Tuesday, March 8, 2016

Pengajaran Para Nabi Tersimpan Dalam Fiṭrah Manusia.

Pengajaran Para Nabi Tersimpan Dalam Fiṭrah Manusia.
Secara umumnya, ilmu itu tersedia, tersimpan dalam fiṭrah manusia. Para nabi datang hanya menerangkan dan mengingatkan kembali dan memperincikannya. Dengan sebab itu tidak dinafikan akan hilang mana-mana ilmu yang ada di samping mereka.
Allāh menguruskan haiwan dengan menumbuhkan rumput pada musimnya. Kemudian rumput itu kering kehitaman pada musim yang lain. Maka dengan sifat ketuhananNya yang agung, Allāh menguruskan manusia untuk mendapatkan makanan dengan menggunakan akal. Itulah kelebihan manusia berbanding dengan haiwan. Maka itulah sebabnya Allāh berfirman yang bermaksud: “Akan Kami bacakan kepada kamu”. Di sini “kamu” ditujukan kepada Nabi Muḥammad (S.A.W.) sebagai guru dan pemimpin yang mengajar manusia tentang kehendak manusia itu sendiri. Inilah maksud kalimah: “maka tidaklah kamu lupa”.

Ilmu Sentiasa Bertukar Ganti Mengikut Zaman Yang Berbeza.
Ilmu yang baharu diturunkan boleh dianggap seperti buah yang baru dipetik masih segar dan basah. Setelah berlalu masa buah itu akan hilang sebahagian juzuknya. Demikian juga ilmu yang sentiasa bertukar ganti mengikut masa dan berbeza semenjak diturunkan. Apabila ilmu bertukar tangan, ilmu itu tidak sama dengan ilmu yang asal.
Rasūl Allāh (S.A.W.) pernah berpesan bahawa jika kamu mahu belajar Al-Qurʾān, maka belajarlah daripada ʿAbd Allāh bin Masʿūd, kerana Al-Qurʾān yang kamu terima daripadanya itu sama seperti yang baru sekejap diturunkan. Ibaratnya seperti buah yang baru dipetik dari pokok dan terus dimakan. Itulah keistimewaan ʿAbd Allāh bin Masʿūd yang tiada pada orang lain.

Para Nabi Diutus Untuk Menyedarkan Dan Menerangkan Ilmu Yang tersimpan Dalam Fiṭrah Manusia.
Para nabi diutus untuk menyedar dan menerangkan ilmu yang tersedia dalam fiṭrah manusia. Maka manusia tidak dapat menafikan bahawa ia lupa tentang apa yang ada di sisinya. Itulah maksud: “Akan Kami bacakan kepada kamu, maka tidaklah kamu lupa”. 

Dipetik oleh hasan muhamad dari kitab tafsir al hakm karangan haji nik abdullah haji wan musa.

No comments:

Post a Comment