Thursday, June 23, 2016

Harta Orang Yang Mengabaikan kanun Ilahi Tidak Dapat Menolongnya

Harta Orang Yang Mengabaikan kanun Ilahi Tidak Dapat Menolongnya.
Allāh berfirman:

“Dan hartanya tidak akan menolong dia apabila dia jatuh”. (Al-Qurʾān:  92: 11).
Maksudnya, orang yang mengabaikan kanun Ilahi, harta mereka tidak dapat menolong mereka sedikitpun. Semasa dia senang dan mengumpul harta yang banyak dia tidak sedar dan tidak memenuhi kehendak fiṭrahnya. Harta yang dikumpulkan itu tidak berguna apabila dia digulingkan.

Hanya Allāh Yang Mendorong Seseorang Ke jalan Yang Baik.
Allāh berfirman:

“Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah menunjuk jalan yang lurus”. (Al-Qurʾān: 92: 12).
Maksudnya, hanya Allāh yang mendorong ke jalan yang baik. Kita hanya berdoa supaya kita didorong ke jalan yang baik. Pimpinan ke arah jalan yang lurus ada perhubungan dengan kanun Ilahi (hukum fiṭrah). Ini bererti hidayah boleh didapati melalui doa dan usaha berpandukan kanun Ilahi iaitu peraturan dan perubahan penciptaan Allāh setiap hari. Doa yang paling berkesan ialah melalui usaha dan melaksanakan tugas. Untuk berjaya, manusia perlu berusaha.
Istilah hudā bermaksud berpegang teguh kepada unsur akhlak induk seperti kesucian, taat kepada kebenaran, sedia memaaf dan bersikap adil.

“Dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia, (13). Oleh itu Aku ancamkan kamu dengan api yang menyala-nyala.(14). Tidak masuk ke dalamnya melainkan orang yang amat celaka”. (15). (Al-Qurʾān: 92: 13,14, 15).
Allāh mengugut dengan api yang menyala-nyala. Sebenarnya di dunia pun sudah ada api yang menyala-nyala iaitu api kemarahan orang ramai akibat perbuatan jahat seseorang. Ini bererti dia menyalakan api dan dia akan masuk ke dalam api itu kerana dia telah mencelakakan dirinya.

Dipetik dari tafsir al hakm.

Tuesday, June 14, 2016

petikan ikhtisar hujjatullah jilid satu.

Imam Ghazali menggambarkan azab kubur dengan tiga peringkat,  beliau berkata: “Perbandingan berita-berita hadis ini mengandungi zahir yang sahih dan rahsianya yang tersembunyi, tetapi amat jelas di sisi orang yang berakal,  sesiapa yang tidak didedahkan hakikatnya, tidak sepatutnya menentang perkara zahir, kerana darjah keimanan yang paling rendah ialah menerima dan mengakui.  Jika anda berkata, anda melihat orang kafir di dalam kubur secara teliti dan tidak terdapat sedikitpun perkara itu, maka bagaimanakah anda mengakui perkara yang bertentangan dengan kenyataan?”
“Ada tiga peringkat untuk anda mengakui perkara seperti ini.  Pertama, yang paling baik, jelas dan selamat ialah anda mengakui perkara itu ada tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar anda, kerana mata kasar anda tidak sesuai untuk melihat perkara di alam malakut.  Setiap perkara akhirat termasuk dalam alam malakut.  Para sahabat percaya bahawa mereka didatangi Jibril walaupun mereka tidak dapat melihatnya dan mereka percaya Nabi s.a.w. melihatnya.  Jika anda tidak beriman dengan perkara ini, anda perlu mengesahkan keimanan anda terhadap malaikat.  Jika anda beriman kepadanya dan mengakui Nabi s.a.w. melihat perkara yang tidak dilihat oleh umatnya, bagaimanakah anda menolak perkara yang berlaku kepada mayat?  Maka ular yang memagut dalam kubur bukannya ular di alam ini, tetapi ular lain yang diketahui melalui pancaindera lain.”
“Kedua, perhatikan peristiwa dalam mimpi.  Seorang dipagut ular dan dia terasa sakit, dia bertempik dan badanya berpeluh dan terperanjat.  Peristiwa itu berlaku pada dirinya seperti dia dalam keadaan sedar.  Pada zahirnya dia diam dan tiada ular yang memagutnya.  Dia merasa sakit tetapi anda tidak melihatnya.  Tiada perbezaan antara kesakitan kerana dipagut ular khayalan atau dipatut ular sebenar.”
“ketiga, anda tahu ular tidak boleh menyakitkan, tetapi yang menyakitkan ialah kesan racun ular,  racun ular tidak menyakitkan.  Jika kesan yang seperti itu terdapat pada perkara bukan racun, maka kesakitannya juga sama,  keazaban jenis ini diperkenalkan berdasaarkan sebab-sebab biasa. Tidak mungkin diperkenalkan keseronokan hubnngan seks melainkan melalui sebabnya.  Maka hasil bebab terjadi walaupun tidak terdapat rupa sebab.  Hasil sebab itulah yang dikehendaki, bukan zatnya.  Sifat yahg membinasa berubah menjadi benda yang membinasa, menyakitkan dan memedihkan jiwa selepas mati,  kesan kesakitannya seperti kesan pagutan ular yang tidak wujud.”  Inilah pendapat Imam Ghazali.

petikan ikhtisar hujjatullah jilid satu bab 2. alam misal.

Sunday, June 12, 2016

Mengakui Kebaikan Ialah Mengiktiraf Kebenaran Al-Qurʾān.

Mengakui Kebaikan Ialah Mengiktiraf Kebenaran Al-Qurʾān.
Allāh berfirman:

“Dan mengakui kebaikan”. (Al-Qurʾān: 92: 6).
Shaykh berkata, maksud kalimah ‘mengakui kebaikan’ dalam ayat di atas ialah mengiktiraf kebenaran Al-Qurʾān. Kita hendaklah yakin bahawa sesuatu yang dinyatakan dalam Al-Qurʾān datangnya daripada Allāh taʿālā.

“Maka Kami akan mudahkan dia pada jalan yang mudah”. (Al-Qurʾān: 92: 7).
Allāh akan permudahkan kerja-kerja yang mudah kepada orang yang mengiktiraf kebenaran Al-Qurʾān, kerana pengajaran Al-Qurʾān adalah sesuai dengan fitrah manusia. Al-Qurʾān mengajar manusia supaya sentiasa kekal di atas fitrahnya.
Satu fitrah manusia ialah saling menolong. Dengan sifat ini segala masalah dapat diatasi. Orang yang beriman dengan Al-Qurʾān sanggup mengorbankan sebahagian hartanya kerana bimbang terhadap kemurkaan Allāh. Maka Allāh permudahkan perkara yang mudah dihadapinya.

Orang Kaya Yang Bakhil Merasa Dirinya Serba Cukup.
Allāh berfirman:

“Adapun orang yang bakhil dan merasa terkaya”. (Al-Qurʾān: 92: 8).
Orang yang bakhil dan merasa terkaya enggan membelanjakan sebahagian hartanya kepada orang yang memerlukannya. Mereka merasa diri mereka serba cukup dan tidak perlukan pertolongan orang lain. Sikap ini adalah sebagai persediaan untuk menempuh jalan susah kerana sikap ini berlawanan dengan fitrah manusia.
Shaykh berkata, istilah astaghna pada hakikatnya ialah melanggar dan melampaui batasan fitrah yang menyebabkan  seseorang itu merasa megah seperti Firʿaūn.

“Dan mendustakan kebenaran”. (Al-Qurʾān: 92: 9).
Mendustakan kebenaran ialah mendustakan Al-Qurʾān. Sifat astaghna pada seseorang menyebabkan dia mendustakan kebenaran walaupun dia percaya bahawa Al-Qurʾān itu benar. Dia tidak akan menerima teguran yang baik yang ternyata dapat memajukan manusia. Maka buruklah padahnya. Mereka bakhil dengan pengorbanan. Mereka tidak mengikuti jalan yang adil. Untuk mereka Allāh berfirman:

“Kami akan permudahkan dia ke jalan yang susah”. (Al-Qurʾān: 92: 10).
Mereka senang mengikuti jalan yang susah kerana mereka menolak kebenaran. Oleh sebab mereka memilih jalan yang susah, maka Allāh permudahkan jalan yang susah itu kepada mereka.

Petikan tafsir al hakm.

Sunday, May 29, 2016

Orang Yang Berbelanja Harta Yang Lebih Daripada Keperluan.

Orang Yang Berbelanja Harta Yang Lebih Daripada Keperluan.
Allāh berfirman:

“Adapun mereka yang memberi dan bertakwa”. (Al-Qurʾān: 92: 5).
Ayat ini ditujukan kepada orang yang membelanjakan harta mereka yang lebih daripada keperluan untuk kumpulan yang berjuang menegakkan keadilan. Istilah taqwā di definisikan dengan firman Allāh:

“Sesungguhnya Allāh menyuruh berbuat adil dan ihsān dan menolong mereka yang memperjuangkan keadilan dan melarang dari yang keji dan munkar dan kezaliman; Ia nasihat kamu supaya kamu beringat”. (Al-Qurʾān: 16:  90).

Keadilan Adalah Asas Ketakwaan.
Shaykh berkata, keadilan adalah asas ketakwaan sebagaimana firmanNya:

“Berlakulah adil, ia itu lebih hampir kepada takwa”. (Al-Qurʾān: 5: 8).
Shaykh berkata, ʿUmar bin ʿAbd al-ʿAzīz membaca ayat 90, surah al-Nahl dalam khutbah Jumaat pada akhir zaman pemerintahannya. Kemudian ayat itu dibaca dalam khutbah Jumaat oleh orang selepasnya tanpa benar-benar memahami maksudnya.

Sikap Adil Berasaskan Keimanan Terhadap Yaum Al-hisāb.
Semangat adil berasaskan keimanan terhadap yaum al-hisāb. Orang yang tidak beriman dengan yaum al-hisāb akan bersikap sombong dan zalim terhadap manusia sebagaimana Allāh ceritakan kisah kata-kata Mūsā  (A.S.):

Dan Mūsā berkata: “Sesungguhnya aku berlindung dengan Tuhanku dan Tuhan kamu dari setiap orang takabur yang tidak mahu beriman kepada Hari Perhitungan (yaum al-hisāb). (Al-Qurʾān:40: 27).
Seorang yang beriman kepada Hari Perhitungan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap manusia lain.
Shaykh berkata, setiap orang yang bertugas dalam bidang pekerjaannya hendaklah bersikap adil dan memberi layanan yang sewajarnya kepada orang ramai yang Islām dan bukan-Islām.
Kumpulan yang melaksanakan tugas keadilan dalam masyarakat dinamakan zil qurbā. Mereka dibiayai dengan bantuan yang disalurkan kepada kumpulan ini. Setelah kumpulan ini berfungsi dengan baik, maka dapatlah dicegah perkara fahshāʾ   dan munkar.
Fahshāʾ ialah setiap perbuatan yang berlawanan dengan fitrah manusia seperti mencuri, berzina, liwat syirik terhadap Allāh dan sebagainya. Munkar ialah sesuatu yang berlawanan dengan akal yang siuman. al-baghya ialah sesuatu yang bercirikan kezaliman.
Bersikap adil boleh diertikan sebagai berpatutan atau sesuai dan kena pada tempatnya. Asas keadilan ialah keinsafan. Orang yang adil beriman dengan Hari Perhitungan. Contohnya, sebuah kerajaan yang kuat, tidak pernah diguling dan tidak pernah digugat, boleh melakukan penindasan dan kezaliman tanpa sesiapa yang menghalangnya. Pada masa itu golongan pemerintah leka dengan tindakan mereka, seolah-olah mereka tidak akan dihisab oleh sesiapapun. Akan tiba masanya, segala perbuatan mereka akan dihisab dan mereka akan digulingkan dengan mudah. Setelah mereka kembali ke akhirat, kejatuhan mereka di dunia akan menimpa mereka kali kedua.

Dipetik dari tafsir al hakm.

Wednesday, May 25, 2016

Penyatuan mazhab-mazhab agar menjadi satu mazhab dalam Islam?

Penyatuan mazhab-mazhab agar menjadi satu mazhab dalam Islam merupakan sesuatu yang mustahil.

Oleh itu apa yg patut diketengahkan ialah persatuan umat dalam erti membiarkan mazhab-mazhab dalam Islam yang ada tumbuh-berkembang mekar bergandingan tangan, berjalan seiring, bekerja sama untuk menghadapi cabaran bersama serta mengembalikan kejayaan Islam masa lalu sebagai salah satu tiang peradaban dunia.

*Fanatisme* merupakan salah satu fenomena yang wajib dibendung. Jika ada fanatisme (ta'ammuk) maka provokasi sedikit saja akan mewujudkan ketegangan serta konflik lebih-lebih lagi bila agama ditumpangi oleh kepentingan2 tertentu.

Dengan pemikiran yang lebih terbuka, damai serta semangat toleransi yang tinggi mudah-mudahan akan dapat menangani fahaman-fahaman yang negatif lagi jumud.

_Sekadar pandangan...komen dialu-alukan_

admin.
(dipinjam dari group wassap).

Tuesday, May 24, 2016

AGAMA

AGAMA

1. Sejauh manakah perlu agama dlm hidup manusia?
2. Apakah pengertian Agama?
3. Apakah akibatnya sekira manusia tidak beragama?
4. Dan kemanakah matlamat agama?

Sehingga kini pengupasan secara ilmiah dan mendalam jarang atau sukar ditemukan bagi menjawab soalan-soalan diatas.

Pada abad ke17 kegelisahan berhubung perkara diatas telah disuarakan oleh seorang ulamak besar di benua kecil India yang telah diakui sebagai seorang Mujaddid.

Dia itulah Hadzrat Hujjatul Islam Al Syah Waliyullah Ad Dihlawi (1703 - 1762).

Pandangan serta kupasan berkaitan persoalan-persoalan diatas telah dijelaskan oleh beliau secara tepat dan jitu.

Nak tahu?

Kena ngaji Tariq Syah Waliyullah Ad Dihlawi lah..hehe...nak terangkan dlm ni panjang dan takut tak sampai maksud..

Sebelum menjawab soalan tersebut Syah Waliyullah mengajukan suatu soalan iaitu;
' Adakah kamu mengaku bahawa kamu seorang manusia/insan'??

admin.
pinjam dari group wassap.

KEPERLUAN AGAMA

KEPERLUAN AGAMA

Kita kerap mendengar kenyataan berikut, 'Islam bukan sekadar agama, tetapi…...

Bahagian yang kosong dalam kenyataan diatas boleh diisi dgn apa saja.

Misalnya, Islam bukan sekadar agama, tetapi way of life atau jalan hidup.
Atau, Islam bukan sekadar agama, tetapi sebuah peradaban.
Atau, Islam bukan sekadar agama tetapi pandangan hidup atau world view.
Ada juga yang memberi maksud agama itu khasnya Islam, adalah berbeza dari agama lain sebab Islam ialah sesuatu yang berlainan.

Kenyataan2 sebegini kerap kita lihat pada sticker2 yang ditampal pada cermin kereta dan sebagainya.

Fahaman atau kalimat2 seperti itu juga kerap kita dengar didalam ceramah2 dan dibaca didalam artikel2. Secara umum orang menerimanya dengan senang hati, tanpa ada persoalan.

Betulkah pandangan seperti itu?

Agama atau Al-Dien itu sebenarnya adalah sesuatu yang lebih besar dari pengertian yang selama ini kita fahami.

Allah swt telah berfirman di dalam Al-Quran surah Ar-Rum ayat 30;

فَأَقِم وَجهَكَ لِلدّينِ حَنيفًا ۚ فِطرَتَ اللَّهِ الَّتى فَطَرَ النّاسَ عَلَيها ۚ لا تَبديلَ لِخَلقِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ الدّينُ القَيِّمُ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ﴿٣٠﴾
Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah), fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tiada perubahan pada fitrah Allah. Itulah Agama yang benar(lurus), tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.[30].

Mengikut penegasan yang dibuat oleh Imamul A'immah Hadzrat Hujjatul Islam Syah Waliyullah Ad Dihlawi, selagi manusia itu manusia, peraturan atau undang2 untuk mengawal hidupnya adalah wajib. Dan kehendak manusia kepada undang2 itu telah pun di tajalli oleh Allah swt kepada setiap orang/manusia dan undang2 itulah yang disebut *FITRAH* atau dengan kata lain dipanggil dengan istilah *AL-DIEN*

Oleh itu keperluan kepada agama didalam hidup manusia merupakan suatu kepastian. Keperluan manusia kepada agama samalah seperti keperluan manusia kepada makanan, minuman, tempat perlindungan dan sebagainya.

admin .