Sunday, March 6, 2016

Siapa umat ashabul kahfi

Siapa umat Ashabul Kahfi?
Umumnya para mufasirin melihat kisah itu dalam bentuk cerita dan meletakkan unsur cerita itu kepada kuasa Allah semata-mata.
Persoalannya, apa yang di sebut di dalam al Quran itu harus di lihat dari sudut ikhtibar yang dinisbahkan kepada masyarakat manusia hari ini.
Umat Ashabul Kahfi ialah umat yang tidur yang tidak sedar dan perubahan yang berlaku. Umat itu hanya sekadar menonton perubahan yang di lakukan oleh orang lain. Amalan di sisi Allah taala tidak termasuk sekadar orang yang menonton sahaja. Imam mereka hanya sekadar impian yang tidak berpijak pada amal yang cenederung kepada perubahan dan persengketaan kerana itulah matlamat hidup manusia untuk mengimarahkan bumi.
Mereka tenggelam dalam cerita dan mereka lupa, bahawa al-Quran adalah iktibar di sebalik sesuatu kesah dan kesah as-habul Kahfi itu menuju kepada siapakah umat yang tidur hari ini. Mereka yang tidak, sedar apa yang berlaku, mereka sekadar menonton dan tidak berperanan kepada corak sesuatu perubahan seolah-olah mereka tidak sedar perubahan di alam ini di dalam pengetahuan Allah. Firmannya.
Allah sentiasa dalam urusan.
Pada mereka yang tidak terlibat dalam perubahan dalam urusan Allah itu menjadi mangsa perubahan seperti mereka menjadi pengguna semata-mata dan tidak berpeluang membuat apa-apa.
Sesuatu perubahan tidak berlaku tanpa sebab seperti jatuh bangun sesuatu pemerintahan adalah hikmah daripada Allah. Bangsa yang menyanjung sesuatu yang beku adalah kaum yang tidur, mereka sibuk dengan urusan yang tidak menuju kepada kitab Allah. Mereka menyanjung al-Quran hanya setakat lagu, taranum, tajwid dan hafal dan tidak menuju kepada maksud sebenar al-Quran diturunkan iaitu pencetus fitrah iaitu adil dan kasih sayang sesama manusia.
Mereka menganggap sesiapa yang cuba meroboh tembok dan tradisi yang beku itu sebagai pehak yang sesat.
Ugama sabiah termsasuk Hindu dan Budha telah berlaku takrif dan terpesong dari ajaran sebenar seolah-olah mereka yang melibatkan diri dengan agama telah mendapat lesen untuk meminta sedekah daripada orang ramai dan mereka tidak berpeluang untuk menyediakan makanan untuk diri sendiri. Kerana sibuk dengan urusan yang atas nama agama yang di tokok tambah.
Tanpa disedari sindron itu telah merebak kepada semua agama termasuk Islam yang terdorong menjadi umat yang tidur.
Hafal Quran pada zaman sabahat utuk memperkasakan ilmu tetapi hafal Quran pada hari ini bertujuan untuk mencari elaun sebagai kaedah baru sebagai peminta sedekah.
Demikianlah semangat ruhban meresap ke dalam semua agama seperti mana sami-sami Hindu dan Budha, mereka tidak belajar menamam padi. Mereka menjual agama untuk mendapat sepingang nasi. Begitulah juga apa yang berlaku pada umat islam hari ini mereka mendidik generasi agama yang tidak pandai mencari rezeki tetapi pemimpin-pemimpin mereka membuat pelbagai helah supaya kawan-kawan mereka mudah mendapat wnag, mereka di latih berpakaian berketrampilan agama dan gaya tertentu tetapi lebih moden daripada sami-sami Hindu dan Budha. Mereka bercakap soal-soal agama hanya selepas mati.
Golongan tidur juga berlaku kepada mereka yang bertaklid kepada mana-mana aliran atau mazhab atau tok guru dan mengurung minda mereka dalam tempurung yang amat terhad. Mereka beranggapan ilmu di luar dari tempurung mereka bukan daripada Allah sedangkan firman Allah. Ayat-Ayat Allah di langit dan di bumi. Sesungguhnya ilmu Allah itu dibahagikan kepada seluruh makhluk di bumi yang mendorong manusia bersikap adil dan kasih sayang sesama manusia.
Khatib-Khatib di masjid selalu mengingatkan perintah Allah supaya melakukan keadilan dan kasih sayang sesama manusia tetapi mereka meraba-raba tentang memperaktikkannya.
Firman Allah.
Wahai orang beriman. kenapa kamu berkata atau membaca sesuatu yang kamu tidak buat sesungguhnya Tuhan benci pada orang yang seperti itu.
Sebaliknya mereka mendakwa membaca sahaja al-Quran dikira ibadat. Persoalannya, Adakah mereka itu mempunyai niat untuk memahami dan untuk mengamalkannya?
Sesungguhnya membaca tanpa niat untuk mengamalkannya tidak termasuk di dalam amalan kerana membaca dan membuat itu adalah sesuatu yang berlainan.
Demikianlah umat yang tidur pada hari ini berlaku kepada semua agama.
Di dasampin kesahumat ashabul Kahfi, Allah menyebut kesah yang kedua iaitu Zulkarnain yang berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dan Allah berfirman:
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. (Q18:7).

Oleh Hasan muhamad.

No comments:

Post a Comment