Thursday, February 12, 2015

Isu banjir di kedai kopi




1.   Mereka berpendapat banjir adalah bala daripada Allah berpunca daripada perbuatan manusia yang berlaku di kuala lumpur. Bila ditanya kenapa? siap berlaku di kuala lumpur maka bala itu datang ke kelantan.jawabnya bala itu tidak mengira tempat atau pun sesiapa dan melibatkan kepada semua.
2.   Sudah berlalu 28 tahun sejak tok guru menjadi Menteri Besar tidak pernah  banjir besar sebelum itu, beliau menambah kepada hujjah,jika ada awan hujan yang akan turun, nescaya awan itu akan beralih ke arah lain.
3.   Daripada reaksi dan pandangan individu2 itu menampakkan betapa kuatnya sifat fanatik puak dan parti orang kelantan dan terhadap pemimpin mereka yang mereka anggap serba sempurna dan mempunyai sifat-sifat keramat.
4.   Mereka yang seumpama itu tidak mahu faham betapa banjir lumpur yang datang daripada bukit-bukit yang telah dibotakkan secara besaran yang dijangkakan ribuan ekar adalah perbuatan pemimpin-pemimpin kelantan yang meluluskan perbuatan tersebut. Yang dijangka, yang diboneka, adalah perbuatan pemimpin-pemimpin kelantan yang meluluskan perbuatan tersebut.
5.   Mereka merasa tidak berslah dan berchanggah dengan Islam kerana kerakusan menebang pokok itu tidak di sebut dalam kitab feqah dan al-Quran, cuma mereka mensabitkan bala Allah hujan batu kepada mereka-mereka yang durhaka tetapi tidak berbentuk bala bila hujan lumpur berlaku yang berupaya meruntuhkan banggunan dan rumah-rumah kediaman dan  balak telah meruntuhkan jambatan.
6.   Sepatutnya rakyat kelantan telah menerima hakikat kesan daripada perbuatan yang tidak mengikut etika yang sepatutnya.
7.   Tetapi rakyat kelantan yang diselubugi oleh individu yang dianggap keramat tetapi tidak berani membuka mulut kerana takut kan keramat yang ada pada bekas MB itu walaupun semua pihak tahu tindakan belaiau itu adalah semata-mata kerana wang kerana wang mereka menjadi kan semua bukit-bukau adalah bahan yang dijadikan makanan.
8.   Demikianlah satu episod yang lahir di kelantan sebagai makhluk perosak bumi.Sanggup melakukan kerosakan memenuhi selera makan juk makjuk yang besar.
9.   Dengan lahirnya makhluk perosak bumi itu akan berlaku satu kiamat kecil selepas ini dan suun alam akan menghukum kaum yang tak bersalah.
10.                    Kebanyakan umat Islam telah disedari bahawa syirik itu adalah satu dosa yang besar tetapi mereka tujukan syirik itu kepada pemuja keramat atau pun kubur, mereka tidak membayangkan syirik kepada ulama dan orang yang berkuasa adalah sesuatu yang nyata. Mereka sembunyikan syirik kepada ahli ilmu dan syirik kepada orang yang berkuasa.
11.                    Firman Allah. Mereka jadikan ulama feqah dan tasauh tuhan selain Allah
Ulama tasauh yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah akhbar dan ruhban ialah ahli ilmu tentang undang-undang dan ahli ilmu tentang akhirat.
12.                    Meraka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran al Quran dan mengenal hala tuju Islam ialah untuk membina adil dan ehsan di kalangan manusia. Persoalannya, pernahkah seminar tentang adil dan ehsan ini pernah dibuat  untuk diterjemah kepada bentuk masyarakat sekarang samada pihak kuala lumpur dan pihak kota bharu perlu menyedarinya. Setiap manusia dianugerahkan akal dan ilmu untuk menterjemahkan adil dan ehsan sebagai perintah Allah untuk dilaksanakan di bumi.
13.                    Manusia sebagai khalifah atau pengganti Allah untuk mengurus bumi ini supaya nilai terjemahan itu menuju kepada kebenaran yang dikehendaki oleh al Quran itu.
14.                    Hala tuju dan niat seseorang itu menjadi matlamat perjuangan seseorang, itulah dinamakan , in namal a’mal lubil niat. Setiap perbuatan disertai niat.
15.                    Kita tidak boleh mengharapkan Islam itu terlaksana mengikut kaedah ulama cari makan kerana mereka menggunakan ceramah-ceramah Islam yang disulami dengan lagu-lagu dan lawak jenaka semata-mata untuk membuat harta tanpa menyentuh perkara pokok. Mereka membesar-besarkan perkara kecil seperti kain tudung, arak ,anjing dan babi.
16.                    Sudah terlalu banyak mereka memperkatakan Islam mengikut penafsiran sendiri tanpa mengikut kaedah di dalam pengajaran al Quran tidak akan menepati jalan penyelesaiaan dan masalah masyarakat manusia.tamat.
Oleh hasan bin muhamad, kg tok ku.

No comments:

Post a Comment