Tuesday, December 23, 2014

Pengenalan surah qaf di cedok dari tafsr al hakm wan abdullah wan musa.



Pengenalan surah qaf di cedok dari tafsr al hakm wan abdullah wan musa.

(Dengan nama Allāh, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani).
Allāh berfirman:
Qāf dan Al-Qurʾān yang mulia. (Al-Qurʾān: 50: 1).
         Kami berpendapat, nilai huruf ‘Ø’ sama dengan 100 tahun, dikira dari masa Nabi (S.A.W.) diutus menjadi nabi. Ada dua tempoh pusingan Al-Qurʾān yang diturunkan. Pertama, tempoh penyampaian ilmu dan dakwah supaya orang ramai mengikuti undang-undang Al-Qurʾān. Tempoh ini bermula semenjak Nabi diutus sehingga baginda berhijrah dari Mekah ke Madīnah iaitu selama tiga belas (13) tahun. Kedua tempoh menyusun undang-undang bermula dari hijrah. Tempoh ini selama 87 tahun. Apabila dikira dari awal tempoh menyampaikan ilmu dan dakwah supaya mengikuti kebaikan undang-undang Al-Qurʾān, jumlahnya 100 tahun yang telah sempurna pada zaman Walid bin ʿAbd al-Mālik. Jika dikira dari peringkat menyusun bentuk undang-undang Al-Qurʾān, jumlahnya 100 tahun yang tamat pada zaman ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz.
         Shaykh berkata, dalam tempoh 100 tahun itu amalan umat Islām dalam bidang politik dan pendidikan, semuanya bersumberkan Al-Qurʾān sahaja. Demikian juga amalan Nabi (S.A.W.), Abu Bakar, ʿUmar, ʿUthmān, ʿAli, Muʿawiyah dan orang yang kemudian daripada mereka bersumberkan Al-Qurʾān sahaja. Al-Qurʾān merupakan teks pada zaman itu. Sekiranya mereka belajar pelbagai perkara lain, semuanya seolah-olah huraian dan penerangan kepada Al-Qurʾān sahaja. Teks itulah yang tersemat dalam fikiran dan hati mereka. adīth tidak ditulis pada zaman itu, tetapi adīth hanya dihafal dan sebagai penerangan kepada Al-Qurʾān. Contohnya, aku mengajar Al-Qurʾān sekarang, tiba-tiba aku tidak dapat menghuraikan dengan terperinci, adakah kamu dapat memahami Al-Qurʾān. Jawabnya: Tidak. Tetapi perkara yang terperinci itu tidak tercatat di sisiku. Demikian juga kedudukan adīth, belum ditulis pada zaman ‘Ø’ (100 tahun).
         Pada zaman ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz, beliau meletakkan adīth sebagai teks, dan beliau adalah orang yang pertama mengarahkan para ʿulamāʾ supaya mengumpul adīth, iaitu adīth yang dikumpul dalam kitab Muwaṭṭaʾ oleh Imām Mālik. Pada masa itulah umat Islām mulai mundur sedikit terhadap Al-Qurʾān berbanding dengan zaman sebelumnya. Inilah maksud kata-kata Syu’bah seperti yang tercatat dalam Tazkirah Al-Huffaz (Jilid 1, halaman 184):  oleh al-Zahabi yang menerangkan Syu’bah.: “Wahai kaumku, setiap kali kamu maju dalam adīth, kamu akan mundur dalam Al-Qurʾān”.
         Kemudian berlaku fiqh pada zaman Mansūr dan Hārūn Al-Rashīd. Mereka jadikan fiqh sebagai teks. Maka berlaku kemuduran Umat Islām yang lebih teruk terhadap Al-Qurʾān. Contohnya, di Madrasah Deoband, teks di sisi mereka ialah enam kitab hadis sahaja, iaitu kitab-kitab hadis Bukhārī, Muslim, Abū Dāʾwūd, Termidhi, Al-Nasaʾī dan Ibn Majah. Mereka juga mempelajari kitab adab, nahu, soraf, mantiq (logik) dan fikah anafī, tafsir Al-Jalalain dan Al-Baidhawī, tetapi teksnya hanya enam kitab adīth. Kemudian berlaku pertelingkahan dalam kalangan mereka menyebabkan mereka berpecah kepada dua golongan. Satu golongan, apabila fiqh berselisih dengan adīth, mereka taʾwīlkan adīth supaya sesuai dengan fiqh dan itulah golongan yang paling ramai. Manakala golongan kedua, mereka taʾwīlkan fiqh supaya sesuai dengan adīth dan golongan ini amat sedikit. Perpecahan itu disebabkan oleh para pelajar yang datang dari segenap pelusuk India. Sebahagian daripada mereka telah belajar di negeri mereka dan sudah mempunyai kemahiran ilmu di negeri mereka. Kemudian mereka datang ke Deoband mempelajari adīth selama setahun. Sebahagian daripada penuntut pula belajar asas ilmu di Deoband. Mereka berbeza daripada kumpulan pertama, tetapi tujuan mereka hanya mempelajari enam kitab adīth aī. Semua ilmu ʿaqlī, ilmu naqlī adalah penerangan dan alat kepada kitab aī sahaja.
         Nabi (S.A.W.) mengajar Al-Qurʾān kepada orang ramai. Kemudian satu kumpulan umat Islām (ʿArab) belajar Al-Qurʾān diikuti oleh umat Rom, umat Parsi, umat Turkī, umat Habshah, umat India dan umat-umat lain. Dari situ setiap kaum telah melahirkan para ulama Al-Qurʾān dan terbentuk masyarakat mengikut pandangan Al-Qurʾān. Mereka telah berjaya menakluki negeri-negeri berdasarkan sistem Al-Qurʾān dan melahirkan pemerintahan yang tersusun rapi di bawah hukum Al-Qurʾān pada zaman itu.
         Di sisi umat Islām tiada satu buku yang ditulis yang boleh mereka rujuk untuk menyelesaikan pelbagai keraguan melainkan Al-Qurʾān. Pada awal seratus tahun kedua, kerajaan Al-Walid bin ʿAbd al-Mālik telah tetap, dan ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz sebagai pemerintah di Madīnah. Kami berpendapat, Al-Walid bin ʿAbd al-Mālik adalah seorang perintis pada zaman baru bagi umat Islām dan beliau juga penamat bagi zaman yang lalu.
         Maka Imām Walī Allāh Al-Dihlawī mempunyai pandangan yang khusus terhadap perintis dan penamat ini. Pendapatnya telah dihuraikan dalam kitab Tafhīmāt al-Ilāhiyyah dan pendapat ini kami petik dari buku itu, tetapi kami yang menyusun peringkat zaman itu.
         Mengikut zahir sejarah Islām, ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz menjadi pemerintah di Madīnah. Beliau mengumpul para fuqaha Madīnah supaya berpegang dengan adīth dan bersatu. Inilah pusingan kedua. Beliau mengarah orang ramai supaya menulis adīth. Arahan itu untuk mengubah pemikiran umat Islām daripada pemikiran yang asal.
         Maka Al-Qurʾān yang agung membezakan pemikiran orang ramai kepada dua kumpulan iaitu kumpulan orang beriman dan kumpulan orang kafir. Setiap kumpulan, sama ada pada zahirnya mukmin atau kafir; atau pada batinnya muʾmīn atau pada batinnya kafir (munafik). Gabungan setiap yang kafir pada zahir dan batin adalah kafir.
         Pembahagian manusia mengikut bahasa dan kaum tidak disebut dalam Al-Qurʾān. Orang yang paling tinggi martabat ialah orang Quraish. Orang Quraish yang tidak beriman dengan Al-Qurʾān tidak bernilai sebesar biji sawi pun. Malah terdapat kenyataan keazaban yang amat pedih terhadap orang kafir di dunia dan di akhirat. Pada umumnya ada kenyataan nabi yang menerangkan tentang orang Quraish.
         Ada orang keturunan Habshah Afrika yang beriman dengan Al-Qurʾān. Mereka berhak ke atas semua peningkatan di dunia dan di akhirat.
         Inilah pemikiran Al-Qurʾān pada peringkat pertama dari kalangan umat Islām. Itulah sebabnya mereka mampu menyusun pusat perhimpunan seluruh dunia dan mereka berjaya menawan mana-mana raja seperti Qaiar dan Kisrā yang menghampiri mereka. Semua kejayaan ini adalah hasil keberkatan Al-Qurʾān untuk mengadakan persamaan pemikiran dari kalangan semua orang yang beriman dengan Al-Qurʾān.
         Setelah kerajaan ʿUmaiyah teguh, tetapi mereka tidak berdaya melaksanakan sistem Al-Qurʾān di sisi mereka. Mereka lebih mengutamakan golongan mereka bahawa setiap orang yang bersekongkol dan membantu Bani ʿUmaiyyah lebih diutamakan dari golongan lain yang tidak bersengkongkol dengan mereka.
         Inilah pemikiran Al-Qurʾān yang benar. Jika seseorang membaca seperti apa yang dibaca dahulu nescaya tidak putus-putus keluar daripada orang ʿArab yang memahami Al-Qurʾān mengikut fikiran mereka yang berada dalam kerajaan Bani ʿUmaiyyah. Pentadbiran bagi Bani ʿUmaiyyah tidak mengeluarkan orang melainkan mengubah pemikiran mereka. Perkara ini tidak berlaku melainkan setelah diubah kurikulum pendidikan. Mereka meletakkan adīth lebih utama daripada Al-Qurʾān dalam pembelajaran dan mereka diperintah supaya adīth ditulis. adīth itu bukannya menerangkan tentang pemikiran ʿArab secara khusus. Nabi (S.A.W.) adalah orang ʿArab dan kebanyakan kumpulan orang ʿArab boleh dikatakan dari golongan Quraish, diikuti oleh golongan Anār dan golongan lain.
         Jika kita menyebut pergaulan Nabi dengan para sahabatnya dalam pengajaran, jihad dan semua urusannya, semua pergaulan ini adalah urusan agama. Kemudian kami juga menyebut bersama-samanya perkara yang dilakukan oleh para pengganti Nabi hingga ke zaman ʿŪthmān dan kami khususkan dengan nama ʿulamāʾ penduduk Madīnah. Maka lahirlah semangat fanatik meyebarkan ilmu ini dan menjadikan pemikiran Al-Qurʾān itu sebagai pemikiran ʿArab. Selepas itu secara tiba-tiba Al-Qurʾān merugikan mereka mengikut tabiat mereka bahawa Al-Qurʾān hanya datang untuk memberi petunjuk kepada orang ʿArab dan mengangkat mereka mengatasi semua kaum lain. Inilah kehendak para pemerintah Banī ʿUmaiyyah. Mereka menetapkan kepada dunia bahawa Al-Qurʾān mengutamakan ʿArab dan mereka juga mengutamakan ʿArab. Perkara itu tidak sesuai di sebut di sini. Jika tidak demikian kami memang mampu menyebutnya.
         Mengapakah orang Islām didorong ke arah pemikiran ini di bawah sebab-sebab semula jadi? Inilah perbezaan antara peringkat pertama dan peringkat kedua.
         Kebanyakan ahli sejarah Islām tidak menyebut melainkan peperangan Nabi, penaklukan oleh para khalifah al-Rashidīn, peperangan yang berlaku dalam kalangan umat Islām dan mereka menamakan semua perkara ini sejarah Islām.
         Shaykh berkata, semua perkara ini adalah cetusan zahir sejarah Islām, kerana terjadi dari kenyataan sejarah ini beberapa perkara serpihan, manakala sejarah hanya tersusun di bawah keterangan tentang perubahan pemikiran yang bertukar ganti, sedangkan mereka tidak bermaksud demikian, kerana terjadi daripada mereka beberapa kumpulan, bahawa adakah setiap sesuatu yang muncul itu ada menyebut agama dan Islām? Tidak, disebabkan sesuatu melainkan bahawa Allāh telah melaksanakan hak-Nya mengikut pilihanNya. Disebut juga hikmah, dan perbahasan tentang perkara itu dikira bidaʿah di sisi mereka. Pemikiran itu juga berfaedah, kerana kekuatan pemerintahan kuku besi raja-raja Banī ʿUmaiyyah merupakan hasil pada zaman itu.
         ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz adalah seorang yang baik. Beliau mahu mengubah pemikiran orang ramai dan beliau dapati orang ramai berbangga kerana mereka menjadi orang ʿArab. Maka ʿUmar mahu memperbaiki bidaʿah itu. Lalu beliau mengumpul semua fuqahāʾ Madīnah untuk meriwayatkan adīth dan āthār yang baik daripada para khalifah al-Rāshidīn yang menyebabkan mereka bermegah dengan kearaban yang merujuk kepada bermegah dengan Nabi (S.A.W.) dan para sahabatnya. Dengan cara ini menjadikan urusan itu sebagai agama dan berfaedah kepada agama.
         Darjah adīth lebih rendah daripada darjah Al-Qurʾān yang berada dalam peringkat pertama. Peringkat pertama adalah teks (matan) Al-Qurʾān al-ʿaīm dan biasa disebut keadaan Nabi dan para khalifah al-Rāshidīn dan orang alih secara perbandingan. Sekarang semuanya dikira matan (adīth dan Al-Qurʾān dikira sebagai matan). Al-Qurʾān dibaca selepas adīth yang dijadikan sebagai matan; kerana Al-Qurʾān telah dijadikan berada dalam peringkat kedua dalam masyarakat ini. Dua pemikiran ini menjadi samar dalam fikiran orang ramai. Kesamaran yang diada-adakan untuk masa sekarang adalah sebagai pembantu agama. Orang yang melaksanakannya ialah ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz. Beliau mengumpul para fuqahāʾ Madīnah pada satu perkara yang mungkin menyatukan mereka dan mengharuskan setiap orang melaksanakan setiap urusan mengikut fikirannya pada perkara yang tiada kata sepakat maksudnya dalam Islām.
         Oleh itu kumpulan fuqahāʾ di Madīnah telah tersusun dengan baik. Ada tujuh orang fuqahāʾ. Orang ramai semuanya mengikuti mereka selepas itu. Setiap perkara yang telah disekata oleh tujuh orang fuqahāʾ ini, kamu tidak akan dapati para fuqahāʾ berselisih dalam perkara itu. Dan setiap perkara yang mereka khilaf berada pada dua atau tiga pendapat. Maka semua fuqahāʾ Islām selepas itu saling berselisih dalam masalah itu hingga sekarang. Maka di situ terdapat satu ruang untuk pusingan zaman yang baru.

Satu Faedah
         Imām Mālik mengumpul dalam kitab Muwaṭṭāʾ semua fiqh fuqahāʾ  Madīnah kerana berpegang kepada yang terbanyak melalui seorang. Beliau telah mengambil ihtiāt (Ê°vFº¯) dalam mengesahkan riwayat yang menjadi ikutan orang Islām. Imām Shāfiʿī dan Muammad asan Shaibānī kedua-duanya belajar daripada Imām Mālik. Dengan sebab itulah ilmu Mālik termasuk dalam fiqh Imām Shāfiʿī dan fiqh mazhab anafī. Ini semua berpunca daripada āthār yang baik daripada ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz dan beliau tetap menjadi pemerintah Madīnah hingga ke akhir zaman al-Walid. Kemudian beliau kembali ke Damshik semasa pemerintahan Sulaymān bin ʿAbd al-Mālik.
         Pada hari-hari peringkat awal pemerintahan, beliau berusaha mengukuhkan sistem pemerintahan yang mereka adakan di Madīnah. Tugas-tugas ini kami anggap sebagai amalan ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz yang utama.
         Selepas Sulaymān meninggal dunia, beliau menjadi khalifah selama dua tahun. Orang ramai mengira pemerintahannya pada awal tahun 100H sebagai pemerintahan yang terbaik. Kami tidak berakidah demikian, kerana kami berpendapat zaman pemerintahannya hanya sekadar menyusun para fuqahāʾ Madīnah. Kami tidak mahu mengkritik amalan seorang yang baik. Kami bermaksud, tidak ada keutamaannya yang hakiki. Amalan beliau sebagai satu ciptaan terhadap para fuqahāʾ dan berijtihad setelah bermesyuarat selepas membuat keputusan dengan Al-Qurʾān dan sunnah. Inilah peninggalan ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz.

Satu Fasal
         Apabila ternyata perbezaan pendapat orang pada zaman tertentu daripada pendapat orang pada zaman pertama, sekiranya perbezaan itu berterusan hingga ke peringkat kedua, sudah tentu orang Islām akan menguasai seluruh dunia; tetapi selepas perubahan pemikiran mereka, roh revolusi telah terputus daripada pemikiran umat Islām. Mana-mana penaklukan yang berlaku selepas itu adalah seperti penaklukan oleh raja-raja dengan pertolongan rakyat yang berani yang diupah dengan wang – bukannya melalui kekuatan revolusi untuk menegakkan kebenaran.
         Sekarang kami kembali membincang cara Al-Qurʾān mewujudkan pemikiran revolusi ini. Setelah aku (Shaykh ʿUbayd Allāh Sindhī) menumpu berijtihad dan mendapat satu kepastian, iaitu dengan berpegang kepada memberi peringatan tentang hari kiamat kepada orang ramai, setelah manusia mati, jika ditakdirkan dia menggambarkan keadaannya, ia akan dapat melihat dirinya bebas daripada semua persaingan untuk kemajuan secara individu. Jika kesan itu hilang daripada fikiran seseorang, maka mengadakan gambaran keadaannya mengikut penyeru di antara individu dalam pemikiran itu adalah suatu perkara yang senang.
         Apabila orang yang melaksnakan tugas secara tersusun, para pengganti nabi dan para pembesarnya yang lebih maju berbanding dengan orang ramai, tidak melalui hujah yang merujuk kepada diri mereka, malah dengan hujah bahawa kitab Ilahi yang memerintahkan mereka supaya meluluskan semua hukumnya daripada sudut penyatuan umat Islām secara umum, itulah yang menjadikan mereka lebih maju.
         Setiap orang beriman lebih mengutamakan kitab Allāh. Itulah yang menjadikan mereka seperti para pengganti nabi yang mendapat petunjuk. Nabi (S.A.W.) menerangkan perkara itu kepada mereka. Sekiranya seorang Habshah yang berambut kerinting menjadi pemerintah kamu, mengajar kamu kitab Allāh, hendaklah kamu patuh kepadanya. Mana-mana khalifah al-Rashdīn yang lebih maju daripada kamu terhadap kebanyakan saudara mereka, perkara itu merujuk kepada kemuliaan mereka dan kaum mereka. Mereka dalam keturunan yang dipandang tinggi dan mereka juga termasuk dalam keluarga yang hampir dengan rasūl; semuanya hasil rekaan pada peringkat kedua. Sebenarnya kemajuan tercapai hanya dengan hukum Al-Qurʾān. Dengan semangat dan pengajaran ini akal manusia tunduk  kepada Al-Qurʾān al-ʿaīm, yang mana pakatan mereka menjadi salah satu sebab mereka bersatu melalui satu jalan yang menjadi contoh kepada semua manusia.

Petikan dari tafsr al hakm wan abdullah wan musa(untuk ahli sahaja)boleh dirujuk di perpustakaan uiam dgn permintaan kajian. Tidak boleh dibawa keluar.






No comments:

Post a Comment