(dipetik dari
tafsir al hakm)
Tafsiran
Kali Kedua.
Allah berfirman:
Segala
pujian kepunyaan Allah yang menjadikan langit dan bumi, (Al-Qurʾan : 6: 1).
Shaykh
berkata, ilmu falak adalah sebahagian daripada langit. Ada beberapa peringkat
langit, dan pada setiap peringkat langit terdapat ilmu yang khusus.
Para ahli
sains membincangkan tentang dunia dan ilmu bumi. Ada beberapa peringkat ilmu
bumi, misalnya ilmu mengenai haiwan dan tumbuhan. Para ḥukamaʾ membincangkan tentang langit.
Setelah mereka faham tentang kejadian langit dan bumi, mereka berkata bahawa
segala pujian bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi.
dan mengadakan gelap dan terang.
(Al-Qurʾan: 6: 1).
Kegelapan melambangkan kesesatan oleh syaitan dan dajjal, dan cahaya
melambangkan hidayah oleh malaikat dan para nabi. Salasilah kegelapan dan
kesesatan sampai kepada syaitan. Allah yang Esa mencipta syaitan.
Salasilah cahaya sampai kepada
malaikat dan penciptanya ialah Allah yang Esa. Salasilah kesesatan sampai
kepada dajjal dan penciptanya ialah Allah. Salasilah hidayah sampai kepada nabi
dan penciptanya ialah Allah yang maha Esa. Semuanya merujuk kepada sumber yang
satu.
Shaykh berkata, keadaan ini
mensabitkan sumber yang satu dan semua salasilah sampai kepadaNya. Para ḥukamaʾ yang lalu dan sekarang sama ada
Yunani dan lain-lain tidak khilaf dalam masalah ini melainkan mereka yang
terlalu jahil.
Orang jahil menerima kata-kata
sahaja. Pendapat para ḥukamaʾ tidak terjejas seperti orang
jahil berpegang kepada kata-kata. Para ḥukamaʾ dunia telah sekata bahawa tidak terdapat kebaikan yang
mutlak dan kejahatan yang mutlak di dunia ini. Malah terdapat kejahatan dan
kebaikan secara perbandingan. Contohnya, pada para nabi terdapat kebaikan
secara sandaran dan selain daripada nabi terdapat kejahatan yang disandarkan.
Maksudnya, di dunia ini terdapat
kebaikan yang pasti bercampur dengan kejahatan dan sebaliknya terdapat
kejahatan yang bercampur dengan kebaikan.[1] Para
ʿulamaʾ dahulu dan sekarang tidak khilaf dalam masalah ini, melainkan mereka yang
jahil yang menerima hikmah dari kitab-kitab dan catatan. Mereka tidak menerima
daripada ḥukamaʾ yang hakiki. Masalah ini telah
diterangkan dengan jelas oleh Shah Walī Allah dalam Ḥujjat Allah al-Balighah, tetapi golongan orang Islam
yang jahil mengatakan bahawa hanya jalan para nabi baik, dan jalan bukan para nabi adalah buruk. Maka
mereka menjauhkan diri dari hikmah lalu mereka terjatuh ke tempat yang paling
bawah dalam kejahilan.
Shaykh berkata, istilah khalaqa
dan jaʿala daripada sudut
bahasa adalah sama ertinya; tetapi jika dilihat daripada sudut hikmah ertinya
berbeza. Yang demikian bahawa kalimah dinamakan khalq,[2]
kerana langit dan bumi dijadikan daripada satu bahan.
Kalimah dinamakan ibdaʿ kerana cahaya dan gelap diciptakan dari sesuatu yang bukan benda. Apabila
para ḥukamaʾ faham dua kalimah ini, mereka
mengucap syukur “alḥamdulillah”. Semuanya milik Allah yang Esa, maha Perkasa, tidak berkongsi
pada ciptaanNya dengan sesiapapun. Semuanya adalah daripada sumber yang satu.
(dipetik dari
tafsir al hakm karangan haji wan abdullah bin haji wan musa al-kalanti).
[1] Daya yang tersimpan dalam semua kejadian tidak
terpisah daripada kejadian itu. Apabila kejadian itu bergeser dan berlanggar
mengikut hikmah pentadbiran Allāh yang wajib,
lahirlah pelbagai perkembangan sebahagiannya jauhar dan sebahagiannya sifat.
Sifat itu mungkin
perbuatan atau kehendak yang hidup atau bukan daripadanya. Tiada keburukan pada
perkembangan itu dengan erti tidak lahir perkara yang tidak dikehendaki oleh
sebabnya atau lahir perkara yang bertentangan dengan kehendak sebab
kelahirannya.
Apabila diambilkira
sebab kewujudan sesuatu perkara, perkara itu pasti baik seperti hakikat besi
ialah memotong sekalipun buruk kerana boleh mematikan manusia. Keburukan itu
terdapat kerana lahir sesuatu yang lebih menepati kebaikan daripadanya melalui
kesan-kesannya atau tidak lahir sesuatu yang berkesan baik. Apabila segala
sebab keburukan tersedia, rahmat Allāh kepada
hambaNya, sifat lembutnya, kekuasaan dan ilmuNya yang menyeluruh terhadap
semua, dikehendaki supaya daya itu berfungsi dan perkara yang mendatangkan daya
melalui al-qabdzu, al-basti, al-ihālah dan al-ilhām sehingga kumpulan itu mencapai matlamat yang
dikehendaki. (Ḥujjat Allāh Al-Bālighah, jilid 1,
bab, ‘Rv±PFÛ¯ä
knNÛ¯ä ͯP±í¯ ²°±’ ms. 12).
[2] Al-khalq, iaitu mengadakan sesuatu dari
sesuatu seperti Allāh mencipta
Adam dari bahan-bahan tanah. Allāh berfirman
yang bermaksud: “Allāh ciptakan jin
dari pucuk api” (Al-Qurʾān: 55: 15)
(Ḥujjat Allāh Al-Bālighah, jilid 1, bab ‘Rv±PFÛ¯ä knNÛ¯ä ͯP±í¯ ²°±’, ms. 11).
No comments:
Post a Comment