan tafsirannya.
13.  Pengalaman daripada gerakan taliban yang dapat menjatuhkan kerajaan yang ada dan islam yang diterjemah pada mereka sekadar kulit dan budaya arab semata-mata. Mereka tidak mampu menterjemah islam kearah adil dan ihsan sejagat atau kearah penyelesaian  masalah manusia seperti perpaduan, keadilan dan daulah islamiyah yang mengatasi semua idioloji yang ada.
14.  Dalam pengajian mereka pintu ijtihad telah tertutup dan apa yang mereka buat hanya berdasarkan taklid daripada ijtihad ulama dahulu-dahulu walaupun bercanggah dengan  suun ilahi iaitu perubahan alam.
15.  Pengenalan is tentang jihad adalah sama dengan pengenalan ahli-ahli ilmu berpusat pengajian di timur tengah. Sebenarnya mereka di sekolah yang sama.
16.  Bagi mereka yang berjaya mendapat kerusi empuk maka mereka kendur dan menyembunyi kuku.
17.  Sebaliknya jika mereka tidak mendapat tempat dalam jawatan sikap mereka sama seperti amanah hadi.
18.  Kekaburan mereka ini berpunca daripada pengenalan ilmu yang berkonsepkan taklid dari sumber yang tidak mutlak 
19.  (amalan golongan  musyrikin berhujah dengan sumber zini   iaitu selain daripada quran) 
20.  Pengaruh daripada pengajian islam sekarang mengutamakan akseseri semata untuk mencari peluang2 membuat wang. Sama dengan bidang akademi yang lain iaitu menjana kemajuan dan membuat harta dan mereka meletakkan pengajaran ugama lebih istimewa kononnya mendapat dua iaitu kemajuan dunia, kerana mendapat upah yang lumayang, dan diakhirat mereka syurga sedang menanti.
21.  Walau pun menteri ugama menafikan penuntut2 ugama tidak terlibat sebagai sarang ekstrim sebenarnya menteri itu tertipu dengan pakaian dan gaya warak seperti serigala menyembunyi kuku semasa mereka kenyang.
22.  Di majlis-majlis selawat yang ditaja oleh kerajaan pernah berkibaar bendera is di majlis2 salawatan. Di kelas2 tahfiz secara terbuka dan penuh dengan buku2 yang ditulis oleh pembangkang yang meniup semangat jihad. Pengalaman dari kelas2 tahfiz taliban di afghanistan dan pakistan mereka ini ialah golongan yang mencetus konflik atas nama jihad .
23.  Benar kata dr mahathir tahfiz generasi dahulu boleh menjana dan memperkasa ilmu pengetahuan tetapi tahfiz sekarang semata-mata dibuat untuk mendapat elaun. Sepatutnya kerajaan mengkaji semula elaun kepada ahli2 tahfiz ini kerana mereka rata2 adalah golongan yang mahu menumbang kerajaan.
24.  Mereka tidak dapat membeza seketul lilin yang diukir indah dgn rupa warna-warni dengan seketul emas yang diukir buruk , sebenarnya nilai itu terletak kepada logam bukan keindahan ekseseri diluar.
25.  Daripada ini adalah suatu hikmat tadbir Allah untuk menyedarkan umat islam yang selama ini telah meletakkan kumpulan mazhab ahli sunah wal jamaah adalah satu pegangan yang menepati al quran dan sunah. Ada baiknya umat islam mengkaji semula agama dan kembali kepada al quran dan sunah mengikut jalan hikmah .
26.  Melihat semua makhluk Allah dan manusia di atas dasar tauhid dan bersatu di atas kalimah Allah, bersatu pada prinsip fitrah insaniyah, bersatu pada keadilan sejagat menepati kenyataan syeikhku azhar bahawa sistem pendidikan dan ugama diberi penekanan kepada perpaduan.

Oleh hasan bin muhamad.


No comments:

Post a Comment