Saturday, December 6, 2014

Ugama, politik dan islam adalah sesuatu yang sama



1.   Politik dan agama tidak terpisah,Politik adalah jalan dan agama adalah matlamat.Dalam tindak-tanduk politik ada kotornya kerana berdepan yang zalim dan menyalahgunakan sesuatu kebaikan yang dijadikan topeng untuk menutup kepalsuan mereka.Kuasa yang berselindung disebalik kebaikan peribadi yang tidak mengambil kira masa depan masyarakat dan maanusia.
2.   Kebanyakan ahli ugama yang terpengaruh dengan falsafah paderi yang mengambil faham sepertinya untuk ibadat dan kebajikan sahaja.Sesuai dengan perwatan peribadi dikalangan ahli-ahli agama tidak melibatkan diri didalam pergerakan dan perebutan kuasa yang dikatakan itu semuanya adalah dunia.Dunia itu bangkai dan berebut itu ialah anjing.Orang yang dipengaruhi oleh semangat sami menumpukan kebaikan setakat peribadi dan selanjutnya mempengaruhi orang lain supaya  ikut seperti mereka.
3.   Ada yang berpendapat slogan politik suku agama suku adalah slogan politik yang digunakan oleh sesetengah pemimpin Umno yang mererajui BN kerana terdapat didalamnya parti-parti gabungan BN yang beranggap islam adalah ekstrim dan melampau.
4.   Bidang politik adalah bidang yang mulia disisi agama kerana segala sebarang penyelesaian masalah umum dan masyarakat adalah fardhu kifayah dan jalan yang menuju kepada matlamat itu menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat,jalannya ialah  kuasa. Hadis nabi s.a.w., hendaklah kamu tolak kemungkaran itu dengan tangan kamu apabila kamu berkuasa, jika tidak, dengan lidah, jika tidak, dengan hati. Maka itu selemah-lemah imam.
5.   Hadis ini menunjukkan menolak sesuatu kemungkaran itu memerlukan kuasa di dalam tangan dan kuasa itu hari ini iaitu kuasa politik.Jika tidak dengan lidah untuk melahirkan sesuatu hujah yang meyakinkan manusia dan jika tidak mampu lagi dengan hati. Itulah selemah-lemahnya imam.
6.   Orang yang tidak terlibat dalam pergolakan ini yang mana tidak mampu menolak sesuatu kemungkaran dan tidak mampu pula melahirkan pendapat kebenaran. Itulah selemah-lemah imam.
7.   Umat islam perlu ada kekuatan setanding kekuatan dengan yang mungkar dan perjuangan bagi menundukkan supaya Golongan yang mungkar itu patuh kepada undang-undang itu adalah fardhu kifayah.
8.   Khidmat untuk kepentingan umum perlu terlibat dalam politik untuk menyelamat dan menambah baik kepada masyarakat adalah kemuncak kepada fardhu kifayah dan melaksanakannya untuk tujuan mencapai adil dan ihsan untuk semua manusia sebagai hamba Allah berkhidmat di bumi Allah dibumi manusia dilahirkan, dibumi manusia membina kerangka yang menjadi keinginan fitrah insaniyah demi untuk mendapat keredhaan Allah maka di akhirat adalah ganjaran pada pencapaian kerja-kerja, itulah yang dimaksudkan dan jangan kamu lupa bahagian mu didunia.Yang dimaksudkan dengan bahagian kamu di dunia ialah kelayakan, kelebihan, keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada seseorang sebagai alat untuk tujuan tersebut.
9.   Ahli-ahli umno harus dididik menyumbang jiwa raga untuk mengekal dan menambah baik. Bersehkan politik umno yang perlu  diukur pada prinsip sejagat. Tanpa prinsip sejagat umno akan kehilanga arah, tidak dapat kepercayaan daripada rakan kongsinya sendiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai agama.
10.                    Bersehkan budaya umno yang bekerja kerana wang, tidak ada wang tidak ada kerja.Kerana budaya kepentingan diri pernah berlaku di dalam sejarah yang diibaratkan dalam al quran ,anai-anai yang memakan tongkat nabi sulaiman yang memberi maksud akhirnya kerajaan peninggalan nabi sulaiman jatuh tersungkur setelah beberapa generasi.
11.                    Kesan daripada kejatuhan sebuah kuasa politik,ekonomi dan perniagaan akan berubah, segala peluang perniagaan dan kegiatan ekonomi akan beralih tangan.Rakyat  dan generasi yang akan datang yang akan menjadi mangsa penjajah akan dipecah belahkan dan tidak lagi wujud semangat bersatu dan saling membantu antara satu sama lain. Generasi itu akan menderita apabila kelalaian di sebabkan generasi sebelumnya cuai terhadap kuasa politik yang ada.
12.                    Dalam suratul baqarah ayat 254, hendaklah kamu berbelanja(menyumbang kepada organisasi perjuangan).dan ingatlah suatu hari tidak ada jual beli/perniagaan/perdagagan(setelah ekonomi beralih tangan pada orang lain).tidak ada lagi shafaat (semangat bersatu dan tolong menolong), sesungguhnya di azab orang yang zalim.(maksudnya orang-orang yang ada kuasa politik,khazanah negara di buat untuk kepentingan diri dan apabila politik beralih tangan, ekonomi akan dimiliki orang asing.) dan generasi seterusnya akan menerima padah.
Allah berfirman
 Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. (baqarah 254)
Oleh hasan bin muhamad kg tok ku

No comments:

Post a Comment