Sunday, January 31, 2016

Perjuangan IS adalah satu sambungan.

Perjuangan IS adalah satu sambungan.
Para ulama dan mufti pernah diminta supaya mengeluarkan hujah untuk mematahkan hujah IS tentang masalah jihad yang dapat mempengaruhi anak-anak muda yang berminat kepada perjuangan Islam supaya dapat mendapat alasan yang sebenar sebagai jawapan untuk membendung pengaruh IS yang berhujah tentang jihad.
Tetapi seruan itu hanya tinggal seruan, hanya mereka menekan supaya berpegang kepada wasatiah supaya umat Islam hidup secara sederhana dalam serba-serbi.
Mereka memaling matlamat jihad itu kepada yang lain seperti bersungguh-sungguh berjihad menanam padi, bersungguh-sungguh belajar, bersungguh-sungguh berjihad ekonomi dan di kalangan penunggu surau, mereka berjihad berjaga malam, sembahyang malam, berjihad membaca jam lima pagi mengganggu orang tidur.
Sebenarnya ilmu yang ada pada ulama dan para mufti di hari ini tidak mampu menyekat hujah pemimpin IS kerana mereka datang daripada bilik kuliah yang sama dengan pemimpin IS.
Oleh kerana mereka mendapat peluang hidup yang senang, mereka mahu menyekat orang lain merebut kerusinya dan jangan beritndak agresif. Kalau pun tidak setuju, menentanglah secara lemah lembut kerana mereka tahu cara demikian tidak menggugat kerusinya. Itulah matlamat wasatiyah.
Kepada mereka yang tidak berpeluang dalam kerajaan dan melihat kerajaan dari sudut yang bertentangan, mereka itu yang memalu gendang jihad dan menderma kepada mereka itu jihad, berceramah jihad, mengundi menyokong mereka pun jihad.
Dalam subjek jihad apabila diperangungjawab untuk berjihad jika lari maka kafir,
Adakah tidak mengundi Pas akan menjadi kafir? Sebenarnya mereka belum buat keputusan ini. (contoh), demikian juga jika mengabai belajar, ekonomi dan lain-lain. Adakah kafir jika mengabaikannya?
Hukum jihad jika tidak ditunaikan atau mengelak diri dari melakukannya maka kafir. Subjek jihad hanya satu sahaja iaitu menentang kezaliman dan menegak keadilan.
Dari satu sudut, ada pihak yang tidak sehaluan dengan pihak lain dan bermusuh secara terbuka. Risikonya mereka ditekan dan daripada tekanan itulah mereka mengatakan kerajaan zalim lalu mereka mengisytiharkan jihad secara terbuka dengan musuh mereka, tetapi apabila mereka menang mereka akan bertindak balas seperti mana apa yang dilakukan terhadap mereka dan gagasan keadilan yang di laung sebelum ini telah hilang sama sekali dan slogan jihad mereka itu adalah palsu dan bertopengkan Islam.
Ada pihak yang menamakan jihad Nabi untuk menegakkan syiar Islam dan syariat Islam. Kalau syiar yang menjadi matlamat jihad Nabi dan para sahabat kenapa baginda dan para sahabat tidak merobohkan gereja untuk dijadikan masjid. Yang kedua, syariat adalah satu amalan umum untuk mewujudkan organisasi peringkat awal matlamatnya ialah untuk mewujudkan keadilan dan ihsan (kasih sayang sesama manusia) dan hukum zalim yang disyariatkan itu bergantung kepada ijtihad atau pemudah cara sesuatu masa dan keadaan kearah melancarkan program untuk mencapai matlamat.
Dakwah tabligh syariatnya berjanggut, berserban, berkayu sugi dan pergi mengembara menjelajah masjid itu syariat dia. Syariat orang Taliban, berjanggut, berserban serta menyekat wanita dari bekerja dan belajar.
Pendapat iamam Ghazali, paksi bagi rukun iman ialah beriman pada takdir. Setiap manusia ditakdirkan ia faham dan yakin terhadap sesuatu kebenaran.
Ijtihad adalah sesuatu keperluan semasa dan perlu diselesaikan dengan keadaan berubah-ubah dan tidak mutlak melainkan al Quran. Ijtihad lebih menekankan hukum zahir yang mencorakkan cara falsafah matlamat tidak mengubah cara adalah suatu yang menyimpang daripada kaedah sebenar.
Membunuh adalah salah tetapi kenapa dibolehkan untuk berjihad dan berjuang untuk menentang kezaliman matlamatnya untuk menegakkan keadilan. Itulah perjuangan jihad oleh Nabi dan sahabat dari perjuangan itu adalah hukum dengan perjuangan sejagat. Tidak harus keliru antara matlamat dan jalan yang menuju kepada matlamat.
Oleh kerana umat islam hari ini telah meletakkan fardhu ain syiar dan syariat dalam satu kesimpulan yang telah hilang matlamat sebenar dan mereka telah dikelirukan tentang pengenalan jihad.
Mereka sibuk dengan penampilan diri fardu ain dan syiar dan syariat matlamat sejagat dalam keadaan yang meraba-raba. Seindah mana penampilan zahir jika ia menyimpang daripada tujuan al Quran diturunkan untuk memimpin seluruh alam sebagai persediaan rahmat Allah untuk seluruh manusia, maksudnya ia adalah munafik kerana memenongkan matlamat Al-Quran diturunkan.
Wasatiah adalah satu teori dan ciptaan kosong yang tidak mampu berbuat kebajikan kebaikan kepada manusia dan menentang kemungkaran tetapi masih rakus menghukum orang yang dilahirkan oleh Allah sebagai bukan Islam itu kafir dan tidak membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah. Kafir yang sebenar, engkar perintah dari Allah tidak sama dengan mereka yang dilahirkan daripada kaum yang memiliki budaya dan resam mendekati diri kepada yang maha kuasa seperti berdoa dan sembahyang berhubung dengan Allah, berhubung rahim, kasih sesama manusia.
Firman Allah.
Apa yang dijadikan Allah tiada sia-sia.
Allah telah menampakkan keelokan pada amalan sesuatu kaum.
Al Quran juga tiada satu umat yang diutus Nabi dan rasal dan orang-orang yang beriman, Yahudi, Nasara, Sabie beriman dengna hari akhirat. Amal baik mereka akan dibalas syurga.
Umat Islam diwajibkan beriman dengan semua rasul dan semua kitab. Rukun iman.
Allah menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa supaya dikenali disebali (perbezaan syariat) itu ada hakikat persamaan dari sudut fitrah kejadian manusia adalah sama dan persamaan ini masih wujud atas sebab itu Allah perintah kepada Nabi Muhammad firman-Nya.
Wahai ahli kitab, marilah bekerjasama pada kalimah yang sama.
Sekiranya persamaan itu tidak wujud dan musnah sama sekali pada ajaran mereka tidak mungkin Allah perintah kepada Nabi Muhammad untuk bekerjasama pada prinsip yang sama.
Ada pihak yang mentafsirkan selepas bangkit Nabi Muhammad semuanya kafir, adakah kafir itu pada syariat? Atau kafir itu dinila pada fitrah? Itulah persoalannya.
Apabila tanggapan kafir ini suatu pihak yang di cap terhadap orang lain bermulalah semangat permusuhan dan semangat kebencian semata-mata diukur pada rupa zahir.
Disuatu pihak yang menjadi mangsa tanggapan kafir itu mereka pun sedar bahawa umat Islam yang mempunyai niat dalaman yang tidak ikhlas terhadap mereka dan mereka hanya bergaul sekadar pura-pura semata-mata untuk membalas dendan dan menjajah.
Hari ini umat Islam telah dijajah ekonomi serta di susuli oleh sosio budaya dan politik dan mereka dapat menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin masyarakat Islam hanya sebuah negara yang diperintah oleh orang Islam walaupun individu yang memerintah itu Islam hanya sekadar jurucakap yang direstui oleh kuasa penjajah.
Episod balas dendam yang menyekat arus politik Islam dari semua sudut bermula dari semangat kebencian yang ditanam kesan daripada mengkafir sesuatu kaum dan tindakbalas bertentangan di sebaliknya.
Sumbangan daripada itu lahirlah IS yang mengembang semangat kebencian dan semangat balas dendam sanggup mengkafir yang menyeluruh dan cuba mengembalikan kuasa daulah islamiyah berpaksikan kepada syariat dan budaya taklid tetapi mereka hilang matlamat untuk mewujudkan manusia yang adil dan kasih sayang sesama manusia.
Matlamat IS ialah untuk mendapatkan kuasa pemerintah dan di sebaliknya ada tangan yang tersembunyi yang menggalakkan umat Islam bertelagah sesama sendiri dan menonjolkan isu kebencian kepaa pemerintahan yang dicap sebagai tidak Islam.

Oleh hasan muhamad.

No comments:

Post a Comment