Tuesday, November 25, 2014

Masalah ya’juk maajuk dengan dajal dan kehadiran hari kiama



Masalah ya’juk maajuk dengan dajal dan kehadiran hari kiamat
1.   Apa yang hendak diberitahu di sini ialah Dajal dan yaajuk maajuk dengan petanda kiamat dan apa yang difahami ramai termasuk ulama dan orang kebanyakan, yaajuk maajuk dan dajai itu adalah sebagai petanda kiamat.
2.   Al kisah daripada riwayat dahulu kala yang kononnya akan lahir dajal dan juk maajuk sebagai petanda kiamat lalu mendorong rombongan-rombongan mereka pergi melihat disuatu tempat yang kononnya peninggalan sejarah silam itu.
3.   Salah satu tempatnya dibanjaran gunung di russia. Kononnya ada benteng daripada tembaga yang dibina oleh iskandar zulkarnain.
4.   Kononnya disitu terdapat spesis yaajuk maajuk dan sejenis makhluk kacukan manusia dengan haiwan.
5.   Didalam kitab qasasus ambia meriwayatkan yaajuk maajuk sentiasa mengorek benteng pemisah yang dibuat oleh zulkarnain itu daripada tembanga untuk keluar kebumi tetapi apabila mendengar azan subuh benteng yang dikorek itu tertimbus semula.
6.   Bagaimana pula ada orang azan subuh di tempat yang tidak ada orang islam.
7.    Apa yang hendak dikatakan di sini walau pun ada dalam kitab  (qasasus ambia-sebenarnya kitab yang ditulis yahudi itu) orang ramai termasuklah ulama mudah menelan apa yang dikatakan terutamanya ulama abid (ibadat) dan bila ada terbunyi di dalam kitab,mereka terus telan dan tak mahu guna akal atau tak boleh guna akal. Kalau tidak berbuat demikian, maka tidak dapat pahala.
8.   Apabila sudah hampir benar dengan kiamat, sudah tidak ada lagi orang azan subuh.
9.   Azan lain tidak dikira kerana makluk ini bekerja mengorek pada waktu malam sahaja, azan-azan yang lain tidak dikira.
10.                    Oleh kerana tiada azan subuh maka tembuslah dan keluarlah makhluk juk maajuk ini dan memakan apa sahaja kerana terlalu lapar sehingga air laut menjadi kering dan gunung ganang pun dimakan habis.
11.                    Kemudian, kecenderungan pihak yang memperkatakan masalah ini hanya untuk menutup yang mereka kehabisan modal ideal untuk bercakap (ceramah) agama dan cuba cuba mencari kelainan daripada kebiasaan, mencari kelainan di luar perbincangan fardhu ain sebagai persediaan kiamat.
12.                    Apa yang saya faham tentang makhluk perosak dibumi ialah sejenis manusia yang bertabiat haiwan.
13.                    Semua bahan dibumi itu dijadikan bahan makanan mereka seperti mana negara-negara kuasa besar melihat dimana sahaja ada telaga minyak maka dia akan menjalankan tipu helah mereka untuk menyedut seberapa banyak minyak dan hasil bumi disatu-satu negara.
14.                    Di negara kita contohnya di camaron highland dan di ulu kelantan (logging...)dinegara kita loging dan cameron highland dan lain-lain, segala bukit bukau dan lain-lain bahan, mereka dapat memprosesnya menjadikan bahan makanan. Mereka tidak mengira sekiranya kerosakan yang berlaku dan akan berlaku pada bumi. Yang mengelirukan, mereka kaitkan dengan yaajuk makjuk, iaitu binatang yang merayap dibumi.
15.                    Kemudian dajal.
16.                    Dajal ialah pembohong.
17.                    Dalam sejarah negara barat dimasa kemuncak kekuasaan gereja, paderi telah menggunakan syurga untuk mendorong manusia menyumbang derma kepada gereja.
18.                    Pihak-pihak gereja menjadi institusi agama yang paling kaya dan berpengaruh pada masa itu. azab neraka digunakan sewenang-wenangnya untuk menakutkan dan menggalakkan supaya manusia tidak engkar kepada arahannya .
19.                    Maka barang siapa engkar, nerekalah tempatnya.
20.                     Pengaruh pihak gereja dapat mempengaruh undang-undang negara dan menjatuh hukuman kepada sesiapa yang engkar dan berchanggah dengan kemahuan pihak gereja. Sudah berapa ramai ahli cerdik pandai dan ahli sains yang telah dihukum bunuh kerana mengeluarkan pendapat yang berchanggah dengan pihak gereja.
21.                    Hakikat itu sama sahaja dengan yang berlaku kepada umat islam dalam era kejatuhan islam hingga sekarang yang dilakukan sebahagian ustaz-uztaz dan tok-tok guru yang mengaku dirinya ulamak.
22.                    Nabi (S.A.W.)
23.                    bersabda:
“Sesungguhnya kamu akan mengikuti jalan hidup mereka yang terdahuludaripada kamu betul-betul seperti kasut kanan dengan kasut kiri”.
24.                    Mereka itu menjaja syurga dan neraka untuk mengugut dan mendorong manusia yang di ukur dari sebelah mata.(kerana dajal sebelah mata) maksud sebelah ialah yang menguntungkan mereka sahaja. Sebab itu mereka-mereka ini tidak sanggup berdialog dengan ahli ilmu daripada  kelompok yang berchanggah dengan mereka kerana mereka meletakkan dirinya sahaja yang layak mendapat rahmat Allah seperti mana dalamfirman Allah 2; 80 Malangnya, orang Yahudi menyangka keyahudian dan orang Naārā menyangka kenasranian mereka itulah menjadikan mereka berhak masuk syurga dan mendapat shafāʿat para nabi. Mereka tidak memerlukan sebarang amalan lain selain dari nama mereka. Allāh taʿālā berfirman:Mereka berkata: “Kami tidak akan disentuh oleh api melainkan untuk beberapa hari sahaja”.1 (Al-Qurʾān: 2: 80)
25.                    apabila seseorang tertentu bergelar ulama tergambarlah peranan mereka itu ialah mengajar ugma, membaca khuthbah, dan mereka itu terasing daripada bidang pekerjaan atau dengan lain perkataan mereka tidak tahu bekerja.
26.                    Ilmu pengentahuan ugama yang ada sebagai alat untuk menumpang bekerja kepada sesiapa yang sanggup memberi upah.
27.                    Ilmunya tidak lagi menjadi panduan jika bertembung dengan kepentingan.Ilmu yang disampaikannya adalah cenderung menyenangkan hati pemberi upah tadi dan mana-mana tajuk yang menyentuh pihak berkenaan akan menjadi samar apabila mengulasnya.
28.                    Ikhtibar daripada ayat Allah itu, apa yang dilakukan oleh setengah daripada ulama, ustaz-ustaz dan pengikut-pengikutnya telah mewarisi kesesatan yang dilakukan oleh kaum yahudi. Dakwaan yahudi dahulu sama dengan dakwaan ulamak-ulamak islam hari ini.
29.                    Kedua-dua makhluk ini yang menjadi sebab manusia menjadi sesat dan zalim justeru itu akan berlakulah perubahan besar kepada sesuatu negara.  Satu, makhluk merosak mental dan satu lagi makhluk merosak negara.
30.                    Al quran bukanlah kitab cerita tetapi kitab yang perlu diambil iktibar dan difahami mengikut jalan hikmah.
31.                    Situasi yang pernah berlaku kepada umat dahulu dan situasi yang sama berlaku pada umat hari ini. Al quran membawa makna yang dua serupa samada dahulu dan sekarang.
32.                    Oleh kerana mereka dapat maklumat tafsiran mengikut kaedah cerita lalu ,mereka meraba-raba mencari sambungan cerita yang terputus. Walaupun mereka meletakkan dirinya ulama, tetapi mereka terpetangkap dalam cerita penlipulara klasik.
33.                    Kiamat selalu difahami oleh umum ialah kiamat kubra.
34.                    Sebenarnya kiamat kubra adalah urusan Allah dan diluar daripada kemampuan manusia mengkaji.
35.                    Kiamat yang mampu diambil tahu oleh manusia ialah perubahan yang berlaku yang menyebabkan kehidupan harian manusia itu sendiri. Sebab yang berlaku ada kaitannya dengan amalan manusia yang mengakibatkan jatuh bangun sesebuah pemerintahan menjadi pegentahuan kepada manusia untuk mengambil ikhtibar. Itu lah sebahagian daripada ayat-ayat Allah tentang jatuh bangunnya manusia.
36.                    Apa yang berlku di langit dan di bumi. Itulah ayat-ayat Allah yang perlu diambil ikhtibar dan Allah sarankan supaya manusia mengembara mengambil tahu untuk mengambil iktibar ini.
37.                    Kiamat yang dilihat oleh nabi s.a.w. di malam mikraj perempuan tua yang memberi isyarat umum dunia sudah terlalu tua dan akan berlaku kiamat setelah lahirnya nabi s.a.w. dunia akan kiamat.
38.                    Kiamat yang dimaksudkan disitu perubahan era dunia dimana kuasa Rom dan Parsi telah jatuh kerana kuasa rom dan parsi adalah kuasa besar dunia yang menakhluk dunia pada masa itu. Jadi bila kedua-dua kerajaan itu jatuh bermakna dunia sudah jatuh. Dunia telah berlaku kiamat mengikut isyarat di dalam isra mikraj.(yang dimaksudkan ‘binatang yang merayap’ dibumi sebagai petanda kiamat ialah tentera syaidina Umar amirul mukminin)
39.                    Kiamat berasal daripada perkataan qiam iaitu berdiri dan mat adalah mati.atau pun berdiri mati (victory)
40.                    Maksudnya, Berdirinya sesuatu pihak yang menang disisi suatu pihak yang tersungkur kalah.
41.                    Hari ini berdirinya orang-orang yahudi disisi kejatuhan bangsa Arab, dan bukan perkara mustahil juga akan berdiri kaum cina di sisi kaum melayu yang hilang pedoman yang tidak menghargai kuasa politik yang ada di bumi tanah melayu ini.
42.                    Semuanya itu adalah kiamat kepada sesebuah kaum .
43.                    orang melayu yang tidak menghargai kiamat ini akan menjadi realiti dalam kehidupan anak cucu mereka. Mungkin 10 tahun lagi atau kurang daripada itu.
44.                    Orang melayu yang tidak mahu menilai kiamat ini yang akan menjadi realiti dalam kehidupan generasi melayu yang akan datang.
45.                    mereka yang tidak mengambil faham akan hari berbangkit  dan hari pembalasan itu sebab ada orang-orang yang lupa dan lalai akan hal ini, orang yang tidak berlaku adil kepada sesama manusia pasti akan berlaku hari pembalasan atau hari kiamat.
46.                    Kata syeikh jilli dalam mukadimmah takwil quran nik mohd salleh wan musa, mentafsir ayat dunia ini azali, hakiki, maka akhirat salinan. Al-Imām Shaykh ʿAbd al-Karīm al-Jilī berkata:“Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allāh taʿālā mencipta negeri akhirat dengan semua yang terkandung di dalamnya sebagai satu salinan dari negeri dunia, dan telah mencipta dunia sebagai satu salinan dari ilmu Tuhan yang azalī. Maka dunia ialah asal manakala akhirat itu cabangan kepadanya. Dan telah datang di dalam adīth: Dunia itu tempat bercucuk tanam bagi akhirat”.1
Oleh hasan bin muhamad kg tok ku

No comments:

Post a Comment