Wednesday, February 18, 2015

Takrif Ihsan mengikut pandangan tafsr al hakm.



Petikan dari tafr al hakm oleh wan abdullah bin wan musa dari kelantan meninggal 1932 dan boleh di dapati di uiam dengan permintaan untuk kajian tesus.

 ihsan
 
        Isan ialah keadaan seseorang bekerja dengan adil seolah-olah Allāh melihatnya dan dia melihat Allāh. Seseorang yang menduduki martabat isan seperti itu tidak akan meninggalkan sesuatu kepentingan orang ramai mengikut firah, sama ada ilmu atau perbuatan.
        Allāh berfirman:
Adalah mereka itu tidur sedikit pada malam hari. (Al-Qurʾān: 51: 17).
        Maksudnya, mereka sentiasa berfikir tentang kerosakan sistem kehidupan orang ramai dan mereka tahu bahawa perkara itu bukan daripada Allāh. Sebenarnya kerosakan itu disebabkan oleh hikmah Allāh memberi pilihan kepada sebahagian manusia terhadap sebahagian. Kezaliman berpunca hanya daripada sekumpulan manusia, dan Allāh tidak bersetuju dengan kezaliman itu selama-lamanya. Mereka sentiasa berfikir cara memperbaiki kerosakan ini. Inilah sifat manusia yang sempurna.
        Pada umumnya, demikianlah keadaan para sahabat nabi dari kalangan orang Islām pada zaman awal. Pada waktu malam mereka berfikir tentang Al-Qurʾān al-ʿaẓīm. Mereka tidak membaca Al-Qurʾān seperti kita membaca sekarang. Kami dapat tahu sebahagian dari kalangan orang yang ikhlas berfikir tentang satu ayat selama enam bulan. Ini juga satu nukilan daripada Nabi (S.A.W.). Baginda membaca satu ayat sepanjang malam. Ayat yang dibaca oleh Nabi itu ialah:
Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka itu hambaMu dan jika Engkau ampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Qurʾān: 5: 118).
        Nabi (S.A.W.) diperintah menyokong orang yang beriman dengannya dan melahirkan mereka mengatasi orang kafir yang tidak beriman dengannya. Semasa menunaikan kewajipan ini, tidak mungkin sebahagian mereka yang beriman mengalami keazaban, dan sebahagian orang yang kafir bukan kerana kedegilan mereka; tetapi kerana tidak jelas jalan yang benar kepada mereka; keadaan ini sentiasa berada di hati Nabi (S.A.W.). Setelah Nabi (S.A.W.) membaca ayat 118, surah al-Māidah, maka kalimah “Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka itu hambaMu”; maksudnya ditujukan kepada orang yang beriman. Manakala kalimah: “dan jika Engkau ampuni mereka” ditujukan kepada orang kafir.
        Sekarang aku mahu memastikan di hati Nabi (S.A.W.); bahawa perbuatannya tidak bertentangan dengan ayat itu sedikit pun. Untuk memperbaiki kehidupan manusia dalam bidang amali, memerlukan pemikiran yang lebih daripada itu. Allāh berfirman:
Sedang pada waktu akhir-akhir malam mereka meminta ampun. (Al-Qurʾān: 51: 18).
        Hasil pemikiran mereka ialah, mereka mengakui kelemahan sifat kemanusiaan mereka yang sejahtera. Setelah Nabi menyedari kesilapannya, dia mengetahui semua kekuatannya untuk memperbaiki kelemahan mereka (orang beriman), setelah dia mengetahui bahawa amalan mereka telah rosak kerana kelemahan mereka. Maka mereka bangun dengan semangat yang penuh untuk memperbaiki kelemahan mereka.
Firman Allāh:
Dan dalam harta-harta mereka, hak untuk yang minta-minta dan yang tak diberi. (Al-Qurʾān: 51: 19).

Satu Peringatan
        Memperbaiki masyarakat bukannya memperbaiki pemikiran sahaja. Paksinya, ialah mensabitkan hak masyarakat pada harta mereka yang khusus. Itulah matlamat yang disedarkan oleh para hukama kemasyrakatan. Mereka yang khusus menguasai orang ramai dengan memiliki akhlak yang buruk. Ayat ini memastikan manusia supaya berfikir. Aku telah menulis rencana sanadku yang pertama berdasarkan ayat ini.
        Yang kami maksudkan dengan “harta” di sini ialah harta kami dan harta mereka. Dalam harta itu ada hak orang yang meminta dan yang tidak meminta. Jika demikian, orang miskin dari kalangan kita hanya mengambil hak mereka dan kami menganggap bahawa kami utamakan pemberian kami kepada mereka.
        Setiap kali orang Islām merujuk untuk memperbaiki kesalahan ini, mereka bangun dengan segera. Al-Quran telah menetapkan perkara itu:
 
harta yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas kehidupan kamu; (Al-Qurʾān: 4: 5).
    Sesuatu umat tidak dapat bangun selama-lamanya tanpa harta-harta itu. Mereka perlu berfikir. Inilah ilmu mereka selepas berfikir. Inilah asas penyatuan. Penyatuan adalah rupa penyusunan sahaja. Para ʿulamāʾ yang berhak dinamakan sebagai orang bodoh, telah berusaha sedaya upaya membangun rupa penyatuan tanpa asas dan tanpa roh penyatuan.
Allāh berfirman:
Dan di bumi ada beberapa tanda bagi orang yang yakin. (Al-Qurʾān: 51: 20).
        Maksudnya, apabila manusia meminta keterangan keadaan bumi, dia akan dapati saksi-saksi terhadap tuntutan ini yang disebut oleh Al-Qurʾān. Maka saksi-saksi itu menjadi sebab mereka lebih yakin daripada keyakinan yang pertama.
        Pada ayat ini diisyaratkan bahawa wajib berfikir untuk menyokong penyelidikan. Hikmah itulah yang diambil oleh orang Eropah dengan mengumpul persediaan bagi setiap sesuatu. Pusat-pusat pengajian kita yang tidak mempunyai kefahaman mengejek orang yang mengkaji segala keadaan yang mereka terima daripada pengikut Aristotle bahawa bukti mendatangkan keyakinan; penyelidikan boleh menimbulkan tanggapan yang teguh.

Dan seterusnya boleh dirujuk di perpustakaan uiam dengan permintaan kajian tesus.
Petikan dari tafsr al hakm oleh haji wan abdullah bin haji wan musa(tuan tabal ) meninggal pada tahun 1932M

No comments:

Post a Comment