Sunday, February 1, 2015

Takrif hamba




1.   Setengah pendapat terutama pelajar daripada mesir dan timur tengah beranggapan hamba itu bermula dari tawanan perang dikeranakan askar yang berjuang bersama nabi telah mengeluarkan modal yang banyak. Mereka mendapat tawanan perang sekali gus boleh dijadikan hamba mereka.   sebagai ganjaran pelaburan mereka bersama nabi.Pendapat itu pernah dinyatakan oleh nik aziz nik mat bekas menteri besar kelantan atau mursyidul am pas,   
2.   Istilah tawanan perang itu disebut wafiriqa dan tidak akan menjadi abdun sama sekali. Tawanan-tawanan perang itu boleh disuruh bekerja sebagai membantu tuan rumah untuk memenuhi keperluan mereka juga sementara tukar tawanan perang atau tebusan atau mereka memeluk islam. jika tidak mereka disuruh mengajar sepuluh orang anak orang Islam sehingga kanak-kanak itu boleh membaca dan menulis dan selepas itu mereka dibebaskan.
3.   Pada hari ini, apa yang berlaku, kekalahan perang dikalangan askar-askar jerman dan iraq atau pun rakyat jerman dan iraq di paksa oleh pihak yang berkuasa mencurahkan segala ilmu yang ada untuk memenuhi keinginan pihak yang berkuasa.
4.   walaupun sumbangan itu tanpa kerelaannya tetapi terpaksa dilakukan mengikut apa yang diperintah kerana itulah yang dinamakan hamba yang dipaksa dan jika mereka enggang ikut arahan mereka akan dibunuh secara terancang.
5.   susulan berikut mereka mendakwa Islam telah galakkan merdekakan hamba itu dengan sebab-sebab tertentu.Pendapat seperti itu adalah berchanggah dengan prinsip Islam sama sekali.Menggalakkan seseorang supaya membebaskan hamba adalah tidak selari bagi ahli undng-undang.Kerana dalam perkara perhambaan tidak mungkin boleh diatasi dengan galakan.Prehambaan adalah sesuatu yang besar dari sudut kemanusiaan.Istilah menggalak supaya membebas hamba seolah-olah perkara ini perkara sunat.
6.   Menggalak supaya merdeka hamba bukan  yang dimiliki tetapi perhambaan dipersekitaran berlaku unsur-unsur penindasan tekanan kepada golongan-golongan yang lemah atau negara yang menjadi mangsa atau kepada masyarakat atau penjajahan oleh golongan yang kuat terhadap golongna yang lemah.
7.   Imbasan yang berlaku samaada industri dan masyarakat dari negara yang menjadi mangsa penindasan yang berlaku di setiap zaman.Kehendak resepi ekonomi penjajahan dari sudut ekonomi , ada pemimpin perniagaan berkata perniagaan harus bermula dari bawah tetapi golongan menegah yang terlibat dalam produktiviti perniagaan dan saiz perusahaan itu diukur dengan golongan menengah yang masing-masing bercita-cita untuk menjadi naga dan geruda dalam bidang perniagaan.
8.   Hamba dalam pengertian quran atau pun Islam,Ia dijadikan Allah ada yang mempunyai kelayakan untuk menjadi pemimpin, menjadi pengikut (atau menjadi rakyat)Sebagai satu syarat kesempurnaan hidup manusia memerlukan kedua-dua kekuatan ini. (kebolehan)Seperti mana tangan-tangan manusia itu tidak sama atau jari-jejarinya. Kerana dengan ketidaksamaan itulah ada kekuatannya.Diistilah sebagai kedua-dua golongan ini sebagai imej merdeka ataupun hamba.Orang merdeka itu,sebagai pemimpin dan abdi itu sebgai rakyat.Pada tanggapan umum apabila disebut hamba , mereka akan ternampak orang kulit hitam yang boleh dijual beli seperti mana dalam sejarah amerika. disuruh apa saja oleh majikannya mereka dibahasakan sebagai abdun mengikut bahasa quran atau pun mengikut bahasa arab quran. Mereka yang hidup menumpang atau kuli atau budak suruhan pejabat yang boleh disuruh apa saja oleh majikannya.Orang yang memiliki malakaf abdun tidak merasa sempurna  dan kekuatan atau keyakinan diri , dia sebenarnya tidak kuat dan tidak ada keyakinan diri jika tidak ada bersamanya orang yang memantau dan menyokong bersama tugas-tugas yang mereka laksanakan.Mereka itu tidak mampu mencetus sesuatu lebih-lebih lagi menyanggah arus.
9.   Demikianlah hamba bil tabie, iaitu hamba semulajadi. Malakaf hamba abdun secara taklif, seseorang merasa selesa apabila ia mendapat sesuatu tugas atau peranan. Ada pihak lain yang memantau atau dengan lain perkataan ia dapat menumpang sifat berani bersama orang lain. Dia sanggup melakukan yang luar biasa dari pemimpin mereka. Itu hamba bil tabie.adapun sifat  hamba yang dipaksa seperti membuat sesuatu tanpa kerelaannya dan terpaksa tunduk  dan melakukan sesuatu tanpa kerelaannya  yang diperintah ke atasnya dan tidak berdaya membantah walaupun dengan upah yang tidak setimpal. umat yang dibawah jajahan satu-satu kaum, hamba diperingkat yantg kedua itulah yang menjadi kewajipan kepada orang beriman kepada Allah supaya memerdekakan mereka ataupun masyarakat dibawah penjajahan. itulah  orang yang beriman.Hamba yang dipaksa oleh sesuatu keadaan kerana takdir ia dipaksa, pernah berlaku masyarakat melayu,  apabila musim tengkujuh mereka tidak dapat kelaut terpaksa berhutang dengna taukeh yang membeli ikan. Mereka terikat dengan syarat-syarat ketika berhutang dengan beberapa ikatan yang menekan hidup mereka. Mereka terpaksa menjual tangkapan mereka kepada taukeh dengan harga yang ditetapkan oleh taukehnya.
10.                    budaya taklid adalah satu perhambaan sepertimana seumpama para-para sami yang telah memasyhurkan diri mereka supaya orang ramai memberi makanan dan wang kepadanya. Demikianlah juga para paderi dan penunggu-penunggu surau.meletak diri mereka layak untuk menerima sumbangan kononnya akan dimurah rezekidan menghapuskan dosa.perhambaan juga berlaku dari sudut ekonomi dan perniagaan berlaku mengikut kaedah persaingan yang membolehkan pesaing itu bankrup di tengah jalan. itulah resepi ala kapitalis dan dalam urusan ekonomi  .Maka lahirlah mereka yang menang itu sebagai juara yang dapat mengalahkan pesaing. Dan memonopoli perniagaan menerusi empayar-empayar perniagaan yang menyeluruh kelas rakyat yang miskin dan menganggur hanya mengharapkan golongan ehsan daripada golongan kaya untuk mendapat pekerjaan
11.                    di negara kaum melayu atau bumiputra sekadar menjadi pengguna.menyedari hakikat ini pemimpin negara berucap dipersidangan untuk membebaskan orang melayu dan bumiputra daripada menjadi hamba di negara sendiri.
12.                    Bangsa pengguna adalah bangsa hamba. Bagsa pekerja juga adalah bangsa hamba. Bangsa melayu adalah bangsa pengguna dan bangsa pekerja. Bangsa yang di perintah dan bukan bangsa yang memerintah.
13.                    Pemimpin-pemimpin pernah mencari perhatian dalam ucapannya tentang keperluan golongan-golongan bermasalah ini tetapi dari sudut pelaksanaannya segala perancangan itu direbut oleh ali baba. Apa yang mereka rancang sesuatu perniagaan dilakukan oleh mengikut hukum kapitalis. Monopoli antarabangsa yang menjadi ikutan kepada perancang ekonomi hari ini. Mereka tidak sedar teori mereka terjebak dalam perangkap kapitalis yang membina tamadun bermula daripada market (pasar) sedangkan Islam membina tamadun daripada semangat kekeluargaan.Sesetengah ahli-ahli politik yang mabuk kuasa sanggup menjadi alat kepada pihak yang tertentu mengikut saluran ali baba kerana mereka di di taja untuk menang dalam pilihanraya atau pemilihan parti. Mereka itu ditaja oleh golongan kapitalis tentang untuk menang dalam pilihanraya dan  pemilihan parti mereka dan cakap pasal ekonomi hanya sendiwara.  Jika ada beberapa syarikat yang berpotensi untuk maju ada pemimpin-pemimpin politik tertentu yang menangguk di air keruh atau menawar, menjadi broker supaya syarikat-syarikat melayu dan bumiputra berpindah milik walau pun syarikat itu mendapat bantuan dan geran daripada kerajaan.Jiwa kapitalis yang ada pada peniaga melayu dan bumiputra, merancang untuk membelakangkan ajenda asal kerajaan, boleh musnah dengan sekelip mata apabila apabila tawaran untung segera yang ditawarkan. Mereka berkata, inilah yang dikatakan orang bijaksana mendapat wang dan digelar sebagai orang yang berjaya walaupun matlamat jangka panjang bangsa menjadi kian mundur.
14.                    Tidak harus dilupakan ruang dan ruang pada pada golongan  yang tidak berdaya saing dan gagal dalam arus perdana yang bangkrap dan hilang tempat bergantung, tidak memadai mereka dilayan seperti kaedah kapitalis.Golongan yang paling terkebawah di layan seperti haiwan peliharaan sekadar mereka dipantau supaya tidak mati kebulur ditepi jalan.Jalan keluar untuk mereka, sekadar mendapat permit sebagai  peminta sedekah daripada kebajikan masyarakat walaupun mereka tidak membawa tempurung di kaki lima.Bayangkanlah, setelah kumpulan itu akan bertambah besar dalam masyarakat.Yang hendak diberitahu di sini, golongan yang ditanggung oleh kebajikan masyarakat, diberi makan sekadar. Bila golongan bertamba ramai , badan kebajikan masyarakat itu tidak mampu hendak tanggung. Apa jadi kepada negara? Mereka ini adalah manusia yang mempunyai impian dan perasaan. Mempunyai tenaga dan kebolehan. Jika digabungkan akan menjadi tenaga yang mampu membuat, mengguna dan menjual. Harus difahami, kebahagiaan manusia terbahagi kepada dua.Kejayaan hidup manusia terbahagi kepada dua. Pertama manusia yang cenderung kepada nilai kemampuan dan nilai kebendaan yang serba changgih.Yang kedua, golongan, golongan yang cenderung kepada masyarakat yang saling bantu-membantu dan tolong menolong walaupun hidup dalam keadaan yang sederhana.Kedua-dua golongan ini harus di tangani dengan baik. Maka ia akan menjadi penyumbang kepada pembanggunan masyarakat dinegara.Akhir kata, wahai pemimpin umno, jika kamu mahu bebaskan orang melayu dan bumiputra daripada kelemahan dan kemiskinan  dalam ekonomi. Padankanlah, sesuai dengan segala perancangan dengan ukuran saiz manusia yang miskin dan terkebawah supaya mereka ada jurang untuk menyumbang mengikut kemampuan. Mereka ini ada kekuatan sebagai pengguna sebagai asas untuk di atas kekuatan membuat, mengguna dan menjual. Maka lahirlah satu pekej diantara modal dan tenaga membolehkan mereka untuk membina asas perniagaan di atas kekuatan membuat mengguna dan menjual, iaitu perniagaan dan persaingan berasaskan kekuatan pengguna.

Oleh hasan muhamad, kg tok ku, kota bharu,...olelh kerana rating kami hanya 10  sahaja, kami tidak mengindahkan bahasa. sampai maksud kami dikira memadai.harap maaf.

No comments:

Post a Comment