Wednesday, December 3, 2014

Asalamualaikum, salam mengikut takrif sebenar



Asalamualaikum, salam mengikut takrif sebenar
1.   Asalamualaikum adalah satu doa pada zahir dari sudut umum dan Doa itu seharusnyalah mesti dari hati jujur dan yang tidak membohongi keyakinan diri kepada mereka yang didoakan itu atau diberi salam itu . Maka pastikanlah doa itu dengan perbuatan.
2.   Doa salam mengharapkan supaya manusia dalam keadaan selamat dan sejahtera jauh dari ketakutan dan kebimbangan. Sabda nabi, hendaklah kamu memberi salam samada yang kenal atau tidak.(al hadis) Adalah digalakkan memberi salam kepada yang kenal atau yang tidak kenal dengan maksud selamat dirinya ditempat mereka tinggal atau menumpang tinggal(bermastautin)
3.   Salam harus dibuktikan dengan amalan, dan Kadang-kadang salam itu hanya sekadar resam untuk dijadikan bahan berpura-pura seperti salam-salam orang politik tanpa memperdulikan salam itu sendiri.
4.   Doa untuk selamat, ada pada semua kaum yang dianjurkan oleh nabi-nabi mereka kerana setiap kaum ada nabi. Setiap kaum di utuskan rasul dan nabi. Allah berfirman:
“Dan sesungguhnya Kami telah utuskan beberapa orang rasul sebelum kamu
(wahai Muḥammad), setengah dari mereka ialah yang Kami telah ceritakan
kepada kamu, manakala setengah daripada mereka itu yang Kami tidak
pernah ceritakan kepada engkau”.22 Al-Qurʾān: 40: 78
5.   Setengah kaum mengucapkan selamat pagi, selamat tengahari dan sebagainya. Ianya tetap Salam walaupun ini diwarisi oleh penjajah inggeris
6.   Kepada seseorang mengharapkan sokongan salam untuk selamat menjalani kehidupan harian.
7.   Manusia yang bermasaalah, mereka itu mengharapkan sokongan dan sumbangan, maka terhasilah selamat yang dimaksudkan. Selamat yang menjadi impiannya.
8.   Mereka yang mengamalkan amalan budaya  mewah,maka jalan selamatnya cara hidup sederhana.Mereka yang mementingkan diri selamat baginya kepada sifat ehsan dan pemurah.Mereka yang miskin dan akan selamat baginya setelah dicukupkan. Mereka yang mengganggur selamat baginya apabila mereka diberi pekerjaan. Manusia terdedah kepada keadaan yang tidak selamat  apabila memiliki ilmu yang salah pengenalan (suul makrifat). Tidak selamat juga.
9.   Tetapi ada pihak yang tidak terdedah kepada semangat membantu.Salam mereka hanya setakat bunyi dibibir mulut sahaja.Salam mereka itu tidak memberi apa-apa faedah kepada  masyarakat jika setakat dalam ertikata melaksanakan fardhu kifayah kerana bagi mereka ibadat itu hanya setakat fardhu ain semata-mata.
10.                    Menjadi tanggungjawab kepada pendakwah-pendakwah, antara pendakwah yang bebas adalah pendakwah yang berlesen.
11.                    Biasanya pendakwah yang berlesen menolak usaha-usaha berdialog seperti dialog antara agama.
12.                    Dan ada pula yang tolak peluang ini.
13.                    Bukankah pendakwah berlesen itu ada sijil, kenapa di tolak berdialog secara ilmiahdan mengapa mereka dengan alasan dicap sebagai islam leberal atau pluralisme agama?
14.                    Kecenderungan pihak-pihak yang   tertentu dan pihak-pihak yang berkenaan mereka yang anti pluralisma itu, cenderung kepada islam jumud Kerana islam jumud itu hanya membincang fardhu-fardhu ain semata-mata sahaja dan hal-hal peribadi.
15.                    Mereka tidak membincang soal daulah islamiah dan perpaduan, ekonomi dan keperluan manusia untuk kembali kepada al quran.
16.                    Mereka membuat undang-undang untuk menang sebelah pihak bukan untuk mencari kebanaran.
17.                    Dan mereka inilah menjadi tanggungjawab kepada orang yang beriman kepada al Quran untuk diselamatkan.
18.                    Kerana mereka ini tidak bebas mendapat sumber ilmu, hanya terikat dengan ulama-ulama tertentu sahaja,  firman allah
 ﴾At-Taubah[9]:31
Dengan maksud:“mereka jadikan ulama feqah dan tasauh pengganti tuhan pendidik selain  Allah”. Kata ibnu abbas , mereka tidak menyembah ulama tetapi mengikut apa sahaja apa yang di kata ulama tanpa menilai .
  ayat itu menjelaskan dua ulama dimana akhbar dan waruhban iaitu ulama fiqah dan ulama tasauh.
19.                    Ijtihad manusia mungkin baik atau menepati untuk sesuatu keadaan tempat dan zaman.
20.                    Adalah tidak mungkin manusia yang bersikap lemah dan tidak maksum itu samua kata-katanya menepati untk semua zaman.
21.                    Ada pihak membaca al Quran bertujuan untuk menegak hadis dan feqah adalah tidak sama dengan maksud sebenar al Quran di tegakkan dengan hujjah al Quran itu sendiri kerana al Quran sesuai dengan semua zaman. Shariat itu terdedah kepada perubahan dan ijtihad.
22.                    Kata Syaidina Ali, didiklah anak-anak kamu sesuai dengan zamannya kerana ia dilahirkan untuk zaman itu.
23.                    Al Quran diutuskan kepada nabi muhammad s.a.w untuk mendirikan negara supaya wujud adil dan ihsan.
24.                    Semua keperluan lain tertakhluk dibawahnya demikianlah, itulah islam yang menuju kepada selamat untuk tujuan semua umat manusia.
25.                    Tetapi dimanakah silapnya umat islam hari ini melihat islam nabi Muhammad s.a.w. di sudut ibadat semata-mata...
26.                    Pada pendapat saya pengaruh ruhban telah meresap di dalam islam bermula daripada sistem pendidikan islam itu sendiri.
27.                    Manusia perlu diselamatkan daripada perpecahan kerana perpecahan itu ada sifat syirik dan wujudkan perpaduan kerana bersatu itu sifat tauhid.
28.                    Manusia boleh bersatu apabila dia kembali kepada fitrah insaniyah.
29.                    Sesuatu zaman adalah berbeza-beza maka keperluan dan masalah juga berbeza. Maka manusia memerlukan para mujtahid yang berijtihad untuk memenuhi tuntutan semasa.
30.                    Tetapi ada pihak yang beranggapan dunia sudah akhir zaman. Pintu ijtihad sudah tertutup, kita perlu bertaklid kepada para mujtahid terdahulu. Anggapan ini dilakukan oleh ulama-ulama yang mendapat upah daripada orang-orang politik Kerana dikatakan taraf ulama hanya membincangkan soal-soal fardhu-fardhu ain sahaja,bukan membincang masalah politik dan masyarakat.
31.                    Ada orang berpendapat umat islam umat di malaysia sewajarnya shadahnya ditambah satu lagi iaitu dengan imam shafie selepas pada allah, nabi muhamad. Kerana dianggap shafie bersifat maksum dan ijtihadnya untuk seluruh alam dan sepanjang zaman.
Oleh hasan muhamad kg tok ku


No comments:

Post a Comment