Wednesday, December 24, 2014

Kelebihan kaum quraisy



Kelebihan kaum quraisy
Bangsa quraisy adalah keturunan nabi ibrahim.doa beliau supaya keturunannya akan lahir manusia yang mewarisi perjuangannya dan Perjuangnanya adalah terbukti.
Ada yang berpendapat keturunan nya ialah nabi muhammad s.a.w.sahaja,kenyataan itu tidak dinafikan tetapi hasil daripada didikan nabi muhammad dan hasil daripada pimpinan nabi muhammad bangsa quraisy berada dihadapan, mendidik bangsa-bangsa yang hidup dan agresif, telah menjadi ikutan kepada perubahan dunia.
Gelaran umi sebanarnya dituju kepada bangsa quirasy tapi ramai yang tidak menyedari dan berpegang hanya kepada individu nabi saw sahaja.  Al-Qurʾān: 62: 2 menyatakan  dari kaum ummi itu lahirnya satu nabi yang ummi.( Perutusan Nabi (S.A.W.) terdiri dari dua peringkat. Pertama, perutusan kepada bangsa ʿArab seperti yang
diisyaratkan pada firman Allāh yang bermaksud: “Dia yang mengutus dari kalangan umat ummi seorang rasul dari kalangan mereka”. (Surah Al-Jumaat: ayat 2).)
ramai yang berpendapat ummi itu dengan maksud tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis kerana mereka mentafsir dan metakwil ummi itu hanya  kepada muhammad sahaja sedangkan ummi yang dimaksudkan quran itu  ialah ditujukan kepada kaum quraisy  dan tidak memberi erti(kaum) tidak tahu membaca dan menulis,sedangkan kaum quraishlah yang menulis wahyu.(bukan quraish sahaja tetapi ditekankan kepada quraish kerana nabi dari kalangan quraish),dan nabi muhammad itu kalau tidak tahu membaca, bagaimana beliau bertindak mempastikan penulisan wahyu itu menepati atau tidak jikalau beliau buta huruf.
Dalam surah quraish allah menjelaskan peranan orang-orang quraish menjaga baitullah.(kena tengok tafsir)....menjaga keamanan dan kebajikan pengunjung-pengunjung.....menjaga baitullah serta keamanan dan bajikan kepada pengunjung-pengunjung baitullah, keselamatan dan kebajikan.(dilampirkan surah quraish tafs al hakm haji wan abdullah wan musa)
Bangsa quirasy juga terbabit dalam perniagaan yang dirintis jalan oleh nabi ibarahim laluan perniagaan antara mekah dan syiria dan daripada mekah ke baitul maqdis dan yaman.
Walaupun mekah tidak banyak bahan-bahan pengeluaran tetapi ia dapat  menampung keperluan penduduk mekah hidup daripada aktiviti-aktiviti perniagaan.
Dengan aktiviti dan kegiatan perniagaan yang meredah sempadan itu, bangsa quraisy dapat mengikuti perkembangan politik antarabgansa dan mendapat maklumat dari tempat-tempat mereka berniaga yang negeri itu dijajah oleh rom dan parsi.
Mekah ditakdirkan allah contoh negeri yang tak subur  yang penduduknya hidup dalam keadaan yang sederhana menjadi penyebab negeri mekah tidak diminati oleh kuasa penjajah untuk menakhluk mekah.
Penduduk mekah menjadi satu bangsa yang merdeka terlepas dari cengkaman kuasa penjajah.
Dalam era politik antarabangsa. Pemimpin quraish terbahagi kepada tiga, ada yang pro rom,ada yang pro parsi dan ada yang berpendirian bebas daripada kedua-dua penjajah itu.
Semangat merdeka yang ada pada kaum quraish,ia dihormati oleh kabilah-kabilah lain.
Dalam peristiwa ancaman meruntuh kaabah yang dilakukan oleh raja abrahah dengan menggunakan pasukan tentera bergajah,penghuni padang pasir seperti burung-burng hearin(pemakan bangkai) dapat memahami apabila ada pasukan untuk berperang.
Burung-burung reng itu, ia akan berkeliaran di ruang angkasa untuk menunggu peluang bakal mangsa-mangsa perang itu menjadi habuan.kesan daripada gelagat burung-burung pemakan mangsa itu yang berlegar-legar itu di ruang angkasa, itu menjadi petunjuk arah yang difahami oleh kaum quraisy dan dalam intipan mereka, mereka dapat menghidu tujuan sebenar tentera abrahah. kaum quraisyh dengan pantas membuat serangan menyerang hendap terhadap pasukan yang belum bersedia dan berehat itu.
Gajah bukannya binatang padang pasir walaupun ia kelihatan kuat tetapi di padang pasir ia tidak kuat.apabila ia terkena lontaran batu yang dipanaskan menyebabkan gajah itu bertindak liar dan jerlus di padang pasir dan tidak boleh diselamatkan.
Ada setengah ahli tafsir  yang mengandaikan burung ababil itu sejenis burung yang didatangkan khas daripada allah diluar daripada bumi dan mengambil batu-batu beracun dari neraka dan dilemparkan keatas gajah-gajah itu, maka gajah-gajah itu  pun mati serta merta.
Kaum quraisy yang disedia allah sebagai penjaga kaabah itu lari kebukit melihat peristiwa itu dari jauh..
apakah allah tersalah puji kepada kaum quraish yang penakut dan tidak bertanggungjawab itu sebagai penjaga kaabah?Sebenarnya dua surah ini menceritakan, kaum quraisyh itu bersikap ummi.adalah tidak munasabah  dan adalah tidak menepati dua surah difahami dari keturunan ibrahim. Sebenarnya dua surah itu menceritakan bahawa kaum quraish yang bersifat ummi.
Dua surah yang difahami daripada ibarahim itu adalah satu bangsa ummi serta bertindak mendahului teori sebagai satu bangsa yang layak menyambung tugas kenabian(nubuwah)selepas nabi. Mengambil tugas-tugas selepas nabi dan menyebarkan keseluruh dunia.
Oleh hasan muhammad kg tok ku
 Lampiran surah quraish dan surah al fil yang menerangkan kaum quraish dan tentera bergajah abrahah dari tafs al hakm wan abdullah wan musa. Boleh disemak di perpustakaan uiam(tidak boleh dikeluarkan- sensitif)
WçR×
QURAISH
(BANGSA QURAISH)
Surah ke 106: 4 Ayat:
Diturunkan Di Mekah.
 


Pendahuluan.
        Dalam surah ini Allāh menerangkan kehidupan kaum Quraish dalam kalangan kaum ʿArab yang lain yang berada di ijāz pada masa kelahiran junjungan kita Muammad (S.A.W.).

Asal Bangsa Quraish
        Quraish adalah satu kaum dari keturunan Ibrāhīm (A.S.), iaitu daripada darah bangsa ʿAjam dan mempunyai pertalian darah dengan kaum Ariyan yang masyhur sebagai bangsa yang bijaksana di dunia dalam pelbagai pengetahuan dan falsafah.
        Walaupun mereka hidup di sebuah negeri yang tidak mempunyai tamadun yang tinggi seperti di ijāz pada masa itu; tetapi kehidupan mereka adalah berhubung rapat dengan pusat negara saudara-sauadara mereka yang tamadun seperti negeri Shām (Syria) dan Yamen melalui perniagaan dan pertukaran barang. Itulah yang menyebabkan Quraish masih tetap di atas perasaan yang asal, iaitu sebagai kaum yang mempunyai peribadi yang tinggi dan adab sopan yang teratur.

Bangsa Quraish Hidup Sederhana.
        Kehidupan kaum Quraish pada masa itu bolehlah disifatkan sebagai kehidupan yang  sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu mundur. Sifat dan akhlak mereka menjadikan mereka sebagai satu kaum yang mempunyai kelebihan yang istimewa kerana kesederhanaan dalam kehidupan mereka.

Allah Memilih Quraish Sebagai Bangsa Yang Layak Memimpin.
        Dengan kelebihan ini, Tuhan telah memilih Quraish di antara kaum-kaum lain seperti kaum di negeri ijāz sendiri yang tebal dengan sifat kejakunan mereka, dan jauh daripada sifat-sifat yang melayakkan mereka menjadi pemimpin bangsa-bangsa di dunia ke arah agama Islām yang maha suci. Demikian juga kaum-kaum di seluruh dunia barat seperti bangsa Rom dan Parsi, tamadun kedua-dua bangsa itu sangat tinggi dan kehidupan mereka mewah sehingga mereka tergelincir dari landasan akhlak kemanusiaan yang tinggi dan terpesong daripada pengajaran agama yang dibawa oleh para nabi yang diutus kepada mereka.
        Kelebihan pada bangsa Quraish berbanding dengan semua bangsa itu, menyebabkan Quraish dipilih oleh Tuhan untuk menjadi bangsa yang pertama di dunia untuk menyampaikan agama Islām kepada seluruh manusia dan membentuk sebuah masyarakat yang adil dan bahagia. 


Tafsiran.
Untuk mereka amatlan jelas apabila Tuhan telah berfirman:
(Dengan Nama Allāh yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang).
(Kerana) kebiasaan bangsa Quraish (Al-Qurʾān : 106: 1).
Kebiasaan mereka berpindah-pindah pada musim dingin dan musim panas. (Al-Qurʾān : 106:  2).
Maka hendaklah mereka menghambakan diri kepada Tuhan yang mempunyai rumah Kaʿbah ini. (Al-Qurʾān : 106: 3).
Tuhan yang memberi makan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Al-Qurʾān : 106: 4).

Melalui Perniagaan Menjadikan Seseorang Layak Memerintah.
        Surah ini menunjukkan dengan jelasnya betapa mustahak satu bangsa yang mahu meningkatkan tamadun dan kebudayaan, mestilah hidup dengan berniaga, kerana faedah perniagaan itu bukan sahaja mendapatkan wang dan kekayaan, tetapi dapat mempengaruhi jiwa orang ramai dalam sesebuah negara menerusi agen-agen mereka dan jaminan hidup yang disampaikan kepada mereka itu. Dengan sebab itu tidaklah salah kalau dikatakan jalan yang dirintis untuk pemerintahan itu ialah perniagaan. Nabi Muammad (S.A.W.) dan para sahabatnya adalah dari golongan ahli perniagaan, Bekerja sebagai petani dan lain-lain tidak melayakkan seseorang ke peringkat pemerintahan.  Allāh Maha Mengetahui.

ovhÛ¯
AL-FĪL
(GAJAH)
Surah ke 105: 5 Ayat:
Diturunkan di Mekah.




Pendahuluan.
        Dalam surah ini Allāh menerangkan kelebihan dan kelayakan kaum Quraish yang telah berkembang subur dalam masyarakat mereka dari satu masa ke satu masa, hinggalah ke tahun dilahirkan junjungan kita Nabi Muammad (S.A.W.) iaitu pada tahun gajah.

Bangsa Quraish Mempertahankan ijāz.
        Mereka telah membuktikan sebagai satu bangsa yang benar-benar bersatu padu dan bijaksana mempertahankan negeri ijāz, apabila negeri itu diserang oleh seorang panglima perang bangsa Habshah yang mengepalai tenteranya yang menakluki negeri Yamen. Setelah Abrahah menakluki negeri Yamen, dia mahu menakluki negeri Mekah pula. Lalu dia mengumpul tenteranya yang gagah berani dan berjalan menuju ke negeri Mekah bersama-sama dengan gajah yang besar-besar untuk membantu membinasakan negeri itu.

Panglima Abrahah Tiba Di ijāz.
        Mengikut sejarah ʿArab, apabila panglima Abrahah bersama-sama tenteranya dan gajah-gajahnya tiba di suatu tempat berhampiran dengan kota Mekah, mereka pun berhenti di situ. Lalu Abrahah menghantar sepucuk surat kepada penduduk Mekah, memberitahu bahawa kedatangannya hendak menyerang negeri itu. Setelah penduduk Mekah menerima surat Abrahah itu dan mengetahui maksud-maksudnya, mereka pun membuat keputusan meninggalkan kota Mekah dan terus pergi  ke sebuah bukit yang dijadikan sebagai benteng pertahanan mereka dari serangan Abrahah itu.

Pertempuran Abrahah Dengan Tentera Quraish.
        Pada keesokan harinya, berlakulah suatu pertempuran yang hebat antara tentera Abrahah dengan tentera Quraish. Pada akhirnya, tentera Quraish telah mendapat kemenangan yang cemerlang dalam pertempuran itu.
        Hal ini sungguh mengagumkan, kerana jika tidak kerana kukuh perpaduan Quraish dan kelayakan-kelayakan lain yang ada pada mereka, mereka mungkin tidak mendapat kemenangan ketika bertempur dengan tentera panglima Abrahah yang gagah berani bersama-sama gajah-gajahnya yang besar itu.

ijāz Menjadi Pusat Perkembangan Islām.
Kemenangan ini, sesungguhnya menunjukkan bangsa Quraish telah menempa satu sejarah yang membolehkan negeri Mekah dan ijāz itu menjadi markas yang pertama bagi pergerakan Islām untuk menyebarkan dan mengembangkan Islām kepada seluruh umat manusia di dunia sebagai sebuah markas yang sesungguhnya kuat, kukuh dan gagah perkasa. Kekuatan dan kelayakan Quraish dalam mengekalkan markas ini telah difirman oleh Tuhan:

Tafsiran.

(Dengan Nama Allāh yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang).
Tidakkah engkau lihat betapa diperbuat oleh Tuhan engkau dengan orang yang mempunyai gajah? (Al-Qurʾān: 105: 1).
Tidakkah Tuhan menjadikan tipu daya mereka itu untuk menyesatkan. (Al-Qurʾān: 105: 2).
Dan mengutuskan kepada mereka burung Abābīl. (Al-Qurʾān: 105: 3).
Engkau lontar kepada mereka itu dengan batu daripada tanah bakar. (Al-Qurʾān: 105: 4).
Maka jadilah mereka itu seperti rumput-rumput yang sudah dimakan. (Al-Qurʾān: 105: 5). .
       
Pendapat Ulama Tafsir Tentang Burung Abābīl.
Dalam surah ini, sesungguhnya telah ditafsirkan oleh ulama tafsir dengan pelbagai tafsiran, khususnya berkenaan burung Abābīl. Ada setengah ulama mengatakan burung yang banyak, yang dengan keizinan Allāh telah melontar tentera panglima Abrahah bersama-sama  gajah-gajahnya dengan batu tanah bakar yang halus, tetapi boleh menghancurkan tentera dan gajah musuh itu; seolah-olah kejadian ini suatu mu’jizat yang zahir pada tahun keputeraan junjungan kita Nabi Muammad (S.A.W.).
        Sebahagian dari ulama tafsir dari golongan mutakhirīn seperti Muammad ʿAbdūh, Meṣir,  serta para pengikutnya mengatakan burung Abābīl itu membawa sejenis penyakit taun yang membinasakan tentera Abrahah itu.Takwilan ini bukan sahaja tidak sesuai, tetapi berlawanan terang-terang dengan ayat tentang mengatakan jenis burung Abābīl. Maka mengikut erti zahir ayat ini lebih sesuai daripada taʾwilan yang teramat jauh, kerana bimbang kalau-kalau terpisah daripada maksud asalnya. Oleh kerana setiap orang ahli tafsir itu telah membuat beberapa taʾwilan di bawah ayat-ayat ini, kerana mencari persesuaian yang dapat diterima oleh akal golongan mereka yang bijak pandai, maka sukacita saya mengatakan bahawa ayat itu tidak perlu ditaʾwilkan apa-apa pun.

Tabiat Burung Abābīl.
Tidak salah Tuhan menyebut burung Abābīl dalam peristiwa itu; kerana sudah menjadi tabiat biasa kepada burung yang hidup di tanah ʿArab yang kering itu, apabila burung-burung itu melihat suatu kafilah hendak melanggar satu negeri, burung-burung itu terus mengekori mereka dari belakang, kerana mahu memakan bangkai mereka yang akan mati dalam peperangan itu.
        Maka kedatangan burung-burung itu disifatkan sebagai suatu tanda baik kepada Quraish supaya mengetahui bahawa bersama-sama burung itu kebiasaannya ada kafilah-kafilah manusia yang berkumpul untuk berperang. Dengan sebab itu Quraish sempat bersiap sedia untuk menentangnya. Itulah maksud yang diterangkan oleh Tuhan dalam surah Al-Fīl ini. Dan Allāh Maha Mengetahui.


No comments:

Post a Comment