Thursday, June 25, 2015

Pengertian ihsan





Saya berpendapat bahawa pengertian ihsan itu ialah kasih sayang. Kasih itu sama ada kepada Allah atau kepada ibu-bapa, kemudian kasih kepada kerabat yang hampir, jiran yang dekat, sahabat-sabahat yang dekat, anak-anak yatim dan orang miskin. Semua ini menjadi kewajiban ke atas setiap manusia supaya melakukan ihsan kepada mereka. jika manusia kasih kepada sesuatu atau seseorang, maka dia tidak akan melihat selain daripadanya, dan dia tidak mendengar suatu suara selain daripada suaranya, dan dia tidak melaksanakan sesuatu tugas melainkan hatinya tertumpu kepadanya. Nabi saw bersabda, yang bermaksud:  “Ihsan itu, kamu patuh kepada Allah seolah -olah kamu melihat-Nya”.  maka kalimah “kamu patuh kepada Allah” dinamakan kalimah khabar, bukan wajib yang bererti memberitahu bahawa erti ihsan ialah beribadat kepada Allah seolah-olah dia melihat Allah; sekalipun dia tidak dapat melihat Allah, Allah tetap melihatnya. Maka tidak ada kekurangan kerana kamu tidak dapat melihat Allah disebabkan oleh kekeruhan pada roh dan hatimu. Namun demikian kamu tetap diperintah secara paksaan supaya beribadat dan kasih kepada-Nya. apa yang jelas di sisi kami untuk mendapat ihsan dengan sempurna di mana yang dikasihi itu hanya Allah dan tidak terdapat yang dilihat melainkan Dia, dan tiada yang dirindui selain daripada-Nya, dan tiada yang ada selain daripada-Nya. maka seluruh alam ini adalah khayalan-Nya yang musnah di dalamnya. Jalan tadbir-Nya beransur meningkat peringkat demi peringkat, hingga yang lebih tinggi. Peringkat pertama, manusia mudah mengesannya iaitu ia kasih kepada ibu-bapanya, kerana  merekalah yang menyempurnakan segala hajat, kemudian berpaling kepada masyarakat dan keluarga-keluarga yang hampir dan berkongsi dengan mereka . jika masyarakat dan keluarga yang hampir tidak dapat menyempurnakan juga, dia berpaling kepada kaumnya dan kepada semua kaum, jika manusia berfikir bahawa tiada  sesiapa yang mampu menyempurnakan segala keperluannya melainkan Allah: maka pada waktu itu dia terpaksa menumpu kepada Allah dan kasih kepada-Nya. inilah penyudah dalam peningkatan pada manusia. Inilah perkara yang jelas kepadaku pegentahuan berada disisi Allah. (oleh haji nik mohd  salleh(fikri) bin musa).

oleh haji nik mohd salleh bin haji wan musa dipetik dari tafsir al hakm karangan haji wan abdullah

No comments:

Post a Comment