Tuesday, November 11, 2014

Anjing (najis atau tidak)

Anjing (najis atau tidak)
1.   Petua ulama kebangsaan  menyatakan menyentuh anjing dengan segaja menonggak arus .
2.   Sebenarnya arus yang difahamkan mereka ialah budaya tempatan dari orang melayu yang bermazhab shafie dan bukannya menonggak arus kehendak al quran dan sunah.
3.   Apa yang hendak dinyatakan oleh majlis fatwa ini ialah mereka mahu meneggakkan ugama nenek moyang mereka . Mereka-mereka ini Seperti firman allah:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allāh, dan kepada RasūlNya”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami
apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun nenek moyang mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak mendapat petunjuk? (Al-Qurʾān: 5: 104).
Dan lagi,
Mereka menjawab: “Sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat
demikian”. (Al-Qurʾān: 26: 74).
4.   Mereka tidak sedar berpegang kepada budaya nenek moyang itu bertaklid, bukankah bercanggah itu dengan al quran dan sunah .  
5.   sampai bilakah kamu tidak sedar ugama nenek moyang itu terus kekal dan tidak mahu kembali kepada sunah al quran dan sunah dan meletakkan ijtihad ulama yang kamu taksub itu lebih mutlak daripada al quran dan sunah .
6.   umumnya ulama cari makan tidak tahu membeza diantara cahaya pelita,cahaya bulan dan cahaya matahari kerana mereka sudah biasa didalam cahaya pelita.
7.   Mereka yang berpegang dan berhujah selain daripada kitab allah itulah takrif sebenar golongan musyrikin.
8.   Salah satu sikap orang musyrikin tidak suka kepada pembaharuan.mengikut pendapat umum, Orang musyrikin itu najis dan apakah menyentuh orang musyrikin itu perlu disamak. Orang-orang seperti itu seperti (pengikut ulama) samalah orang yang takutkan hantu dan semua apa yang dilihatnya tergambar hantu yang ditakuti lalu ia meraung nampak bayang hantu.
9.   berpandu kepada al quran dan kalamullah dari sudut hikmat nescaya akan  dapat membeza diantara kebenaran dan bayang hantu.
10.                    Mereka takut kehilangan kain tudung dan takut kepada bayang-bayang babi dan anjing sedangkan kaum lain berfikir bagaimana kuasa diperolehi untuk mengambil alih pemerintahan negara ini.  (kita dok asyik ke bayang hantu sahaja)
11.                    setelah kaum-kaum lain beransur hilang keyakinan kepada kepimpinan melayu yang syirik kepada ulama parti.
12.                    Kalau shafie masih hidup ijtihadnya akan dirumus semula atau akan dikaji semula, shafie sendiri tidak menggalakkan bertaklid kepadanya tetapi menggalakkan supaya  mengambil sumber-sumber yang diambilnya .
13.                    biasanya petua-petua yang melampau datang daripada karangan orang lain yang menggunakan namanya seolah-olahnya safie itu suatu organisasi.
14.                    Tidak sepatutnya umat islam keliru dan tidak tahu membezakan antara sumber mutlak iaitu al quran dan sunah dan ijtihad ulama yang tidak mutlak .
15.                    umat ashabul kahfi berada didalam gua bersama anjing .adakah baka anjing jenis itu berlainan dengan anjing yang ada sekarang?  sekiranya mukar nakir tanya  golongan taklid ini apa imam kamu, dia tak jawab quran, dia akan kata kitab fekah.
16.                    umat islam pada zaman nabi memburu mengguna anjing dan tangkapan yang mati dimulut anjing boleh dimakan , apakah dengan mendekati anjing islam menjadi tidak lengkap .ini persolan.
17.                    Sifat anjing jika ramai dia jahat , disaat itu nabi suruh membunuh dan dilarang membunuh apabila jumlahnya kurang kerana sifat anjing yang tidak ramai jahatnya tidak menyerlah.
18.                    hukum berhubung dengan jilatan anjing hanya pada bekas makanan disuruh membasuh tujuh kali termasuk air tanah, air yang bercampur tanah semata-mata untuk menjimat air kerana tanah boleh mudah untuk menyuci sesuatu yang berlendir.kalau dimusim haji, ulama berpendapat boleh mengguna mazhab lain apabila menyentuh wanita .kalau menyentuh anjing kenapa tidak boleh dikira pada lain mazhab . bermazhab hanya ada dua kepentingan sahaja. Kelonggaran kepada golongan yang taksub supaya mendekati kepada ulama dan yang kedua masalah kepentingan mahkamah .
19.                    Seperkara lagi, mahmud zuhdi menyedari hakikat ini dan beliau pernah menyatakan perlunya feqah malaysia perlu diadakan kerana beliau sedar ijtihad ulama dahulu perlu dikaji semula kerana beberapa keperluan dan perubahan tempat dan zaman tetapi cadangan beliau terhenti setakat itu sahaja kerana mereka adalah golongan yang mementingkan kerusi . mementingkan kedudukan termasuk orang yang mementingkan jawatan dan pangkat.
20.                    Sedikit tentang kritikan dr yusuf al-qaradawi
Inilah yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi mengkritik golongan taksub mazhab dengan katanya: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).
Oleh hasan muhamad kg tok ku kota bharu kelantan

No comments:

Post a Comment