Thursday, April 9, 2015

Semua anutan agama itu telah sekata tentang berlaku kiamat

 
 
Ketika berlaku satu peristiwa besar. (Al-Qurʾān: 56: 1)



Semua anutan agama[1] itu telah sekata tentang berlaku kiamat itu. Orang Yahudi, orang Nasara dan orang Islam memang diketahui umum yakin dengan peristiwa itu. Hanya kesilapan sebahagian orang yang jahil yang terdiri dari kalangan ahli kalam yang mahu menyokong umat Islam mengatasi penganut-penganut lain dalam millah hanifi untuk mencapai tahap yang sempurna dan mengatasi milah sabiah yang berpegentahuan.
Perbezaan antara millah hanifi dan milah sabiah tidak lebih dairpada perbezaan antara milah Islam, millah Yahudi dan millah Nasara. Inilah nikmat-nikmat yang paling besar diberi kepada orang Islam melalaui hikmat al-imam wali Allah al-Dihlawi. Kerana beliau telah menerangkan masalah itu dengan jelas. (masalah millah – agama satu. Syariat dan manahij berbeza). Beliau jadikan Islam telus kepada semua manusia; tetapi golongan ahli kalam yang angkuh menuduh umat sabiin berakidah dengan tanasukh.[2]
Pada hakikatnya kesan tanasukh di sisi umat sabiah dapat lahir kepada mana-mana peringkat manusia. Bukan setiap manusia tertakhluk kepada tanasukh, dan kiamat untuk menghimpunkan manusia juga sudah pasti di sisi mereka. Tanasukh dan kiamat dalam istilah hindu dinamakan Perly.
Selain dari itu, golongan ahli kalam ini membuat kesilapan lain pula. Pada manusia ada beberapa pusingan. Kami berada pada satu pusingannya. Adam merupakan bapa manusia. Beliau adalah permulaan kepada manusia pada pusingan itu sahaja. Adapun pusingan lain sebelum pusingan ini dan selepasnya adalah satu peristiwa tetap yang tidak disebut dalam kitab dan sunah.
Golongan ulama muhakik berakidah bahawa setiap sesuatu yang al-Quran dan sunah tidak menyebut. Tidak bererti perkara itu tidak wujud; kerana kadang-kadang sesuatu yang benar tidak disebut kerana orang ramai tidak faham dan menyebabkan kesesatan.
Al imam wali Allah al-Dihlawi telah menetapkan masalah pusingan dalam kitab tafhimat ilahiah dan kitab-kitab lain. Kenyataan beliau difahami oleh tokoh-tokoh imam dari golongan penulis suci; sedangkan orang ramai tidak memahami kata-kata mereka.
Syeikh al-Islam ibni Taimiyah terpimpin kepada masalah ini dengan perantaraan perbahasannya tentang kalam Allah. Beliau berakidah bahawa Allah sentiasa ada, bercakap berterusan dengan lafaz apabila Ia mahu. Beliau membincang masalah itu dengan golongan pengikut al-Asyaari dan Muktazilah. Perbahasan itu sampai ke peringkat akhir. Kemudian beliau berpegang dengan akidahnya bahawa orang yang dituju percakapan dari kalam Allah pasti Ia sentiasa ada. Percapakan tanpa orang yang ditujukan, perkcakapan itu yang ditujukan, percakapan itu dikira bodoh. Allah bersih daripada sifat itu. Oleh sebab itu orang yang ditujukan percakapan itu sentiasa ada. Pusingan yang kami berada ini tidak bersifat azali. Kalam Allah pasti bersifat azali.
Sebelum pusingan ini ada pusingan yang dahulu yang pasti disabitkan di sisi-Nya untuk menyempurnakan hak sifat azali-Nya; malainkan bukan percakapan Allah dan para penentang-Nya. Mereka tidak memahami maksud kalam Allah dan mereka telah mengadakan kiamat terhadap kalam Allah.
Dari perkara itu kami faham bahawa dalam kalangan umat Islam yang muhakik sedar adanya pusingan walaupun mereka tidak bercakap mengenainya.
Sebahagian ahli kalam yang mutakhir yang jahil mengingkari adanya pusingan ini. Keingkaran mereka tidak diambil kira.
Perkhilafan yang mereka adakan di antara umat sabiah dan umat hanafiah itu sama perbezaan antara haiwan dan manusia. Semuanya ditolak. Kamai mengatakan dengan sepenuh kefahaman kami dengan pujian Allah.
Petikan dari tafsir al hakm karangan haji nik abdulah bin haji wan musa. Boleh di dapati di uiam dengan permintaan tesus sahaja.



[1] Maksud istilah agama di sini ialah syariat yang dibawa oleh para nabi, contohnya, syariat yahudi yang dibawa oleh nabi musa as dan syariat Islam (Muhammadiah) yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. Istilah agama ini juga merangkumi syariat-syariat dalam millah sabiah yang lebih awal. Seperti syariat hindu,syariat budha, syariat majus dan syariat-syariat lain. Semua syariat ini merupakan tahap-tahap perkembangan agama yang satu iaiatu Islam. Lihat huraian syah waliyullah berhubung dengan masalah agama satu. Syariat dan manahij berlainan. (hujjatullah al – balighah, jilid satu, bab kepercayaan manusia akan dilahirkan semula selepas mati.
[2] Kepercayaan manusia akan dilahirkan semual selepas mati.

No comments:

Post a Comment