Friday, July 17, 2015

Sembahyang mabuk




Wahai orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. (Q: 4: 43).
Al-Quran  dibaca di dalam sembahyang, seolah-olah mengingatkan kesusahan yang berada di antara Tuhan dan hamba-Nya, kerana maksud iman dalam syariat merujuk kepada tempat kembali semua amalan iaitu kitab yang dibawa oleh nabi daripada Allah. Iman dalam syariat ialah suatu perjanjian supaya seseorang itu memahami maksud perintah Allah kepadanya. Maka mereka dilarang sembahyang semasa mabuk. Perkara itu amat jelas. Matlamat al-Quran  ialah memahami semua hukumnya. Apabila orang Arab membaca al-Quran , mereka faham. Apabila orang bukan Arab membaca al-Quran  mereka tidak faham, maka hukumnya sama dengan mabuk. Setiap orang beriman yang bukan bangsa Arab yang tidak faham bahasa al-Quran  wajib membaca terjemahan al-Quran  dalam bahasa mereka dalam sembahyang sehingga mereka memahami apa yang dikatakan. Inilah hukum daripada Abu Hanifah dan dua orang sahabatnya (Muahammad Syaibani dan Abu Yusuf) yang tidak khilaf di antara mereka.
Orang bukan Arab memerlukan terjemahan al-Quran  kerana mereka tidak memahami bahasa Arab. Bagi orang bukan Arab yang belajar dan faham bahasa Arab, tetapi membaca terjemahan seperti pendapat Abu Hanifah, maka perbuatan itu satu kejahilan. Tidak ada perkhilafan dari kalangan tiga orang imam bahawa orang bukan Arab yang faham bahasa Arab hendaklah membaca al-Quran  dalam bahasa Arab. Sebaliknya jika dia tidak faham bahasa Arab dia hendaklah membaca al-Quran  yang diterjemahkan ke dalam bahasanya sehingga dia keluar daripada larangan itu. Allah berfirman
Janganlah kamu hampiri kepada sembahyang pada hal kamu (Q 4:43)
Maksudnya, kamu tidak menghampiri sembahyang sedangkan kamu lari daripada masalah sembahyang. Oleh itu sesiapa sahaja ahli ilmu dari kalangan orang bukan Arab yang cuai daripada mengajar bahasa Arab al-Quran  kepada kaumnya sekadar yang sah untuk sembahyang dan mengajar maknanya dalam bahasa mereka jika mereka tidak mampu belajar bahasa Arab dan maksud al-Quran , maka ahli ilmu itu diambil salah dalam kategori hukum orang yang menyembunyikan ayat yang diturunkan oleh Allah seperti yang tersebut dalam surah al Baqarah ayat 109

Dipetik dari tafsr al hakm karangan haji wan abdullah wan musa (meninggal  pada 21 ᚢafar 1355H atau 24 Mei, 1935M)

Wednesday, July 8, 2015

prinsip pengurusan ekonomi



Beberapa masalah(prinsip pengurusan anak yatim)
Perlu diterangkan perintah menyerah harta anak yatim kepada mereka. Ayat 5 dan 6 menerangkan firman Tuhan pada ayat 4. Allah berfirman
Dan jangan kamu berikan kepada orang yang tidak matang pemikirannya harta-harta kamu yang Allah jadikan pokok penghidupan kamu (Quran 4:5)
Kita tidak harus menyerahkan harta kita kepada orang yang kurang cerdik untuk menguruskan harta itu.
Syeikh berkata, keperluan seks merupakan asas pertama dan besar bagi penyatuan dalam rumah tangga, tetapi pembinaan dan keteguhan masyarakat adalah melalui pengajaran. Inilah yang dimaksudkan dengan kalimat ‘....’. pokok pengajaran itu merangkumi bidang bidang sosial, ekonomi, fitrah manusia dengan Allah dan sebagainya.
Jika kamu dapati mereka membelanjakan harta-harta mereka secara boros dan melebihi keprluan mereka, maka wali tidak harus menyerahkan harta mereka kepada mereka.
Demikian juga apabila harta millah bertambah, pihak pemerintah harus menegah rakyatnya berbelanja dalam millah lain.
Syeikh berkata sekalipun milah Muhammadiah mempunyai kekayaan yang banyak dan milah lain kekurangan harta, milah Muhamadiah tidak harus menolong sewenang-wenang, melainkan dengan kebenaran pihak pemerintah, kerana milah-milah itu ada perhubungan dengan pemerintah sebagaimana setiap individu juga ada perhubungan dengan pemerintah. Contohnya seorang yang muflis dan boros berbelanja , mewarisi banyak harta bapanya. Pemerintah hendaklah mengawal harta yang dipusakai itu jiak didapati dia membelanjakan harta itu secara boros. Pemerintah hendaklah mengurus harta itu supaya dia berbelanja sesuai dengna keperluan mengurus harta itu supaya dia berbelanja sesuai dengan keperluan kehidupannya. Manakala harta yang selebihnya dijaga oleh  pemerintah. Pada hari ini perkara ini tidak diambil berat oleh kebanyakan pemerintah, seolah-olah pemerintah tidak bertanggunjawa terhadap rakyatnya yang berbelang secara boros dan mewah, kerana sifat boros dan mewah membahayakan dirinya dan merebak kepada orang ramai. Itulah sebabnya harta rakyat adalah harta kerajaan dan sebaliknya juga benar. Kerajaan boleh mengambil harta rakyat apabila diperlukan dengan syarat membayar pampasan yang sepadan dengannya. Jika rakyat yang tidak berhak mengambil harta kerajaan, rakyat dikatakan mencuri. Ini satu kesilapan pihak pemerintah, kerana pihak pemerintah merasa seolah-olah rakyat itu bukan ‘anaknya’. Maka negara tidak akan stabil selama-lamanya. Mengikut pengajaran al-Quran, jika rakyat mengalami kesusahan, kerajaan bertanggunjawab terhadap rakyatnya dan begitu juga sebaliknya jika kerajaan menghadapi kesukaran, rakyat juga bertanggungjawab terhadap kerajaan hinggakan rakyat berkorban semua harta dan jiwa kepada kerajaan. Itulah tanggunjawab rakyak dan kerajaan dalam pengajaran islam.
Dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya, dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (Quran 4;5)
Maksudnya, apabila pemerintah mengurus harta seorang yang tidak pandai mengurus hartanya, dia hendaklah diberi dari harta itu sekdar yang cukup untuk perbelanjaannya di samping tu dia hendaklah diberi nasihat dan bimbingan. Setelah dia boleh berfikir dan mampu mengurus harta, maka hartanya hendaklah diserahkan kepadanya.
(dipetik dari tafsr al hakm haji wan abdullah haji wan musa)

Monday, July 6, 2015

Manusia Berhubung Dengan Alllah Melalui Beberapa Sudut




Telah dikatakan dengan pelbagai perkataan; tetapi kata-kata yang merangkumi uantuk manusia pada zaman tamadun ini ialah takwa. Takwa melahirkan tiga perbubungan. Pertama ‘Tuan manusia’, atau ‘Pendidik manusia’. Kedua ‘Raja yang mengusai manusia’. Dan ketiga, ‘Tuan bagi manusia’.
Pendidikan ialah perkara pertama yang manusia dapati daripada ibubapa. Setelah seseorang itu baligh, dia menguruskan kediamannya  sebagai sebahagian daripada rumah bapanya. Ia menguasai dirinya. Bapanya dianggap seperti raja yang membuat keputusan bagi keluarga dalam setiap urusan yang melibatkan ahli keluarga termasuklah menyelesaikan perbalahan. Inilah bentuk kerajaan beraja.
Setelah manusia mencapai tahap yang sempurna, dia kasih kepada seseorang. Bapanya menjadi pendidik yang menguasai yang tiada penganti baginya. Dia kasihkan ibunya yang menyusu dan mendodoinya. Ia kasih kepada suaminya atau anak-anaknya. Perasaan kasih ini menunjukkan ketuanan (uluhiah). Manusia dapat memastikan tiga sifat ini dalam masyarakat melalui fitrahnya.
Apabila hamba berhubung dengan Allah, maka tidak terdapat satu kalimah yang boleh dicakapkan tentang hubungan ini, melainkan sepeti kata-kata yang sudah biasa digunakan dalam masyarakatnya, bahawa Dia yang menguasainya dan Dia juga Tuhannya.
Oleh itu, dengan kehendak tiga sifat ini, perkara yang wajib ke atasnya dari hak-hak Tuhannya, atau kita katakan melalui bahasa hukama sebahagian daripada hak dirinya dikira dari sudut hubungannya dengan Tuhannya. Maka kalimah yang menerangkan semua hak ini disebut dengan istilah ‘takwa’.
keterangan
Setiap perkara yang bernilai disayangi. Perkara awal yang dikehendaki manusia kerana hubungan cita-citanya ialah menjaga perkara itu dari rosak. Jika perkara itu didapati sempurna, seolah-olah ia mendapat semua faedah darinya yang menenangkannya. Jika ia cuai menjaga atau dia buat lupa, dia merasai tidak tenang dari mengambil faedah dari perkara itu. Oleh itu menjadi perkara itu dari musnah menjadi matlamat utama untuk mengambil faedahnya. Inilah roh yang dipelihara dalam kalimah takwa iaitu mengawal hubungan hamba dengan Tuhannya dinamakan takwa.
Kami tidak dapati satu kalimah yang  menyedarkan fitrah kepada hakikat yang lebih tinggi daripada kalimah itu. Inilah maksud firman Allah
 
Bertakwalah kepada tuhan kamu. (Quran: 4: 1).
Pendidikan dari ibubapa dapat dikenali dalam peringkat kedua dan ketiga. Maka apabila orang yang bijaksana memahami perhubungan dengan ibubapa, mereka akan berpindah pula kepada Allah kerana dia dapati ibubapa tidak mampu memenuhi semua keperluannya; sedangkan mereka amat mengsasihi anak-anaknya. Maka ia dapati perasaan hatinya bahawa  Tuhannya yang menciptannya. Jika didapati sebahagian keperluannya tertunai tanpa ibubapanya dan tanpa usahanya, maka itulah bukti yang  memimpinnya kepada Tuhannya.
Apabila kepatuhan kepada ibubapanya bertambah, ia berpindah kepada perkara yang berada di langit dan dibumi. Pengenalan hakikat  Tuhan terbentuk dalam jiwa manusia yang cerdik. Huraiannya terdapat selepas itu iaitu disebabkan pengenalan dengan ibubapanya. Maka paksi tamadun dan kemajuan masyarakat mengawal perhubungannya dengan Tuhannya, perhubungannya dengan saudara-saudaranya, perhubungannya dengan keluarga yang jauh hingga sampai ke peringkat akhir yang mereka dapat dihubungi, kerana keperluan itu mengikut fitrahnya menjadi seperti benda yang satu. Kemajuan dalam masyarakat hanya berlaku dengna cara ini.
Beberapa kumpulan yang bersatu adalah lebih maju daripda kumpulan2 yang tidak bersatu. Pengawasannya kerana Tuhannya itu pada hakikatnya pengawal dirinya. Inilah perkara yang mula2 diwajibkan.
Dipetik daripada tafsir al hakm karangan wan abdullah wan musa

Saturday, July 4, 2015

LAILATUL QADAR



 


1.   Terdapat dalam kitab-kitab lama tentang penentuan malan lailatul qadr, seperti malam yang tidak berangin, air penuh telaga, pokok chondong ke arah kiblat dan malam yang tenang dan luar biasa.
2.    Faktor itu sudah mula dilupakan kerana  di kalangan mereka selalu mengintai-intai pada malam-malam tertentu kalau-kalau suasana isyarat itu berlaku terutama malam sepuluh akhir atau pun malam ganjil.
3.   Setelah mengintai-intai sekian lama, keadaan yang dinanti tidak kunjung tiba dan mulalah di kalangan ustaz-ustaz baru tidak berminat memperkatakan seperti mana ustaz-ustaz lama tetapi ia masih kuat tentang perhitungan (mathematiklah kita katakan) bahawa berlaku satu malam yang boleh menyamai pahala sebanyak seribu bulan.
4.   Inilah yang dianggap sebagai hadiah subsidi terbesar yang disediakan kepada umat Muhammad s.a.w sedangkan sunah Allah dalam surah al-qadr tidak menyebut tentang pahala tetapi sekadar lebih baik dari seribu bulan.
5.    Malam ganjil bukan pada perhitungan kelendar iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29. Adapun malam genap ialah satu keadaan yang seimbang di antara malakiah dan sifat bahimiah.
6.   Adapun di ertikan malam ganjil ialah satu keadaan sifat malakiyah lebih daripada sifat bahimiah. Sifat malikiah mengatasi sifat bahimiah. Kesan daripada amalan taat yang menyeluruh atau ‘tasabuh bil malaikat’(penyerupaan malaikat) iaitu maalikat tidak makan, tidak minum dan tidak sek, itulah maknanya penyerupaan malaikat yang akan  melahirkan suatu amalan taat yang menyeluruh dan berpuasa , ia akan melahirkan suatu cahaya amalan. Cahaya itu bersamaan dengan dengan cahaya malaikat ,apabila bercahaya cahaya amalan taat , manusia naik maka cahaya malaikat akan turut memantul sama, menjadikan di saat itu suatu cahaya amalan taat yang saling berpantulan dengan cahaya malaikat menerangi alam dalam penglihatan batin. Jadi, bila kita tercapai malam itu, merealisasikan budaya insaniyah yang menghidupkan suasana kasih sayang sesama manusia dan semangat tolong-menolong supaya dapat mengatasi budaya haiwan yang bersedia untuk bertarung dan apabila menang ia dikira berhak menguasai membolot dan memonopolikan segala-galanya. Demikianlah hidup manusia dalam sistem pendidikan hari ini adalah kearah menang dan mengalahkan seorang, ia dalam persedian itu menguasai ilmu kemahiran supaya ia dapat menang dalam persaingan dan tidak mengambil berat tentang ilmu ihsan dan adil. Maksudnya bila tercapai malam lailatu qadar itu, kita merealisasikan hidup kita ini dengan budaya insaniyah.kepada ahli-ahli ugama umum.
7.   Apabila keadaan itu berlaku(tasabuh bil malaikat), tercapailah oleh seseorang pada qadar fitrah insaniyah mengikut kadar seseorang.
8.   Setiap seratus tahun Allah jadikan seorang mujadid kerana setiap seratus tahun dunia akan berlaku perubahan ,di keranakan jarak masa yang panjang menjadi sebab salah pengenalan terhadap ugama Allah  boleh berlaku.
9.   Maka program Tuhan untuk mereformasikan agama itu melalui nabi-nabinya terdapat gambaran pada program sebenar atau pun jalan reformasi sebenar sesuai dengan sifat Tuhan “Tuhan sentiasa dalam urusan’.
10.  Malam laillatu qadar yang  turun kepada nabi Muhammad s.a.w  ada kaitannya dengan perancangan Allah untuk  memimpin umat manusia kepada kebenaran mengikut saiz manusia sejagat.
11. Telah menjadi satu persoalan kepada nabi muahammad apabila dia dilantik menjadi nabi semasa umurnya empat puluh tahun itu dan skop tugasnya mencakupi seluruh dunia.
12. Dari segi perhitungan masa, hanya dua puluh tahun sahaja Allah memperuntukkan  kepada nabi Muhammad s.a.w  sedangkan umur-umur nabi sebelum ini ianya panjang dan ada yang mencecah seribu tahun seperti nabi nuh tetapi tidak berjaya untuk menyeru  kaumnya sahaja.
13. Jadi masa begitu panjang untuk menyeru kaum sedang kepada Nabi Muhamad s.a.w., masa yang begitu singkat untuk menyeru umat dunia. Itulah suatu persoalan?
14. Sebagai pemecah kebuntuan soalan ini, maka nabi s.a.w dengan kemurahan Allah, berlaku di malam itu satu limpahan ghaibi kepada nabi dapat menyaksi suatu gambaran tentang pencapaian yang akan berlaku dalam lingkungan seribu bulan itu. Satu malam yang berlaku peristiwa itu adalah lebih baik dalam lingkungan seribu bulan itu.
15. Sehari di sisi Allah adalah seribu tahun pada perhitungan dunia. maka seribu bulan adalah di nisbah kepada malam dan terbit fajar dalam lailatu qadar. Di saat itulah Allah turunkan segala persediaan dan malaikat untuk menjayakan program Allah itu di namakan turunnya segala malaikat pada malam itu.
16. Adalah tidak sama lailatul qadr yang diturun yang turunnya al Quran dengan lailatul qadr yang berlaku setiap tahun seperti mana peringatan hari merdeka setiap bila sampai tanggal 31 ogos. Memperingati 31 ogos adalah tidak sama dengan berlaku 31 ogos 1957. Perbezaan ini adalah jelas dengan hari-hari memperingati. 
17. Demikian juga malam lailatulqadar adalah  jelas malam turunnya  ada pun hari yang berikutnya adalah sebagai hari memperingati saja tanpa turunnya al quran.
18. Adapun hari-hari lailatul qadr berikut sebagai bayangan sahaja tanpa melibatkan turunnya al Quran dan tanpa dikaitkan dengan seribu malam.
19. Persoalannya, dimanakah titik perbezaan itu?
20. Tidak  semestinya lebih baik itu dikira daripada sudut pahala.
21. Apa yang berlaku pada nabi Muhammad s.a.w. pada zaman keemasan islam dalam lingkungan seribu bulan sebagaimana sabda nabi s.a.w.” sebaik-baik kurun itu ialah kurun aku, dan kurung sahabat dan kurung yang mengiringi saat itu bermula daripada nabi di gua hira’. Dari sudut hikmatnya Allah telah mengisyaratkan dalam ‘alif lam mim’ dan anda akan mengikut hurainnya selepas ini.
 Oleh hasan muhamad,kg tok ku kedai lalat.(ulangan tahun lalu)