Tuesday, February 16, 2016

dua sebab yang menimbulkan masalah dalam masyarakat

Dua Sebab Yang Menimbulkan Masalah Dalam Masyarakat.

  Allāh berfirman:

Adapun manusia apabila diuji oleh Tuhannya, diberi kemuliaan dan kesenangan hidup; maka ia berkata: “Tuhanku telah muliakan aku”. (15). Tetapi apabila Tuhan mengujinya dan mengurangkan rezekinya, maka ia berkata: “Tuhanku telah hinakan aku”. (16) (Al-Qurʾān: 98: 15, 16).
Shaykh berkata, pada masa tertentu amalan manusia sesuai dengan yang diredai. Maka manusia hidup dalam keredaan dengan senang dan aman. Pada masa lain pula manusia tersalah jalan, maka manusia hidup dalam kesusahan dan ketakutan. Inilah maksud firmanNya:

Tidak, (Al-Qurʾān: 89: 17).
Maksudnya, Allāh tidak menghina dan memuliakan seseorang melainkan dengan sebabnya, dan Allāh tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga sekalipun mereka sendiri mengubah keadaan mereka.

Dua Sebab Yang Menimbulkan Masalah Dalam Masyarakat.
 Allāh berfirman:

“bahkan kamu tidak muliakan anak-anak yatīm. (17). Dan tidak kamu gemar memberi makan orang miskīn”. (Al-Qurʾān: 89: 17, 18).
Shaykh berkata, satu sebab Allāh mendatangkan bala dan kekacauan dalam masyarakat ialah golongan pemerintah tidak mengambil berat terhadap golongan bawahan dan kekurangan keperluan asas sebagaimana mereka sepatutnya perolehi. Inilah falsafah Islām.
Inilah sifat manusia yang memuji Tuhan semasa senang dan mencaci Tuhan semasa susah. Allāh tidak menghina seseorang kerana dia miskīn atau Allāh memuliakan seseorang kerana dia kaya. Pentadbiran Allāh ke atas manusia mengikut sebab-sebab zahir dan sebab-sebab ghaib yang lebih kuat daripada sebab zahir. Ayat 17 dan 18, iaitu mereka tidak memuliakan anak-anak yatīm, bermaksud mereka tidak menghiraukan orang yang malang, tidak membimbing anak-anak yatīm yang hidup susah. Demikian juga keadaannya, mereka tidak gemar menolong orang miskīn.
Dua sebab di atas menimbulkan masalah kepada masyarakat. Tiada pembelaan terhadap golongan yang melarat, sedangkan falsafah Islām mengajar supaya mereka dibela.

Allāh Membela Golongan Yang Tertindas.
Allāh berfirman:

“Dan Kami mahu menumpahkan budi ke atas mereka yang ditindas di bumi itu; dan Kami mahu jadikan mereka pemimpin; dan Kami mahu jadikan mereka mewarisi (bumi)”. (Al-Qurʾān: 28: 5).

Cara Allāh Membela Golongan Tertindas.
Jika Allāh mahu menukarkan keadaan sesebuah negara yang diperintah secara zalim dengan membiarkan rakyatnya hidup tanpa tujuan, tanpa pembelaan terhadap golongan yang lemah yang berleluasa dan melebehi batasan kemanusiaan, maka Allāh mengubah keadaan masyarakat itu kepada yang lebih baik di mana golongan lemah dan tertindas akan mengambil alih pemerintahan dan mempusakai bumi.

Memakan Harta Anak Yatīm.
 Allāh berfirman:

“Dan kamu makan sungguh-sungguh harta warisan”. (Al-Qurʾān: 89: 19).
Harta peninggalan seorang yang mati dijaga oleh seorang untuk membiayai kehidupan anak-anak orang yang mati itu. Harta itu digunakan sepenuhnya oleh penjaganya sebelum anak-anak mencapai umur baligh dan pandai mengurus harta. Perbuatan ini berlaku kerana penjaga harta amat cintakan harta. Inilah maksud firmanNya:

“Kerana kamu terlalu mencintai harta kekayaan”. (Al-Qurʾān: 89: 20).
Kisah di atas menerangkan keadaan dalam satu keluarga di mana penjaga harta anak yatīm mengambil kesempatan memakan harta anak yatīm yang masih kecil.

Pemerintah Yang Mengikuti Dasar Golongan Pemodal.
Dalam pengertian yang lebih luas, katakan rakyat di sebuah negara tidak matang berfikir dan kurang mengetahui tentang pemerintahan dan pengurusan ekonomi dan kekayaan negara. Maka pihak pemerintah pula mengambil peluang mengumpul kekayaan sebanyak mungkin sedangkan rakyatnya terabai. Amalan seperti ini memang berlaku di mana-mana negara khususnya negara membangun yang baru mencapai kemerdekaan. Harta di bumi sesebuah negara adalah untuk semua rakyat, bukan untuk golongan tertentu di negara itu. Golongan pemerintah dianggap sebagai bapa kepada semua rakyatnya.
Ayat di atas juga merupakan satu gambaran tabiat pemerintah yang mengikuti dasar kaum pemodal yang sering menindas manusia, menyekat keperluan dan hak orang fakir dan miskīn.

 (di petik dari tafs al hakm karangan haji nik abdullah haj wan musa)


No comments:

Post a Comment