Friday, August 14, 2015

Pra pekerjaan




1. Banyak pihak berminat membincangkan ekonomi peringkat menengah dan peringkat atasan. Mereka lupa masalah ekonomi di peringkat bawahan.
2. Apabila masalah bawahan menjadi tertunggak akan memberi kesan nagatif jangka panjang masa depan politik negara. Oleh itu masalah kemiskinan dan penggangguran perlu di asas secara drastik dalam suatu kerangka pekerjaan di peringkat pra.
3. Ada setengah individu yang perlu lari dari tekanan hidup jika mereka tidak diberi sokongan lari dari tekanan hidup menyebabkan berlakunya kezaliman seperti mendera anak dan ssebagainya. Kerajaan tidak mampu  mengadakan pekerjaan kepada semua rakyat tetapi kerajaan mampu mengadakan pra-pekerjaan sebagai  memenuhi keperluan tuntutan makanan harian.
4. Pusat2 latihan banyak diberi oleh kerajaan tetapi lemah apabila menuju kepada bidang perniagaaan. Dunia perniagaan penuh dengan rebutan dan persaingan. Ia perlu dibina di atas asas yang kukuh.
5. Ia harus bermula diperingkat bawah iaitu perniagaan dibina di atas keperluan sara diri. Adalah terselamat daripada persaingan yang hebat.
6. Kejayaan ekonomi yang melibatkan golongan yang terkebawah adalah pegukur kepada sektor ekonomi negara dan terselamat dari sebarang pergolakan dan kegawatan ekonomi dunia.
7. Sistem ekonomi kapitalis dan sosialis ada yang melihat golongan kaya dan miskin sahaja. Ada pun yang terbaik adalah gabungan antara kedua-dua.
8. Dunia hari ini ada dua sistem ekonomi yang diperkenalkan ialah kapitalis dan sosialis.
9. Antara sistem itu ada yang melihat kepada kepentingan golongan kaya dan ada yang melihat golongan miskin sahaja.
10.     Kedua-dua sistem itu ada  manafaat yang baik kerana berdasar kepada keadaan manusia yang tidak sama dari segi kebolehan.
11.     Antara manusia itu sendiri ada yang cenderung kepada kemajuan diri supaya lebih mengatasi orang lain dan mereka mempunyai kemampuan bertindak.
12.     Antara mereka ada yang merasa bahagia apabila sesuatu nikmat dapat dikecapi bersama dengan semangat tolong menolong dan saling membantu. Pada golongan yang hilang tempat bergantung perlu di perkenalkan keadah pra pekerjaan bermula dengan penempatan sementara dan perkongsian yang lebih menyeluruh antara modal dan tenaga.
13.     Himpunan tenaga yang ada pada mereka jika diurus dengan baik boleh menyumbang kepada kebangkitan produkitiviti.
14.     Tenaga yang ada pada mereka mampu mengambil alih peranan buruh asing. Mereka boleh meninggal keluarga untuk sementara dan menumpu kepada pekerjaan dengan mengambil alih peranan buruh asing.
15.     Pra pekerjaan adalah satu perkongsian antara modal dan tenaga mendidik masyarakat tolong menolong saling membantu dapat memahami masalh rakyat miskin dan pengganggur. Sunah allah yang mendidik hambanya seperti nabi Yusuf yang bergaul dengan yang bermasalah di penjara dapat menimba ilmu dan dapat memahami maslah rakyat sebenar dan beliau dapat menterjemah kepada pelaksanaan apabila beliau dapat peluang dalam pemerintahan. Nabi Muhammad saw hidup sebagai anak yatim bergaul bersama gembala kambing.
16.     Maka wajarlah pemegang ijazah dan penganggur sebelum ia mendapat tempat di alam pekerjaan. Ia melibatkan diri bersama golongan miskin di perkampungan penempatan sementara.
17.     Difinasi negara maju menjadi khilaf di kalangan mereka ada yang berpendapat rakyat ke arah berpendapatan tinggi yang keua da berpendapat mengguna peralatan canggih. Yang ketiga maju sebenar nya diukur dengan fitrah insaniyah iaitu semangat adil dan kasih sayang sesama manusia yang menjadi tonggak kepada ajaran semua kitab illahi samada pada milah hanifi ataupun dan milah sabiah yang menjadi salah satu daaripada rukun iman iaitu beriman dengan semua kitab illahi.
Pada pendapat saya pengentahuan yang bermula daripada bawah iaitu rakyat dan pengganggur yang membina satu kehidupan di peringkat pra pekerjaan. Jabatan kebajikan masyarakat ataupun majlis agama negeri telah menyumbang bantuan bulanan kepada individu pilihan mereka sepatutnya di ubah dairpada pemberian ikan kepada memberi kail.
18.     Biasanya kail yang diberi tidak mampu diurus dengan baik lalu kail itu dijual dan terbengkalai, Ketidak mampuan mengurus lebih2 lagi masalah kewangan dan perniagaan.
19.     Maka wajarlah kail atau sebarang barang diberi secara berkelompok membolehkan mereka membuat, mengguna dan menjual.
20.     Kebolehan mereka ini adalah terbatas dan mereka perlu diurus secara berperingkat mengkut kebolehan mereka sehingga mampu menjadi kumpulan membuat dan mengeluar produk berasaskan keperluan sara diri.
21.     Setelah teknik bertambah baik dari semasa ke semasa hingga mampu berada di pasaran diperingkat kedua rangkaian kedai yang bertapak secara menyeluruh mampu membina kilang yang menjadi payong kepada pekedai2 orang miskin dan pengganggur.
22.     Dalam sektor pembukusan barang2 dalam dan luar negara terbina di atas rangkaian kedai yang menyeluruh.
23.     Apabila produk diterima dipasaran dan mendapat hasil daripada produktiviti yang mampu dapat menampung keperluan peserta,  pihak kerajaan boleh menarik balik bantuan yang diberi secara berperingkat2.  Akan lahirlah produktiviti dalam bentuk keperasi sebagaai lambang pencapaian produktiviti yang menggerakkan tenaga orang miskin dan pengganggur.
24.     Bila orang tanya masyarakat malaysia dimanakah masyarakat malaysia yang kehidupannya  dan maju dengan membudayakan prinsip saling membantu dan saling tolong menolong  jawabnya dalam perkongsian antara modal dan tenaga diperingkat pra pekerjaan.
25.     Sebuah kehidupan yang harmoni tanpa apa2 rebutan yang menguasai antara individu. Itulah suasana dan tempat untuk mencari ketenangan jiwa ke arah kehidupan baru.

(kesenian dan sukan)
26.     Antara peserta terdapat individu2 yang memiliki pegentahuan asas mengenai kesenaian dan sukan boleh menyumbang kepada generasi yang  minat dan berbakat.
27.     Yang menyertai kem ini dapat mengembangkan bakat mereka apabbila terserlah kebolehan mereka  boleh mendapat tempat dalam masyarakat.


Oleh hasan muhamad, kg tok ku

No comments:

Post a Comment