Wednesday, May 17, 2017

Persediaan untuk kebenaran

Persediaan Untuk Berjihad.

Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat, kerana apa-apa amalan baik yang kamu sediakan untuk diri-diri kamu, nanti kamu dapatinya di sisi Allāh, kerana sesungguhnya Allāh itu amat Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 110).
    Ini adalah persediaan jihad kerana maksud mendirikan sembahyang ialah mengadakan kumpulan.

Dan mereka berkata: “Tidak akan masuk syurga melainkan mereka yang jadi Yahudi”. (Al-Qurʾān: 2: 111)
    Maksudnya, mengikut rupa yang khusus di sisi umat Yahudi sahaja iaitu rupa sharīʿat Yahudi.

atau Naṣārā. (Al-Qurʾān: 2: 111).
    Maksudnya, orang Naṣranī berkata bahawa tidak masuk ke syurga kecuali orang Naṣranī kerana mereka terikat dengan rupa sharīʿat Naṣranī yang khusus.
    Apabila rupa berubah, mereka tidak faham. Lalu mereka pun ingkar. Jika mereka faham maksud, tentu mereka tidak ingkar, kerana maksud itulah matlamat utama dan rupa adalah maksud yang kedua.

Yang demikian itu angan-angan mereka. Katakanlah: “Tunjukkan keterangan kamu jika memang kamu orang yang benar”. (Al-Qurʾān: 2: 111)

Bahkan, sesiapa serahkan dirinya kepada Allāh, padahal ia berbuat baik, maka ia akan dapat ganjarannya di sisi Tuhannya dan tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berdukacita. (Al-Qurʾān: 2: 112).
    Ayat ini menolak mereka, di mana matlamatnya ialah maksud, bukannya rupa sahaja.

Dan Yahudi berkata: “Naṣārā tidak atas sesuatu”. Dan Naṣārā berkata: “Yahudi tidak atas sesuatu”. (Al-Qurʾān: 2: 113)
Maksudnya, sedangkan mereka semua pengikut Taurāt, dan Injīl sebagai huraian kepada Taurāt sahaja. Oleh kerana mereka tidak faham maksud, mereka mengambil lafaz dan rupa sahaja. Maka mereka saling berselisih pendapat walaupun mereka mengikuti kitab yang sama, iaitu Taurāt.

Padahal mereka membaca kitab. (Al-Qurʾān: 2: 113)
    Maksudnya, orang Yahudi dan Naṣārā membaca kitab Taurāt.

Begitu juga orang yang tidak mengetahui seperti perkataan mereka itu. (Al-Qurʾān: 2: 113).
    Maksudnya, demikian juga orang mushrik Mekah yang mempunyai rupa agama yang khusus yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka yang lalu.

Maka Allāh akan beri keputusan di antara mereka itu, pada hari kiamat tentang apa yang mereka berselisih. (Al-Qurʾān: 2: 113)
    Maksudnya, pertengkaran ini tidak mungkin hapus sama sekali hingga kiamat, tetapi boleh dikurangkan apabila terbentuk sebuah kerajaan Islām yang boleh menguatkuasa undang-undang.

Dan bukankah tidak ada orang yang lebih aniaya daripada siapa yang menghalangi masjid-masjid Allāh daripada disebut namanya di situ; serta berusaha pada membinasakannya? Mereka ini tidak harus masuk kepadanya melainkan dengan takut. (Al-Qurʾān: 11: 114)
    Masjid ialah markas pembelajaran. Apabila markas ini rosak, rosaklah pembelajaran.

Mereka akan dapat kehinaan di dunia; dan adalah bagi mereka azab yang besar di akhirat. (Al-Qurʾān: 2: 114)

Dan kepunyaan Allāhlah Timur dan Barat. Lantaran itu, ke mana sahaja kamu menghadap, maka di situ ada keredaan Allāh, kerana Allāh itu luas, amat Mengetahui. (Al-Qurʾān: 2: 115).
    Maksudnya, kiblat sudah ditetapkan, tetapi cara bertawajuh dan arahnya berbeza. Mereka menumpu hanya ke satu arah tertentu kerana mereka tidak memahami maksud dan tujuan, tetapi mereka hanya memahami rupa.
    Demikian juga orang Islām kini di Masjid  al-Ḥarām, mereka memilih arah tertentu untuk bertawajuh kepada kiblat misalnya ke arah Pintu Ibrāhīm (A.S.) atau ke arah Pintu Ṣafa. Semua ini adalah bidaah, malah semua arah tawajuh kepada Kaʿbah adalah sama.

Dan mereka berkata: “Allāh mempunyai anak” Mahasuci Ia! Bahkan Ialah yang mempunyai apa-apa yang di langit dan di bumi. Kepada-Nyalah taat tiap-tiap sesuatu. (Al-Qurʾān: 2: 116).
    Shaykh berkata, di sisi mereka anak bererti kekasih. Contohnya, Allāh berfirman:

Ia sukai mereka dan mereka pun suka kepadaNya. (Al-Qurʾān: 5: 54).
Maksudnya, kerana bapa kasihkan anak dan mereka melihat malaikat dikasihi Allāh. Mereka namakan malaikat itu anak. Kemudian keturunan mereka jadikan anak Allāh yang hakiki. Maka mereka berpegang dan terikat dengan rupa yang khusus iaitu rupa anak sahaja, sedangkan banyak cara yang menuju kepada kasih sayang, bukan tertunpu kepada satu cara sahaja.

Yang mengadakan langit-langit dan bumi dengan tidak bercontoh; dan apabila Ia putuskan sesuatu, hanya ia berkata kepadanya: “Jadilah” lantas sesuatu itu jadi. (Al-Qurʾān:2:117).
    Shaykh berkata, makna ibdaʿ ialah mengadakan bayangan sahaja seperti kami letakkan cermin di hadapan seseorang, maka sudah pasti terdapat bayangan pada cermin itu. Mengadakan bayangan ini dinamakan ibdaʿ.

Dan mereka yang tidak berpengetahuan itu berkata: “Mengapakah Allāh tidak berkata-kata kepada kami, (Al-Qurʾān: 2: 118)
Maksudnya, Allāh hendaklah bercakap dengan mereka dengan perantaraan Nabi (S.A.W.).

Atau datang satu tanda kepada kami? Begitu juga telah berkata orang yang dahulu dari mereka, seperti perkataan mereka bersamaan hati mereka. Sesungguhnya Kami telah terangkan beberapa tanda untuk kaum yang mahu percaya. (Al-Qurʾān: 2: 118).

Sesungguhnya Kami telah utusmu dengan membawa kebenaran, sebagai penggemar dan mengancam; dan engkau tidak akan diperiksa darihal ahli-ahli neraka. (Al-Qurʾān: 2: 119)

Dan orang Yahudi dan Naṣārā tidak akan suka kepadamu hingga engkau turut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya pertunjuk Allāh itulah pertunjuk”. Dan sesungguhnya jika engkau turut kemahuan-kemahuan mereka, sesudah datang pengetahuan kepadamu, maka engkau tidak akan dapat dari Allāh, pengawal dan pembantu. (Al-Qurʾān: 2: 120).

Orang yang Kami beri kitab kepada mereka, padahal mereka baca dia sebenar-benar bacaan, maka mereka inilah beriman kepadanya; dan siapa-siapa yang tidak percaya kepadanya, maka ialah orang yang rugi. (Al-Qurʾān: 2: 121)

Wahai Banī Isrāʾīl! Ingatlah nikmatKu yang Aku telah kurniakan atas kamu, dan bahawasanya Aku telah muliakan kamu atas bangsa-bangsa (lain). (Al-Qurʾān: 2: 122).

Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang satu jiwa tidak akan dapat melepaskan sesuatu apa dari satu jiwa, dan tidak bakal diterima penebusan daripadanya, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya satu shafāʿat dan mereka tidak akan diberi pertolongan. (Al-Qurʾān: 2: 123).

Dan sewaktu Ibrāhīm diberi percubaan oleh Tuhannya dengan beberapa perintah, lalu ia sempurnakannya. Ia berkata: “Sesungguhnya Aku hendak jadikanmu ketua bagi manusia”. Ia bertanya: “Dan dari anak cucuku?” Ia jawab: “PerjanjianKu tidak akan mengenai orang yang zalim”. (Al-Qurʾān: 2: 124).

Dan sewaktu Kami jadikan rumah itu satu tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat keamanan; dan Kami berkata: “Jadikanlah sebahagian dari maqam Ibrāhīm itu tempat sembahyang”. Dan Kami perintah kepada Ibrāhīm dan Ismāʿīl: “Bahawasanya hendaklah kamu bersihkan RumahKu itu untuk orang yang tawaf dan yang iktikaf dan yang rukuk, yang sujud”. (Al-Qurʾān: 2: 125).

Dan sewaktu Ibrāhīm berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini satu negeri yang aman, dan kurniakanlah penduduknya dengan buah-buahan, sesiapa yang beriman, dari antara mereka kepada Allāh dan hari Kemudian”. (Allāh ) berkata: “Tetapi sesiapa kufur, maka Aku akan beri kepadanya kesenangan sebentar, kemudian, Aku akan tarik dia kepada seksaan neraka, padahal sejahat-jahat tempat tujuan”. (Al-Qurʾān: 2: 126).

Dan sewaktu Ibrāhīm dan Ismāʿīl mendirikan asas-asas dari rumah itu: “Wahai Tuhan kami! Terimalah dari kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Pendengar, Pengetahui”. (Al-Qurʾān: 2: 127)

“Wahai Tuhan kami! Dan jadikanlah kami berdua orang yang menyerah diri kepada-Mu, dan dari anak cucu kami satu umat yang menyerah diri kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara kami berbakti, dan ampunkanlah kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Pengampun, Penyayang”. (Al-Qurʾān: 2: 128)

“Wahai Tuhan kami! Dan bangkitkanlah di antara mereka itu seorang rasūl dari mereka, yang membaca kepada mereka firman-firmanMu dan mengajar kepada mereka kitab itu dan kebijaksanaan, dan membersihkan mereka, kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Gagah, Yang Bijaksana”. (Al-Qurʾān: 2: 129).
    Semua ayat ini dipindahkan dari Taurāt.

Dan sewaktu Ibrahim diberi percubaan oleh Tuhannya dengan beberapa perintah. (Al-Qurʾān: 2: 124)
    Syeikh berkata, maksud “kalimah-kalimah” () pada ayat di atas ialah; pertama, Allāh memerintahkan Ibrāhīm supaya menyembelih anaknya Ismāʿīl (A.S.). Kedua, supaya Ibrāhīm memecahkan berhala-berhala kerana beberapa kalimah dalam hatinya, kemudian beliau dibakar. Pendirian Ibrāhīm tidak berubah. Pembakaran itu tidak membahayakannya sedikitpun. Ketiga, Allāh menyuruh Ibrāhīm berhijrah. Maksud kalimah-kalimah ini bukannya memotong kuku, menggunting misai dan lain-lain seperti yang disebut oleh para ahli tafsir; tetapi jika ahli-ahli tafsir maksudkan perkara-perkara itu untuk mengingati kalimah Ibrāhīm dan menggambarkannya, itu mungkin.

Lalu ia sempurnakannya. Ia berkata: :”Sesungguhnya Aku hendak jadikan kamu ketua bagi manusia”. (Al-Qurʾān: 2: 124).
    Setelah Ibrāhīm menyempurnakan semua perintah itu, Allāh berfriman kepadanya seperti di atas yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku jadikan kamu imām kepada manusia”. Maksud ‘imām’ ialah Allāh berjanji Ibrāhīm dan keturunannya; dalam Taurāt dalam Safaruttakwim pada bab 15 ayat 18 bahawa Allāh berikan bumi ini dari sungai Meṣir hingga sungai Furat (di ʿIrāq) dan kawasan ini pada zaman itu adalah kawasan pertengahan jalan perniagaan daratan dari Timur ke Barat. Kawasan ini tidak mungkin dilalui tanpa kebenaran Ibrāhīm dan keturunannya. Maka jadilah maksud ‘imām’ di sini bahawa Ibrāhīm menggabungkan pemerintah-pemerintah. Manusia tidak sampai ke kutub Utara dan Selatan pada zaman itu.
    Ibrāhīm berpindah ke Bariyyah (Tujuh perigi) di Mekah. Semasa di Mekah Ibrāhīm dapati orang Yahudi mentakwilkan dan menonjolkan bahawa Bariyyah terletak berhampiran Ṭūr Sina. Tambahan pula, Ibrāhīm (A.S.) menjelaskan bahawa beliau pergi ke Baitilʿil yang bererti Bait Allah kerana ʿil dalam bahasa Ibranī bererti Allāh.

Ia bertanya: “Dan dari anak cucuku? Ia jawab: “PerjanjianKu tidak akan mengenai orang yang zalim”. (Al-Qurʾān: 2: 124).
    Shaykh berkata, maksud imām ialah imām semua agama seluruh dunia terangkum di bawah keturunan Ibrāhīm (A.S.) sahaja. Itulah maksud firman Allāh:

Dialah yang mengutus rasulNya dengan pertunjuk dan agama yang benar untuk meninggikan dia atas semua agama, walaupun orang mushrik tidak suka. (Al-Qurʾān: 9: 33).
    Bukannya bermaksud menguasai semua agama atau tidak tertinggal satu agama pun di bumi ini semuanya beransur-ansur hilang. Tidak! Malah maksudnya semua bangsa dan agama tunduk di bawah agama Nabi Muḥammad (S.A.W.).
    Janji Allāh kepada Ibrāhīm dan anak cucunya disebut secara umum dalam Taurāt. Dalam Al-Qurʾān disebut tafsirannya sebagai tambahan iaitu “janjiKu tidak dicapai oleh orang zalim”.

Dan tetkala Kami jadikan Rumah itu satu tempat berkumpul bagi manusia, (Al-Qurʾān: 2: 125)
    Semasa Ibrāhīm (A.S.) berada di Mekah, beliau bermimpi tajallī Tuhan turun. Kemudian beliau membina Kaʿbah di tempat tajallī itu turun. Maksudnya. Rumah itu sebagai pusat berkumpul pelbagai bangsa, kerana mengumpul manusia dalam satu kumpulan  adalah berguna untuk penyatuan dan tamadun.
    Mengumpul pelbagai spesis tidak mendatangkan penyatuan, kerana mengikut kaedah yang ditetapkan di sisi ḥukamāʾ, bahawa pengumpulan pelbagai spesis melahirkan satu keturunan yang tidak melahirkan sesuatu kemudiannya. Contohnya, cantuman hemar dengan kuda dari spesis yang berbeza melahirkan keturunannya iaitu baghal yang tidak melahirkan keturuanan lain.
    Apabila dikumpul pelbagai spesis dari keluarga yang sama, individu spesis itu serupa, tetapi berlebih kurang antara spesis pertama dengan yang kedua berbanding dengan imām al-nauʿ dan dari kalangan mereka ada yang lebih mirip dan ada yang kurang mirip kepada imām al-nauʿ.
    Gabungan ini amat berfaedah untuk penyatuan dan pembangunan tamadun. Contohnya, kita tetapkan markas pusat, dan di situ ditempatkan manusia yang paling sempurna akalnya. Setiap spesis yang lebih dekat kepadanya lebih sempurna dari spesis yang yang lebih jauh. Demikianlah seterusnya kesempurnaan itu berkurang sedikit demi sedikit. Itulah sebabnya tersebut dalam ḥadīth tentang masalah barisan dalam sembahyang yang bermaksud hendaklah yang terhampir dari kalangan kamu orang yang berakal.

Dan satu (tempat) keamanan dan jadikanlah sebahagian dari maqam Ibrāhīm itu tempat sembahyang. (Al-Qurʾān: 2: 125)
Maksudnya, supaya dapat mengingati kembali perbuatan Ibrāhīm (A.S.).

dan Kami perintah kepada Ibrāhīm dan Ismāʿīl: “Bahawasanya hendaklah kamu bersihkan rumahKu itu untuk orang yang tawaf”. (Al-Qurʾān: 2: 125),
di Kaʿbah.

Dan yang iʿtikaf. (Al-Qurʾān: 2: 125)
dan orang yang duduk di sekitarnya kerana menanti-nanti untuk melihat Tuhan. Maksudnya iʿtikaf.

Dan yang rukuʿ dan yang sujūd. (Al-Qurʾān: 2: 125).
Maksudnya, mereka yang menunaikan sembahyang di sekiratnya.
Shaykh berkata, maksud ‘membersihkan rumahKu’ ialah membersih dari semua sebutan bukan-Allāh kepada sebutan Allāh sahaja.
    Inilah maksud dijadikan Bait Allāh sebagai tempat manusia berkumpul dan menyempurnakan pengenalan manusia terhadap Allāh dan mentadbir manusia. Tanpa jalan ini manusia tidak mungkin ditadbirkan. Dengan pentadbiran ini terbentuklah penyatuan. Ayat-ayat (Al-Qurʾān: 2 :126-129) adalah doa Ibrāhīm tentang Ismāʿīl, Isḥāq dan Yaʿqūb. Sesungguhnya Allāh telah perkenankan doanya dinisbahkan kepada I Ismāʿīl seperti kepada Isḥāq. Dalam Taurāt, doa ini tidak teratur, tetapi teratur dalam Al-Qurʾān.

Dan ketika Ibrāhīm berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang yang beriman kepada Allāh dan hari akhirat di antara mereka”. Allāh berfirman: “Tetapi sesiapa yang kufur maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara, kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”. (Al-Qurʾān: 2: 126).

Dan ketika Ibrāhīm bersama-sama Ismāʿīl meninggikan binaan asas-asas (tapak) Bait Allāh (Kaʿbah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. (Al-Qurʾān: 2: 127).

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang Islām (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islām (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami sharīʿat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Al-Qurʾān: 2: 128).

“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasūl dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat dan mengajarkan mereka kandungan Kitab serta Hikmah kebijaksanaan dan membersihkan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Qurʾān: 2: 129).
    Telah jelas dalam Taurāt pada Safarutakwin, bab 17, ayat 20:

“Ada pun Ismāʿīl sesungguhnya telah aku dengar bagimu padanya: Awas! Aku memberkatinya, Aku membuahkannya dan Aku perbanyakkannya benar-benar bahawa Aku ketua yang meramaikan dan aku jadikannya satu umat yang besar”.

Dan bukankah tidak ada yang enggan dari agama Ibrāhīm itu melainkan orang yang membodohkan dirinya? Padahal sesungguhnya Kami telah pilih dia di dunia dan sesungguhnya di akhirat kelak adalah ia seorang daripada mereka yang baik-baik. (Al-Qurʾān: 2: 130).

(Ingatlah) sewaktu Tuhannya berkata kepadanya: “Serahkanlah dirimu;” Ia jawab: “Aku serahkan diriku kepada Tuhan bagi sekalian alam”. (Al-Qurʾān: 2: 131)

Dan telah berpesan Ibrāhīm kepada anak-anaknya dan Yaʿqūb dengan itu: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allāh telah tentukan agama itu untuk kamu. Oleh yang demikian, janganlah kamu mati melainkan di dalam keadaan kamu jadi muslimīn”. (Al-Qurʾān: 2: 132).

Adakah kamu menyaksi tetkala Yaʿqūb hampir mati, waktu itu ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah kemudian daripadaku?” Mereka jawab: “Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bagi bapa-bapamu; Ibrāhīm dan Ismāʿīl dan Isḥāq, satu Tuhan yang tunggal, dan kepadaNyalah kami menyerah diri”. (Al-Qurʾān:2:133).

Mereka itu suatu umat yang telah lalu. Merekalah akan dapat apa yang telah mereka kerjakan; dan kamulah yang akan dapat apa yang kamu telah kerjakan; dan kamu tidak akan diperiksa tentang apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 134).
    Ayat 134 hingga akhir, sebagai jawapan kepada apa yang mereka nisbahkan kepada orang besar dan orang ṣāliḥ, sedangkan mereka tidak beramal dengan amalan mereka dan tidak mengikuti jalan mereka. Dinisbahkan kepada mereka semata-mata tidak bererti apa-apa.

Dan mereka berkata: “Jadilah Yahudi atau Naṣārā, nescaya kamu dapat pertunjuk”. (Al-Qurʾān: 2: 135).
    Maksudnya, orang Yahudi berkata: “Hendaklah kamu menjadi Yahudi, kamu mendapat pertunjuk,” kerana orang Yahudi berpegang dengan rupa sharīʿat Yahudi, dan orang Naṣārā berkata: “Hendaklah kamu menjadi Naṣārā, kamu mendapat pertunjuk,” kerana mereka berpegang dengan rupa sharīʿat Naṣārā yang khusus di sisi mereka.

Katakanlah: “Tidak begitu! Bahkan agama Ibrāhīm yang lurus. (Al-Qurʾān: 2: 135)
Maksudnya, kerana millah Ibrāhīm merangkumi millah Yahudi, millah Naṣārā dan millah Muslimīn.

Dan bukan ia daripada mereka yang mushrik”. (Al-Qurʾān: 2: 135).
    Maksudnya, orang mushrik menganggap Ibrāhīm (A.S.) adalah dari keluarga orang mushrik.

Katakanlah: “Kami beriman kepada Allāh dan apa yang telah diturunkan kepada kami, dan apa yang telah diturunkan kepada Ibrāhīm dan Ismāʿīl dan Isḥāq dan Yaʿqūb dan anak cucunya dan apa yang telah diberikan Mūsā dan ʿĪsā dan apa yang diberikan nabi-nabi dari Tuhan mereka. (Al-Qurʾān: 2: 136).
    Shaykh berkata, maksud para nabi di sini ialah nabi-nabi sebelum Ibrāhīm (A.S.) dalam millah Ṣābiʾah.

Kami tidak membezakan antara seorang daripada mereka dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Al-Qurʾān: 2: 136).

Maka sekiranya mereka itu beriman sebagaimana kamu beriman, nescaya mereka terpimpin; dan jika mereka berpaling, nescaya tidak ada mereka melainkan dalam perpecahan, tetapi Allāh akan selamatkanmu daripada mereka, kerana Ialah maha Mendengar, maha Mengetahui. (Al-Qurʾān: 2: 137)

“Pencelupan Allāh! dan siapakah yang lebih baik pencelupannya daripada Allāh? Dan akan Dialah kami menyembah”. (Al-Qurʾān:2:138)
    Shaykh berkata, setiap kitab mempunyai sifat yang khusus. Sifat itu memberi kesan kepada pembaca. Agama Allāh lebih elok, dan itulah bentuk Al-Qurʾān yang merangkumi semua sifat dan datang daripada al-Malaʾ al-aʿlā.
.

Katakanlah: “Apakah kamu mahu membantah kami tentang Allāh, padahal Ia itu Tuhan kami dan Tuhan kamu; dan bagi kamilah amalan kami dan bagi kamulah amalan kamu; (Al-Qurʾān: 2:139).
    Maksudnya kami tidak pedulikan kamu dan ini adalah sebagai iklan jihad.

Dan kepadaNyalah kami berikhlas. (Al-Qurʾān: 2: 139)

“Atau apakah kamu berkata bahawa Ibrāhīm dan Ismāʿīl dan Isḥāq dan Yaʿqūb dan anak cucunya itu adalah orang Yahudi atau Naṣārā? Katalah: “Apakah kamu terlebih mengetahui atau Allāh?” (Al-Qurʾān: 2: 140)
Maksudnya, kerana kitab kamu yang diturunkan daripada Allāh ini telah menyaksi bahawa mereka bukan beragama Yahudi atau Nasrani, kerana tersebut dalam Taurāt dalam Bab Kejadian bahawa para nabi sejak Adam hingga Mūsā tersusun, dan Mūsā hanya datang dengan syarat selepas itu. Jika kamu khususkan hidayah dengan rupa agama kamu yang ada, sesungguhnya kamu telah keluarkan Ibrāhīm, Isḥāq, Ismāʿīl dari hidayah dan tanggapan itu kufur dengan asas kitab kamu yang menjadi undang-undang bagi millah Ibrāhīm.
    Jika kamu umumkan hidayah dan jadikan hidayah terdapat pada semua sharīʿat termasuklah sharīʿat Ibrāhīm dan mereka yang selepasnya, sesungguhnya cara kamu telah batal dan kamu telah berpegang dengan rupa agama Yahudi dan Nasrani yang telah rosak.

Dan bukankah tidak ada yang terlebih aniaya daripada orang yang menyembunyikan keterangan dari Allāh yang ada padanya?” Dan tidak sekali-kali Allāh itu lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 140)
    Kitab-kitab kamu telah menyaksi perkara itu. Jika kamu sembunyikannya, nescaya hanya kamulah orang yang paling zalim.

Mereka itu satu umat yang telah lalu. Mereka akan dapat apa yang mereka telah kerjakan; dan kamu akan dapat apa yang kamu telah kerjakan; dan kamu tidak akan diperiksa darihal apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 141).
    Jika sifat mereka (Yahudi dan Naṣārā) tidak seperti sifat Yahudi kamu yang telah rosak, memerlukan pembaikan dan pembaharuan, kamu hendaklah berfikir apa harus kamu lakukan.
    Allāh membawa satu contoh yang menggambarkan orang Yahudi berpegang dengan rupa agama mereka, dan orang Yahudi yang tidak memahami kebenaran yang terdapat pada semua agama. Yang demikian adalah sama dengan masalah perselisihan kiblat, kerana walaupun kiblat berubah tempat. Perubahan itu bukan matlamat yang utama. Perselisihan hanya dari sudut rupa. Di sini tamatlah huraian tentang perdebatan dalam kalangan Ahli Kitab.
Petikan dari tafsir hakm .

Tuesday, April 11, 2017

AL-IMAM WALIYULLAH AD-DIHLAWII: BIDANG DALAM PELBAGAI BIDANG ILMU ISLAM

AL-IMAM WALIYULLAH AD-DIHLAWII:
BIDANG DALAM PELBAGAI BIDANG ILMU ISLAM

DITERBITKAN OLEH:

PERTUBUHAN PENGAJIAN ISLAM NEGERI KELANTAN,
KAMPUNG BINJAI, JALAN P.C.B., 15350 KOTA BHARU,’KELANTAN D,N,
(NHA030709)

Kandungan
Bahagian Pertama – Pendahulauan
Bahagian Kedua  - Huraian Tentang Tugas-Tugas Utama Mujaddid.
Bahagian Ketiaga – Pelbagai Bentuk Kelompok Pembaharuan Oleh Syah Waliyullah
Kefasihan Syah Waliyullah Dalam Bahasa Arab.
Kebolehan Syah Waliyullah Dalam  Ilmu Fekah
Syah Waliyullah Pakar Dalam Ilmu Hadis Dan Athar
Martabat Syah Waliyullah Dalam Ilmu Tafsir
Kemampuan Syah Waliyullah Mengasaskan Kajian Ilmu:
Usul Tafsir
Prinsip Ilmu Hadis
Usul Fekah
Usuluddin
Etika Suluk Dan Pelbagai Ilmu Hakikat
PENGENALAN

Rencana ini adalah terjemahan lampiran yang dikembarkan bersama-sama kertas kerja bertajuk “KAJIAN AGAMA ISLAM HENDAKLAH MENGIKUT JALAN MAZHAB AHLI SUNAH WAL JAMAAH” yang dibentangkan dalam seminar sehari yang bertema “SYAH WALIYULLAH AD-DIHLAWI: SUMBANGANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN PEMIKIRAN DI NUSANTARA.” PADA 10 Mei 2003/8Rabiul awal 1424H di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; anjuran Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama Kuliyyah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusian, dengan kerjasama Quranic Club.
Pihak Pertubuhan Islam Negeri Kelantan (PPINK) telah berusaha menterjemahkan lampiran tersebut di dalam bahasa Melayu sekadar kemampuan kami seperti berikut.
Sekian, terima kasih dan salam sejahtera

Nik Hassan Nik Abdullah.
NYDP,PPINK
(NHA030621)

Rencana ini ditulis oleh hamba yang hina,
khadam Al-Quran dan Hadis:
Haji Nik Muhammad Salleh bin Haji Wan Musa, Al-Waliyullahi,
Kota Bharu Kelantan (Malaysia) pada 17 jun 1970

Selesai diterjemahkan pada 17 Jun 2003
Oleh:
Al-Ustaz Haji Lukman bin Haji Abdul Latif,
Yang Dipertua Pertubuhan Pengajian Islam Negeri Kelantan.
Dan
Haji Alwi bin Haji Nordin

Disemak
Oleh:

Al-Ustaz Haji Zainuddin bin Deris
Dan
Nik Hassan bin  Nik Abdullah
Naib Yang Dipertua Pertubuhan Pengajian Islam Negeri Kelantan.

Diterbitkan
Oleh:
Pertubuhan Pengajian Islam Negeri Kelantan.
Kampung Binjai, Badang.
Jalan P.C.B.
15350 Kota Bharu, Kelantan,Malaysia.
(NHA030621)

AL-IMAM WALIYULLAH AD-DIHLAWI: PAKAR DALAM PELBAGAI BIDANG ILMU ISLAM

Al-Imam Ahmad Qutubuddin Syah Waliyullah bin Abdul Rahim dilahirkan pada hari Rabu 14 Syawal tahun 1114H di Delhi.  Beliau meninggal dunia pada bulan Muharam tahun 1176H.  Beliau dikebumikan berhampiran pusara ayahnya di luar kota Delhi.  Pusaranya sering dikunjungi.

Bahagian Pertama
Pendahuluan
Guru kami Syeikh Ubaidillah As-Sindi yang wafat pada tahun 1944M berkata: “Dalam penyelidikan agama perlu dilantik seorang imam, kerana zaman kita kini adalah zaman peralihan dari satu sistem pemerintahan kepada satu sistem pemerintahan, dengan tamatnya zaman sistem beraja yang berasaskan sultan.  Kini telah bermula zaman kebangsaan dan zaman sistem berparlimen di semua negara sebelah Timur, khususnya negara India setelah teori itu matang di beberapa negara Barat khususnya Britain.
“ Sesiapa yang mengkaji sejarah dan falsafahnya pasti mengetahui bahawa sekumpulan ulama dan teori mereka telah bersedia untuk menerima sebahagian daripada sistem revolusi republik sebelum kerajaan India jatuh; tetapi malangnya kebodohan kebanyakan golongan yang mencari faedah daripada sistem lama dan propaganda golongan pemodal (kapitalis) yang bebas tanpa kawalan telah berjaya menidurkan golongan awam negara kita.  Akibatnya tidak muncul kesedaran yang lengkap selepas kejatuhan kerajaan Othmaniah,.”
Teori republik telah berkembang beransur-ansur di Eropah dan negara-negara sekitarnya.  Jadi semua millah telah sedar, termasuklah penduduk negara sebelah Timur seperti Russia, Jepun yang kemudiannya diikuti oleh Turki dan Iran.  Mereka tidak meniru negara-negara Eropah dalam bidang ketenteraan, perindustrian dan sistem parlimen.
Jika kita mahu membangunkan millah, kita tidak boleh bercanggah dengan Eropah dan pengikut-pengikut mereka.  Selain daripada itu kita telah mengalami perkara yang menyusahkan pemikiran kita, iaitu kebanyakan ahli propaganda republik Eropah menolak agama secara menyeluruh.  Akibatnya kita kekal dalam kebingungan, kehinaan dan kekejian kerana lewat melaksanakan revolusi.  Mengambil sistem mereka secara gopoh boleh meruntuhkan agama.
Setelah kita penat mengkaji sejarah orang  dahulu kita dapat meyakinkan bahawa kita boleh keluar daripada halangan yang mengecewakan atau kebekuan , sedangkan kita amat perlu menentukan seorang imam (mujaddid) daripada para imam agama yang mampu memimpin ke arah petunjuk yang kita dapat ikuti dalam tahap perkembangan revolusi yang melanda kita.
Satu kesimpulan, yang paling jelas di sisi mereka yang banyak menempuh percubaan gerakan revolusi ini, sebenarnya tidak layak menyandang jawatan yang agung ini, melainkan orang  yang benar-benar arif dan sempurna status makrifat ketuhanannya, muhakik, imam dalam pelbagai ilmu syariat, mahir dalam hikmat amali.  Di samping itu dia juga dilahirkan pada zaman pergolakan politik, dia terdidik dalam satu pertubuhan sosial yang wujud semasa tamatnya sistem pemerintahan bersultan.  Dia juga pengasas sebuah organisasi yang melaksanakan pembaharuan agama.  Beliau mahir dalam pelbagai masalah masyarakat umum dan khusus berdasarkan pengalaman dan penyaksian.  Dia yang saya maksudkan ialah Sultan Alamgir.
Maka wajarlah kita memuji Tuhan Ar-Rahman sebanyak mungkin kerana Ia telah menunjukkan kepada kita seorang imam yang sudah dinobatkan menepati satu peribahasa Arab yang masyhur: “Siapa sanggup menjadi pembonceng, sedangkan kamu menunggang singa.”
Itulah tokoh Imam bagi para imam yang kita pernah petik daripada mereka  pelbagai ilmu agama dan ilmu makrifat secara umum dan sejarah masyarakat India secara khusus.  Mereka membentuk parti-parti berdasarkan teori-teori imam mujaddid iaitu imam revolusi alaf kedua berdasarkan amalinya.  Ijtihad dan jihad mereka tidak terpesong turun temurun, semoga Allah meredai mereka.

Bahagian Kedua

Huraian tentang tugas-tugas utama mujaddid
Al-Imam Syahwaliyullah telah mengakui dirinya sebagai mujaddid alaf kedua.  Pengakuan ini terdapat dalam kitabnya At-Tafhimat Ilahiah, jilid 1, halaman 40, beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang ertinya: Allah akan utus dalam umatku selepas setiap seratus tahun seorang lelaki yang memperbaharui untuk kebaiakan agama-Nya ....hingga akhir hadis.
Mujaddid adalah seorang tokoh yang Allah taala anugerahkan selonggok ilmu Al-Quran dan hadis.  Kemudian dia disaluti dengan keyakinan dan ketenangan sehingga dia mampu menentukan hukum haram, wajib, makruh, sunat dan harus di tempatnya.  Dia memurnikan syariat dari pelbagai hadis rekaan, pelbagai kias oleh ahli kias dan menjernihkan syariat daripada tokok tambah.  Selanjutnya Allah mendahagakan hati orang ramai untuk menghirup dan menimba ilmu-ilmu itu daripadanya.
Perbezaan di antara mujaddid dan wasi ialah bahawa mujaddid adalah ahli ilmu yang berusaha mendapatkan ilmu daripada ilmu yang zahir itu,  manakala wasi mengambil ilmu itu daripada huraian Rasulullah s.a.w. yang kemudiannya diselaraskan dengan ilmu zahir.  Di sisi kami, maksud bilangan seratus tahun adalah semata-mata anggaran, bukannya tepat dan dikira semenjak tahun baginda Nabi s.a.w. wafat.  Orang yang paling dekat yang boleh dianggap mujaddid ialah para ulama hadis yang awal seperti Al-Imam Bukhari, Muslim dan mereka yang sebaya dengan mereka.
Setelah aku mahir dengan pusingan hikmat, Allah taala memberi tauliah kepada ku pakaian mujadid.  Lalu aku mengetahui semua bentuk perkhilafan dan aku tahu penggunaan fikiran dalam syariat adalah tahrif dan penggunaan fikiran dalam membuat keputusan adalah sesuatu yang mulia.  Tamat.
Beliau memcatatkan juga dalam kita At-Tafhimat Ilahiah, halaman 124, seperti berikut:
“Di antara nikmat-nikmat Allah ke atasku, bukan niat bermegah, ialah Allah jadikan diriku juru cakap agama pada zaman ini, pendita-Nya, panglima ulama sezaman dan penganjurnya.  Lalu Allah menuturkan di atas lidahku dan meniup ke dalam hatiku, andainya aku turut menuturkan segala zikir yang dipakai oleh kaum (orang sufi) dan sibuk dengan wirid-wirid mereka, maka aku juga turut menuturkan suatu contoh yang seumpama itu dan aku dapat mempelajari semua mazhab mereka.”
“Andainya aku bercakap untuk menilai tahap-tahap satu kumpulan diantara mereka dan Tuhan mereka, ditumpukan kepadaku bahu-bahunya dan didedahkan kepadaku semua pihak (sudut).  Aku dibawa ke kemuncaknya dan aku mampu menguasainya.”
“Andainya aku bercakap tentang rahsia pancaindera batin (latifah) manusia, aku dapat menyelami lautan yang dalam, aku dapat menggengam baju labuh, aku dapat memegang butir-butir untaian.”
“Andainya aku mahu menguasai ilmu jiwa dan tahap pencapaian jiwa, maka akulah bapanya yang sebenar.  Aku muncul di hadapan untuk menunjukkan keanihan yang tidak terhingga dan pelbagai keanihan yang tiada harapan untuk mengetahui segala hakikatnya.”
“Andaikan aku berbicara mengenai pelbagai ilmu syariat dan ilmu kenabian, maka akulah singa penjaga jelumun, penjaga gelanggangnya, pewaris segala khazanah syariat, pewaris kenabian dan penyemak untung-rugi.”
Syeikh Ubaidillah As-Sindi rahimahullah berkata: “Pada akhir alaf pertama semenjak Nabi s.a.w. berhijrah lahirlah Maulana Al-Sayyid Ahmad Sirhindi rahimahullah pada tahun 971H dan wafat pada tahun 1034H.  Beliau terkenal dengan gelaran mujaddid alaf kedua pada zaman Sultan Muhammad Akbar ‘Adzam Maharaja India’.  Beliau memperbaiki sebahagian sistem masyarakat umat Islam pada zaman itu dan tugasnya hanya disempurnakan pada zaman Sultan Suihanuddin yang dikenali dengan gelaran Shah Jihan.  Selepas beliau, lahirlah keluarga Syah Waliyullah iaitu ayahnya Abdul Rahim.  Apabila Al-Imam Syah Waliyullah rahimahullahu taala muncul beliau menyiapkan tugas pembaikan sistem itu dengan sempurna.   Maka kami percaya bahawa mujaddid sebenar alaf kedua adalah Al-Imam Syah Waliyullah Ad-Dihlawi rahimallahu taala.
Ada pun Al-Imam Ar-Rabbani As-Sayyid Ahmad Sirhindi rahimahullahu taala datang lebih awal untuk merintis laluan kebangkitan Al-Imam Waliyullah Ad-Dihlawi sahaja.  Kenyataan ini telah diterangkan oleh Al-Imam Syah Waliyullah Ad-Dihlawi rahimahullah taala  sendiri tentang dirinya di dalam kitab Tafhimat Ilahiah, di mana beliau telah menegaskan: “Sesungguhnya As-Sayyid Ahmad Sirhindi memang datang untuk merintis laluan bagi saya dan saya muncul untuk menyempurnakannya.”

Bahagian Ketiga

Bahagian ini menerangkan pelbagai bentuk kelompok pembaharuan yang dikurniakan secara khusus oleh Allah taala kepada Al-Imam Syah Waliyullah Ad-Dihlawi rahimahullahu taala berbanding dengan tokoh yang sebaya dengannya.  Syeikh Ubaidillah As-Sindi berkata di dalam kitab At-Tamhid yang disalin daripada Syeikh Muhammad bin Yahya yang terkenal dengan nama Al-Hasan At-Taimi di dalam kitabnya Al-Yaaniul Jinni.
“Sesungguhnya ilmu yang Allah utamakan dengan dikurniakan kepadanya dan dikurniakan juga kepada orang mukmin dari para imam adalah banyak,  lidah menjadi kelu untuk menyebut secara menyeluruh dan kelu sebelum melengkapkannya;  tetapi saya akan menyebut sedikit kelebihan yang dibanggakan itu  supaya diketahui dengan jelas oleh sisiapa yang sedar dan insaf dan hilanglah semua pengaruh pertimbangan yang menyesatkan.  Sebenarnya memang banyak tinggalan orang dahulu untuk diambil peranan oleh orang yang kemudian.  Tidak hairanlah, kerana tuah dan nasib  turun dari langit dan kelebihan itu di bawah kuasa tadbir Allah,ia kurniakan kepada sesiapa yang Ia kehendaki.”

Kefasihan Beliau Dalam Bahasa Arab
Kefasihan beliau dalam bahasa Arab tidak boleh ditandingi  oleh kebanyakan orang Arab yang dilahirkan di luar negara Arab.  Jika anda mendengar sebutan Arabnya yang halus dan indah, anda akan merasa seolah-olah beliau dibesarkan di padang pasir yang didiami oleh Hawazin lama atau seperti beliau dididik oleh seorang perempuan kabilah Bani Tamim.
Syeikh telah mengisyaratkan sebahagian perkara yang aku sebutkan mengenai penguasaan bahasa Arab.  Di dalam surat wasiat yang ditulisnya, beliau menggalakkan anak-anaknya supaya berusaha dan berlatih bercakap dalam bahasa Arab dan menguasai kemahiran dalam seni sastera.  Dalam wasiat itu beliau menyebut kepada anak-anaknya bahawa bahasa Arab adalah salah satu kebanggaan keluarga yang boleh mengeratkan mereka dengan penghulu segala rasul dan menjalin perhubungan yang kukuh dengan baginda.

Kebolehan Beliau Dalam Ilmu Fekah
Beliau dapat menguasai ilmu fikah mengikut empat mazhab imam yang utama dan rakan-rakan mereka, mazhab para sahabat, para tabiin yang berhubung dengan (fikah) dan pendapat kumpulan fuquha muhaddithin.  Lalu beliau bentangkan semua mazhab itu, mengulas, menghurai, menguji, meninjau sumber masalah itu.  Meninjau punca perselisihan dan pelbagai hujah dan dalil.  Beliau membezakan kulit dari isi, membezakan sum-sum dari tulangnya, membezakan lemak dan binjul, menentukan cahaya kunang-kunang dari bara api.
Beliau mampu  menerangkan ilmu itu kepada rakan-rakannya dengan huraian yang paling jelas.  Beliau berjaya membimbing mereka dengan ulasan yang dijurai kepada satu bentuk fikah bersiri yang lebih cemerlang daripada kelopak bunga mawar.  Beliau dapat menyembuhkan penyakit (fikah yang tersasul) dan mendedahkan kekaburannya.
Beliau mampu menguasai peranan mereka, menyerahkan kepada mereka kemampuan memilih mazhab mana yang lebih kuat daripada daripada semua mazhab.  Begitulah lumrah dan dedikasi beliau memperjuangkan mesej reformasinya hingga beliau kembali menghadap Tuan-nya.

Beliau Pakar Dalam Ilmu Hadis Dan Athar
Semua orang mengetahui dengan jelas kemahiran beliau dalam bidang ini jelas seperti cahaya matahari semasa matahari sedang naik satu perempat pertama pada siang hari, behawa beliau adalah sumber ilmu dan beliau adalah penyelesai masalah.
Beliau berjaya menerangkan kepada orang ramai, menyelesaikan masalah-masalah yang sukar dan memperkuatkannya, menerangkan hala suluhan semua halamannya, menghapuskan dan megenepikan semua kegelapan yang menutup (ilmu hadis, kerana umat Islam India berpegang kuat dengan fikah Hanafi), menyebarkan panji-panjinya (hadis), menyebarkan benderanya (hadis), memperbaharui batu tandanya (hadis), mengembalikan  ilmu ke asalnya sehingga orang ramai menyerah kepada beliau pelbagai kelebihan.
Beliau adalah yang dipertua muhaddithin, pendokong terbaik sunah sayyidil mursalin.  Inilah kelebihan beliau yang khusus,  tidak ada siapapun bertelegah tentang kelebihannya, walaupun musuh tidak mengingkarinya, malah kelebihan beliau itu diperakui oleh musuh,  apakah tanggapan anda tentang rakan-rakan beliau?
Tidak pernah berlaku kepada orang dahulu dari penduduk negerinya mengambil berat terhadap ilmu hadis ini seperti yang berlaku kepada beliau dan rakan-rakannya mengenai riwayat dan memasyurkan athar di zon-zon yang luas.  Allah tidak takdirkan penyebaran athar itu menerusi golongan selain daripada mereka.  Itulah kelebihan yang Allah kurniakan keapadanya.  Allah melahirkan melalui peranannya dan peranan para pengikutnya termasuklah para pembawa athar dan penyalin berita hadis.
Sebelum beliau sudah ada para ulama besar dan berkaliber yang berjaya dan sibuk dengan ilmu ini.  Jasa dan peranan mereka amat beruntung.  Semoga dengan mereka Allah memanfaatkan menerusi peranannya akan lahir lebih banyak kumpulan dengan siraman ilmu mereka.
Banyak kawasan bumi mendapat faedah, banyak kaum telah diangkat oleh Allah melalui siraman mereka itu; tetapi ilmu hadis ini tidak dihidupkan oleh murid-murid mereka setelah mereka tiada.  Maka athar mereka terhapus dan lenyap,  tiang-tiang pun condong dan roboh, hingga anda tidak dapat melihat sebarang riwayat yang disebut atau diwarisi di seluruh negara India.
Sebaliknya ayah kepada Abdul Aziz adalah seperti pedang yang sentiasa disandang di belakang mereka.  Dengannya mereka berani menyerang dan bergantung kepadanya.  Mereka sering berusaha menuju ke menaranya dan mereka mencari cahaya apinya dan mereka memerik dari cimni (geluk) cahaya itu.  “lenyaplah matahari tokoh-tokoh dahulu sedangkan matahari tokoh-tokoh kita terus berada di ufuk yang tinggi tidak lenyap selama-lamanya.”
Martabat Beliau Dalam Ilmu Tafsir
Satu kelebihan beliau sebagai seorang reformis ialah kebolehan beliau dalam bidang ilmu tafsir Al-Quran dan takwilan kitab Allah yang tiada tolak bandingnya.  Sesiapa yang mengkaji kendungan kitab-kitab dan bersungguh-sungguh membuka tudung wajah puteri-puterinya (pendapat yang masih dara) dan menyerbu sehingga menemui perbendaharaan mutiaranya, dia pasti dapat menyaksikan banyak habuan yang dikurniakan oleh Allah kepada beliau dalam bidang tafsir dan takwil kitab Allah, penyukatnya padat, cepernya berat.  Maka ternyatalah bahawa beliau adalah juru bahasa Kitab Allah.  Beliau juga pendedah segala hakikat wahyu Ilahi dan segala ayat ayat diturunkannya.
Wajarlah dipulihkan kembali ilmu Al-Quran yang dahulunya mentah dengan membawa airnya (Syah Wliyullah)  yang jernih dan dimasakkan ilmu ini dengan apinya oleh Syah Waliyullah.  Sesiapa yang dilumpuhkan oleh kehairanan mengenai tafsir ini, maka (Syah Waliyullah) dapat membukanya (kehairanan itu) atau kesejukan rahsianya pasti dapat mengembirakannya.  Orang yang kebingungan tidak reda dimalukan dengan pendedahan hasil perinsip-prinsip tafsir  yang beliau rencanakan, termasuklah suatu kejutan yang beliau sulamkan dengan pelbagai penemuan dan pendapat baru.
Karya-karya Syah Waliyullah dalam pelbagai jurusan ilmu tafsir seperti menerangkan lima ilmu dalam Al-Quran, takwilan huruf muqattaat di awal surah;, menentukan target pelbaggai kisah Nabi s.a.w., menyatakan segala prinsip yang timbul daripada kelayakan Nabi s.a.w. dan daya pernerimaan kaumnya dan berpunca dari pentadbiran yang dilaksanakan sejajar dengan hikmat Allah yang Maha Mengetahui pada zaman baginda; lalu Syah Waliyullah mengarang  risalah yang anih dan dinamakanya “Takwil Al-Ahaadis.
Beliau menterjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Parsi mengikut gaya Arab dari sudut ukuran kalimah, susunan kata-kata bagi mana-mana lafaz umum dan khusus dan selain dari itu.  Beliau namakan kitab itu Fathur Rahman Fi Terjemah Al- Quran.  Di bahagian tepi kitab itu beliau bincangkan kemusykilan tentang tafsirannya dan beliau menangkis pelbagai kesamaran (dalam bahasa Arab itu).
Kemudian jejak langkah beliau ditiru oleh anak beliau Syah Abdul Qadir rahimahullahu taala (wafat pada tahun 1230H).  Syah Abdul Qadir menterjemahkan Al-Quranul Karim ke dalam bahasa Hindi dengan cemerlang sebagai lanjutan yang dipetik dari lampu yang dipasang oleh ayahnya.,  maka terpaparlah terjemahan Al-Quran dalam bahasa Hindi dan Parsi yang menyenangkan orang ramai mencontohi tindakannya atau mencontohi pengikutnya.  Maka beliau menjadi orang pertama yang berjaya menerbitkan ilmu (terjemahan Al-Quran) yang amat  rapi  dan sebagai Rafiuddin rahimahullahu taala (wafat pada tahun 1233H) telah mengemukakan beberapa keping emas tulen yang dipetik daripada peninggalan beliau.

Kemampuan Syah Waliyullah Mengasaskan Untuk Kajian Ilmu ini.
Syah Waliyullah rahimahullahu taala telah menyaringkan asas dan  perinsip ilmu ini dengan menapis secara menyeluruh.  Beliau dapat menentukan induk-induk ilmu ini dengan pendekatan yang luarbiasa.  Beliau mencerakinkan semua liku ilmu sebingga hampir pasti beliau benar-benar diberi gelaran “pembina asas dan pembentuk busurnya.,” (dinisbahkan kepada ketepatan memanah).

Dalam Bidang Usur Tafsir
Saksi benar menunjukkan kepintaran beliau berbanding dengan ahli dalam bidang ini dengan sebuah kitab yang terkenal bernama Al-Fauzul Kabir.  Sebenarnya hanya beliau yang mentahkidkan dan mendalami ilmu-ilmu tafsir ini, mengeluarkan dadih dari hampas dan membezakan yang tulen dari tiruan.  Beliau menyedarkan orang-ramai mengenai perkara penting dan prinsip, beliau mendorong orang ramai  gemar mencari sebanyak mungkin inti pati dan perkara yang bernas.
Beliau membincangkan ilmu yang dinaskan oleh Al-Quran, menentukan segala kemusykilan, menerangkan kalimah-kalimah ganjil dalam Al-Quran, menerangkan yang sukar difahami, membimbing supaya mengkaji pelbagai  tafsiran para sahabat dan tabiin tafsiran,menghapuskan sebarang pertelagahan yang terdapat dalam tafsiran mereka ,  membezakan yang mana benar-benar dinasah dari yang tidak sepatutnya dinasahkan.
Beliau menimbulkan segala sebab penurunan (ayat) dan andaian ahli tafsir yang kabur dan takwilan yang goyah untuk mentatbikkannya seperti goyangan tali dalam perigi yang dalam dan masalah-masalah lain yang halus dan yang hadir dalam ilmu ini.  Semuanya tidak dapat disebut dengan kemas melainkan dengan menatapnya.

Mengenai Prinsip Ilmu Hadis
Dalam ilmu ini Syah Waliyullah mempunyai jangkauan yang luas. Al-Imam Syah Abdul Aziz (wafat pada tahun 1239H) telah menceritakan bahawa Syah Waliyullah mempunyai banyak tahkik sebagai penemuan baru yang tidak pernah ditemui oleh orang lain dan penelitian yang halus dan menarik yang tidak pernah dipijak oleh mana-mana kaki kuda yang ditunggang oleh sesiapa.
Sesiapa yang mengkaji kitab ilmu usul tafsir dan usul hadis kemudian mendalamkan pemerhatiannya pada kitab yang dikumpul oleh bapa Abdul Aziz (Syah Waliyullah) atau ilmu yang beliau sebarkan (melalui lisan), beliau akan mambuka matanya (pengkaji) di setiap lipatan, beliau menghalakan pandangannya ke seluruh lembah ilmu ini; dia pasti menyaksikan bahawa kitab-kitab itu lebih membuka selera di sisi pemabuk dari hidngan khamar.

Dalam Bidang Usul Fikah
Syah Waliyullah dikurniakan ilmu usul fikah dengan bungkusannya sehingga beliau dapat hinggap dikemuncaknya yang tinggi,  beliau mampu menyusun mazhab-mazhab yang berlainan di kalangan para imam agama, termasuklah ahli  mazhab yang berdasarkan fikiran dan mazhab yang berpegang kepada zahir hadis, kumpulan fuqaha muhaddithin.  Beliau mengumpulkan semuanya dalam kata-kata yang ringkas dan mudah dihafazkan.   Beliau menerangkan perbezaan di antara perkara yang dipertikaikan (mengenai perkhilafan) dan usul fikah yang mulia dengan merujuk kepada sepuluh cara istinbat,  beliau juga menyatakan peraturan menyokong dan menguatkan pendapat (tarjih).  Semoga Allah memberi balasan yang terbaik sebagai seorang pakar usul fikah.  Beliau berjaya mengangkat ilmu ini sehingga menjadi mulia semula setelah menara ilmu itu runtuh.

Dalam Bidang Usuluddin
Beliau menumpu perhatian dalam bidang ilmu usuluddin dan pelbagai akidah,  sebenarnya beliau telah menghuraikan jalan ke arah pegangan salaf,  beliau berjaya membezakan gandum bermutu dan gandum bermutu rendah dari pendapat khalaf.  Beliau mampu menyatakan perkara yang dipatuhi terhadap Allah sebagai pegangan turus agama berbanding dengan perkara lain yang menjadi tanggapan yang baik dari pelbagai pendapat umat Islam,
Beliau menerangkan bahawa memang wujud ketepatan antara perkara yang difikirkan (ma’qul) dan perkara yang diambil daripada Nabi (ma’thur) dan beliau menerangkan cara untuk membebaskan dari kegelapan (kejahilan)kepada cahaya.
Beliau mampu menjawab pelbagai kekeliruan yang ditanam oleh ahli falsafah, menjawab pelbagai sangkaan muktazilah, mengeluarkan pendapat yang mendedahkkan kesalahan golongn Syiah dan Rafidah, menampal perkara yang mereka carikkan dan mencarikkan perkara yang mereka jalinkan yang meliputi pelbagai masalah yang mereka bawa, meleraikan sesuatu yang mereka satukan di samping mengemukakan pengganti perkara itu dengan menerangkan rahsia agama yang tidak boleh ditemui dalam zaman yang panjang melainkan oleh segelintir orang yang dipilih oleh Tuhan.
Yang demikian kerana orang yang bercakap tentang ilmu ini dari kalangan ahli sunah sama ada ahli hadis yang gigih menerangkan hadis secara zahir hadis atau  ahli kalam yang amat menghalusi dan tenggelam di dalam pemikiran ilmu kalam, atau ahli fikah yang mengambil jalan tengah di antara dua kumpulan, atau ahli zouk (orang yang mempunyai rasa batin) yang menerima dengan tenang mana-mana pendapat yang seimbang dengan perkara yang dijelaskan kepadanya.
Allah himpunkan dalam dadanya ilmu (dan pengenalan) yang Allah agih-agihkan di kalangan ulama lain, maka beliau mempu membelatkan yang patah, mengisikan yang kosong, menyatukan pelbagai bahagian, membezakan perkara yang bersih dari yang keruh, menjelaskan perkara yang boleh difikirkan dari perkara yang tidak mampu difikirkan, menyatakan perkara yang layak dijadikan ikutan berbanding dengan perkara baru yang mahu dimulakan.  Maka kemunculan tariq Syah Waliyullah menggabungkan semua panji-panji hidayah.  Tiada tariq yang lebih jelas daripada tariqnya dan tidak terdapat tahkik yang lebih sesuai didokong selain daripada tahkik beliau.

Kelebihan Beliau Dalam Etika Suluk Dan Ilmu Pelbagai Hakikat.
Sesungguhnya ternyata kepada beliau banyak perkara benar yang terbit dengan jelas daripada Tuhan-nya.  Beliau dekati tali yang kukuh.  Dengan tali itu beliau bergayut hengga ke anjung kemuliaan dan kebesaran Allah.  Pelbagai rahsia alam ketuhanan (lahut) menjadi jelas kpadanya, pelbagai cahaya malakut terpantul kepadanya.
Allah memuliakan dia dengan jiwa yang bersih dan kudus.  Beliau bermunajat dengan Tuhan yang menganugerahkan kepadanya kekuatan mendengar keadaan yang sebenar dengan jelas.  Maka tidak ada lidah yang lebih mampu menuturkan segala hakikat selain daripada lidahnya.  Tidak ada neraca penimbang mata wang nilai makrifat yang lebih tepat daripada timbangan beliau.  Maka beliau sememangnya seorang tokoh yang menggabungkan ketiga-tiga jalan, iaitu jalan mendengar, jalan berfikir dan jalan zouk.
Rahsia yang rumit tidak ternyata kepadanya sehingga boleh diterima, malainkan setelah ada orang yang menyaksi persahabatan belisu lebih benar daripada perkara yang difikir dan disalin dan diperkuatkan asasnya dan keperluannya dipenuhi dengan keterangan-keterangan daripada prinsip (usul).
Semua kitab yang beliau karang dalam bidang ini dan kitab-kitab mereka yang mengikuti jejak langkahnya menjadi hujah yang berkesan dan membuktikan kenyataan itu terang seperti matahari di ufuk langit.
Berhubung dengan etika suluk yang selanjutnya, Syah Waliyullah menerangkan jalannya dengan jelas.  Beliau menerangkan semua peeraturan keempat-empat jalan itu dengan huraian yang terserlah.  Syeikh berjaya menegakkan semula tanda-tanda jalan yang telah runtuh dan mencerahkan semula tanda yang terlindung dari lambangnya,  perkara ini jelas bagi sesiapa yang pernah menatap sebahagian karangannya yang masyhur mengenainya seperti Al-Qaulul Jamil yang memang benar merupakan penawar bagi pesakit, memuaskan orang yang dahaga dan panduan amali bagi orang yang mencari kebenaran.
Inilah yang mudah bagi saya menyebut dengan senang hati ilmu-ilmu beliau yang saya tahu.  Sebenarnya Syeikh rahimahullahu taala telah mengukuhkan amat banyak perbendaharaan ilmu dan ulasannya.   Sheikh berusaha dengan gigih dari segi tahkik bahagian-bahagian furuk dan sumbernya di tahap yang tidak tertanding dengannya melainkan orang  yang dikehendaki Allah sama ada pada zaman hayatnya atau selepas beliau meninggal.  Amat sedikit tokoh yang mungkin menyamai beliau pada zaman-zaman sebelumnya.
Sebenarnya saya tidak mengatakan tiada tokoh ulama yang sama dengan beliau dan sezaman dengan mereka atau sejurus selepas zaman mereka; kerana demi umurku, memang lahir di negara India ramai tokoh dalam pelbagai bidang yang menjadi wadah ilmu, para pengawal agama, para setiausaha, pemegang amanah para rasul dan sebagai aras tanda kepimpinan dan keyakinan yang berbeza dan berasingan daripada mereka dengan beberapa keistimewaan.
Antaranya, ilmu ini dan ilmu-ilmu lain di isi ke dalam dadanya yang luas.  Beliau mengendalikannya dengan hanya mampu oleh pakar penyemak dan pakar dalam bidang hadis yang terdiri daripada tokoh ilmu dalam urusan ini.  Beliau dapat menerangkan bab-babnya, mengeluarkan inti pati dan hampasnya, menguraikan pelbagai tariq yang pernah diguna pakai oleh ahli yang mempunyai ilmu di kalangan pengikut mazhabnya.   Beliau berjaya menyingkap tirai yang menutup ilmu untuk mereka, beliau berjaya mempermudahkan untuk mereka perkara-perkara yang susah, berjaya melicinkan jalan bukit dan menyusun batu pijak untuk para pemijak.
Antaranya, beliau menyediakan pelbagai masalah, menghuraikan pelbagai hujah,  berdalil dengan ibarat ringkas yang diperindahkan dan isyarat-isyarat seni yang mengkagumkan di samping tekun mengikuti dasar berkecuali tanpa fanatik kepada sesiapa, tanpa sebarang tekanan, mengutamakan perkara  benar yang ditemuinya walau daripada sesiapa jua.
Antaranya, satu kefahaman beliau ialah kefahamannya yang halus dan pendapatnya yang tepat kerana beliau salah seorang yang tinggi  IQ  (intelligence quotion)  pada zamannya, paling tangkas mencabut busur panahnya dan paling tepat memanah.  Beliau dikurniakan minda yang bistari yang menepati peribahasa Arab: “kalau ia bergesir dengan kayu naba’ nescaya ranting itu mengeluarkan api.” Biasanya ranting kayu zanad yang menyala, seolah-olah dia mendapat ranting pokok yang halus dan berjerabu.  Kemudian Allah lebihkan beliau dengan beberapa kurniaan yang dihimpun sebagai tambahan kepada ilmu-ilmu biasa dan ilmu pemberian yang tidak terhad terhadap kepada beliau.
Guru kami Maulana Ubaidillah As-Sindi berkata: “Sesungguhnya beliau telah diberi pujian oleh ramai ulama besar yang mulia.  Antara mereka ialah putera beliau Al-Imam Abdul Aziz, dimana beliau berkata di daalam Tuhfah (hidayah).  Wajarlah dikatakan tentang diri Syah Waliyullah bahawa dia adalah satu dari tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. dan satu dari beberapa mukjizat Nabi s.a.w.”  Naimullah, rakan utama Syeikh Ubaidillah As-Sindi berkata: “ Sesungguhnya beliau adalah wali yang terbesar yang menguasai ilmu zahir dan batin.”  Seterusnya Naimullah melaporkan tentang gurunya yang menyebut pelbagai kelebihan dan kesempurnaan Syah Waliyullah, yang beliau tidak mampu memuatkannya di sini.
Demikian juga Syeikh Ghulam Ad-Dihlawi seorang sahabat beliau yang ternama berkata: “Sesungguhnya, ayahnya Abdul Aziz telah memberitahu satu tariq baru dan mempunyai jalan yang istimewa dalam mentahkikkan pelbagai rahsia makrifat dan ilmu-ilmu yang anih.  Beliau seorang ulama rabbani.  Agaknya tiada orang yang sebaya dengannya yang termasuk dalam barisan sufi yang muhakik yang mampu menghimpunkan ilmu zahir dan ilmu batin, mampu membicara ilmu-ilmu baru yang hanya dibincang oleh beberapa tokoh terbilang” . tamat.
Saya berkata, inilah beberapa perkara yang Alllah s.w.t. khususkan kepada Imam Syah Waliyullah taala berbanding dengan takan-rakan yang sebaya dengannya.  Belaiu lengkap dan jelas seperti matahari di ufuk yang tinggi.  Dia berhak digelar “Al-Imam”. Antara mereka ialah puteranya Syah Abdul Aziz rahimahullahu taala.  Beliau menyebut dalam kitabnya yang berjudul Bustanul Muhaditthin.  Hadrat Syeikh dan tokoh ikutan kami dalam semua  ilmu dan semua urusan Syeikh Waliyullah Ad-Dihlawi.” Tamat.
Syeikh Ahmad Asyik rahimahullahu taala berkata dalam muqadimah kitab “Al-Khairul Kathir” dalam bahasa Parsi: “Tokoh teragung dari para muhaddithin, wali pada zaman ini, lidah Allah Qutubuddin Ahmad Al-Fayadh Waliyullah.” Tamat.
Al-Sadrus Syahid Al-Imam Syah Ismail As-Syahid rahimahullahu taala berkata di dalam kitabnya: Al-Abaqat “ Tokoh yang paling utama dari para muhakik dan para mudakik, yang menjadi pegangan para hakim, imam para arif, tokoh yang paling tahu di kalangan mereka terhadap Allah ialah Syah Waliyullah.  Semoga Allah curahkan kepada kita serba sedikit berkatnya.” Tamat.
Maulana Syeikhul Hind Mahmud Al-Hasan Ad-Deobandi rahimahullahu taala berkata di dalalm “Muqaddimah Terjemah Al-Quran” : “Hujjah Allah Ke atas seluruh Alam As-Syah Wliyullah...” Tamat.
Demikian kami dapati sebahagian ulama di luar India menamakan Al-Imam Waliyullah Ad-Dihlawi dengan gelaran “Al-Imam” seperti Al-Allamah Ad-Damsyiki rahimahullahu taala di dalam kitabnya “Al-Fatawa Fil-Islam” Al-Imam Waliyullah Ad-Dihlawi. Tamat. As-Sayyid Murtadha Az-Zabidi pengarang kamus Ta’rifat dan pensyarah kita Ihya Ulummuddin yang merupakan murid Syah Waliyullah Ad-Dihlawi rahimahullahu taala.
Wajarlah dikatakan bahawa bahawa tajdid Al-Imam Waliyullah terhadap ilmu agama dalam alaf kedua Hijrah ini memang diakui dan diterima oleh para ahli ilmu Ajam dan Arab.
Itulah kelebihan yang Allah kurniakan kepada sisiapa yang ia mahu, dan Allah mempunyai kelebihan Maha Agung.

Thursday, March 9, 2017

Sebahagian Biografi Muhammad Salleh Fikri

Lampiran 4

Sebahagian Biografi Muhammad Salleh Fikri,
Penulis Lampiran I

Sesuai dengan martabat kitab1 yang bertaraf besar, kami ingin menyebut sekadar yang diperlukan tentang kisah penulis supaya beliau dikenali oleh mereka yang belum mengenalinya, semoga mereka berdoa untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Riwayat oleh seorang yang tidak dikenali atau terpendam memang tidak dipercayai oleh orang ramai. Semoga Allāh selamatkan kami dari keburukan itu.
Muḥammad Ṣālleh Fikrī dilahirkan pada 14 Shaʿbān yang mulia pada tahun 1339H di Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan; selepas lima bulan guru kepada guru kami Shaykh Al-Hind Mawlānā Maḥmūd Ḥasan Al-Deobandī wafat. 
Setelah beliau berumur enam tahun, ibunya menghantar beliau belajar Al-Qurʾān di rumah neneknya Wan Safiah dan beliau sempat belajar Al-Qurʾān juzuk Amma daripada neneknya. Selepas beberapa bulan, neneknya kembali ke rahmat Allāh Taʿālā. Kemudian ibunya mengambil alih tugas mengajar Al-Qurʾān sendiri dari awal hingga akhir dan beliau selesai belajar Al-Qurʾān pada umur sembilan tahun. Kemudian beliau mulai belajar membaca dan menulis dalam bahasa Melayu dan ʿArab daripada ayahnya Al-Fāḍil Al-Zakī Al-Marhum Hj. Wan Mūsā bin Ṣālleh.
Pada tahun 1348H, beliau mulai menguasai pelbagai ilmu ʿArab melalui ayahnya. Beliau belajar daripada ayahnya semua kitab nahu dan sebahagian kitab ṣaraf, fikah Imām Shāfiʿī, ilmu uṣūl, ilmu kalam, ilmu mantiq, ilmu tafsir, ilmu adab, ilmu taṣawūf dan ilmu-ilmu lain. Ayahnya mengajar  beliau kitab-kitab ini secara khusus dengan tumpuan yang secukupnya. Semoga Allāh mencurahkan keampunanNya dan menempatkan ayahnya bersama golongan yang pertama dari kalangan Muhajirīn dan Anṣār.
Pada tahun 1353H, beliau selesai belajar semua ilmu ini sebagaimana adab para pelajar Malaya pada masa itu dan beliau menyambung dengan mempelajari kitab-kitab ḥadīth, kitab istilah ḥadīth, ilmu mantiq dan ilmu-ilmu lain dari kitab Al-Imām Walī Allāh al-Dihlawī yang lain melalui abangnya Shaykh Abdullah yang wafat pada tahun 1354H. Beliau banyak bersyukur kepada Allāh Taʿālā dengan limpah kurniaNya yang khusus kepada beliau yang menjadikan beliau dapat mengatasi semua kawan yang belajar bersama-sama beliau ilmu-ilmu Shāh Walī Allāh. Semoga Allāh rahmatkan mereka.
Setelah Shaykh Abdullah Mūsā wafat, beliau mulai belajar Muqaddimah Muṣaffā yang diterjemahkan ke dalam bahasa ʿArab dan kitab Musawwā jilid pertama, satu pertiga kitab Jamiʿ Termidhī dan lain-lain semuanya melalui saudaranya Hj. Nik Muḥammad sebagai mudir Madrasah Muhammadiiah, Kelantan. 
Pada tahun 1355H/1936M dengan taufik Allāh, beliau diangkat menziarah tanah suci Al-Ḥarām Mekah, negeri Tuhan yang suci. Di sana beliau belajar kitab Musawwā juzuk 2 daripada gurunya Shaykh ʿAbd al- Razzāq, Meṣir di sebuah bilik yang khusus. Demikian juga beliau dapat mengambil faedah daripadanya, termasuklah pelbagai makrifat dan ahwal dan beliau dapat mengambil faedah pelbagai makrifat yang umum daripada saudara kami seagama dinisbahkan kepada Allāh iaitu Shaykh ʿAzīz Aḥmad al-Hindī. Semoga Allāh membalas baik kepada kami dan semua orang Islām. Setelah selesai musim haji, beliau bertekad memasuki mana-mana pusat pengajian ʿArab di Mekah; tetapi beliau dapati keadaan para ʿulamāʾ dan tenaga pengajar meragukan beliau khususnya kepastian mereka dalam pelbagai ilmu, lebih-lebih lagi dalam ilmu hikmah. Maka hati beliau berbelah bahagi sama ada beliau mahu kekal di Mekah atau berpindah ke negara lain seperti India. Kemudian meminta pilihan daripada ayahnya untuk pergi ke India. Lalu ayahnya mengizinkan beliau pergi ke sana, tetapi dengan syarat di bawah pimpinan Mawlānā ʿUbayd Allāh al-Sindhī; sedangkan beliau pada masa itu tidak pernah mengenali Shaykh ʿUbayd Allāh. Beliau rasa malu kepada dirinya sendiri untuk mendedahkan kepadanya semua urusan itu. Tiba-tiba beliau befikir dan meminta pilihan daripada Allāh, dan beliau tidak dapati satu jalan yang lebih baik baginya selain berbincang dengan ʿUbayd Allāh al-Sindhī. Belia pergi menemui ʿUbayd Allāh di Ribattong di Harrat al-Bab pada pukul 3.00 pagi waktu tempatan, hari Rabu, 26 Muharam 1356H/1937M. Kemudian beliau menemui Shaykh melalui saudara kami ʿAzīz Aḥmad yang amat mengambil berat terhadapnya. ʿAzīz Aḥmad menasihatkan supaya beliau pergi ke India dahulu dan belajar di Deoband selama satu atau dua tahun. Kemudian beliau hendaklah belajar bahasa Inggeris di Jamiyah Milliyyah, kemudian pergi ke Lahore dan belajar dengan Mawlānā Muḥammad ʿAlī. Selepas itu barulah beliau layak mempelajari ilmu-ilmu Shāh Walī Allāh.  
Lalu beliau berpindah ke India dan belajar di Dar al-ʿUlūm Deobandī. Di sana beliau belajar pelbagai ilmu aqlī, termasuklah ilmu mantiq, ilmu falsafah, ilmu geografi, fikah, ilmu maʿānī, bayān dan lain-lain, termasuklah pelbagai ilmu naqlī (Al-Qurʾān dan ḥadīth) dan beliau berada di Deoband selama dua tahun setengah. Kemudian beliau merasa jemu dan mahu meninggalkan Deoband, sama ada kembali ke Malaya atau pergi ke Lahore dan berdamping dengan Mawlānā Muḥammad ʿAlī. Tetapi mengikut hikmah tadbir Allāh Taʿālā dan kehendakNya, khayalan-khayalan beliau itu hilang begitu sahaja setelah beliau menemui Shaykh ʿUbayd Allāh al-Sindhī di Deoband. Beliau membentangkan kepada Shaykh urusan pelajarannya dan minatnya terhadap ilmu Shāh Walī Allāh. Lalu Shaykh menyuruh beliau pergi ke Jamiyah Milliyyah, kerana Shaykh akan mengajar beliau ilmu Shāh Walī Allāh di sana.  Lalu beliau meninggalkan Deoband pada 12 Jun 1940 bersamaan 1359H dan beliau menginap di Qurulubagh di Delhi, sambil menunggu kedatangan guru kami Shaykh ʿUbayd Allāh di Jamiyah Milliyyah selama sebulan sebelum Jamiyah Milliyyah dibuka pada bulan Ogos 1940M.
Beliau belajar di Jamiyah Milliyyah hingga tahun 1943M. Guru Besarnya ialah Imām Mawlānā ʿUbayd Allāh al-Sindhī yang baru sahaja dibenarkan pulang ke India pada tahun 1939M, setelah menjalani hukuman dibuang negeri selama 25 tahun kerana dianggap bersalah dan orang yang tidak dikehendaki oleh kerajaan British kerana menentang kerajaan British dalam perang dunia pertama (1914-1918)M. Doktor Zakir Ḥusin sebagai Ketua Jamiyah Milliyyah. Beliau bersahabat baik dengan Dr. Zakir Ḥusin yang dianggap sebagai sahabat dan gurunya. Beliau bertemu dan sempat bergambar dengan Dr. Zakir Ḥusin kali terakhir pada tahun 1968 di Istana Telipot Kota Bharu, semasa Dr. Zakir Ḥusin sebagai Presiden India melawat Kelantan.2
Pada bulan Ogos, Shaykh ʿUbayd Allāh tidak datang dan beliau merasa bingung dan beliau menunggu lagi dari sebulan ke sebulan. Beliau kecewa dan berbincang dengan rakan-rakan untuk belajar bahasa Inggeris di mana-mana pusat pengajian di Delhi. Semasa perbincangan itu, tiba-tiba Shaykh ʿUbayd Allāh datang ke Delhi pada 28 Ramaḍān 1359H. Maka hati beliau rasa senang dan puas. Pujian untuk Allāh yang mengurus ʿālam. Pada hari Isnin 3 Syawal 1359H bersamaan 4 November 1940M, guru kami ʿUbayd Allāh al-Sindhī mulai mengajar kami Al-Qurʾān al-ʿaẓīm di rumah kami Nombor 6, Jalan Ajmal, Qurulubagh. Pada masa itu ada empat orang pelajar iaitu beliau sendiri, saudara beliau Muḥammad, ʿAbd al-Raḥmān dan Muḥammad Nūr Makkī. Kami semua dalam keadaan demikian selama sepuluh hari.
Kemudian kami berpindah ke Uklā iaitu di Jamiyah Milliyyah pada 15 Shawal 1359H bersamaan 16 November 1940M. Kemudian guru kami mulai mengajar di Bait al-Ḥikmah pada hari berikutnya. Pada hari pembukaannya, Shaykh ʿUbayd Allāh membaca Al-Qurʾān bermula dengan surah Al-Fātiḥah dan doa Imām Walī Allāh yang tertulis dalam Tafhīmāt illāhiyyah.
Beliau memuji Allāh yang Maha Mulia yang amat memberi nikmatNya yang menyampaikan beliau ke Dar al-ʿUlūm Deoband pada usia 18 tahun. Dan Allāh taufikkan kepada beliau kemampuan mengarang sejak beliau berumur 16 tahun. Pertama, beliau mengarang risalah yang menetapkan bahawa miʿrāj Nabi (s.a.w.) dengan jisim rohani dalam bahasa Melayu. Kedua, falsafah Isrāʾ dan miʿrāj dalam bahasa ʿArab. Ketiga, risalah yang memastikan penurunan Nabi ʿĪsā (a.s.) dalam bahasa ʿArab. Dan Allāh taufikkan beliau dengan keterangan yang jelas dalam pelbagai perkara yang tidak dapat disaksi dengan mata. Maka ramailah pelajar dari saudaraku Al-Marhum Hj. Abdullah dapat mengambil faedah daripada beliau. Dan Allāh jadikan beliau mengatasi para sahabatnya dalam ilmu dan kepimpinan. Perkara itu memastikan benar-benar termakbulnya doa dua orang tua beliau yang telah meninggal yang telah berdoa kepada Allāh supaya beliau dijadikan seorang pembawa ilmu Imām Walī Allāh Dihlawī zahir dan batin; dan beliau telah mendengar daripada orang yang beliau percayai bahawa arwah ayahnya ada berkata mengenai beliau bahawa pada satu masa nanti bahawa Ṣalleh akan menjadi seorang yang agung yang dapat mengganti tempat anaknya Abdullah.
Syabas diucapkan di atas kata-kata ayahnya itu di mana kata-kata itu merangkumi dan itulah sebahagian dari terjemahan apa yang ada di ʿain al-thabitah yang sudah ditetapkan sebelum lahir ke alam nyata. Dan beliau amat banyak memuji Allāh sebagaimana Dia kasih dan gemar kepada perkara yang Dia kurniakan kepada beliau, iaitu nikmat-nikmat ilmu dan pembeza.
Dan puji-pujian kepada Allāh yang dapat beliau hubungkan dengan khidmat guru kami yang sangat ʿalim iaitu seorang yang sangat bijak pada masa itu iaitu Shaykh ʿUbayd Allāh Sindhī. Dan beliau tidak dapati perbezaan pergaulan dengan Shaykh dari sudut pendidikan dan kepimpinan, semuanya sama dengan haḍrat ayahnya. Dan beliau membuat ketetapan bahawa beliau menemui Shaykh semata-mata kerana keberkatan doa yang diterima dari hamba yang ṣāliḥ ini iaitu ayahnya; dan doa kami yang akhir ialah puji-pujian kepada Allāh yang mengurus ʿālam semesta. 
Mawlānā ʿUbayd Allāh Sindhī adalah salah seorang guru beliau yang paling berkesan. Beliau mendapat bahan pengajaran secara terus dalam semua bidang kehidupan beliau. Beliau belajar secara tahkik mengenai pernyesuaian falsafah Al-Qurʾān dengan semua falsafah dan agama di dunia. Beliau juga belajar falsafah sejarah ilmu dan ilmu tamadun. Sebahagian dari kelas Jamiyah Milliyyah itu dijadikan ‘Bait al-Ḥikmah’ [House Of Philosophy]. Di Bait al-Ḥikmah inilah beliau mendalami semua bidang ilmu agama Islām secara terperinci. Bait al-Ḥikmah adalah institusi penyelidikan para pelajar di mana beliau terpilih sebagai pelajar yang mempunyai harapan masa depan yang cemerlang.
Dalam peperiksaan akhir pada tahun 1943M beliau muncul sebagai pelajar yang digelar ʿUlamāʾ Besar. Satu penghormatan yang paling agung dalam sejarah Kelantan selepas Al-Marhum Haji Nik Abdullah.3

[Biografi ini ditulis oleh Muḥammad Ṣalleh Fikrī yang dilahirkan di Kelantan dan belajar di Bait al-Ḥikmah, Uklā, Delhi, India. [1940M/1359H]. Dipetik dan diubahsuai dari Al-Furqān Fī Tafsīr Al-Qurʾān Al-Karīm, oleh ʿUbayd Allāh Sindhī, Dar al-Ḥikmah, Jamiyah Milliyyah, Uklā, Delhi, 1359H/1940M. Tafsir ini masih dalam bentuk manuskrip tulisan tangan oleh Muḥammad Ṣalleh Fikrī].

Nota

1 Al-Furqān Fī Tafsīr Al-Qurʾān Al-Karīm, ʿUbayd Allāh Sindhī, Dar al- Ḥikmah, Jamiyah Milliyyiah, Uklā, Delhi, 1359H/1940M. [Manuskrip tulisan tangan yang belum diterbitkan].
2 Makalah yang ditulis kepada Prof. Dr. William Rof, Universiti Columbia, New York,Amerika Syarikat, m.s. 41. 1970.
3 Makalah, m.s. 41-43.

(NHA2012-11-27)
Fitrah insaniyah. Like & share.

Tuesday, March 7, 2017

Al-ʿAlim Al-Muḥaddith Al-Haji Nik Abdullah Bin Al-Haji Wan Mūsā

Lampiran 3

Al-ʿAlim Al-Muḥaddith Al-Haji Nik Abdullah
Bin Al-Haji Wan Mūsā


Bahagian Pertama1
Beliau dilahirkan pada tahun 1900M di Jalan Merbau Kota Bharu, Kelantan. Beliau dari keluarga ʿulamāʾ yang terkemuka dan berpengaruh sejak datuknya Tuan Tabal lagi. Sebagai anak lelaki sulung yang menjadi impian ayahnya sejak dalam kandungan ibunya supaya mewarisi tradisi ʿulamāʾ dalam keturunan keluarga pada masa depan. Dengan pendidikan asas yang sempurna dan sifat-sifat gigih dan daya usaha, beliau mampu mendalami ilmu agama semasa berada di Mekah hingga ke peringkat Al-Qurʾān dan Al-ḥadīth mengikut jalan Shāh Walī Allāh al-Dihlawī. Semasa belajar di Mekah, ketokohan beliau sebagai seorang pemuda yang sangat ʿalim mulai terkenal di Kota Bharu; sehingga sebaik sahaja beliau pulang ke Kota Bharu dari Mekah beliau mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan masyarakat umum di Kota Bharu.
Sebagai anak yang menjadi harapan ayahnya, sejak berumur lapan tahun lagi beliau digalak melakukan ibadat-ibadat wajib dan sunat. Di samping itu beliau dikehendaki oleh ayahnya supaya memerhati dan mengikuti orang ramai meratib di surau ayahnya mengikut tarikat Aḥmadiyah.
Setelah umur beliau meningkat belasan tahun, beliau mula dididik oleh ayahnya dan bapa saudaranya Hj. Nik Wan Abdullah dalam ilmu fikah Shāfiʿī, uṣūluddīn, taṣawūf, ilmu nahu dan ṣaraf. Beliau dikawal dengan rapi oleh ayahnya. Jika didapati beliau cuai dan lemah sedikit dalam pelajaran, beliau dirotan oleh ayahnya. Kawalan ketat ini memberi kesan kepada peribadi beliau, menyebabkan beliau mulai serius dan rajin semasa belajar.
Di bawah didikan ayahnya yang sudah pun berminat kepada aliran agama yang di bawa oleh para ʿulamāʾ kaum muda, beliau dididik ke arah mengkaji pendapat kitab-kitab karangan para ʿulamāʾmutakhir secara kritikal tanpa bertaklid buta. Di samping itu, untuk membolehkan beliau mendalami lagi ilmu nahu ʿArab dan ṣaraf, beliau dikehendaki oleh ayahnya supaya belajar dari Tok Kenali di surau kampung Kubang Kerian. Tok Kenali dianggap oleh Haji Wan Mūsā sebagai seorang ʿulamāʾ yang sangat ʿalim dalam ilmu ini berbanding dengan para ʿulamāʾ lain pada masa itu di Kelantan.
Setelah beliau berumur hampir dua puluh tahun dan berupaya memahami bahasa ʿArab dan mempunyai asas ilmu agama, beliau digalak oleh ayahnya belajar ilmu agama daripada Tok Khurasān.2 Di surau Tok Khurasān, beliau belajar ilmu ḥadīth, ilmu tafsir Al-Qurʾān, ilmu fikah Ḥanafī, ilmu falsafah, ilmu mantiq(logik), ilmu falak (astronomi) dan ilmu faraid. Pengajaran Tok Khurasān dalam kitab-kitab ilmu tafsir Al-Qurʾān, ḥadīth dan fikah Ḥanafī selama empat tahun memberi satu pengertian baru kepada beliau dalam memahami konsep ilmu fikah. Kalau dahulu pengertian beliau mengenai ilmu ini berkisar di sekitar pendapat para ʿulamāʾ Shāfiʿī yang mutakhir, tetapi selepas itu pengertian beliau berhubung dengan ilmu-ilmu ini menjalar pula kepada maksud-maksud ḥadīth dan pendapat dalam kitab tafsir Al-Qurʾān dan fatwa ʿulamāʾ dalam mazhab Ḥanafī.
Pengajian beliau dalam ilmu falsafah, mantik dan falak telah melengkapkan lagi beliau untuk memahami ilmu Al-Qurʾān dan ḥadīth. Hasil pengajian ini telah memutuskan ikatan pemikiran beliau dari pendekatan  pengajian agama secara tradisinal secara bertaklid kepada pendapat dalam kitab-kitab yang ditulis oleh para ʿulamāʾ Islām dahulu.
Semasa berguru kepada Tok Khurasān itu, beliau telah mendapat pujian yang tinggi daripada guru itu, kerana ketekunan dan kebolehan beliau semasa belajar. Semasa berada di rumah, beliau sentiasa membaca kitab-kitab dan berfikir tentang ilmu. Salah seorang bekas kawan rapat beliau dan seterusnya menjadi pengikut beliau ialah Hj. Ismāʿīl bin Hj. Muḥammad ada mengatakan: “Dan adalah tabiat Al-marhum Hj. Nik Abdullah bin Hj. Wan Mūsā pada masa ini sentiasa dia berfikir kerana mentaḥqiq (mendalami) agama Islām”. 
Di samping itu beliau juga mengadakan perbincangan-perbincangan tentang ilmu dengan kawan-kawannya di rumah ayahnya.
Pengajian Hj. Nik Abdullah daripada Tok Khurasān dan galakan oleh ayahnya telah memberi inspirasi kepada beliau untuk mendalami lagi ilmu Al-Qurʾān dan ḥadīth. Maka semasa beliau berada di Mekah pada tahun 1926, beliau mencari-cari guru-guru yang benar-benar ʿalim dalam kedua-dua ilmu itu selama beberapa bulan. Dalam tempoh tersebut beliau menghadiri jemaah pengajaran ilmu fikah dan taṣawūf oleh dua orang ʿulamāʾ di Masjid al-Ḥarām bernama Shaykh ʿAlī Mālikī dan Abū Al-Sammah al- Ẓahirī. 
Apabila beliau mendengar ada seorang ahli ilmu ḥadīth yang masyhur berada di Kota Mekah bernama ʿUmar Hamdan; beliau terus pergi berguru dan menjadi khadam kepadanya. Sudah menjadi terdisi dalam kalangan pelajar Islām dahulu, apabila mereka benar-benar mahu berguru kepada seseorang ʿulamāʾ, mereka sanggup menjadi khadam kepada ʿulamāʾ itu. Mereka berpendapat, ilmu yang ada pada ʿulamāʾ itu bukan sahaja dipelajari melalui menadah kitab dalam jemaah pengajarannya, tetapi melalui perdampingan dan kesempatan berbual dengannya setiap hari. Hj. Nik Abdullah terus mengikuti Shaykh ʿUmar Hamdan yang berpindah ke Madīnah.
Sebagai seorang penuntut ilmu ḥadīth, Hj. Nik Abdullah mula disebut-sebut oleh ramai anak tempatan Kota Bharu yang berada di Mekah. Pada tahun 1920’an hampir semua anak tempatan dari Kota Bharu yang berada di Mekah tidak belajar ilmu ḥadīth, kerana mereka tidak mempunyai asas langsung untuk mempelajari ilmu itu. Semasa berada di Kota Bharu mereka menghabiskan masa belajar ilmu fikah Shāfiʿī, nahu ʿArab dan ṣaraf sahaja.
Hj. Nik Abdullah berguru kepada Shaykh ʿUmar Hamdan selama empat tahun (1926-1930), namun demikian beliau masih tidak merasa satu kepuasan yang muktamad dengan pengajaran guru itu, kerana pengajaran Shaykh ʿUmar hanya menerangkan makna-makna dalam kumpulan enam kitab-kitab ḥadīth. Shaykh ʿUmar langsung tidak menerangkan kaedah-kaedah menilai ḥadīth dalam kitab-kitab tersebut sama ada ṣaḥīḥ atau tidak.

Bahagian Kedua.3 
Guru beliau yang paling mursyid yang mendidik beliau ialah Hakim al-Islām Mawlānā ʿUbayd Allāh al-Sindhī (1872-1944M) yang berada di Mekah.
Pengajaran daripada Mawlānā ʿUbayd Allāh inilah yang membawa beliau kepada semua cabang ilmu sharīʿat secara taḥqiq dan tafakkuh sehingga beliau disebut Walī Allāhiyah yang dinisbahkan kepada Haḍrat Al- Imām Shāh Walī Allāh al-Dihlawī (r.a.).
Dalam surat ijazah gurunya ʿUbayd Allāh al-Sindhī kepada beliau bertarikh 29 Zulkaedah 1351H, menggambarkan kebolehan beliau dalam ilmu sharīʿat yang mencapai tahap atau martabat Al-ʿUlamāʾ al-Rāsikhīn dan seorang yang hakim dalam pengetahuan Islām iaitu satu martabat yang belum dikurniakan kepada sesiapa pun anak negeri Kelantan khususnya dan Persekutuan Tanah Melayu umumnya sebelum beliau.
Ayahnya Hj. Wan Mūsā telah mendapat berita gembira daripada junjungan besar Nabi Muḥammad (s.a.w.) dalam satu peristiwa mimpi pada malam Ahad, 22 Shaʿban 1352H mengenai pelajaran beliau dalam sharīʿat Islām. Dari peristiwa inilah terbentuk satu ikatan nisbah Walī Allāhiyah dalam kalangan anak-anaknya secara khusus dan para pengikutnya secara umum. Hal ini sama dengan ikatan ‘ahl al-bait’ yang diisyaratkan oleh Rasūl Allāh (s.a.w.)  kepada para sahabatnya Salmān al-Farisī dengan sabdanya: (): “Salmān al-Farisī juga adalah dari kalangan kami ahl al-bait”. Maksud ‘ahl al-bait’ ialah mereka yang mempunyai pertalian ilmu yang diwarisi dari tariq Sayidina Ibrāhīm (a.s.) dalam menegakkan millah Ḥanīfī untuk umat manusia.
Seperti contoh Nabi Muḥammad (s.a.w.) dengan para sahabatnya, maka ikatan Walī Allāhiyah itu diwarisi kepada anak-anak Hj. Wan Mūsā dan para pengikutnya supaya berjihad untuk mendirikan masyarakat khilafah bagi menegakkan roh keadilan dan ihsan dalam umat manusia di dunia sebagaimana yang ditentukan oleh Al-Imām Shāh Walī Allāh Al-Dihlawī dalam Al-Jaddāt Al-Qawimat Al-Muḥammadiyah yang bermaksud garis lurus sharīʿat Muḥammadiyah untuk mendapat keredaan Allāh.
Hj. Nik Abdullah telah kembali ke Kelantan pada tahun 1934M. Beliau mendapat sambutan yang luar biasa daripada para kerabat diraja. Beliau mengajar kitab Bukhārī di istana Raja Muda dengan ribuan pendengar dari seluruh negeri Kelantan. Penghormatan yang besar diberikan oleh Raja Kelantan yang sering meminta nasihatnya.
Beliau mengajar kitab-kitab besar dari Shāh Walī Allāh Al-Dihlawī seperti Al-Fawz Al-Kabīr Fī Uṣūl Al-Tafsīr, Al-Musawwā, Ḥujjat Allāh al-Bālighah, Al-Inṣāf, tafsir Al-Qurʾān dan sebagainya.
Beliau tidak sempat menyampaikan cita-citanya; kerana hanya setahun di Kelantan dan disusul oleh kematian beliau pada 21 Ṣafar 1355H atau 24 Mei, 1935M pada usia yang sangat muda iaitu 35 tahun. Jenazahnya dikebumikan di kampung Banggol.
Anak-anak Hj. Wan Mūsā yang masih hidup dan berilmu pada zaman itu, seperti Hj. Nik Muḥammad Al-Ṣiddīqī yang pernah menjadi Nazir Majlis Agama Islām Kelantan sehingga ayahnya meninggal dunia dan muridnya sendiri Hj. Muḥammad bin Hj. Ibrāhīm, Kota, mereka tiada kebolehan untuk mempertahankan cita-cita ayah mereka dan abang mereka dalam mengembangkan ilmu mengikut tariq Shāh Walī Allāh al-Dihlawī.
Cita-cita besar yang ditanam oleh Hj. Wan Mūsā kepada Haji Nik Abdullah terbengkalai dengan kematian mereka. Golongan pembaharuan seolah-olah lenyap dalam perkembangan pemikiran agama Islām di Kelantan, walaupun para ʿulamāʾ silih berganti hingga sekarang.
Satu jalan yang jelas menghadapi zaman moden yang ditentukan dalam kitab Ḥujjat Allāh al-Bālighah, tariq Al-Shāh Walī Allāh al-Dihlawī seolah-olah tersekat jalannya.
Hj. Wan Mūsā telah mendidik anak-anaknya dengan jalan yang radikal-progresif. Beliau tidak putus harapan dengan kematian puteranya Hj. Nik Abdullah. Beliau meletakkan harapannya kepada saya (Hj. Nik Muḥammad Salleh Hj. Wan Musa) dalam meneruskan usaha ke arah cita-citanya. Oleh sebab keadaan ini dalam perjuangan dan saya cuba dengan pertolongan Allāh melaksanakan cita-cita yang besar itu dan menghadapi hari depan yang penuh cabaran. Maka saya terpaksalah menutup setakat ini sahaja mengenai perkembangan ilmu dan agama Islām, Kelantan. Dan Allāh Maha Mengetahui.

Catatan:
Antara karangan Haji Nik Abdullah yang sempat kami kumpulkan ialah buku ini yang kami namakan Ḥujjat Allāh al-Bālighah Juzuk 1– Terjemahan Dan Anotasi. Kedua, Tafsir Al-Qurʾān Al-Ḥakīm yang diterima dari pengajaran Mawlānā ʿUbayd Allāh al-Dihlawī; masih dalam bentuk manuskrip tulisan tangan yang kami sedang usahakan. Ketiga, Uṣūl Tafsir Al-Qurʾān, merupakan catatan dan huraian kitab Al-Fawz Al-Kabīr Fī Uṣūl Al-Tafsīr juga dalam bentuk manuskrip tulisan tangan yang kami sedang usahakan.


Nota

1 Bahagian ini berdasarkan penulisan oleh Nik Abdul Aziz bin Hj. Nik Ḥassan, anak saudara kepada Hj. Nik Abdullah.
2 Sayid Ḥasan Al-Khurasānī, seorang ʿalim berbangsa Kabūl yang ṣāliḥ dan waraʿ. Beliau dapat mempengruhi orang Kelantan kerana peribadinya yang tinggi dan amalannya yang ikhlas. Beliau adalah murid kepada Mawlānā Maḥmūd Ḥasan bin Zulfikar ʿAlī al-Deobandī, seorang ʿulamāʾ mujtahid, ṣūfī yang mempunyai rancangan politik Islām yang besar pengaruhnya sebelum peperangan dunia pertama.
3Bahagian ini berdasarkan makalah yang ditulis oleh Hj. Nik Muḥammad Salleh, adik kepada Hj. Nik Abdullah.


(NHA2012-11-27)

Fitrah insaniyah. Like&share.

Saturday, March 4, 2017

Biografi Tokoh Revolusi Dan Guru Tafsir Al-Qurʾān ʿUbayd Allāh Bin Islām Al-Sindhī

Lampiran 2

Biografi Tokoh Revolusi Dan Guru Tafsir
Al-Qurʾān ʿUbayd Allāh Bin Islām Al-Sindhī

ʿUbayd Allāh bin Islām al-Sindhī dilahirkan pada tahun 1289H/1862M di kampung Jiyanualī, Madirit, Sialkūt. Ibu dan bapa beliau dari keluarga Singh. Setelah dewasa, pada tahun 1295H/1868M beliau mulai belajar ilmu dan menumpu kepada ilmu riaḍī termasuklah ilmu hisab, algebra, geometri dan sejarah India sebagai tambahan kepada sukatan yang diajar di pusat pengajian.
Beliau amat gemar membaca apa sahaja buku yang didapati. Dengan pertolongan Allāh, beliau memperolehi sebuah buku yang berjudul Tuhfat al-Hindi yang ditulis oleh Shaykh ʿUbayd Allāh, seorang yang bermazhab Berhaman yang telah memeluk Islām pada tahun 1301H. Beliau sentiasa membaca buku itu sehingga Allāh memberi beliau kefahaman dan ditaufikkan beliau untuk mengiktiraf kebenaran Islām. Lalu beliau meninggalkan negaranya secara senyap dan melahirkan keislamannya di Sindh. Beliau menamakan dirinya ʿUbayd Allāh seperti nama pengarang kitab Tuhfat al-Hindi. Kemudian beliau pergi berjumpa Sayyid al-ʿAriffīn Al-Ḥāfiz Muḥammad Siddīq, semoga Allāh bersihkan rahsia beliau. Dan beliau mengadakan sumpah setia dengannya pada tahun 1305H. Dan Sayyid al-ʿAriffīn telah mengajar beliau kalimah tauhid.
Setelah beliau menunaikan hajatnya iaitu berzikir dan berfikir dalam majlis Sayyid al-ʿAriffīn, beliau mula menumpukan kepada ilmu-ilmu syarak dan asas-asasnya. Beliau belajar daripada sebahagian dari guru-guru Maltan asas ilmu ṣāraf dan nahu. Kemudian beliau berpindah ke Dar al- ʿUlūm, Deobandī pada bulan Ṣafar tahun 1306H. Kemudian beliau menumpu kepada kitab-kitab ilmu mantiq  dan ilmu falsafah. Dan beliau pergi ke Kampūr dan Rampūr. Di sana beliau belajar ilmu mantiq dan falsafah daripada murud-murid Mufti Lutfillāh dan Al-Faḍil Al-Muḥaqqiq ʿAbd al-Ḥaq Al-Khairī Abādī. Untuk tujuan itu beliau menghilangkan diri selama enam bulan dari Madrasah Deoband. Kemudian beliau kembali semula ke Deoband pada bulan Ṣafar tahun 1307H.
Setelah beliau selesai belajar kitab-kitab falsafah, beliau menumpu perhatian kepada ilmu uṣūl fikah. Beliau belajar asas lilmu itu daripada para guru di Dar al-ʿUlūm, Deobandī. Antara guru-guru itu ialah Shaykh Abū Taib Al-Ḥāfiz Aḥmad bin Shaykh al-Islām Mawlānā Maḥmūd Qāsim Deobandī. Beliau belajar daripada Shaykh al-Hind Mawlānā Maḥmūd Ḥasan Deobandī kitab fikah Hidayah dan Mutawwal dan Tafsir Baiḍāwī.
Beliau sentiasa merujuk segala kemusykilan dalam syarah Muwaqīf, Musallamī Al-Thubuth dan Itqān.
Pada bulan Shaʿban 1307H, setelah tamat peperiksaan, para guru di Dar ul-ʿUlūm telah memperkenankan beliau. Antaranya, Shaykh Syed Aḥmad al-Dihlawī. Mereka menyaksi kejayaan beliau berada ditahap kemuncak yang tidak boleh dicapai melainkan oleh satu atau dua orang dalam sejarah Dar al-ʿUlūm. Pada tahun yang sama, semasa beliau sedang belajar, beliau mengarang sebuah buku berjudul Marasid al-Wusulī ila Maqasid al-Uṣūlī. Beliau meringkaskan dalam kitab itu kitab Musallamī Al-Thubuth dan melampirkan bersama-samanya huraian Ibn Ḥumam dan syarah Mukhtaṣar oleh ʿAḍud dan selain daripada kedua-duanya. Setelah beliau menunjukkan bukunya kepada gurunya Shaykh al-Hind, gurunya amat memujinya dan dipakaikan kepadanya pakaiannya beberapa kali.
Setelah beliau selesai menulis kitab-kitab uṣūl dan ilmu kalam, beliau menumpu kepada kitab-kitab guru kepada gurunya iaitu Shaykhul Islām Mawlānā Maḥmūd Qāsim al-Nanutawī al-Deobandī. Dari tahun 1308H, beliau menumpu dan belajar ḥadīth dan membaca kitab Jamiʿ Termidhī daripada Shaykh āl-Hind, dan belajar Sunan Abū Dāʾwūd daripada gurunya Rashid Aḥmad. Pada akhir tahun itu beliau telah mendapat ijazah umum daripada Shaykh al-Hind.
Shaykh menyebut dalam kitab Al-Tamhīd: “Antara pesanan Shaykh al-Hind yang aku faham dan aku ingat ialah jangan bertengkar dan menentang pengarang kitab sunnah yang utama tentang ḥadīth-ḥadīth yang mereka katakan ṣaḥīḥ. Dan jangan hiraukan golongan ahli ḥadīth yang kemudian yang banyak menimbulkan keraguan dalam masalah itu. Utamakan tatbik dan menggabung, dan jangan menyokong satu pihak, dan bulatkan tekad memahami ḥadīth-ḥadīth peringkat pertama iaitu Muwaṭṭāʾ, Ṣaḥīḥ Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim; dan ḥadīth peringkat kedua iaitu Sunan Termidhī, Abū Dāʾwūd dan Nasāʾī. Jika perlu ambillah sebagai tambahan dari Musnad Imām Aḥmad.
Dalam huraian ḥadīth, berpeganglah dengan Fatḥ ul-Bārī, kemudian rujuklah Ḥujjat Allāh al-Bālighah”.
Setelah selesai belajar secara sistematik selama tiga tahun, yang merujuk kepada kebijaksanaannya yang sempurna dan fikirannya yang tajam, beliau mahu pergi menemui guru tarikatnya, iaitu Sayyid al-ʿAriffīn al-Sindhi, tetapi gurunya telah meninggal dunia sebelum beliau sempat menemuinya kira-kira 10 hari. Maka dukacita beliau bertambah. Namun demikian, beliau menumpu kepada sahabat gurunya yang khusus iaitu Mawlānā Abū Siraj @ Ghulam Muḥammad al-Dinpūrī dan Mawlānā Abū al- Ḥasan Taj @ Maḥmūd Al-Amrūtī al-Sindhī untuk mendapat pendidikan zahir dan batin.
Beliau menetap di Amrūt di wilayah Sindh selama 10 tahun (1308-1319)H dan Shaykh al-Amrūtī telah membangunkan pusat pengajian agama dan perpustakaan yang besar yang beliau kumpulkan di situ pelbagai kitab yang jarang terdapat. Di situlah beliau mengajar dan mengarang.1
Selepas tujuh tahun, iaitu pada tahun 1315H, beliau kembali menemui Shaykh al-Hindī dan menunjukkan kepadanya sebahagian dari karyanya dan merujuk kepadanya juga dalam menghuraikan pelbagai kemusykilan dan belajar daripadanya sebahagian dari kitab-kitab ḥadīth bersama Musnad Imām Aḥmad dan Maʿān  al-Āthār oleh Tanṭawī, dan MuwaṭṭāʾImām Mālik dengan riwayat al-Imām Yaḥyā dan riwayat Imām Muḥammad dan kitab Āthār oleh Imām Muḥammad. Tiada siapa pun berkongsi dalam pembelajaran itu sama ada membaca atau mendengar.
Kemudian beliau kembali ke Sindh kali kedua dan menumpu fikiran untuk mengasaskan cawangan bagi Dar al-ʿUlūm. Beliau telah menghadapi pelbagai masalah di situ sehingga Allāh memberi kemudahan kepadanya dalam perkara itu pada tahun 1319H. Beliau telah mengasaskan pusat pengajian Dar al-Rashad di Birjahanda, sebuah kampung di daerah Madirit, Hyderabad, Sindh dengan kerjasama Al-Muḥaddith al-Sayyid Abī Turab Rushd Allāh Sahib al-Ilmī.
Sekumpulan ahli ilmu telah belajar daripadanya kitab-kitab ḥadīth, tafsir dan yang berkaitan dengan kedua-duanya.2 Beliau terus belajar falsafah Imām Walī Allāh al-Dihlawī sebagaimana kebiasaannya sebelum itu di Madrasah ʿAmrūt di Sindh. Para pelajar yang lulus dari Madrasah Dar al-Rashad ini mampu menyebarkan ilmu di bawah pimpinan Al-Muḥaddith Abī Turab. Shaykh diarah oleh Shaykh al-Hind supaya menetap di Dar al ʿUlūm pada tahun 1327H. Beliau menerima arahan gurunya, dan setelah sampai di Dar al-ʿUlūm beliau menubuhkan satu petubuhan yang dinamakan Jamʿiyah Al-Anṣār. Kegiatan utama petubuhan ini ialah mengumpul ahli-ahli ilmu agama, merancang dan menyusun untuk menyempurnakan kegiatan yang menepati syarak untuk dua kumpulan  yang keluar dari madrasah agama atau mana-mana pusat pengajian. Pertubuhan ini juga mengumpul modal untuk menerbitkan majalah ‘Hilal Merah’ yang juga diterbitkan dalam majalah-majalah. Sila anda rujuk di sana.
Shaykh terlibat dalam kegiatan itu selama empat tahun. Apabila kerajaan British mengarahkan sekutu-sekutunya dari kalangan orang India berpindah dari Culcutta ke Delhi, maka persatuan-persatuan politik telah berhimpun di markas baru di Delhi. Maka guru kami yang alim menetap di Delhi dengan arahan Shaykh al-Hind pada tahun 1331H, dan beliau mengasaskan sebuah organisasi bernama Nazarat al-Maʿārif Al-Qurʾān niyyatī dan beliau mengajar Al-Qurʾān di situ mengikut cara iktibar melalui uṣūl Al-Fawz Al-Kabīr oleh Shāh Walī Allāh Dihlawī. Beliau membaca Ḥujjat Allāh al-Bālighah oleh Shāh Walī Allāh dengan teliti mengikut keadaan politik semasa.
Pertubuhan itu juga disertai oleh pemimpin Muslim Hindi seperti Nuwab dan Qarul Mālik dari ʿAligar dan Hakim Masihu Al-Mālik Muḥammad Ajmal Khān dari Delhi. Di sana juga telah berkumpul para ʿulamāʾ agama yang muda dan pemimpin politik umat Islām; tetapi apabila berlaku peperangan dunia pada tahun 1333H, Shaykh al-Hind mengarahkan Shaykh berpindah ke Kabūl pada tahun 1333H dan Madrasah Nazarat al- Maʿārif dan Dar al-Rashad ditutup di Sindh mengikut arahan kerajaan Inggeris pada masa itu.
Maka Shaykh merantau dengan amat sukar sekali dari Delhi ke Sindh, kerana kerajaan Inggeris amat kuat mengintip; tetapi dengan limpahan kurniaan Allāh dipermudahkan perjalanan dari Sindh ke Kabūl pada tahun 1333H.
Shaykh menetap di Kabūl selama tujuh tahun. Beliau menubuhkan persatuan politik orang Islām berdasarkan sistem ketenteraan. Maka wujudlah kekebasan yang menyeluruh di Afghanistān dari hasil usahanya yang diberkati. Persatuan itu tidak kekal lama.
Selepas perdamaian antara puak yang bertelagah iaitu antara British dan Afghanistān, sukar bagi Shaykh untuk menetap di Kabūl. Maka Shaykh mahu keluar dari Afghanistān dan pergi Ke Istanbūl pada tahun 1340H.
Shaykh amat gemar melihat suasana di Timur Tengah sedangkan pihak Barat (Russia) menutup jalan kepadanya. Beliau berunding dengan wakil Sosialis Russia. Mereka menyambut baik dan membantunya untuk memberi laluan apabila beliau melalui sempadan Russia dan menyeberangi sungai Jihun. Setelah Shaykh memasuki Russia, beliau dipandang sebagai seorang ʿalim yang baru yang membangun di atas asas-asas yang baru. Sekalipun beliau mendapat kesan dari keazaman yang tinggi untuk membangun kerajaan baru, di samping itu kasih dan kerinduannya kepada Islām dan imannya dan akidahnya dengan Allāh Taʿālā telah bertambah.
Di Moscow, Shaykh bertemu dengan banyak pemimpin sosialis dan mengkaji prinsip-prinsip mereka. Beliau dapati penyatuan (tauhid) dan Islām masih kekal di Moscow, kerana beliau melihat Islām dan pemikirannya kebiasaannya lahir dari revolusi. Inilah Islām yang tinggi yang dilihat dari revolusi mereka. Bukannya Islām yang dilihat melalui contoh yang diamalkan di India yang berpecah kepada beberapa pemerintah [atau sultan di setiap negeri]. Pada masa itu beliau dapati beberapa kesulitan mengadakan kerajaan Islām di samping sultan-sultan yang menguatkuasakan undang-undang mereka sendiri di setiap negeri.
Kemudian Shaykh meninggalkan Moscow dan pergi ke Turki. Pada zaman itu Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk. Mustafa Kamal sibuk membangun Turki baru dan mengabaikan empayar Islām. Beliau melaksanakan dan mempopularkan perlembagaan Switzerland. Beliau menghapuskan sebarang bentuk wakaf, menutup semua pusat pengajian agama dan mengubah bentuk tulisan ʿArab.
Shaykh tinggal di Turki selama beberapa tahun dan menyaksikan revolusi itu dengan matanya sendiri. Kami tidak tahu apakah kesan dari peristiwa-peristiwa itu yang terlekat di hati; tetapi beliau tidak termasuk dalam kalangan orang yang melihat sesuatu yang dibenci dan memejamkan mata; dan tidak juga sebagai orang yang tidak melihat sesuatu serta mengandaikan sesuatu itu tiada pada asalnya. Malah Shaykh sering melihat pelbagai peristiwa yang berlaku itu dan sebab-sebabnya dengan pandangan mata hati batin.
Kemudian setelah Shaykh melihat revolusi Russia dan revolusi Turki, beliau menyambungkan ke markas Islām iaitu Mekah yang diagung-agungkan melalui ujian yang bernilai. Kerja terpenting yang beliau lakukan di Mekah ialah menumpu kepada pendidikan dan pengajaran.3   
Dan telah sampai kepada beliau pelbagai kitab daripada kawan-kawannya orang ʿArab dan India. Beliau mengkaji dan mengajar pelbagai golongan pelajar ʿArab dan India dan Jawi dan lain-lain. Dalam tempoh beberapa tahun itu beliau menatap karya Imām Walī Allāh al-Dihlawī secara menyeluruh beberapa kali dan menatap sejarah India dan sejarah umat Islām secara kritikal dan dengan analisis yang mendalam. Semasa Shaykh tinggal di Ḥijāz, beliau sentiasa berfikir tentang pengasingan diri dalam kehidupan masa depan. Pada masa itu beliau menyusun pemikiran keagamaan dan politik. Beliau yakin pengakuan yang mendalam tidak menggoncangkan kebenaran pemikiran yang mendalam itu. Beliau mahu supaya pemikiran itu diguna pakai oleh anak bangsanya. Maka Shaykh terpaksa membendung pelbagai ikatan dan ketetapan pemerintah Inggeris yang menjajah supaya beliau mendapat kebenaran untuk kembali ke India dan mengajar anak bangsanya semua pemikirannya yang disusun dan telah teruji selama 24 tahun. Inilah antara sebab beliau kembali ke India pada akhir hayatnya.
Pada 7 Mac, 1939M, setelah beliau menetap di pinggir Karachi, beliau mula menyebarkan pemikirannya tanpa berundur. Maka antara kata-katanya:
“Bahawa mahligai yang menjulang tinggi yang kamu anggap lebih tinggi daripada cakerawala tidak selamat dari penguasaan masa; dan tamadun kamu, keluarga kamu, pemikiran-pemikiran kamu, politik kamu terpaksa diberhentikan. Jika kamu mahu menjadi seorang Islām yang hakiki kamu hendaklah memahami hakikat Islām. Para pentadbir kamu sentiasa berbangga diri, pemerintah kamu mengikuti keinginan mereka. Orang berhajat, orang fakir dari kalangan kamu mengikuti cita-cita, angan-angan dan andaian. Oleh itu perbaikilah diri kamu. Jika tidak, zaman tidak kekal mengiringi kamu. Hendaklah kamu bersikap adil. Jika tidak kamu terhapus dari bumi”.
Secara ringkasnya, sepanjang hidupnya, beliau sentiasa mengkaji dan merindui dan mempunyai keazaman. Beliau menghabiskan umurnya dalam semangat kesungguhan yang tinggi. Setelah beliau berumur 70 tahun, beliau dapati kebanyakan belia (golongan muda yang berpendidikan) mempunyai semangat yang kental dan berhemah. Kadang-kadang mereka berada di pusat pengajian seperti Bait al-Ḥikmah Jamʿiyah Milliyyah di Delhi bersama-sama para pelajar dan mengajar mereka. Mereka tidak berfikir untuk berehat, makan dan minum, tidak pedulikan kesejukan yang melampau yang mengkakukan dan kepanasan yang mendahagakan. Apabila seseorang datang kepada Shaykh pada waktu malam untuk belajar sesuatu daripadanya, mereka bermalam bersama-samanya sambil berbincang sepanjang malam, tidak ternampak tanda-tanda jemu dan hilang minat.
Kadang-kadang kamu dapati dia sibuk mengajar dan menyampai pengajaran di padang-padang di Sindh di kamping Bir Jahandah. Kadang-kadang kamu dapati beliau berbincang dengan para sahabat untuk membeli tanah di sana bagi membangun Bait al-Ḥikmah. Pada waktu itu dia tidak mampu untuk tujuan itu. Mereka membina rumah diperbuat dari jerami dan tinggal di dalamnya dan menyampaikan pengajaran kepada para penuntut. Inilah gambaran hemah mereka yang tinggi. Mereka terpimpin untuk bersaing. Begitulah keadaan iman mereka yang kuat hingga akhir hayat mereka.
Syeikh sentiasa bertekad dengan amalan yang difahami sehingga dia didatangi ajal pada 21 Ogos 1944M dan kembali kepada Tuannya dalam keadaan saling meredai.
Al-ʿAllāmah (yang banyak ilmu) yang besar iaitu Mūsā Jar Allāh, telah menulis himpunan bagi tafsir ini (Ilhām Al-Raḥmān) telah menulis surat kepada Shaykh Muḥammad Sindhī Al-Madanī tentang kematian Shaykh ʿUbayd Allāh al-Sindhī. Dalam surat itu beliau menyebut: “Imām yang berjuang, berijtihad ʿUbayd Allāh al-Sindhī telah menerima seruan Allāh dan kembali kepada Tuannya dengan penuh keredaan dan diredai dengan jiwa yang tenang. Semoga Allāh memasukkan beliau ke dalam golongan hambaNya dan ke dalam syurgaNya, sebagaimana terdapat pada ayat dalam surah Al-Balad mengikut akidah Al-Imām Sindhi, golongan hambaNya itu ialah al-Malaʾ al-aʿlā. (Masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu iaitu al-Malaʾ al-aʿlā dan masuklah ke dalam syurgaKu). Kemudian dalam surah Ṣād, ayat 69:

“Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang al-Malaʾ al-aʿlā, semasa mereka bersoal jawab”. (Surah Ṣād: ayat 69).

Dan al-Malaʾ al-aʿlā itu dinamakan Ḥaẓīrat al-quds oleh al-Imām Shāh Walī Allāh al-Dihlwī. Berakidah dengan Ḥaẓīrat al-quds merupakan asas utama dalam falsafah Shāh Walī Allāh al-Dihlwī dan tugas ‘akal kesepuluh’ dalam falsafah Yunani.
Setiap limpahan daripada Allāh di ʿālam kemanusiaan ini turun dari ʿArash Allāh dengan perantaraan Ḥaẓīrat al-quds. 
Mūsā Jar Allāh berkata: Aku amat kenali Al-Imām Sindhī. Aku melihat beliau kali pertama semasa beliau datang ke markas Bolshevik, Moscow pada masa kemasyhuran Lenin sebagai ketua Bolshevik. Beliau dikerumuni oleh para pemimpin negara Russia. Pihak pemerintah amat menghormati Imām Sindhī dan mereka mengambil faedah dan mengambil suluhan dari pemikiran beliau dan kenyataan beliau dari pemikirannya. Pihak pemerintah telah mencetak sebahagian dari petunjuknya dalam bahasa Inggeris dan masih ada di sisiku salinannya dalam bahasa Parsi.
Aku pergi ke Moscow. Al-Imām sedang mengadap para pengunjungnya yang menziarah sambil belajar. Aku bergaul dengannya beberapa hari. Pada kebanyakan hari, beliau datang ke rumahku pada pagi dan petang. Kemudian aku mengajaknya ke kota Leningrad. Aku memberi tumpuan kepadanya dan pihak pemerintah juga demikian. Maka Al-Imām Sindhī memuliakan aku dan beliau tinggal di rumahku selama dua minggu pada bulan Ramaḍān yang berkat.
Beliau dan para sahabatnya tetap puasa walaupun musafir. Isteriku tetap menyediakan untuk tetamu kehormat pelbagai hidangan makanan dan minuman siang dan malam dan semasa berbuka. Al-Imām Sindhī menghargai hidangan yang berpanjangan dan beliau dikelilingi oleh para sahabat. Pada sebahagian hari, dia didatangi oleh tokoh-tokoh ʿulamāʾ Russia yang menziarah dan bersahabat dengan beliau.
Al-Imām Sindhī dan para sahabatnya melihat di Ibu Kota (Moscow) setiap perkara yang dilihat oleh para pelancong dan beliau melihat banyak perkara yang tidak dilihat  melainkan oleh sebilangan kecil orang.
Selama dia berada di rumahku, aku tidak berpisah daripadanya melainkan semasa rehat dan semasa dia bersama-sama sahabatnya. Oleh itu aku memang mengenali beliau dan aku dapati beliau bermazhab Ḥanafī yang Ḥanīfī yang ikhlas dalam agamanya. Aku tidak dapati tanda-tanda bangga diri dalam ibadatnya dan tiada keberatan dalam cara hidup dan percakapannya. Aku dapati beliau seorang mujtahid dalam ilmu dan seorang pejuang yang benar-benar gigih dalam pergerakannya dan aktivitinya. Beliau mempunyai cita-cita yang besar, keimanan yang kuat dan mengharapkan kejayaannya.
Beliau meninggalkan Russia pada tahun 1923M. Kemudian aku bertemu beliau di Istanbūl pada tahun 1926M. Aku melihatnya di Tanah Haram banyak kali dan aku bersahabat dengan beliau di Mekah beberapa bulan. Aku ingat dengan teguh cita-cita beliau dalam tafsiran Al-Qurʾān al-karīm mengikut falsafah Al-Imām Walī Allāh al-Dihlawī. Dengan peluang yang amat penting ini aku telah menumpu kepada pemikiran beliau dalam hal-hal kemasyarakatan dan tujuan-tujuan hikmah dalam kitab yang mulia. Pada sebahagian masa beliau berkata: ‘Kami mampu mensabitkan firman yang Maha Besar:

Katakanlah: “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allāh kepada kamu semuanya”, (Al-Aʿrāf: 158).

Dalam muktamar agama-agama, bagi setiap agama berpegang dengan kitabnya, apabila kami tafsirkan kitab Allāh yang mulia dengan falsafah Imām Shāh Walī Allāh”.
Dengan kematian seorang ʿalim yang besar ini benua India dan negara-negara Islām seluruhnya telah ditimpa bencana. Wajib ke atas umat yang mulia, kepada para ʿulamāʾnya, para pemimpinnya, para jutawannya, pemerintahnya supaya menghidupkan cita-cita Al-Imām Sindhī dengan cara menghidupkan ingatan kepada Al-Imām Sindhī melalui amalan dengan pimpinan kitab yang mulia. Allāh berfirman:

Sesiapa yang beramal ṣāliḥ, bekerja baik dari kalangan lelaki dan perempuan dan dia beriman, nescaya Kami hidupkan dia sebagai kehidupan yang baik. (Al-Nahl: ayat 97).

Sila anda fahami dan akan datang huraian tambahan di atas tafsiran ini, dan kumpulan tafsir al-ʿAllamah Mūsā Jar Allāh dan kepada karya-karya dalam jilid kedua. Inshāʾ Allāh.4

Nota

1 Dalam tempoh itu ramai orang yang mendapat faedah daripadanya. Yang utama daripada mereka ialah Al-Allāmah ʿAbd al-Wahab Al-Qalājī Al-Sindhī. Beliau belajar daripada Shaykh kitab Tauḍīh dan Talwīh dan Hidayah dan lain-lain. Beliau adalah satu dari tanda-tanda kebesaran Allāh daripada sudut ketajaman fikiran.
Dalam bidang pengumpulan pelbagai ilmu, beliau merupakan lautan yang berombak yang tidak berpantai. Aku banyak mengambil faedah daripada beliau dalam pelbagai masalah ilmu. Pujian kepada Allāh di atas perkara seperti itu.
2 Saya kata, dipusat pengajian Dar al-ʿUlūm ini telah belajar daripadanya ramai ʿulamāʾ. Antara mereka ialah Al-ʿAllāmah al-Muḥaddith Al-Shaykh ʿAmid ʿAlī al-Sindhī dan ahli tafsir pada zaman itu iaitu Mawlānā Muḥammad ʿAlī al-Sindhī al-Lahurī, dan Shaykh al-Muwahid penghapus bidaah, iaitu Sayyid Biauddīn yang berilmu dan ahli tafsir yang muḥaqqiq Shaykh ʿAbd Allāh al-Gharī al-Sindhī dan yang beramal dengan ḥadīth iaitu Shaykh Muḥammad Akram al-Hālaj dan Al-Mawlā Al-Muftī ʿAbd al-Qadir Al-Sindhī dan lain-lain.
Aku telah dengar berita daripada Ṣāhib al-Faḍilah Mawlānā Al-Sayyid Wahb Allāh yang berilmu, di mana datuknya Al-Muḥaddith Abī Turab, sekalipun beliau menduduki martabat pertama dalam ilmu naqlī, tetapi beliau telah belajar daripada Al-ʿAllāmah Sindhī kitab Sullam il-ʿUlmu dalam ilmu mantiq. Dan aku dengar daripada guruku Al-ʿAllāmah al-Kaurai al-Sindhī, beliau belajar juga daripada Al-ʿAllāmah al-Sindhī sebahagian dari terjemahan Al-Qurʾān dan lain-lain.
Selepas Mawlānā Sindhī kembali dari Mekah dan menetap di Dar al- Rashad, para ʿulamāʾ Sindh telah belajar daripada beliau juga, seperti Shaykh ʿAlī Muḥammad Kakibuta dan Al-Mawlā Al-Bahith iaitu Abd al- Ḥaq al-Rabbānī dan Al-ʿAlim al-Jalilu al-Ḥafiz Muḥammad Khalīl dari Sindh, dan hamba yang ḍaif Abū Saʿīd Ghulam Mustafa Al-Qāsimī dan lain-lain.
3 Penulis berkata, Shaykh kebiasananya mengajar di dalam dan di luar Masjid al-Ḥarām. Ramai ʿulamāʾ besar telah belajar daripada beliau kitab-kitab ḥadīth, terjemahan Al-Qurʾān, falsafah Al-Imām Shāh Walī Allāh al-Dihlawī dan lain-lain. Antara mereka ialah Al-ʿAllāmah Mūsā Jar Allāh yang menyusun tafsir Al-Qurʾān ini; Shaykh Muḥammad ʿAbd al-Razzāq dari keluarga Hamzah, Shaykh Muḥammad Nūr Murshidī al-Makkī, Shaykh ʿAbd al-Wahab al-Dihlawī, Shaykh ʿAbd al-Ẓahir Abū Al-Samhī, Shaykh Sulaymān Al-Ḍiaiʾ mudir Maktab al-Ḥarām, Shaykh Muḥammad Sindhī al-Madanī dan Shaykh Muḥammad Al-Tawaijīrī dan lain-lain.
4 [Rujukan: Ilhām Al-Raḥmān, Mūsā Jar Allāh, halaman 336 – 344], n.d. Tafsir ini disusun oleh Abū Saʿīd Ghulam Mustafa al-Qāsimī bin al-Ḥafiz al-Haji Muḥammad Al-Sindhī].
Like & share