Saturday, January 9, 2016

Rakyat disaran supaya membuat dua kerja


Dalam keadaan rakyat yang semakin tertekan pada akhir-akhir ini, barang umumnya naik harga yang tiada harapan turun kembali kerana belum ada pelan bertindak supaya harga barangan akan turun.
KDNKK menunding jari kepada perniaga yanag sengaja menaikkan harga barangan keperluan dan membuat operasi di kedai-kedai apabila setiap kali menghampiri hari perayaan dan kedai yang didapati menjual barangan keperluan sekolah apabila hampir masa sekolah dibuka.
Kalau dahulu alasan dibuat kerana minyak mahal sebagai penyebab barang naik tetapi apabila minyak turun, barang terus juga naik.
GST sebagai sebab utama naik harga. Alasan pihak kerajaan tiada sebab barang naik kerana GST  sebab GST harga mengenakan cukai 6% sedangkan SST dikenakan 9% sebelum itu, bererti barang boleh turun 3% selepas perlaksanaan GST.
Entah dimana silapnya turun 3% itu langsung tidak wujud malah sebilangan rakyat bosan apa yang berlaku kenaikan daripada 9% campur 6%.
Lalu berkatalah orang-orang bijaksana yang memegang jawatan penting dalam kerajaan, di syorkan rakyat miskin hari ini membuat dua kerja. Ini menunjukkan kerajaan belum ada pelan bertindak kearah menurunkan harga barang.
Terdapat sebilangan rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang ini terdorong kepada tekanan demi tekanan.
Tekanan demi tekanan akhirnya arus kebencian rakyat akan menajdi semakin meluas dan Dap berpeluang dengan memperalatkan kroni-kroni parti-parti yang didokong oleh orang Melayu akan menentukan hari hisab lima tahun sekali (maknanya hari pilihanraya umum).
Berkatalah pula orang politik yang berpakaian ulama bahawa Nabi saw  mendorong supaya orang kaya membantu orang miskin. Biasanya orang yang mengaku dirinya ulama ini hanya pandai memakai hadis daripada bahasa Arab kepada bahasa melayu tetapi tidak tahu maksud hadis itu dalam kontek hari ini. Kalau nak tahu, itulah ulama separuh masak.
Parti Pas memerintah kelantan hampir 26 campur 8 tahun. Pernahkah hadis itu dibaca dan diterjemah. Terjemah maksud itu dalam pelan bertindak sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh Pas.
Mungkin dana sebuah kerajaan negeri belum cukup untuk menaja sebuah program untuk rakyat miskin. Takkanlah impian seorang pemimpin Islam yang bertaraf ulama tidak mampu mencatat impiannya di atas kertas untuk dijadikan bahan kajian kepada mana-mana pihak yang ingin beritndak.
jangan jadi seperti kata-kata timbalan mentari besar kelantan hari ini, Nik Mohd Amar, bila di kemukakan masalah penyelesaian rakyat, maka jawabnya, kalau nak tahu, berilah peluang kepada kita terajui  pusat. Bukankah baik kalau dia memberi ideal yang baik dan berguna untuk rakyat, siapa saja yang melaksanakannya itu perkara kedua.
Prinsip dan ajenda untuk rakyat terlaksana itulah persoalan pokok. ‘Din’ itu nasihat dan pandangan beguna untuk ditiru oleh orang lain, itulah satu dakwah yang mulia bagi Islam.
Manalah tahu kot-kot ada orang yang berkuasa yang diberi hidayah untuk melaksanakan ideal yang baik itu. Hadis Nabi, hendaklah tolak kemungkaran jika kamu berkuasa, jika tidak dengan lidah.
Persoalannya bagaimana orang miskin dibantu oleh orang kaya?
Lihat saja orang kaya Islam hari ini, mereka pergi ke Mekah berulang kali sedangkan mereka diperintah hanya sekali.
Mengikut kajian yusuf qardawi, 70% mereka yang pergi haji dan umrah adalah mereka yang berulang kali. Kalau dicampur keseluruhan wang, perbelanjaan rakyat malaysia telah membelanjakan rezeki yang Allah kurniakan hampir 60 billion setahun. Bayangkan kalau 70% daripada jumlah tersebut di bina dana yang boleh dimanafaatkan oleh orang-orang yang memerlukannya. Betapa ramainya orang yang dapat menikmati daripada wang tersebut.
Golongan yangberlebihan harta yang seperti ini patut menerima dakwah yang secukupnya sebab mereka belum faham sebab apa rezeki yang di amanahkan kepada seseorang.
Oleh hasan bin muhamad. Kampung tok ku.

No comments:

Post a Comment