Monday, October 13, 2014

negara islam




1-   Mereka yang suka dan berminat bercakap tentang negara Islam tidak lebih daripada nak menukar kerajaan (sekadar nak tukar drebar) dan bukannya nilai pada prinsip kes kerana tidak berpuas hati kepada pemandu tadbir maka hendak ditukar pemandu tadbir.
2-   Dari pengalaman yang telah lalu, perjuangan Islam parti pas ketika membicarakan tentang negara Islam sampai kehari ini pun formula bagi sebuah negara Islam itu belum wujud dan hanya sekadar mengiklan hudud semata-mata.
3-   Islam pada mereka ialah dilihat dari satu puak yang perjuangan hanya sekadar membela puak.
4-   Mereka berbangga kerana ia merasa dipilih oleh Allah menjadi Islam menerusi lorong2 ia diperanakkan dan menjadi orang mukmin secara automatik lalu ia mendakwa Islam hanya menerusi puak dan apa yang dibuat oleh puak mereka itulah Islam yang sebenar.
5-   Lebih jelas kalau dikatakan mereka ini tidak tahu membeza antara individu yang mukmin dan orang kafir.
6-   Gambaran tentang negara Islam diselubungi oleh salah pengenalan. dihijab oleh pengenalan yang salah, juga dihijab adat resam dan hijab tabie. Ini juga sebagai penyebab tidak dapat membezakan antara mazhab, syariat, din dan fitrah kerana mereka taksub dengan satu mazhab dan menganggapnya sebagai mutlak sedang perbezaan syariat dan kepelbagaian syariat adalah dibawah payung agama yang satu.
7-   Syariat adalah satu peraturan zahir.didalam al Quran ada menyebutkan tentangnya. Firman Allah  “aku jadikan mereka syariat pada satu2 kaum itu ada syariat” Quran: 16: 36.  “tiap satu umat dibangkitkan rasul” Quran: 35: 24. Umat Islam diwajib beriman dengan semua nabi dan semua kitab dan rukun Islam yang demikian secara tidak langsung telah ditolak oleh umat Islam sendiri hari ini. Rukun Islam beriman dengan semua rasul,semua kitab, umat Islam hari ini menolak semuanya melainkan kitab dan rasul dia. Mereka berpandu kepada hukum zahir semata-mata seolah-oleh Allah perintah supaya beriman kepada sesuatu yang tidak wujud kebenarannya dari Allah dengan alasan kitab ini telah berlaku perubahan sedangkan perintah Allah supaya beriman dengan semua kitab dan meskipun kitab itu telah pun berlaku perubahan, apakah Allah tidak tahu tentang perubahan yang berlaku? Dan memerintah supaya beriman kepada kitab-kitab yang telah berubah itu.
8-   Sama dengan al Quran yang ditafsir dalam keadaan yang bercampur aduk antara yang palsu dengan yang benar tetapi kebenaran al Quran itu masih tetap unggul bagi orang yang mahu mencari kebenaran. Dalam keadaan pentafsiran yang bercampur aduk itu kerana pentafsir al Quran itu ialah manusia yang bersikap lemah.
9-   Fahaman melampau terdapat didalam diri manusia dinamakan sifat tajazub iaitu sifat saling tarik menarik diantara sifat malaikat dengan sifat haiwan. Menang antara salah satu sifat itu bermulalah seseorang itu berpendirian melampau
10-                    Tindakan seseorang yang cenderung kepada melampau diukur dengan kepentingan umum dan kepentingan sejagat.Selagi mereka tidak bertindak apa2 adalah tidak menjadi kesalahan.
11-                    Seperti hadis nabi mengatakan, niat seseorang itu pada melakukan zina atau mencuri atau kepada beberapa kesalahan lain tetapi belum melakukan tidak dikira berdosa sebaliknya jika niat seseorang itu membuat kebajikan sedangkan ia belum membuatnya ia sudah pun dikira membuat amal baik. Demikianlah sikap melampau seseorang atas amalan atau tidak. Sikap melampau seseorang terhadap amalan hanya untuk mati semata-mata lalu ia menolak urusan dunia dikira  salah satu melapau juga, maknanya amalan dilihat hanya untuk mati sahaja. Urusan dunia semua mereka tolak.
12-                    Seseorang yang mengumpul harta dan kuasa secara melampau dan tidak mengambil kira kesan buruk yang dilakukannya terhadap orang lain dan pembalasan suatu hari nanti dan selepas mati, juga adalah sesuatu amalan yang melampau.
13-                    Menafikan hak orang lain mendapat keredaan Allah semata2 berpunca daripada perbezaan zahir adalah berchanggah dengan firman Allah yg maksudnya.Allah telah menampakkan keelokan pada amalan sesuatu kaum itu dengan amalan mereka...(Q 6:108)
14-                    Menafikan hak2 manusia kaum lain daripada rahmat Allah dan syurga Allah sedangkan Allah berfirman yang maksud ayat ini telah menjelaskan(orang2 beriman samada yahudi nasara dan orang2 ugama dahulukala amal baik dia tetap tuhan balas baik) menunjukkan penghuni masjid , penghuni gereja,dan penghuni kuil adalah sama2 berhak masuk syurga.
15-                    Umat Islam hari ni berselindung disebalik pendidikan normal tapi terjerumus dalam gerakan melampau. Ekstrim.
16-                    Bila mereka termakan oleh didikan ektrim, mereka akan menghukum siapa saja yang berbeza dan berchanggah dengan fahaman mereka dianggap kafir . dan halal jihad baginya, fahman seperti ini adalah seperti api dalam sekam yang  cuma menunggu masa. Mereka2 ini berselindung disebalik sebagai  gerakan wasatiah (kesederhanaan) tetapi dalam hati sanubarinya mengkafirkan orang lain yang tidak sealiran dan istilah kafir diguna sewenang2nya.
17-                    Istilah kafir mereka ukur dari perbezaan syariat dan bukannya kafir dan mukmin itu diukur dari segi fitrah insaniyah
Hasan muhamad tok ku kedai lalat

No comments:

Post a Comment