1.
Politik dan agama tidak terpisah, Politik
adalah jalan dan agama adalah matlamat. Dalam tindak-tanduk politik ada
kotornya kerana berdepan yang zalim dan menyalahgunakan sesuatu kebaikan yang
dijadikan topeng untuk menutup kepalsuan mereka. Kuasa yang berselindung disebalik
kebaikan peribadi yang tidak mengambil kira masa depan masyarakat dan maanusia.
2.
Kebanyakan ahli ugama yang terpengaruh
dengan falsafah paderi yang mengambil faham sepertinya untuk ibadat dan
kebajikan sahaja. Sesuai dengan perwatan peribadi dikalangan ahli-ahli agama
tidak melibatkan diri didalam pergerakan dan perebutan kuasa yang dikatakan itu
semuanya adalah dunia. Dunia itu bangkai dan berebut itu ialah anjing. Orang
yang dipengaruhi oleh semangat sami menumpukan kebaikan setakat peribadi dan
selanjutnya mempengaruhi orang lain supaya
ikut seperti mereka.
3.
Ada yang berpendapat slogan politik suku
agama suku adalah slogan politik yang digunakan oleh sesetengah pemimpin Umno
yang mererajui BN kerana terdapat didalamnya parti-parti gabungan BN yang
beranggap Islam adalah ekstrim dan melampau.
4.
Bidang politik adalah bidang yang mulia
disisi agama kerana segala sebarang penyelesaian masalah umum dan masyarakat
adalah fardhu kifayah dan jalan yang menuju kepada matlamat itu menyuruh
berbuat baik dan melarang berbuat jahat, jalannya ialah kuasa. Hadis Nabi s. a. w. , hendaklah kamu tolak
kemungkaran itu dengan tangan kamu apabila kamu berkuasa, jika tidak, dengan
lidah, jika tidak, dengan hati. Maka itu
selemah-lemah imam.
5.
Hadis ini menunjukkan menolak sesuatu
kemungkaran itu memerlukan kuasa di dalam tangan dan kuasa itu hari ini iaitu
kuasa politik. Jika tidak dengan lidah untuk melahirkan sesuatu hujah yang
meyakinkan manusia dan jika tidak mampu lagi dengan hati. Itulah selemah-lemahnya imam.
6.
Orang yang tidak terlibat dalam
pergolakan ini yang mana tidak mampu menolak sesuatu kemungkaran dan tidak
mampu pula melahirkan pendapat kebenaran. Itulah selemah-lemah imam.
7.
Umat Islam perlu ada kekuatan setanding
kekuatan dengan yang mungkar dan perjuangan bagi menundukkan supaya Golongan
yang mungkar itu patuh kepada undang-undang itu adalah fardhu kifayah.
8.
Khidmat untuk kepentingan umum perlu
terlibat dalam politik untuk menyelamat dan menambah baik kepada masyarakat adalah
kemuncak kepada fardhu kifayah dan melaksanakannya untuk tujuan mencapai adil
dan ihsan untuk semua manusia sebagai hamba Allah berkhidmat di bumi Allah dibumi
manusia dilahirkan, dibumi manusia membina kerangka yang menjadi keinginan
fitrah insaniyah demi untuk mendapat keredhaan Allah maka di akhirat adalah
ganjaran pada pencapaian kerja-kerja, itulah yang dimaksudkan dan jangan kamu
lupa bahagian mu didunia. Yang dimaksudkan dengan bahagian kamu di dunia ialah
kelayakan, kelebihan, keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada seseorang
sebagai alat untuk tujuan tersebut.
9.
Ahli-ahli umno harus dididik menyumbang
jiwa raga untuk mengekal dan menambah baik. Bersehkan politik umno yang perlu diukur pada prinsip sejagat. Tanpa prinsip sejagat umno akan kehilanga arah,
tidak dapat kepercayaan daripada rakan kongsinya sendiri daripada pelbagai kaum
dan pelbagai agama.
Sedikit petikan dari mukadimah takwil quran haji nik
mohd salleh wan musa dalam al mukadimah) - boleh didapati di UIAM dgn
permintaan kajian sahaja. Ianya didalam
tafs al hakm sebagai priview takwil quran)
Umat
Islam
seluruh dunia tidak akan menjadi umat yang mulia selagi mereka tidak mengkaji
dengan teliti pengajaran Al-Quran
dan pimpinan Nabi Muḥmmad
(S. A. W. ) untuk membentuk negara Islam dan rupa bangsanya.
Shah
Wali
Allah menghuraikan masalah ini seperti berikut:
“Dan sebahagian
daripada prinsip yang harus diperhatikan oleh seseorang pemimpin yang mahu
menjadikan umat-umat yang berlainan adat dan kebudayaan di dalam satu millah
(rupa bangsa yang satu) bahawa hendaklah
pengajaran agama kepada mereka itu disusun untuk mendirikan Khilafah yang umum.
Dan hendaklah dijadikan
khalifah-khalifah yang kemudian daripadanya tertentu kepada ahli negerinya dan
keluarganya yang telah dilahirkan di atas adat dan peraturan hidup yang
tertentu kerana tidaklah bersamaan buat-buat celak pada dua mata itu seperti
bercelak dengan sebenarnya.
Dan hendaklah semangat mempertahankan
agama dalam kalangan mereka disertai dengan semangat mempertahankan nasib
keturunan, dan hendaklah ketinggian martabat mereka dan kebijaksanaan tabiat
mereka menggambarkan ketinggian bagi pemerintahan pengasas millah
itu dan kebijaksanaan pada tabiatnya. Itulah maksud persabdaan Nabi (S. A. W. ): “Pemimpin-pemimpin itu hendaklah
daripada Quraish. ” Dan hendaklah berpesan kepada pengganti-pengganti kemudian
daripadanya supaya menegakkan agama dan mengembangkannya. Itulah maksud kata-kata Saidina Abu Bakr al-Siddiq r. a. . “keteguhan kamu di atas suatu tujuan itu ialah
dengan apa yang telah membentuk dengan kamu oleh pemimpin-pemimpin kamu”. [1]
Sedikit petikan dari mukadimah takwil quran
haji nik mohd salleh wan mussa dalam al mukadimah)
Keadaan ini seperti seorang yang mahu
beristeri walaupun diutamakan memilih wanita yang beragama untuk melahirkan
keturunan yang ṣaliḥ,
tetapi perkahwinan tidak mungkin berlaku jika wanita itu tidak cantik dan
tingkah lakunya tidak menarik. Maka
syarak menggalakkan seseorang lelaki memilih isteri yang cantik dan menarik
pada pandangannya supaya mereka dapat hidup mesra dan kekal. Begitu juga pihak perempuan hendaklah memilih
lelaki yang kacak dan bijaksana supaya kepimpinannya membawa kehidupan yang
bahagia dan berjaya.
Semangat kebangsaan perlu dikekalkan dalam masyarakat
umat Islam untuk
menegakkan pengajaran Al-Quran.
Maka Islam telah
mengiktiraf semua kepentingan sesuatu kaum itu dipelihara khususnya dalam
pembentukan syariat. Islam meraikan semua kemahuan dan budaya sesuatu kaum
sebagai sumber utama kelahirannya.
Semangat kebangsaan perlu dikekalkan
dalam masyarakat umat Islam untuk
menegakkan pengajaran Al-Quran.
Maka Islam telah
mengiktiraf semua kepentingan sesuatu kaum itu dipelihara khususnya dalam
pembentukan syariat. Islam meraikan semua kemahuan dan budaya sesuatu kaum
sebagai sumber utama kelahirannya.
Shah
Wali
Allah menerangkan perkara ini seperti berikut:
“Dan hendaklah diketahui bahawa
sesungguhnya berlainan segala syariat para Nabi (A. S. ) itu kerana beberapa sebab dan
beberapa maslahah, hal itu ialah kerana syiar-syiar Allah hanya dijadikan syiar
kerana tujuan tertentu. Dan kadar yang
ditetapkan di dalam syariat itu ialah berpandukan kepada keadaan orang yang
mukalaf dan adat mereka itu”. [2]
Di halaman yang lain Shah Wali Allah menerangkan seperti berikut:
“Hanya Nabi itu datang
memerhatikan pada iktikad dan amalan yang telah ada di sisi mereka. Maka mana-mana yang sesuai bagi membersihkan
jiwa, lalu ditetapkan untuk mereka, dan ditunjukkan mereka itu kepadanya, dan
mana-mana yang bertentangan dengan kebersihan jiwa maka nabi-Nabi menegah
mereka dari melakukannya”. [3]
Berdasarkan keterangan ini tidak
dapat dinafikan bahawa Islam
telah meletakkan asas semua peraturan hidup dan un dang-undang di atas semangat
kebangsaan sebagai tabiat semula jadi bagi setiap manusia. Semangat ini perlu diiktiraf dan dihormati
mengikut pengajaran Al-Quran.
Sebahagian ʿulamaʾ Islam seperti Sayed Qutub dan Abu al-aʿla Maududi
telah terkeliru dalam masalah ini. Mereka menyangka fahaman kebangsaan
bertentangan dengan pengajaran Islam dan Al-Quran kerana pandangan mereka
tentang semangat kebangsaan dalam pengertian yang sempit seperti yang berlaku
kepada sesetengah pemimpin Barat. Kesilapan itu timbul dari fahaman fanatik yang
sememangnya ditegah oleh Islam – bukan
timbul dari fahaman semangat kebangsaan. Jika fahaman
semangat kebangsaan dan kekeluargaan bertentangan dengan Islam sudah pasti tidak diturunkan dalam Al-Quran ayat-ayat seperti hukum
membahagi harta pusaka kepada waris selepas mati, dan tidak diturunkan ayat
cara menentukan nafkah yang baik iaitu pertama ditujukan kepada ibubapa, keluarga
yang hampir dan sebagainya.
(Dipetik dari
al muqadimah haji nik mohd saleh wan musa)- boleh didapati di UIAM dgn
permintaan kajian sahaja. Ianya didalam
tafs al hakm sebagai priview takwil quran)
Demikianlah tujuan
manusia dijadikan ialah untuk menjadi khalifah dibumi atau sebagai tajalli Tuhan
untuk menyusun atur makhluk dibumi supaya selari dengan prinsip adil dan ihsan
sebagaimana yang dikehendaki Allah.
(Sedikit petikan dari mukadimah takwil quran
haji nik mohd salleh wan musa dalam al mukadimah)
Ringkasnya Nabi (S. A. W. ) diutus untuk membangun Millah Ḥanifi yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim
(A. S. ) Maka dasar syariat millah
tersebut mesti dikekalkan melainkan sedikit perubahan sekadar menentukan
perkara umum, menambahkan penjelasan, menerangkan batasan-batasan dan
sebagainya sahaja.
Kehendak Allah supaya Nabi Muḥammad (S. A. W. ) membersih akhlak bangsa ʿArab. Kemudian dengan perantaraan bangsa ʿArab pula membersihkan akhlak
manusia seluruh dunia. Maka unsur-unsur
syariat Nabi Muḥammad
(S. A. W. ) terpaksa dibentuk
berdasarkan budaya bangsa ʿArab
sebagai contoh pertama, kemudian falsafah pembentukan itu diikuti oleh
bangsa-bangsa lain di seluruh dunia.
Maka secara keseluruhannya syariat
Millah Ḥanifi
itu berkulitkan budaya bangsa ʿArab.
Jika diperhatikan secara tasyrik, undang-undang yang dibentuk
oleh Nabi Muḥammad
(S. A. W. ) adalah untuk menyempurnakan
mana-mana yang telah ada dalam kalangan umat ʿArab
itu. Setiap hukum yang diperundangkan
itu mengandungi latar belakang dan sebab-sebab yang diterima akal. Setiap suruhan dan tegahan mengandungi
maslahah dan tujuan yang khusus.
Ringkasnya, contohnya dalam bidang
ibadat, hukum bersuci, sembahyang, puasa, zakat dan haji dalam kalangan umat ʿArab pada zaman itu telah banyak
berubah daripada yang asalnya kerana mereka tidak mengambil berat
melaksanakannya, mereka berselisih faham tentang cara melakukannya. Oleh kerana pada kebanyakannya tiada peraturan
dan termasuk penyelewengan-penyelewengan oleh ahli Jahiliah, maka Al-Quran datang untuk menyusun
kembali, memperbetulkan mana-mana yang telah berubah kembali seperti kehendak
asalnya.
Dalam bidang pentadbiran rumah
tangga juga telah diterap beberapa budaya buruk, melampau dan zalim. Demikian juga peraturan dalam politik negara
telah dirosakkan. Maka Al-Quran menetapkan prinsip-prinsip, batasan-batasan
dan waktu-waktunya.
(Dipetik dari
al mukadimah haji nik mohd salleh wan musa) - boleh didapati di UIAM dgn
permintaan kajian sahaja. Ianya didalam
tafs al hakm sebagai priview takwil quran)
10.
Bersehkan budaya umno yang bekerja
kerana wang, tidak ada wang tidak ada kerja. Kerana budaya kepentingan diri pernah
berlaku di dalam sejarah yang diibaratkan dalam al-Quran, anai-anai yang
memakan tongkat Nabi sulaiman yang memberi maksud akhirnya kerajaan peninggalan
Nabi sulaiman jatuh tersungkur setelah beberapa generasi.
11.
Kesan daripada kejatuhan sebuah kuasa
politik, ekonomi dan perniagaan akan berubah, segala peluang perniagaan dan
kegiatan ekonomi akan beralih tangan. Rakyat dan generasi yang akan datang yang akan
menjadi mangsa penjajah akan dipecah belahkan dan tidak lagi wujud semangat
bersatu dan saling membantu antara satu sama lain. Generasi itu akan menderita apabila kelalaian di
sebabkan generasi sebelumnya cuai terhadap kuasa politik yang ada.
12.
Dalam suratul baqarah ayat 254, hendaklah
kamu berbelanja (menyumbang kepada organisasi perjuangan). dan ingatlah suatu
hari tidak ada jual beli/perniagaan/perdagagan (setelah ekonomi beralih tangan
pada orang lain). tidak ada lagi shafaat (semangat bersatu dan tolong menolong), sesungguhnya
di azab orang yang zalim. (maksudnya
orang-orang yang ada kuasa politik, khazanah negara di buat untuk kepentingan
diri dan apabila politik beralih tangan, ekonomi akan dimiliki orang asing. )
dan generasi seterusnya akan menerima padah.
Allah berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang
telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada
lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang
zalim. (baqarah 254)
Oleh
hasan bin muhamad kg tok ku
No comments:
Post a Comment