SALAM
Nabi saw telah bersabda apabila baginda dikemukakan
persoalan yang berbunyi: “Amalan Islam apa yang paling baik?”
12. dari Abdullah bin ‘Amrur anhuma, bahawasanya ada
seseorang lelaki bertanya pada Nabi saw: “Manakah kelakuan dalam Islam yang dilakukan
oleh seseorang muslim yang lebih baik?. Beliau saw menjawab: “ Iaitu hendaklah
kamu memberikan makanan serta mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal
dan juga kepada orang yang tidak atau belum kamu.
(BUKHARI.)
Pengenalan
1.1 ucapan ‘assalamualaikum’ ataupun disebut juga
sebagai memberi salam adalah amalan lazim bagi masyarakat kita pada masa ini
apabila mereka berjumpa atau bersua muka dengan seseorang. Salam sebegini juga
diucapkan kepada sesiapa yang belum dikenali tetapi diucapkan juga sebagai asas
kepada sesuatu perhubungan. Salam juga diucapkan apabila seseorang itu ingin
memastikan sama ada seseorang yang dicari itu berada atau tidak di rumah yang
mereka lawati. Rata-rata ucapan slam seperti di atas ini diucapkan secara
spontan apabila bermulanya sesuatu perhubungan baik secara individu atau
berkumpulan seperti mana spontannya ucapan selamat pagi, selamat petang dan
sebagainya. Bagi yang menerima ucapan salam tersebut juga dengan secara spontan
mengucapkan kata-kata “waalaikumussalam” sebagai jawapan.
1.2. Di dalam keadaan yang lebih formal lagi,
salam diucapkan apabila seseorang itu memulakan ucapan di sesuatu majlis sama
ada majlis itu rasmi ataupun sebaliknya iaitu sebagai tanda pembuka kata.
1.3 Ada juga beberapa golongan yang menjadikan
salam ini lebih bermakna atau dengan mengukuhkan maksud salam ini dengan konsep
doa iaitu sebagai mengandungi makna bahawa sesuatu ucapan itu mengharapkan
orang yang diberi salam tersebut sentiasa di dalam keadaan yang selamat dan
sejahtera. Semoga mereka yang menerima salam tersebut sentiasa dilindungi
daripada gangguan syaitan seperti ketakutan dan kebimbangan. Inilah konsep doa
yang spontan yang diberi kepada sesiapa sahaja sebagai doa kemanusiaan
seseorang ke atas orang lain.
1.4 Ekoran
daripada situ, golongan tersebut menzahirkan tujuannya kepada tahap yang
lebih murni, menyeluruh dan meluas iaitu dengan secara yakin bahawa si pemberi
salam perlulah mempunyai niat yang jujur yang jauh sekali daripada sifat
hipokrit di dalam mendoakan orang yang di doakan itu. Memandangkan kepada niat
yang suci dan diamal secara menyeluruh oleh anggota masyarakat, ianya
diharapkan akan mencetuskan daya gerak bagi masyarakat supaya aktif dengan
aktiviti untuk melaksanakan apa jua perbuatan atau tindakan susulan yang boleh
menghasilkan kesejahteraan kepada masyarakat sehingga pada akhirnya akan
terzahirlah masyarakat tersebut tercelup dengan ideologi yang baik dan murni
selaran dengan ideologi al-Quran.
1.5 Dengan cara ini mereka percaya bahawa Negara
Islam seperti mana contoh yang
terlaksana pada zaman Nabi saw hingga ke zaman khalifah Ar-Rashidin akan
terbentuk iaitu daulah islamiah yang mencirikan perpaduan, kestabilan,
kesejahteraan dan keselamatan dari semua aspek penghidupan, peraturan dan
undang-undang, ekonomi dan politik dan sebagainya tercapai. Inilah juga impian
yang ingin dicapai oleh semua golongan masyarakat kita termasuklah golongan
tabligh kita yang menggunakan kaedah yang hampir-hampir sama dengan kaedah
tersebut.
2.0 Definasi
dan Liputan
2.1 Definasi:
2.1.1 Hadith ini terbahagi kepada dua bahagian
sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukan kepada Baginda Nabi saw.
Bahagian
pertama,
Jawapan yang
diberi iaitu memberi makan kepada orang yang memerlukan dan
Bahagiaan
kedua,
Menghambur
salam kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali.
Perkaitan antara dua bahagian ini memang rapat walaupun
aspeknya berlainan. Bahagian pertama maksudnya memberi makan kepada orang yang
memerlukan-membawa implikasi kepada perancangan ekonomi yang meluas dan tuntas dan
sudah pasti pula menuntut satu penelitian yang lanjut dan mendalam untuk
dihuraikan. Bahagian kedua pula bunyinya agak mudah iaitu menghamburkan salam
kepada orang yang dikenali dan tidak dikenali; tetapi difahamkan bahawa maksud
kepada ungkapan ini bukanlah semudah ucapan sekadar “Assalamualaikum dan
dijawab pula dengan Waalaikumussalam” dan habis di situ kerana kalau beginilah
maksudnya kepada bahagian kedua itu maka tidak akan wujud perimbangan yang
saksama di antara kedua-dua jawapan yang diberi oleh Nabi saw tersebut yang
secara fakta terkenal dengan sifata fatonahnya itu. Dengan demikian untuk
tujuan rencana ini perbincangan akan dtumpukan kepada bahagian kedua sahaja.
2.13 Di suatu peristiwa, Nabi saw lantas
menjawab apabila ditanya “Amalan Islam apa yang paling baik? Memberi makan
(kepada orang yang memerlukan) dan menghamburkan salam kepada orang yang engkau
kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali’. Pada peristiwa lain pula
apabila orang bertanya kepada Rasulullah saw tentang jenis amalan yang baik
untuk dilaksanakan oleh umat Islam untuk membawa mereka ke syurga. Lantas Nabi
saw membaca ayat 4 dari Surah Al-Saff yang bermaksud.
“Sesungguhnya
Allah swt mengasihi orang yang berperang pada jalanNya berbaris-baris
seolah-olah mereka itu satu binaan yang tersusun.”
2.1.4 kedua-dua jawapan Nabi saw tersebut
sekalipun bunyinya berbeza menjurus kepada matlamat yang sama kepada masyarakat
iaitu keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan – salam. Namun natijah yang
sama ini boleh dicapai melalui dua kategori iaitu pertamanya melalui
pelaksanaan ke atas peraturan-peraturan Allah, undang-undang Allah dan segala
perlaksanaan yang berteras kepada polisi Allah (Al-Quran). Kategori ini boleh
dilaksanakan apabila sudah terdapatnya keselarasan di antara peringkat “Hablin
mina Allah” dan “Hablin mina nas”. Iaitu sesebuah Negara seharusnya mempunyai
satu system pemerintahan sahaja. Maksudnya apabila manusia merujuk kepada
“Hablin mina allah” bererti mereka mempunyai system agama daripada Allah swt,
jangan pula dari segi pemerintahan di dunia ini mereka diperintah oleh system
pemerintahan yang lain ataupun mereka masih di bawah system pemerintahan yang
tidak yakin dengna sistem keadilan hukum-hukum Islam yang terkandung di dalam
syariatNya. Di dalam suasana yang sebegini rupa (telah wujud keseirasan
tersebut) tanggungjawab mempertahankan polisi Allah dan ideologi al-Quran
menjadi seiring dengan seruan kepada peraturan-peraturan Allah serta
undang-undang Allah dan tidak boleh dinokhtahkan. Cabaran bagi umat Islam tulen
ialah sentiasa jangan leka dengan amanah Allah. Allah melarang orang beriman
berundur dari perjuangan suci walaupun seorang diri kerana perjuangan ini
adalah sebagai suatu ujian Allah dan Allah memberi pertolongan untuk tujuan
tesebut.
Sepertimana
firmanNya dlaam ayat 15,16, 17 surah Anfal.
15. Hai
orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang
sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakagi mereka (mundur).
16.
barangsiapa yang membelakgi mereka (mundur) diwaktu itu, kecuali berbalik untuk
(siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka
sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah dan
tempatnya ialah neraka jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.
17. maka (yang
sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh
mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tapi Allah lah yang
melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi
kemenangan kepada orang-orang mu’min dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
2.1.5 menyeru kepada polisi Allah ialah
perjuangan untuk menguasai pemerintahan dan kuasa pemerintahan adalah Negara.
Perjuangan kearah ini adalah perjuangan yang mulia. Tanpa kekuasaan
pemerintahan, maka hukum-hukum daripada
Al-Quran iaitu jalan kehidupan yang murni serta jalan tamadun tinggi
yang dapat menentukan batas-batasnya tidak dapat dilaksanakan. Natijahnya ialah
tidak akan wujud tahap keadilan sosial dan segala aktiviti pengawalan ke atas
tahap ini tidak akan dapat dijadikan ibadat yang dapat dilaksanakan tanpa
terhalang.
2.1.6 Di
suasana di mana kuasa pemerintahan telah di perolehi ataupun keselarasan di
dalam sisitem pemerintahan di antara Hablin min Allah dan Hablin mina nas maka
penyampaian salam adalah gambaran nikmat yang diterima masyarakat melalui dasar
atau program yang telah pun dilaksanakan. Sementara pihak yang menerima nikmat
daripada usaha murni di atas akan mengucapkan salam mereka dalam bentuk
penghargaan yang tinggi dan dengan penuh kesedaran akan berusaha menjaga supaya
nikmat tersebut akan sentiasa kekal dan dipertahankan.
2.1.7 Di dalam suasana berbeza iaitu kategori kedua apabila tidak
ada keselarasan di antara Hablin mina Allah dan hablin mina nas maka ini sudah
pasti ucapan salam yang diberi adalah berbeza dari segi dasarnya. Di dalam
keadaan di mana kuasa pemerintahan belum diperolehi ataupun salama yang diberi
adalah dalam bentuk inzar iaitu memberi peringatan bahawa sesuatu peristiwa
besar yang akan mengancam diri atau masyarakat akan berlaku baik dari dalam
ataupun dari luar dan peristiwa ini akan menggugatkan kestabilan masyarakat dan
Negara jika tidak dicegah, ditangani dan dihalangi daripada berlaku. Caranya
ialah manusia perlu bebas daripada amalan syirik iaitu mesti bersatu padu dan
tidak menjadi pengampu yang hina. Kaedah ini disebut juga segabai seruan kearah
polisi Allah dengan cara teori dan bersikap optimistik,
2.1.8 perbezaan di antara dua kategori ini tergambar
dalam dua peringkat perjuangan Nabi saw iaitu semasa baginda berada di Mekah di
mana kuasa pemerintahan tidak ada di tangan baginda, kebaikan Islam tidak dapat
dilaksanakan sepertimana tidak dapat diamalkan keadilan Islam sebagaimana
ssepatutnya dan hanya terbatas kepada teori yang berkembar dengan jiwa dan
sikap yang sudsah pasti optimistik. Akan tetapi apabila Rasulullah saw bertapak
di Madinah, baginda mempunyai Negara dan baginda memenangi kuasa pemerintahan,
keadilan sosial dapat dilaksanakan bukan sahaja pada masa hayat baginda malah
ke zaman Khalifah Ar-Rasyidin dan seterusnya menjadi contoh kepimpinan kepada
dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi dengan tahap keadilan sossial yang
dibangunkan di atas dasar fitrah manusia diwujudkan.
2.2 liputan
2.2.1 seringkali akan timbul beberapa soalan
tentang perbincangan ke atas tajuk “salam” ini yang mungking berkisar di
sekitar aspek-aspek berikut:
·
Apakah
salam hanya mempunyai satu sudut pandangan;
·
Bagaimana
salam diucapkan;
·
Siapa
yang mengucapnya;
·
Siapa
pula yang dituju;
·
Kenapa
salam diucapkan; dan
·
Bila
pula masa yang perlu diucapkan salam yakni apakah pengucapannya perlu mempunyai
asas-asas yang sesuai terlebih dahulu ataupun tanpa dikira masa dan boleh
dizahirkan dengan spontan sahaja.
2.2.2 Allah swt telah berfirman di dalam surah
Al-Baqorah ayat 178.
178. Hai
orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang
yang dibunuh: orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan
wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pema’afan dari
saudara-saudaranya, hendaklah (yang
memaafkan) mengikut dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang di beri maaf)
membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang
demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat.
Barangsiapa yang melampau batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat
pedih.
Ayat tersebut
memberi keterangan bahawa masyarakat manusia terbahagi kepada tiga golongan.
Ketiga-tiga golongan ini ialah:
Pertama, golongan manusia di gelar Al-Hur;
Kedua, golongan Al-Abd;
Ketiga, golongan Al-Untha.
Golongan
Al-Untha terdiri daripada kaum wanita, kaum kanak-kanak digabungkan di bawah
kumpulan Al-Untha.
Ketiga-tiga
golongan ini menjadi kompenen yang amat penting untuk meneruskan kelangsungan
masyarakat tersebut. Kerjasama daripada setiap golongan ini akan membawa kepada
kesejahteraan dan kebahagiaan kepada anggota masyarakat dan Negara.
Memandangkan setiap golongan mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri
tetapi secara saling berkaitan yang boleh membawa kepada kesejahteraan
masyarakat maka kombinasi dari segi fungsi-fungsi yang sesuai oleh golongan ini
akan melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera. Suasana yang aman
dan sejahtera inilah yang menjadi idaman setiap anggota masyarakat dan
merupakan matlamat kepada maksud salam
yang menjadi topik perbincangan rencana ini.
2.2.3 Golongan Al_Hur
2.2.3.1 Golongan ini dari segi bilangannya adalah
kecil sahaja berbanding dengna dua yang lain. Mereka ini dari segi mental dan
fizikal adalah pintar dan merdeka dan memimpin masyarakat dengan akal mereka.
Mereka adalah negarawan agung, memimpin dan memerdekakan Negara, Pembina Negara
dan mencorakkan masyarakat di sesuaut zaman. Dari kalangan mereka lahir
Al-Rashikum fi
ilm yang menzahirkan sunah Allah melalui mereka. Mereka adalah golongan yang
menghamburkan polisi Allah, melaksanakan peraturan-peraturan dan undang-undang
Allah. Dari golongan mereka ini jugalah Tuhan membangkitkan Nabi dan RasulNya.
2.2.3.2 Dari sudut yang lain pula mereka
memperlihatkan kehadirian mereka dalam bentuk penulis agung, pahlawan
terbilang, pakar sosiologi, para saintis dan dalam banyak kes menjadi pentadbir
yang cekap dan bijaksana dan pernah disebut sebagai uli-al amr.
2.2.3.3 lantaran mempunyai akal fikiran yang pintar
dan bebas mereka menjalankan kewajiban yang murni terhadap Negara mereka.
Sumbangan mereka terjelma dalam bentuk pembebasan umat daripada penyakit buta
huruf serta kebodohan, masalah sosio-ekonomi seperti pengangguran serta
kemiskinan. Kalangan anggota masyarakat terasa terselamat dari segala bentuk
ancaman, baik dair dalam mahupun dari luar. Mereka Berjaya menghindar secara
berkesan daripada penyakit syirik iaitu penyakit pemujaan individu dan sesiapa
sahaja secara bijak dalam mengaturkan apa sahja bentuk kerjasama yang erat di
antara golongan dalam masyarakat mereka di samping dengna jelas dan berkesan
memimpin golongan-golongan wanita dan kanak-kanak untuk kepentingan golongan
ini bagi jangka masa panjang dan semasa.
2.2.4 Golongan Al-Abd
2.2.4.1 Golongan ini adalah bahagian yang terbesar
dari anggota masyarakat sesebuah Negara. Golongan ini dari segi akal fikiran
adalah lebih rendah berbanding dengan golongan Al-Hur malah mereka memerlukan
kepimpinan dari golongan Al-Hur tadi. Mereka memenuhi pelbagai sector pekerjaan
seperti petani, nelayan dan buruh dan pelbagai sector kemahiran tertentu. Dalam
sector perkilangan dan perindustrian mereka juga memain peranan yang besar.
Mereka juga muncul dalam sector perkhidmatan dan teknikal. Golongan ini sekirannya tidak disusun rapi oleh golongan
Al-Hur akan terdedah kepada masalah yang boleh membelenggu hidup mereka
sehingga ke tahap di mana meeka akan menghadapi kekangan untuk menjalankan
kewajiban terhadap Negara mereka. Masalah bodohan, kemiskinan, pengangguran,
buta huruf, ketakutan, sikap memuja-muja peribadi ataupun menjadi pengampu yang
luar biasa adalah ciri-ciri amalan yang sering dilakukan oleh golongan ini.
Namun daripada kaeah yang baik daripada golongan al-Hur, mereka mudah menerima
pengajaran dan boleh dibentuk.
2.2.5 Golongan al-Untha.
2.2.5.1 Golongan ketiga ialah golongan al-Untha.
Golongan Al-Untha ini terdiri daripada kaum perempuan atau wanita dan golongan
kanak-kanak digabung bersama dalam kumpulan ini. Maksud perempuan adalah hanya
dari segi jenisnya sahaja iaitu secara umum. Ianya sama sekali tidak membawa
maksud sesuatu kebolehan atau kepakaran tertentu kerana daripada golonga
perempuan ini juga terdapat mereka yang Al-Hur. Umumnya golongan perempuan ini
memerlukan kepada kepimpinan seperti juga golongan Al-Abd ataupun rakyat biasa
memerlukan kepada kepimpinan al-Hur. Sementara itu umpulan kanak-kanak perlu
disusun sebaik-baiknya dengan disiplin tertentu dan acuan serta peraturan yang
boleh menjamin sifat-sifat harga diri, keberanian serta bertanggungjawab kepada
manusia dan masyarakatnya di masa akan dating. Semuanya ini menjadi kewajiban
kepada golongan Al-Hur untuk merangka apa jua dasar dan polisi yang menjurus
kea rah pencapaian nilai-nilai tersebut.
3.0 Empat
Perspektif
3.1 Memandangkan komposisi masyarakat
terdiri daripada tiga golongan tersebut, maka apa sahaja peranan, tanggungjawab
dan komitmen akan dizahirkan oleh mereka. Yang berbeza ialah dari segi liputan
dan bidang peranan, tanggungjawab dan komitmen akan dizahirkan oleh mereka.
Yang berbeza ialah dari segi liputan dan bidang peranan tersebut dalam konteks
memenuhi hendak salam iaitu nilai kesejahteraan yang dikehendaki. Kewaban yang
berbeza-beza dan peranan yang berlainan di dlam usaha setiap golongan untuk
mencapai tujuan murni tersebut adalah lumrah dan ini sudah pastinya akan
diperlihatkan dalam perpektif yang berbeza-beza. Di titik ini akan ditekankan
kepaa perpektif salam yang berlainan yang dimainkan oleh golongan-golongan yang
berbeza ini di dalam usaha mereka secara insat dan sedar serta mempunyai
matlamat yang jelas untuk mencapai natijah yang sama. Salam tersebut akan
dilihat daripada empat perpektif yang juga secara sekaligus dapat mencerminkan
dairpada golongan manakah yang secara relevan memain peranan berkenaan mengikut
kesesuaiannya dan adalah seperti berikut:
3.1.1 allah swt berfirman di dalam surah
Al-Qadar ayat 4 dan 5 dan
4. Pada malam itu turun
malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur
segala urusan.
5.
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
Pada malam
itu turun malaikat-malaikat dan roh dengan izin Tuhannya daripada setiap
urusan. Selamat ia (malam itu) hingga naik fajar.
Pengeritan: Bermula dari masa Nabi saw
dibangkitkan menjadi Rasul hingga tamat pemerintahan Mu’awiah pada tahun 61
hijrah merupakan zaman selamat dan sejahtera dari semua ancaman, bencana dan
penakhlukan. Selepas daripada tempoh itu, Negara Islam telah dilanda pelbagai
bencana. Pencapaian yang sebegini rupa adlah hasil daripada suaha gigih dan
komitmen golongan Al-Hur di dalam usaha mereka mereka mewujudkan system tunggal
yang melibatkan keselarasan di antara kedua-dua system pemerintahan iaitu
Hablin mina Allah dan Hablin mina Nas-
Berpegang kepada tali (agama) allah dan tali (perjanjian) dengan
manusia.
Usaha gigih
ini diperjuangkan melalui pelbagai cara dan peringkat seperti penerapan
Ideologi serta polisi, perlaksanaan peraturan, baik social mahupun
undang-undang, dasar-dasar sosio-ekonomi yang berkesan, tahap psilologi dan
iman yang teguh. Ssemuanya perkara ini dilaksanakan di semua peringkat
institusi social dan individu. Demikianlah perspektif salam yang diberikan oleh
golongan Al-Hur ini kepada masyarakat secara keseluruhannya iaitu telah
diwujudkan system pemerintahan yang tunggal yang dihidangkan kepada masyarakat
yang penuh dengan nikmat dan kesejahteraan sehingga menjadi suatu Daulah yang
selesa untuk beribadat dalam pengertian yang amat luas.
3.1.2 Salam
dalam perpektif penghargaan, penghormatan dan ucapan tahniah terhadap mereka
yang berjasa dan Berjaya di dalam sesuatu usaha (orang beriman).
3.1.2.1 Allah swt berfirman di dalam Surah Al-Ahzab
ayat 44:
Terjemahannya
Ucapan
penghormatan pada hari mereka menemui Tuhannya ialah: “Salam” dan dan Dia
menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.
Pengertian: Orang-orang mukmin yang sudah diberi
pencerahan ke atas konsep “bapa” ke atas Nabi saw telah keluar dari kegelapan
fahaman mereka yang asal dan setelah perubahan tersebut mereka layak diucapkan
salam ke atas mereka dan mereka pula meningkat ke tahap iman yang lebihh tinggi
iaitu mereka menyebut nama allah banyak-banyak serta bertasbih kepadaNya pagi
dan petang. Natijahnya mereka layak diberi penghormatan salam kepada mereka.
Ringkasnya kejayaan mereka meninggalkan fahaman yang salah dan berpegang kepada
yang benar melayakkan mereka diberi penghormatan dengan salam. Hal yang
demikian boleh berlaku kepada golongan yang insaf dan bercita-cita menjunjung kebenaran di dalam masyarakat. Manakala
mereka yang memberi penghormatan dan penghargaan pula terdiri daripada mereka
yang amat mengerti dengan nilai-nilai kebenaran ini malah sudah menjadi
pandangan dan nilai hidup mereka.
3.1.2.2 allah swt berfirman lagi di dalam Surah
Al-Saffat ayat 79, 109, 120, 130 dan 181 yang terjemahannya ialah:
Ayat 79:
Salam
kehormatan untuk Nuh di antara bangsa-bangsa.
Ayat 109:
Salam
kehormatan untuk Ibrahim.
Ayat 120:
Salam
kehormatan untu Musa dan Harun.
Ayat 130:
Salam
kehormatan untuk Ilias.
Ayat 181:
Salam
kehormatan untuk Rasul-Rasul.
Pengerian: Setiap seorang daripada Nabi yang
disebut di atas telah melaksanakan kebaikan sebagaimana yang dituntuk oleh
Allah ke atas mereka sehingga jasa-jasa mereka membawa manafaat yang amat besar
kepada generasi kemudian daripada mereka. Penyaksian ini telah ditegaskan oleh
allah sendiri di dalam ayat 78, 108, 119 dan 129 dalam surah yang sama yang
bermaksud: Dan Kami tinggalkan nama
baiknya kepada generasi yang kemudian. Penghargaan allah swt ke atas para
nabi tersebut telah dirakamkan oleh Allah swt di dalam ayat 131 Surah
al-Safaat.
Terjemahannya.
“Begitulah Kami membalas kepada mereka
yang membuat kebaikan.”
Secara padat
telah digambarkan bahawa ucapan salam berhak diterima oleh sesiapa setelah
kerja-kerja kebaikan telah dilaksanakan, sekaligus membawa erti bahawa
kedua-dua pihak sama ada pihak yang memain peranan untuk melaksana kebaikan
telah memainkan peranan mereka dan pihak yang memberi penghargaan ucapan salam
tersebut telah menyaksi bahawa amalan kebaikan berkenaan telah menepati dengan nilai
dan jalan yang sepatutnya.
3.1.2.3 Nilai penghargaan dan penghormatan yang sama
dapat dilihat oleh ahli syurga iaitu sepertimana firman allah dalam surah Ya
Sin.
Terjemahannya.
Ayat 55:
Sesungguhnya penghuni syurga pada hari
itu sibuk leka dalam kesenangan.
Ayat 56,
Mereka dan isteri-isterinya di tempat
yang teduh berlteaku (bersantai) di atas pelamin.
Ayat 57:
Untuk mereka di dalamnya ada
buah-buahan dan bagi mereka apa yang mereka minta.
Ayat 58:
Sejahtera sebagai ucapan daripada
Tuhan yang penyayang.
3.1.2.4 Allah swt berfirman di dalam Surah Al-Furqan
ayat 63:
Terjemahannya:
Dan hamba-hamba ar-Rahman ialah mereka yang berjalan di bumi dengna sopan
santun dan apabila orang yang bodoh menghadapkan perkataan kepada mereka
dijawabnya selamat.
Pengertian: Hamba-hamba yang bersifat ar-Rahman
ialah mereka yang ada berhubungan dengan nur tajalli Illahi melalui ma’rifat
latifah sirriyahnya kepada tajalli A’zam. Cara lain ialah mereka ini bersahabat
dengan orang yang hamper iaitu mereka yang berhubung dengan nur tajalli Illahi
tersebut. Sifat-sifat ini dimiliki oleh ahli-ahli jihad di mekah. Pada masa
peperangan, ahli-ahli jihad ini, berjalan ke medan peperangan secara bermegah
dan bangga diri, namun pada masa aman, mereka ini amat merendah diri sahaja
yakni padsa masa aman mereka inilah yang berjalan di bumi dengna sopan santun
dan inilah gambaran sifat orang yang menjadi hamba Tuhan. Pada masa ini,
apabila orang bodoh menghadap perkataan kepada mereka, mereka menjawab
“selamat”.
3.1.3 Salam
dalam perpektif ucapan sebagai tanda
pengharapan baik dan potimis pihak yang benar ke atas pihak yang batil
tanpa sebarang kekecewaan dairpada mereka.
3.1.3.1 Allah swt berfirman di dalam Surah Maryam
pada ayat 47 dan terjemahannya ialah:
Nabi Ibrahim
berkata “Semoga kamu selamat sejahtera. Aku akan memohon ampun bagimu kepada
Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku”.
Pengertian: Nabi Ibrahim telah mengucapkan
selamat tinggal kepada bapanya lantaran peristiwa perselisihan pendapat di
antara beliau dengan bapanyaseperti mana yang digambarkan oleh surah ini (Surah
Maryam) iaitu “Bapanya menjawab: Apakah engkau benci kepada Tuhan-Tuhanku? Jika
engkau (berdakwah) nescaya engkau akan aku lempar dengan batu. Dan tinggalah
aku (pergilah) dalam waktu yang lama. (ayat 46). Nabi Ibrahim berkata “Dan aku
akan membawa diri meninggalkan kamu dan juga daripada yang kamu sembah selain
dari allah. Dan aku akan berdoa kepada Tuhanku. Semoga aku tidak kecewa dengan
doaku kepada Tuhanku” (ayat 48).bagi mereka yang bebas dan berjiwa besar, berpegang
kepada prinsip kebenaran apabila membuat seruan dan menghambur pemikiran dan
ideology yang mereka yakini akan sentiasa potimis dan mengharapkan pihak yang
didakwah tersebut di sesuaut masa kelak akan menerima jua apa-apa yagn baik dan
bernilai itu. Demikianlah mereka sentiasa mengucapkan salam mereka kepada
golongan ini walaupun mereka tidak menerima.
3.1.3.2 Allah swt berfirman lagi di dalam Surah
Qashas ayat 55 dan terjemahannya ialah:
Terjemahannya:
Dan apabila mendengar perkataan yang sia-sia mereka berpaling dan mereka
berkata “Untuk kamilah amal-amal kami; dan untuk kamulah amal-amal kamu;
mudah-mudahan sejahtera atas kamu, kami tidak mahu orang jahil”
Pengertian: Selain daripada golongan yang
mendapat ganjaran dua kali iaitu mereka yang sudah beriman dengan Taurat Musa
kemudiannya beriman pula dengan al-Quran kerana kedua-duanya berasaskan kepaa
tujuan yang sama dan al-Quran adalah yang mempunyai matlamat yang tinggi
seperti mana yang dikehendaki oleh Musa juga, terdapat golongan lain yang terlalu
memperincikan ke atas cerita-cerita tertentu yang tidak bermanfaat. Mereka ini
menghalusi tentang perkara yang remeh-temeh sahaja seperti tentang sejarah Adam
as bersabit dengan bagaimana ia dilahirkan, berapa umurnya dan demikian juga
tentang perincian mereka ke atas Nuh, sedangkan bahagian ini tidak diperlukan
untuk memahami maksud sebenar yang dibawa oleh Musa as dan Muhammad saw. Semua
dongeng ini adalah daripada cerita bangsa Yahudi. Lantaran itu golongan pertama
tadi berpaling secara menyeluruh daripada golongan kedua itu kerana mereka
faham bahawa perkara seperti itu kosong dan tidak membawa kepada matlamat
Taurat dan al-Quran. Di atas kepercayaan inilah mereka mengucapkan “Untuk
kamilah amal-amal kami dan untuk kamulah amal-amal kamu; mudah-mudahan
sejahtera atas kamu iaitu Kami tidak mahu orang jahil” mereka ini tidak kecewa
juga tidak berputus asa dan tidak berkecil hati berhadapan dengna golongan yang
lebih rendah taraf pemikiran berbanding ciri mereka, malah menunjukkan sikap
dan jiwa besar mereka dan potimis dalam bentuk pengucapan salam tersebut dengan
harapan di suatu masa nanti golongan ini akan mendapat petunjuk jua.
3.1.4 Salam dalam perspektif bekerjasama dan
sumpah setia kawan seperjuangan.
3.1.4.1 allah swt berfirman dalam surah Al-An’am.
Tuhanmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih saying”)
Terjemahannya:
54. apabila
orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepada mu, maka
katakanlah: “Salamun-alai kum) . tuhanmu telah menetapkan atas diri_Nya kasih
saying). (iaitu) bahawasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu
lantaran kejahilan”). Kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan
mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
( Maka
katakanlah “Mudah-mudahan keselamatan atas kamu) (salamum alaikum)
Pengertian: Ini adalah anjuran Allah swt kepada
Nabisaw agar mengucapkan “Assalamualaikum” kepaa mereka yang beriman dari
kalangan orang desa yang fakir dan miskin. Mereka mempunyai niat yang baik
untuk beriman kepada Nabi saw kerana ingin menyertai Jemaah Nabi saw tidak
boleh menyombong diri daripad mereka. Mereka ini jauh lebih baik dairpada
kalangan orang besar dan kaya dari kalangan Bandar yang bertamadun tinggi
seperti Kaisar dan Kisra. Mereka ini (Kaisar dan Kisra) tidak dapat bersama
Nabi malah mereka mendakwa bahawa: “Kami dari kalangan orang Bandar yang
bertamadun, sedangkan mereka adalah orang desa. Kami lebih tahu dan lebih
tinggi daripada mereka tentang pengetahuan agama, tamadun dan cara berkumpulan
dan berjemaah” jadi ucapan salam diberi sebagai tanda wujudnya stu persetujuan
bersama untuk memeterai kerjasama bagi tujuan perjuangan murni dlam bentuk
organisasi sebagai ikatan yang berpanjangan.
4.0 Rumusan
4.1 Daripada analisis yang diperolehi
bolehlah drumuskan bahawa:
4.1.1 Ucapan salam dalam bentuk pernyataan untuk
menggambarkan bahawa telah diwujudkan suasana yang sejahtera dan selamat dalam
bentuk daulah hasil dairpada peranan golongan yang menepati kehendak Malail
a’la iaitu dicipta oleh golongan seperti mereka yang bebas daripada amalan
syirik, patuh dan penegak keadidlan, berideologi al-Quran, komited, negarawan
serta pentadbir-pentadbir yang dekap yang menzahirkan peraturan-peraturan yang
selamat.
4.1.2 Ucapan salam ke atas mereka yang berjasa
kepada masyarakat oleh golongan yang bertanggungjawab.
4.1.3 Ucapan salam ke atas mereka yang Berjaya
meninggalkan perkara batil oleh golongan yang berilmu dan komited menyampaikan
ilmu tersebut untuk membentuk masyarakat yang bertamdun tinggi. Dengan kata
lain, golongan pendakwah tidak jemu-jemu memberi petunjuk agar mereka yang
didakwah dibuka dada dan fikiran untuk menerima kebaikan (salam) di suaut masa
kelak.
4.1.4 Ucapan salam sebagai tanda menerima
semangat untuk bekerjasama dalam suatu usaha kepentingan bersama dan setia di
dalam sesuaut ikatan untuk melaksanakan amalan-amalan yang murni.
4.2 dengan demikian, tidaklah aneh apabila
didapati bahawa salam sesuaut ketua eksekutif I dalam sesuaut Negara kepada
rakyatnya ialah komitmen yang amat tinggi untuk membuat segala kebijakan dan
kebijaksanaan yang bertujuan mengzahirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat
dalam semua aspek penghidupan secara keseluruhannya dan bukanlah menjadi salam
seandainya usaha-usaha yang dibuat membawa bencana kepada orang ramai dan
merosakkan bumi. Badan-badan lain seperti Kehakiman dan Perundangan juga tidak
terkecuali dairpada komitmen ini.
4.3 Demikian juga salam guru kepada murid
bermakna komitmen untuk menyelamatkan murid dadripada kebodohan tertentu
melalui pengajaran dan pendidikan yang baik yang dengan secara praktik diterima
murid secara harmoni. Salam penghormatan kepada guru daripada murid ialah
komitmen untuk menjada bagi menjamin hasil yang baik terpelihara dan mapan.
5.0 Kesimpulan
dan Penutup
5.1 Matlamat salam yang terakhir untuk
dicapai ialah apabila telah wujud suatu tahap kebaikan di mana boleh dihebohkan
bahawa bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung telah dihampari dan
dipayungi tiap-tiap satunya dengna taburan kesejahteraan dan cucuran nikmat dan
rahmat yang terzahir daripada system yang tunggal yang Berjaya diwujudkan oleh
warganya dan akhirnya terjadilah suatu Daulah yang selesa dan harmoni untuk
beribadat secara pengertian yang luas.
TAMAT.
No comments:
Post a Comment