Tuesday, August 18, 2015

Sebab2 penyelewengan





[1] Berikut adalah beberapa perkara yang menyebabkan penyelewengan. (i) pengabaian, hakikat pengabaian ialah generasi yang mengganti golongan pendukung agama mengabaikan solat, mengikut keinginan nafsu, tidak berusaha menyebarkan, mengajar, mempelajari dan mengamalkan agama, tidak menggalakkan perbuatan baik dan tidak mencegah perbuatan jahat. (ii) tujuan yang merosakkan, meyebabkan takwilan yang salah untuk mendapat keredaan dan mengikut keinginan raja-raja. (iii) para ulama tidak melarang perbuatan buruk. (iv) sikap terlalu menghalusi dalam agama. keadaan sebenarnya apabila syarik menyuruh atau melarang daripada sesuatu, orang yang mendengar memahami mengikut akalnya. Lalu dengan hukum itu digunakan pada kes-kes yang menyemainya hanya dalam sudut tertentu. (v) memilih ibadat yang  menyusahkan (tasyaddud) yang tidak disuruh oleh nabi atau Tuhan seperti sentiasa puasa, beribadat malam, tidak kahwin. (vi) istihsan. Hakikat istihsan ialah seorang melihat Nabi menetap satu tanggapan yang sesuai bagi setiap hukum dan dia melihat nabi menetapkan syariat. Lalu dia mengambil sebahagian rahsia syariat dan dijadikan peraturan untuk manusia mengikut apa yang baik mengikut kefahamannya. (vii) mengikuti ijmak satu kumpulan pembawa millah yang biasanya atau kebanyakan masa dipercayai benar oleh orang ramai. Maka mereka berpendapat ijmak mereka ini adalah hujah yang teguh yang menetapkan sesuatu hukum, walaupun ijmak itu tidak berasaskan Al-Qurʾan dan sunnah. (viii). Bertaklid kepada seseorang yang tidak maksum iaitu selain dari nabi. Seorang ulama umat Muhammadiah berijtihad dalam satu masalah, ijtihadanya diikuti oleh orang ramai. Mereka yakin ijtihad itu benar atau biasanya benar. Dengan ijtihad itu mereka menolak hadis sahih. (ix) percampuran millah sehingga tidak dapat dibezakan. (ujjat Allah al-Balighah, jilid I, bab).


[1] Shariʿat yang sempurna mengandungi perintah jihad, kerana Allah taklifkan manusia dengan suruhan dan larangan. Kebanyakan manusia dikuasai keinginan nafsu yang hina, akhlak yang ganas, pelbagai waswas syaitan ingin menjadi pemimpin dan budaya lama. Faktor-faktor ini menyebabkan mereka mengabaikan faedah dan tidak mengakui perintah Nabi (S.A.W.), tidak menghayati kebaikan perintah baginda. Untuk mereka tidak memadai dengan menyampaikan hujah, tetapi mereka hendaklah dipaksa beriman secara hina. Mereka yang terlalu kuat perlu dibunuh, benteng kekuatan mereka dimusnahkan, harta mereka dirampas. Dengan berbuat demikian penyokong dan keturunan mereka akan beriman secara gemar dan taat. Mereka beriman apabila ditawan dan dipaksa. Inilah maksud sabda Nabi (S.A.W.) : “Allah hairan dengan satu kaum yang memasuki syurga bersama-sama rantai”. (ujjat Allah al-Balighah, jilid II, bab ‘’, ms. 170).

10 Sifat haiwan tunduk kepada sifat malaikat dalam bentuk perbuatan, tanggapan dan peraturan yang khusus
untuknya. (Itulah kebajikan). Sifat haiwan juga menentang sifat malaikat dalam bentuk perbuatan,
tanggapan dan usaha-usaha yang bertentangan dengan kepatuhan itu. (Itulah dosa). (Ḥujjat Allah al-
Balighah, jilid I,).

Dipetik dari tafsir al-hakm

No comments:

Post a Comment