Wednesday, October 29, 2014

pendekatan dengan agama



Pendekatan dengan agama
1.   Ijtihad ulama mazhab adalah satu pendekatan antara orang awam dan agama allah sebagai satu permudah cara sama seperti pendekatan nabi membina prinsip sejagat dan ianya bermula dengan sabiqun nal awalin yang penuh dengan keAraban(Arab). Islam peringkat awal membesarkan syiar, individu yang melihat islam dari sudut sejagat membesarkan prinsip fitrah insaniyah supaya islam dapat menjadi tunjang kepada kehidupan mereka seumpama seorang yang mahu berhijrah dengan perahu meredah lautan. Ia tidak akan selamat sekiranya segala diatas rumahnya dibawa bersama-sama diatas perahu yang kecil.
Demikian juga jika seorang pemimpin islam yang mahu memimpin PBB ia perlu mengutamakan prinsip islam yang menjadi keperluan seluruh umat manusia yang berbagai resam dan budaya.
Disinilah letaknya perbezaan antara matlamat dan jalan yang menuju kepada matlamat. Itulah jalan nabi akhir zaman iaitu jalan yang memberi rahmat kepada seluruh alam.
2.   Dari segi praktikal bermasyarakat, ini boleh dilihat kepada parti pemerintah yang perbandingannya kepada  antara umno dan barisan nasional. Ucapan perdana menteri tidak sama dengan ucapan presiden umno.
3.   Umno adalah pendekatan awal untuk membangkitkan kekuatan melayu tetapi matlamatnya ialah bagaimana untuk menjiwai barisan nasional yang mampu menggabungkan bangsa2 supaya menjadi suatu bangsa besar.
4.   Menyempurnakan perintah allah dibumi dengan mewujudkan adil dan ihsan.
Petikan dari tafsir al hakim
Adalah penting bagi orang jahil supaya tidak campurtangan untuk mendapatkan ilmu. Allāh berfirman:

Sesungguhnya mereka tidak akan dapat melepaskan daripada kamu sedikitpun dari Allāh. (Al-Qurʾān: 45: 19).
         Jika kamu bermuafakat dengan mereka, seolah-olah kamu tidak mengikuti perintah Allāh.

dan sesungguhnya orang zalim itu sebahagian mereka menolong sebahagian. (Al-Qurʾān: 45: 19).
Mereka tidak berfikir untuk menegakkan keadilan. Maka mereka diuji dengan kezaliman. Oleh kerana kamu tidak berfikir, maka kamu tidak menjadi ketua mereka.

dan Allāh Penolong bagi orang yang berbakti. (Al-Qurʾān  : 45: 19).
         Sesungguhnya didatangkan kepada kamu satu syariat dan menerangkan hati kamu supaya kamu dapat menegakkan keadilan dan Allāh adalah pengawas kamu. Maka janganlah kamu merasa lemah dalam menegakkan keadilan, kerana tidak mengetahui cara hidup pelbagai kaum dan perasaan zahir dan batin mereka.
         Setelah para khalifah al-Rāshidīn berjaya menakluk Madāʾin, mereka melantik penguasa ke atas negara itu seorang yang bernama Salmān al-Fārisī. Adakah penguasa ini tidak berfikir untuk mengetahui jiwa kaum-kaum? Orang ramai sekata mengatakan bahawa umat Islam pada zaman itu tidak dimasuki dalam kalangan mereka sesuatu, melainkan di bawah perintah Al-Qurʾān. Mereka memikir dan memahami Al-Qurʾān, bahawa menjaga perasaan manusia lebih menepati keadilan yang mereka lakukan dengannya.

Ini undang-undang bagi manusia, dan pimpinan dan rahmat bagi kaum yang yakin. (Al-Qurʾān: 45: 20).
         Di sisi kami, apabila kejadian campuran badan seseorang itu sempurna dan mempunyai kekuatan akal dan mahu menyusun sebuah pemerintahan mengikut hukum Al-Qurʾān, maka dia hendaklah merenung dan berfikir dan memerhatikan Al-Qurʾān, tindakan itu sudah cukup untuknya.[1]
Al-Qurʾān diturunkan hanya untuk mengadakan satu perubahan yang besar di dunia. Setiap orang yang mahu menyusun sebuah kerajaan revolusi selepas menghapuskan sebuah kerajaan yang batil hendaklah sentiasa menumpu kepada Al-Qurʾān. Dia akan dapati daripada Al-Qurʾān itu setiap perkara yang diperlukan dan inilah erti kata-katanya di sisiku seperti berikut:
“Di sisi kami apabila kejadian campuran badan seseorang itu sempurna dan mempunyai kekuatan akal dan mahu menyusun sebuah pemerintahan mengikut hukum Al-Qurʾān, maka dia hendaklah merenung dan berfikir, dan memerhatikan Al-Qurʾān sudah mencukupi untuknya”.
Jadi kita sabiqun nal awalin itu arab telan arab .
Sekiranya fanatik dengan umno nescaya mereka tidak mampu memimpin barisan nasional. Mereka fanatik umno itu memang tidak layak jadi pemimpin barisan nasional.
Oleh hasan muhamad


[1] Satu Fasal: Ini satu contoh.
         Kita lihat dan dengar tentang seorang Hindu yang bebas berfikir tentang Mahābhārata. Setiap masalah yang dikemukakan kepada orang ramai dipetik dari Mahābhārata kerana mindanya tercelup dengan Mahābhārata. Apabila akal mampu menyelesaikan masalah itu mengikut celupan itu, Allāh tadallī kepadanya untuk mengeluarkan hukum dari sebahagian kalimah Mahābhārata.
         Satu contoh lagi, guru kepada guru kami al-Haj Imdād Allāh al-Tānawī adalah ketua kumpulan Deobandī. Beliau sentiasa menumpu kepada kitab Al-Mathnawī. Setiap masalah yang dikemukakan oleh seseorang, dia menjawab masalah itu dari kitab Al-Mathnawī. Beliau seorang yang arif, sempurna dan memberi jawapan mengikut hatinya; tetapi celupan itu menyebabkan beliau mudah mengambil dan mengeluarkan dari Al-Mathnawī. 
         Kemudian kami perhatikan pula seorang lain iaitu guru kami Syeikh usīn bin Mahsan al-Muhaddith al-Yamānī al-Ansārī al-Bahwapālī. Kami bertanya beliau tentang ilmu hadis. Beliau menjawab kepada kami dari kitab Fat al-Bārī; sedangkan kami memiliki dan melihat kitab Fat al-Bārī. Kami rasa hairan beliau menumpu dengan kerajinan yang penuh. Kemudian mereka membawa segala masalah, dan beliau menyembunyikan dari kami contoh itu yang dikeluarkan kaedahnya dari Al-Qurʾān yang agung.

No comments:

Post a Comment