Sunday, January 25, 2015

Tahfiz


1.   Pengakuan seorang penuntut tahfiz yang mengeluh apabila terpaksa mengulang peperiksaan spm kali kedua di keranakan kecuaian daripada memberi tumpuan kepada pelajaran kerana tumpuan dilebihkan  kepada kelas tahfiz sebagai penyebab keputusan peperiksaan sekolahnya gagal dan tepaksa menerima dengan pahit.
2.   Alasan mudah yang diberi ialah kelas tahfiz untuk mendapat akhirat
3.   Oleh kerana pengaruh budaya taklid masyarakat islam yang meletakkan kepentingan akhirat terasing daripada urusan dunia maka umat islam terkebelakang daripada arus kemajuan, lebih jauh lagi umat islam untuk mengatasi orang lain dalam urusan dunia.
4.   Sebenarnya pengurusan besar akhirat itu berada di dunia semasa manusia bersama manusia, masih hidup dan mempunyai tugas di dunia ini untuk berjaya untuk menempuh kejayaaan. Kata abdul kadir al jalilli, dibumi dilahirkan manusia dibumi, manusia membina khalifah dibumi. manusia hidup dibumi berdepan dengan amalan diperingkat awal dan diperingkat akhirat itu adalah hasilnya. (Petikan daripada insan nur kamil dalam mukadimmah takwil quran haji nik mohd salleh wan musa).
5.   Umum manusia hidup dibumi beredepan dengan amalan di peringkat awal dan di peringkat akhir, amalan di peringkat awal itu mencorakkan hasilnya di peringkat akhir hingga akhirat.
6.   manusia ada beberapa zaman di dalam hidupnya, zaman kanak-kanak, zaman remaja dan zaman dewasa.
7.   Hadis nabi, tuntutlah enam perkara sebelum enam perkara. Masa muda sebelum tua, masa sehat sebelum sakit, masa kelapangan sebelum kesusahan dan masa hidup sebelum mati
8.   Manusia menjadi fitrah merancang masa depan sebelum tua sebagai persediaan untuk generasi akan datang yang tujuan kebaikan kepada generasi akan datang.

9.   Sebagai natijah akhir daripada amalan akhirat yang bertujuan untuk memberi kebaikan kepada generasinya dan manusia seluruhnya. Itulah niat atau nawaitu seseorang yang dinilai oleh Allah sebagai amal kebaikan orang-orang  saleh.

10.        Firman Allah. Hendaklah kamu tuntut akhirat dan janganlah kamu lupa bahagian kamu di dunia.
11.        maksud ayat ini .tuntutlah kejayaann hari-hari mendatang dan manafaatkanlah segala apa yang diberi kepada Allah kepadanya sebagai habuan dan kelebihan kepada seseorang sebagai bahan menyokong dan menjayakan tuntutan di hari akhirat. Dimaksudkan akhirat ini ialah tuntutan didunia ataupun akhirat selepas mati.
12.        Kesan daripada prinsip perjuangan demikian, mereka bukan sahaja mendapat keredaan Allah taala tetapi namanya disebut selama-lamanya sebagai ikon ataupun idola yang contoh yang baik.
13.        kepada mereka yang suka berhutang dan suka  berlagak, dapat mengecapi nikmat sementara.
14.        kata ahli sufi, dunia ini bangkai, dan yang berebut itu adalah anjing. Yang bererti bangkai itu adalah nikmat sementara kerana bankai itu reput bila-bila masa .
15.        pada mereka yang tidak perihatin dengan masa depan hidup mereka, apabila bertembung dengan masalah yang mendatang, ia akan menerima azab bukan sahaja kepada dirinya malah kepada keturunannya  dan terpaksa menghadapai masalah sisa-sisa hidup yang tidak mengambil kira saat-saat akhir.
16.        Demkian juga tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh negara yang melonggokkan hutang negara semata-mata mahu memberi kemewahan sementara kepada rakyat supaya rakyat tertarik kepada pepimpinannya untuk mendapaat sokongan rakyat tetapi akhirnya kepalsuan itu terbongkar setelah hutang tidak mampu di bayar balik seperti mana apa yang berlaku di Greece akhirnya rakyat dan generasi akan datang menerima padahnya.
17.        itulah azab Allah di dunia kerana cuai beriman dengan hari akhir.
18.        Kata dr mahathir (menghafal quran dizaman nabi dan sahabat menyemarakkan budaya ilmu).
19.        Berbeza dari sekarang para tahfiz tidak menyumbang ilmu untuk masyarakat manusia di dunia.
Oleh hasan muhamad kg tok ku kedai lalat.

No comments:

Post a Comment