Saturday, January 10, 2015

AL-WĀQI’AH (KIAMAT AGUNG)



AL-WĀQI’AH
(KIAMAT AGUNG)
Surah ke 56: 96 Ayat
Diturunkan Di Mekah

 

 


Pendahuluan

        Seluruh surah ini (dari awal hingga akhirnya) mentafsirkan kalimah Al- Ramān.
        Shaykh berkata, Allāh (S.W.T.) sentiasa bersifat rahmat dan kasih sayang terhadap seluruh hambaNya seperti kasih sayang bapa terhadap anak-anaknya. Allah (S.W.T.) menurunkan Al-Qurʾān. Manusia diberi faham Al-Qurʾān sedikit demi sedikit sebagaimana bapa mengajar anaknya. Jika anak-anaknya telah belajar dan faham, mereka diangkat ke darjah pertama jika didapati mereka layak dengan darjah itu. Kadang-kadang mereka diangkat ke darjah yang kurang sedikit jika mereka berada di darjah yang kurang daripadanya, walaupun mereka tidak berpaling sama sekali kepada matlamat bapanya.
        Semua pangkat ini dari rahmat bapa yang melihat anak-anaknya layak menduduki darjah itu dan seterusnya. Jika mereka didapati tidak layak menduduki darjah itu, maka dimasukkan mereka ke dalam golongan yang paling bawah. Tindakan ini menepati hikmah, kerana menepati dengan setiap anaknya di tempat yang layak dengan mereka. Suatu hari nanti, apabila anak-anaknya menyesal, mereka datang menemui bapanya dan mereka mengakui kecuaian mereka. Lalu bapanya mengangkat mereka ke darjah yang lebih tinggi di peringkat pertama atau kedua. Demikian juga apabila Allāh taʿālā melihat hambaNya mematuhi suruhanNya dan laranganNya dan mengikuti undang-undang setelah ia faham, sama ada ia diletakkan dalam syurga peringkat pertama atau kedua. Jika mereka mengabaikan sama sekali setelah mereka faham, maka mereka dimasukkan ke dalam neraka jahanam. Di sana tiada taubat, tetapi jika Allāh maafkan mereka, mereka akan keluar dengan rupa shafāʿat.
        Sekarang Allāh mula menerangkan surah Al-Wāqiʿah. Terdapat tiga jenis manusia yang keluar dari pengajian Al-Qurʾān. Shāh Walī Allāh mentafsirkan surah ini secara berasingan dalam ujjat Allāh al-Bālighah.
        Istilah Al-Wāqiʿah bererti kiamat agung. Setelah manusia menerima kesan peristiwa kiamat itu, mereka terbahagi secara semula jadi kepada tiga golongan.
i)                 golongan pihak kanan- ahāb al-maimanah
ii)             golongan pihak kiri- ahāb al-mashamah
iii)          golongan yang mendahului- al-sābiqūn
Pelaksanaan Al-Qurʾān pada zamannya adalah seperti pelaksanaan peristiwa kiamat agung di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan. Di dunia ini terdapat perubahan kecil yang mendadak dan mengejutkan sebagai peringatan untuk perubahan besar-besaran pada hari kiamat. Perubahan itu adalah permulaan kejadian yang lain. Demikian juga anda jadikan Al-Qurʾān yang agung dan pengajarannya sebagai permulaan peristiwa lain kepada manusia.
Setiap masa masih terdapat baki pengajaran para nabi yang lalu dengan perantaraan tokoh-tokoh yang khusus. Mereka seperti bintang-bintang yang berada dalam pelbagai umat manusia. Apabila suluhan cahaya Al-Qurʾān memancar, semua bintang lain hilang daripada pemandangan dan menghapuskan perpecahan kaum dalam pelbagai anutan dan terjadilah satu kesatuan sebagai markas umum di alam sejagat. Kemudian kesatuan itu mula berkembang ke seluruh dunia setelah dicurahkan segala usaha oleh para pengembang pengajaran itu dan membaik pulih masyarakat.
Peristiwa yang kedua, iaitu dua akidah yang berbahaya berlaku kepada umat Islām selepas zaman khalifah al-Rāshidīn.
i)                 Golongan yang befahaman apabila seseorang telah menerima dan membenarkan Islām serta berakidah bahawa Islām adalah agama yang terbaik, dengan akidah itu sudah cukup mendapat kejayaan dan kelepasan. Amalan disamakan dengan sesuatu tambahan dan sesuatu yang lebih. Ini satu kejahilan terhadap firah manusia dan bercanggah dengan pengajaran para nabi setelah manusia berlindung di sebalik perkara shubahat yang mereka ambil dari ayat-ayat dan sunnah. Kewujudan golongan ini telah melahirkan satu golongan orang Islām yang terasing. Mereka adalah orang munafik mengikut istilah bahasa pada kurun al-Rāshidah.
ii)             Golongan yang berakidah bahawa Islām adalah agama Ilahi. Allāh mahu melahirkannya mengatasi semua agama. Allāh jadikan agama Islām mengatasi semua agama sekalipun tidak diamalkan. Fahaman ini sama dengan kefahaman terhadap ayat yang menyatakan: “Kamu adalah umat terbaik”, walaupun tidak berilmu, bodoh, tidak berkuasa sedikitpun, menjadi hamba kepada orang kafir, tetapi masih menjadi umat terbaik. Kehidupan mereka penuh dengan khayalan yang tidak berpijak di alam nyata. Inilah akibat kejahilan terhadap hikmah Ilahiah.
Apabila Allāh mahu melahirkan Islām; dengan maksud Allāh mahu mengangkat Umat Islām mengatasi ahli-ahli semua agama yang ada, pastilah dengan perantaraan kekuatan yang dikorbankan oleh umat Islām itu sendiri.
Jika umat Islām mengetahui bahawa Allāh mahukan demikian, mereka hendaklah bekerja dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh. Dengan usaha itu Allāh memberi keberkatan kepada mereka. Mereka bekerja  dengan tenaga seorang lelaki, hasil yang dicapai menyamai tujuh ratus atau tujuh ribu atau lebih. Jika mereka semua tidak mara ke hadapan untuk menyempurnakan urusan Allāh, maka mereka telah melalui jalan orang yang telah binasa dari kalangan umat yang lalu. Salah faham ini biasa berlaku kepada umat Islām sejak dahulu lagi. Maka mereka telah mengabaikan Al-Qurʾān. Jika tidak demikian, maka Al-Qurʾān tetap sentiasa mengadakan perubahan kepada kehidupan manusia yang menimbulkan satu permulaan baharu yang baik dan sempurna yang tidak mungkin terdapat suatu pakatan yang lebih tinggi daripadanya.

 


Tafsiran


(Dengan Nama Allāh Yang Maha Pemurah Maha Penyayang)


Ketika berlaku satu peristiwa besar. (Al-Qurʾān: 56: 1)

Semua anutan agama telah sekata tentang berlaku kiamat itu. Orang Yahudi, orang Nasara dan orang Islam memang diketahui umum yakin dengan peristiwa itu. Hanya kesilapan sebahagian orang yang jahil yang terdiri dari kalangan ahli kalam yang mahu menyokong umat Islam mengatasi penganut-penganut lain dalam millah Hanifi untuk mencapai tahap yang sempurna dan mengatasi millah Sabiah dengan cara membatalkan millah Sabiah. Mereka adalah orang yang tidak berpengentahuan.
Perbezaan antara milah Hanifi dan Milah Sabiah tidak lebih daripada perbezaan antara milah Islam, milah Yahudi dan Milah Nasara. Inilah nikmat –nimat yang paling besar diberi kepada orang Islam melalui hikmat Al-Imam Wali Allah Al-Dihlawi, kerana beliau telah menerangkan masalah itu dengan jelas.(masalah milah – Agama satu, syariat dan manahij berbeza). Beliau jadikan Islam telus kepada semua manusia; tetapi ahli kalam yang angkuh menuduh umat Sabiin tidak mengiktiraf adanya kiamat kerana penganut millah Sabiin berakidah dengan tanasukh.[1]


(di petik dari tafsr al hakm karangan haji wan abdullah wan musa jilid V) boleh di dapati di perpustakaan UIAM dengan permintaan kajian penyelidikan.


[1] Kepercayaan manusia akan dilahirkan selepas mati

No comments:

Post a Comment