Tuesday, February 23, 2016

Rahsia huruf mukataat sambungan

RAHSIA HURUF-HURUF SINGKAT DALAM
AL-QURAN (sambungan)

12. Huruf singkat ‘حمعسق  ’
Nilai huruf ‘ح’ ialah 8. Nilai huruf ‘م’ ialah 40. Nilai huruf ‘ع’ ialah 70. Nilai huruf ‘س ’ ialah 60. Nilai huruf ‘ق’ ialah 100. Jumlah nilai huruf-huruf ini ialah 278 ( 8 + 40 + 70 + 60 + 100 = 278).
Maksudnya, selepas 278 tahun dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. hingga ke zaman Mu’tamad dari Bani Abasiah iaitu antara tahun 256 – 289 Hijrah,( 256<278<289) adalah zaman penghabisan ketinggian pemerintahan beraja dalam tamadun Islam.
Pada zaman ini telah dibukukan beberapa ilmu syarak seperti hadis dan ilmu alat untuk memahami hadis. Antara mereka yang masyhur membukukan ilmu hadis ialah Imam Bukhari, Muslim dan rakan-rakannya.
Pada zaman ini juga tertubuhnya kerajaan Samaniah Parsi di Bukhara. Pada zaman Mu’tamad juga dibangunkan kerajaan keturunan Fatimiah di negeri Mesir pada tahun 265 Hijrah. ( 256 Hijrah + 13 = 278).
Maksud 278 dalam surah Al-Syura, Allah menerangkan bahawa selepas tempoh 278 tahun dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. kemuliaan Arab dalam pemerintahan Islam mulai hilang dan tempatnya diambil beransur-ansur oleh kaum Ajam. Maksud surah tersebut mengingatkan supaya kaum Arab menukar corak kepimpinan mereka supaya sesuai dengan perubahan yang muncul dalam tempoh tersebut.

13. Huruf singkat ‘طسم ’
Nilai huruf ‘ط ’ ialah 9. Nilai huruf ‘س ’ ialah 60. Nilai huruf ‘م ’ ialah 40. Jumlah nilai huruf-huruf ini ialah 109 ( 9 + 60 + 40 = 109).
Dalam surah Al-Syuara, Allah menerangkan bahawa selepas 109 tahun dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. , masyarakat Arab dan umat Islam seluruhnya akan menghadapi zaman perubahan. Jika mereka tidak dapat menyesuaikan pemerintahan Islam dalam arus perubahan itu, mereka dianggap golongan yang menenggelamkan pengajaran Islam dalam arus perubahan itu.
109 tahun ini ialah pada zaman Sulaiman bin Abdul Malik menjadi khalifah, bersamaan dengan tahun 96 Hijrah (109 – 13 = 96).

14. Huruf singkat ‘كهيعص ’
Nilai huruf ‘ك ’ ialah 20. Nilai huruf ‘ه ’ ialah 5. Nilai Huruf ‘ي ’ ialah 10. Nilai huruf ‘ع’ ialah 70. Nilai huruf ‘ص ’ ialah 90. Jumlah nilai huruf-huruf ini ialah 195 ( 20 + 5 + 10 + 70 + 90 = 195).
Dalam surah Maryam Allah menerangkan bahawa selepas 195 tahun Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan sebagai rasul, akan muncul satu cabaran hebat daripada kaum Brahman dan Buddha, seperti yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Harun Al-Rasyid pada tahun 182 Hijrah (195 – 13 = 182 Hijrah). **
Dalam surah ini Allah taala menyebut salasilah yang diwarisi oleh para nabi daripada nenek moyang mereka, semoga mereka ingat semasa cabaran ini bahawa mereka dibangkitkan untuk mempertahankan Islam sebagaimana tersebut dalam surah ini iaitu kisah doa Nabi Zakaria memohon kepada Tuhan supaya dikurniakan kepadanya anak yang akan membela kedaulatan dan agama Bani Israel. Demikian juga Allah mengingatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya beliau dan para sahabatnya memelihara salasilah yang akan membela agama itu dari semasa ke semasa. Tamat.

Jadual nilai huruf-huruf abjad.

Abjad
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Nilai se
ا
بَ
خُ
د
ه
و
ز
ح
ط

Nilai puluh
ي
ك
ل
م
ن
س
عِ
فِ
ص

Nilai Ratus
ق
ر
شَ
ت
ثُ
خَ
َذ
ض
ظَ

Nilai ribu
غ
*
*
*
*
*
*
*
*

Depetik dari al mukadimah haji nik mohd saleh haji wan musa.

No comments:

Post a Comment