Wednesday, December 17, 2014

al quran sebuah kitab untuk semua agama dan manusia



al quran sebuah kitab untuk semua agama dan manusia
1.     Allahberfirman 
  “Sesungguhnya mereka yang beriman kepada Nabi (S.A.W.) dan mereka yang beriman kepada Mūsā menjadi Yahudi, dan mereka yang beriman kepada ʿĪsā menjadi Naṣārā dan mereka yang beriman kepada nabi-nabi Ṣābiʾīn(termasuk Hindu dan Budha) yang dahulu, sesiapa yang benar-benar beriman dengan Allāh serta berbuat amalan baik, maka tiada kebimbangan ke atas mereka itu dan tidak pula mereka merasa dukacita”.  Al-Qurʾān: 2: 62.
2.    Ayat ini menggambarkan semua penganut agama samada ia yahudi,nasara atau pun agama-agama hindu, budha,majusi dari kalangan millah sabiah, amalan baik tetap mendapat ganjaran syurga daripada allah.
3.    Ada pihak yang mentakwil ayat ini mengikut kaedah nahu dan feqah semata-mata, mereka tidak boleh menerima kaum-kaum lain turut masuk syuga allah bersama-sama orang islam. mereka menganggap puak-puak mereka sahaja yang layak masuk syurga seperti mana firman allah, dakwaan orang-orang yahudi dan nasara tidak masuk syurga selain daripada yahudi dan nasara pun mendakwa tidak masuk syurga melainkan orang nasara.
Firman allah:Mereka berkata: “Kami tidak akan disentuh oleh api melainkan untuk beberapa hari sahaja”.1 (Al-Qurʾān: 2: 80)
4.    pada hari ini setengah daripada umat islam telah mengambil alih dakwaan apa yang didakwa oleh yahudi dan nasara itu bahawa
tidak akan masuk syurga selain daripada orang islam sahaja.
5.    Pandangan mereka selari dengan pandangan yahudi pada zaman nabi.
6.    yahudi yang berlaku pada zaman nabi dan umat islam hari ini mewarisi kesesatan umat yahudi tersebut semata-mata kerana puak dan cara beribadat yang berbeza dan berkiblat kepada batu yang berbeza. Maksudnya, menghala kepada Batu yang tidak sama... Cuma kiblat mereka berbeza yang batu yang tidak serupa.
7.      Barangkali juga mereka takut  kalau-kalau orang lain turut sama-sama kedalam syurga dan dibimbangkan tak cukup tempat untuk kroni-kroni atau dalam keadaan yang bersesak akan menjadi kurang selesa.tidak seperti anggapan golongan yang sama yang mengatakan fardhu kifayah itu urursan jenazah sahaja.
8.    Oleh kerana mereka mengambil faham al quran itu satu kitab cerita,yang mencerita apa yang berlaku zaman dahulu kala yang tidak ada kena dengan zaman sekarang. Zaman ini walaupun digalak membaca tetapi tidak boleh dipakai.Ada sesetengah ayat dinamakan ayat nasakh dan mansuh iaitu satu ayat yang memansuhkan satu ayat yang lain .ada setengah ayat yang ditamat tempuhkan seperti barangan makanan dalam tin.
Sedikit petikan dari tafsr al hakm
Dan hendaklah semangat Dan hendaklah dijadikan khalifah-khalifah yang kemudian daripadanya tertentu kepada ahli negerinya dan keluarganya yang telah dilahirkan di atas adat dan peraturan hidup yang tertentu kerana mempertahankan agama dalam kalangan mereka disertai dengan semangat mempertahankan nasib keturunan, dan hendaklah ketinggian martabat mereka dan kebijaksanaan tabiat mereka menggambarkan ketinggian bagi pemerintahan pengasas millah itu dan kebijaksanaan pada tabiatnya. Itulah maksud persabdaan Nabi (S.A.W.): “Pemimpin-pemimpin itu hendaklah daripada Quraish.” Dan hendaklah berpesan kepada pengganti-pengganti kemudian daripadanya supaya menegakkan agama dan mengembangkannya. Itulah maksud kata-kata Saidina Abū Bakr  al-Siddīq r.a.. “keteguhan kamu di atas suatu tujuan itu ialah dengan apa yang telah membentuk dengan kamu oleh pemimpin-pemimpin kamu”.[1]( [1]  Shāh Walī Allāh, ujjat Allāh al-Bālighah, Juzuk 1,  m.s. 119.)
                     
Dan lagi petikan dari tafsr al hakm:
Adalah mustahil dapat dilaksanakan tugas-tugas perutusan semata-mata dengan kekuatan iman tanpa tarikan kekuatan tabiat dari keturunan darah.
                                            
Dan lagi petikan dari tafsr al hakm:  
 Shāh Walī Allāh menerangkan perkara ini seperti berikut:
 “Dan hendaklah diketahui bahawa sesungguhnya berlainan segala syariat para nabi (A.S.) itu kerana beberapa sebab dan beberapa maslahah, hal itu ialah kerana syiar-syiar Allāh hanya dijadikan syiar kerana tujuan tertentu. Dan kadar yang ditetapkan di dalam syariat itu ialah berpandukan kepada keadaan orang yang mukalaf dan adat mereka itu”.[2] ([1]  Shāh Walī Allāh, ujjat Allāh al-Bālighah, Juzuk 1,  m.s. 119.)

9.    mereka itu tidak dapat membeza diantara tajuk khusus dan tajuk umum  oleh kerana tidak selari dengan ilmu yang ada pada mereka, mereka menolak setengah ayat dengan setengah ayat yang lain.
10.                      Yang kedua, mereka menolak umat islam daripada memahami al quran mengguna akal supaya pandangan orang lain tidak mendahului ustaz.
11.                      Apa yang dikehendaki merka supaya umat islam bila beragama, membuang akal dan fikiran, biar sama dengan saiz akal kambing yang hanya tahu berfikir soal makan dan dimana untuk mendapat rumput sahaja dan pada ketika itu supaya senang orang umum menelan apa yang disuap oleh ulama jumud merka.
12.                      Mereka bimbang takut-takut perpecahan berlaku, mereka rela sanggup umat islam diperbodoh,kalau adalah pandangan-pandangan yang disiar kan oleh mana-mana akhbar, maka dicap akhbar itu cuba mengadu dombakan ataupun cuba hendak melawan ustaz. Maka tinggalah umat islam bila beragama membuang akal.
13.                      Kata penganut sekelar barat, bila aku pergi kegereja aku letak fikiranku,(gereja serupa juga dengan islam ini)kerana dikalangan pemimpin agama mereka mendidik penganut-penganut supaya beragama tidak mengguna akal. Demikianlah juga pemimpin ugama umumnya cuba membuang sunah kejadian allah yang memberi akal kepada manusia dan kelebihan manusia adalah terletak pada akal.manusia tidak mungkin dapat yakin dalam memahami sesuatu melainkan menerusi akal.
14.                      Mereka itu iaitu ustaz, menjadikan tradisi belajar yang mereka warisi dari guru-guru bertaklid kepada kitab tertentu dan seterusnya supaya murid-murid jadi bertaklid kepadanya zaman-berzaman.
15.                      Mereka tidak sedar dan tidak mahu menerima suul illahi yang sentiasa berubah. Firman allah,
allah sentiasa dalam urusannya  “Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam urusan.” (Quran;55 29)
16.                      Penolakan generasi manusia terhadap ugama oleh golongan jumud.  sentiasa kutuk dan dipersalahkan oleh generasi baru.
...(hendak diberitahu, generasi baru menolak agama,jadi golongan yang jumud ini kutuk orang dan mempersalahkan generasi baru.dia tidak terasa apa dia yang dia bawa itu menyalahi suul illahi) padahal pendokong fahaman jumud yang degil dan bebal kerana tidak mahu kembali kepada al quran dan sunah.
firman allah
“mereka membuang kitab-kitab nabi dan tatkala datang kepada mereka seorang rasul dari sisi Allāh yang menyetujui yang ada pada mereka, segolongan daripada orang yang diberi kitab itu membuang kitab Allāh ke sebelah belakang mereka.” (Al-Qurʾān: 2: 101)
Mereka mendakwa kitab itu tidak menepati pemikiran mereka.Seolah-olah mereka tidak mengetahui. (Al-Qurʾān: 2: 101)
Mereka tinggalkan kitab Allāh dan mengambil kitab sihir yang menepati pemikiran mereka yang fasik itu.
Quran, mereka beriman dengan sesetengah ayat tolak dengan setengah ayat. Itulah orang kafir.Sesungguhnya orang yang ingkar kepada Allāh dan rasūl-rasūlNya, dan hendak mengasingkan di antara Allāh dan rasūl-rasūlNya, dan berkata: “Kami beriman kepada sebahagian dan ingkar kepada sebahagian yang lain”, dan mereka hendak mengambil satu jalan di antara itu, (Al-Qurʾān: 4: 150).
Mereka itulah orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan Kami telah menyediakan bagi orang kafir itu azab seksa yang menghina. (Al-Qurʾān: 4: 151).

Sedikit petikan dari takwil quran haji nik abdullah wan musa dari tafs al hakm
firmanNya:
Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, (Al-Qurʾān: 49: 10).
         Kamu mendapat rahmat. Perkhilafan di antara dua golongan yang berada dalam satu kaum hendaklah di atasi, sedangkan Islām membawa revolusi dalam pelbagai kaum. Oleh itu kamu hendaklah berwaspada supaya tidak terjerumus ke dalam perkhilafan antara kaum.
         Sesungguhnya telah muncul satu kumpulan ahli falsafah kemasyarakatan yang menjadikan Islām sebagai satu agama kaum ʿArab. Kemudian mereka menambah pula bangsa Quraish keturunan Banī Hashim. Ini satu bentuk yang melampau. Sikap melampau ini berlaku pada bangsa ʿArab dan ramai ahli falsafah berpendapat demikian. Kami telah membaca bahasan mereka pada awal urusan. Maka kebanyakan masalah menjadi kemusykilan kerana kita beriman dengannya, sedangkan hati kita tidak merasa tenang.

Nota Sampingan
         Aku telah mempelajari kitab Hidayah Nahu daripada seorang shaykh di sebahagian kampung di bawah pemimpin Bahāriur (ÀuçÀ°ã±) sebelum aku belajar di Deoband. Shaykh ini amat sayang kepadaku. Perkara itu berlaku lebih kurang enam bulan selepas aku memeluk Islām, dan aku telah keluar dari rumahku. Suatu hari shaykh bertanya aku tentang sebahagian keadaan yang terdapat dalam kaum Sikh. Aku menceritakan kepadanya. Shaykh itu memandang hina dan ketawa. Aku faham tetapi aku sabar terhadap perkara itu, tetapi rasa pahit berada dalam majlis itu tidak hilang dalam hatiku hingga sekarang. Setelah aku tamat belajar di Deoband, beliau membaca kepadaku enam kitab adīth, dan kami bergaul seperti saudara, tetapi semua perkara ini tidak dapat menghapuskan kepahitan di hatiku. Setiap kali aku terkenang majlis itu aku berada dalam keadaan demikian dan aku nampak setiap perkara yang diperintah oleh shaykh, itulah Islām. Adapun majlis yang aku keluar darinya, aku berkata ini bukan Islām dan menghalang dari yang demikian. Jika tidak demikian, aku pasti tidak dapat bersabar terhadap perkara itu selama-lamanya. Ini satu jenis penghinaan terhadap satu kaum.
         Kemudian kami menyaksi pelbagai urusan yang kami tidak mampu menyelesaikannya, melainkan kami berkata bahawa itu hukum Allāh. Setelah kami memberanikan diri mengkaji dengan perantaraan kitab ujjat Allāh al-Bālighah, kami dapati bahawa Islām adalah agama pelbagai kaum yang menguasai ke atas agama-agama seperti khalifah menguasai ke atas raja-raja.[3] Kami telah teguh dalam kefahaman itu dan telah hilang semua keraguan daripadaku yang terbentang disebabkan pergaulan buruk sebahagian orang ramai. Tamat nota sampingan.
maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allāh supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Qurʾān: 49: 10).

Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim. (Al-Qurʾān: 49: 11).
         Ayat ini sebagai na bahawa Islām adalah agama antara kaum. kami menolak golongan ahli falsafah yang menjadikan Islām sebagai agama kaum ʿArab. Tanggapan ini salah bukan sahaja kepada orang Islām tetapi juga kepada bukan-Islām kerana bertaklid. Perkara yang aku rasai dalam hatiku ialah memberanikan diri mengutamakan hukum Al-Quran ke atas semua pemerintah dan semua kaum pada zaman kami ini bahawa falsafah Islām menghalalkan bahawa Islām adalah agama pelbagai kaum; kerana itulah kami mengambil Imām Walī Allāh sebagai imām kami, kerana aku tidak dapati mana-mana individu yang menerangkan bahawa Islām itu adalah agama pelbagai kaum seperti keterangan oleh Imām Walī Allāh ini, sekalipun terdapat sebahagian pendapatnya sekadar untuk mengambil hati orang pada zamannya; tetapi hikmahnya tetap bersih. Maka aku becita-cita jika terdapat dalam kalangan umat Islām yang bangun dan menonjolkan kepada orang ramai dengan pandangan itu untuk menerangkan Islām.
         Aku yakin, setelah aku melihat kebanyakan golongan revolusiner beriman dengan Al-Quran, tetapi aku tidak dapati satu tempat dan tiada tokoh yang terkemuka mengambil berat mengenai perkara ini.
 ......(sensored, syarah sahaja)
         Pada ayat 11 terdapat penghalang dari akhlak yang mewariskan perpecahan antara kaum; iaitu satu kaum rasa lebih bangga daripada kaum lain, menyebabkan mereka meletakkan gelaran yang buruk. Perkara-perkara seperti ini wajib ditinggalkan dan aku berkata: Kebanyakan orang tidak sanggup meninggalkannya kerana mereka tidak memahami rahsia hikmah. Allāh membuat keputusan ke atas mereka bahawa sesiapa yang tidak bertaubat, mereka adalah orang yang zalim.
         Orang yang zalim dalam revolusi terdiri daripada mereka yang tidak sanggup mengadakan perubahan. Maka dengan syarat-syarat itu mereka terkeluar daripada revolusi Islām.
Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?; maka sudah tentu kamu jijik kepadanya; dan bertaqwalah kamu kepada Allāh; sesungguhnya Allāh Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Qurʾān: 49: 12)

Nota Sampingan
          .......(sensored, syarah sahaja)
         Daripada sudut pandangan ini juga orang Islām telah meninggalkan berfikir dan mengkaji Al-Qurʾān kerana mereka tidak meletakkan nama revolusi. Bagi umat Islām ada pengertian yang baharu bagi revolusi, tetapi menjadikan orang Islām sekalipun mereka zalim menguasai dunia, dan mengabaikan orang bukan-Islām sekalipun mereka adil, mereka sentiasa berada di bawah kekuasaan orang Islām; di mana revolusi tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap orang yang zalim dan yang adil. Yang memberi kesan hanya nama Islām. Manakala yang tidak bernama Islām adalah kafir. Inilah satu bala yang menimpa kaum-kaum yang silam yang terdiri daripada orang Yahudi dan Naārā.
         Imām Walī Allāh telah menerangkan dalam Al-Fawz al-Kabīr Fī Uūl al-Tafsīr, bahawa Al-Qurʾān telah menolak dengan keras mereka yang mengatakan demikian yang berasal daripada orang Yahudi.[4] Tamat nota sampingan.
         Terdapat pelbagai adat yang amat digemari dalam pelbagai kaum yang menyebabkan kaum-kaum itu berpecah dalam kalangan mereka. Dalam ayat itu mereka dilarang sebagaimana larangan terhadap amalan yang meninggalkan kesan seperti yang diisyaratkan dalam ayat 11 dan 12 yang lalu.
         Maksudnya; semua amalan dan akhlak yang memecahkan perpaduan kaum dalam kalangan mereka adalah dilarang. Maka matlamat yang dituju oleh Islām ialah menggabungkan semua kaum menjadi seperti satu keluarga seperti yang tersebut dahulu; iaitu menggabungkan pelbagai golongan manusia menjadi satu keluarga yang terdiri daripada keluarga kecil dan keluarga besar seperti dalam firmanNya:
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. (Al-Qurʾān: 49: 13).
         Kaum-kaum yang dimaksudkan disebut dengan istilah “°±uÎÄ” (beberapa bangsa dan puak) seolah-olah terdapat tujuh pokok, di mana satu pokok bagi satu kaum secara tetap. Satu pokok itu terdiri daripada gabungan lelaki dan perempuan. Pembahagian ini untuk semua kaum supaya mereka saling berkenalan. Semua kaum itu seperti satu kaum. sesiapa yang lebih bertakwa-(mengikuti kehendak firah) adalah lebih mulia, walau daripada mana-mana kaum tanpa kekecualian. Orang yang tidak mempunyai semangat patuh kepada firah dipandang hina walau daripada mana-mana kaum, kerana Allāh telah menegaskan dengan firmanNya:
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allāh ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (Al-Qurʾān: 49: 13).
Tanpa mengambil kira mana-mana kaum, semua kaum sama. Maka dengan menetapkan kemuliaan dan kekuasaan bagi satu kaum atau golongan yang khusus tanpa berpegang teguh kepada firah merupakan satu kezaliman yang besar, kerana Allāh telah membuat keputusan yang pertama bahawa mereka yang tidak tertegah dari memecahkan perpaduan antara kaum dikira orang yang zalim. Orang yang mengkhususkan kemuliaan kepada satu kaum atau puak ini tanpa mengikuti firah bererti telah memecahkan kaum daripada bersatu padu dan mereka adalah orang yang zalim dan mundur, tidak bernilai mengikut pandangan Al-Qurʾān.
         Dalam peringkat pertama, penggabungan boleh tersusun rapi di bawah pelaksanaan penjagaan seorang pemerintah. Kemudian dikembarkan pula dengan satu kumpulan pegawai penguatkuasa di bawah pemerintah yang menegakkan keadilan dalam peringkat kedua.
         Kemudian, dia menubuhkan satu kumpulan untuk menghapuskan pertelingkahan dalam kalangan puak-puak secara adil dan mewujudkan persaudaraan dalam kalangan mereka. Kemudian, dijadikan semua kaum sebagai satu kumpulan dan satu keluarga.
         Setelah mereka memahami peratuan-peraturan, maka dapat dipastikan dan dilaksanakan berperingkat-peringkat, orang Islām dikira sudah mencapai kejayaan.
Sesungguhnya Allāh Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya. (Al-Qurʾān: 49: 13).

Satu Fasal
         Orang yang memasuki Islām tetapi tidak mengenali gabungan Islām, Islāmnya diterima supaya dia belajar hakikat Islām. Pada masa itu mereka dijadikan berada pada peringkat kedua berbanding dengan orang Islām yang asal. Setelah mereka faham maksud masyarakat Islām mereka memasuki golongan orang Islām yang asal. 

 Oleh hasan muhamad kampung tokku



[1]  Shāh Walī Allāh, ujjat Allāh al-Bālighah, Juzuk 1,  m.s. 119.
[2]  Ibid, Juzuk 1, ms. 89.
[3] Kemudian membawa semua manusia mengikuti sharīʿat itu, kerana tiada jalan untuk diserah urusannya kepada setiap kaum atau diserah kepada pemimpin-pemimpin pada setiap zaman; kerana penyerahan itu sama sekali tidak mendatangkan faedah perundangan dan tidak boleh dilihat kepada keadaan yang ada di sisi setiap kaum dan pengalaman oleh setiap satu daripada mereka, dan adalah seperti perkara yang mustahil dijadikan bagi setiap umat satu sharīʿat kerana merangkumi adat mereka, keadaan mereka dalam keadaan negara yang berlainan dan anutan mereka yang berbeza.
   Antaranya, supaya agama mengatasi semua agama lain, tidak seorang pun ketinggalan melainkan dia dikuasai oleh agama dengan kemuliaan orang yang mulia dan kehinaan orang yang hina. Maka manusia berubah menjadi tiga golongan; mereka yang patuh kepada agama zahir dan batin, patuh secara zahir dengan kehinaan yang tidak dapat dielakkan, orang kafir yang hina yang digunakan untuk menuai, menyiram dan semua pekerjaan pertukangan seperti digunakan haiwan untuk membajak dan membawa beban yang berat; dan dipastikan ke atas mereka peraturan-peraturan yang menakutkan dan mengeluarkan jizyah dengan tangan dalam keadaan hina. (ujjat Allāh al-Bālighah, jilid I, bab ‘à°ç¾í¯ OTrç sç¾ æÛª E¸°LÛ¯ ²°±’, ms. 118, 119).
[4] Besides, God has honoured, in every religion, the prophets and their followers with titles like “The Near (Muqarrab)”. “The Beloved (Mahbub)”, and spoken in terms of hatred about those who had denounced the religion; the word employed for this purpose was what in common use among them. It is not, therefore, a matter of surprise if the word “son” has been used in place of “beloved”. But the Jews thought the honour was solely reserved for one who is a Jew, Hebrew and Israeli. They failed to understand that it (the word of honour) related to and depended upon the (acquisition of) attrubutes of obedience, humbleness, and the pursuit of the right path as shown by the prophets, and on nothing else. This was how the corrupt interpretation inherited from their forefather had settled in their minds. The Quran has fully removed the doubts. (Al-Fauz Al-Kabir Fi Usul Al-Tafsir, pp.11).

No comments:

Post a Comment